Selasa, 28 Februari 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Tiga maut kereta rempuh treler | N9 Kini - Portal Berita Negeri <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2012 06:33 PM PST

KUANTAN: 28 Feb. – Tiga sekeluarga, termasuk kanak-kanak berusia setahun terbunuh selepas kereta PERODUA Viva yang mereka naiki merempuh belakang treler di Kilometer 208.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) berdekatan Gambang di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu, pemandu kereta, Susilawati Saparuddin, 21, bersama ibunya, Azizah Latif, 49, dalam perjalanan untuk menghantar anak saudaranya, Arfan Ar Rayyan Azman ke rumah keluarganya di Kampung Jabor, dekat sini.

Pegawai Penguat Kuasa Trafik negeri, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman, berkata Susilawati dan Azizah yang masing-masing berstatus penduduk tetap (PR) serta Arfan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Susilawati dipercayai tidak sempat mengelak treler yang bergerak perlahan di laluan kiri lalu merempuh belakangnya.

Akibat rempuhan berkenaan, semua mangsa tersepit dalam kenderaan sebelum dikeluarkan pasukan penyelamat yang mengambil masa kira-kira 45 minit dengan menggunakan alat pemotong hidraulik, katanya.

Semua jenazah mangsa sudah dituntut oleh ahli keluarga sebaik saja bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), kira-kira jam 8 pagi, semalam, katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, keadaan jalan gelap kerana tiada lampu manakala laluan lurus serta kering berikutan keadaan cuaca baik.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, pemandu lori terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Hari, berusia 30-an berkata, dia bersama kelindannya dalam perjalanan ke Kuantan selepas menghantar bekalan pasir di Maran.

Katanya, dia mendengar bunyi dentuman kuat di belakang lori dan terkejut sebaik melihat kereta Perodua Viva terperosok di bawahnya.

Kami cuba membantu mangsa sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian, katanya yang membuat laporan di Balai Trafik Kuantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads