Ahad, 12 Februari 2012

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


MIMPI SENJA: Mad Said ajak rakyat Ganu khususnya <b>di Marang</b> <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 02:53 AM PST

MB: Hadiah litar jika BN tawan Marang


RHU RENDANG – Hadiah berupa sebuah litar lumba 'motor cross'menunggu penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang jika Barisan Nasional (BN)dapat menawan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau akan menyokong cadangan untuk membangunkan kawasan berbukit bukau di Gong Cempedak di sini, menjadi sebuah litar tetap kejohanan lumba motor lasak pada masa akan datang.
Bahagian Parlimen Marang terdiri daripada empat kerusi Dun iaitu Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Bukit Payong dan Alor Limbat.
Bukit Payung dan Rhu Rendang dikuasai oleh Pas manakala Pengkalan Berangan dan Alur Limbat berada dalam tangan Umno-BN.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan Adun Rhu Rendang dan Ahli Parlimen Marang.
"Kita mahu laksanakan banyak projek di kawasan ini, tetapi penduduk mestilah menunjukkan sokongan kepada kerajaan supaya kita dapat membantu mereka," katanya. -Sinar

STONE :  Sapa-sapa yang teringin sangat nak maing motor-cross g la undi BN dalam PRU 13 nanti. Nak gak aku nengok mad said, TGHH sama-sama berlumba hahaha mesti hebat kan. 
Ni sorang lagi patut joing Raja Lawak musim depang .... hahaha gelak guling-guling ... Kalau nak rasuah pun pikiaq la benda lain hoi mad said ........ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads