ads

Jumaat, 17 Februari 2012

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - 3 Kampung <b>Di Hulu Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2011 08:39 PM PST

15/11/2011 12:39:00

Tiga kampung di daerah Hulu Terengganu, diisytihar sebagai kawasan wabak Hepatitis A susulan 42 penduduk dimasukkan ke hospital daerah itu sejak kelmarin.

Kampung terbabit, Kampung Basung, Pasir Dula dan Kampung Padang Setebu.

Menurut Exco Kesihatan, Perpaduan Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr Abdul Rahman Mokhtar, langkah kawalan wabak itu sedang dilakukan.

Kakitangan Jabatan Kesihatan ditugaskan menjalankan saringan bagi mengenalpasti mangsa baru.

Bagaimanapun, kampung terbabit tidak dikuarantin dan boleh dimasuki sesiapa sahaja seperti biasa, namun orang ramai dinasihatkan memakan makanan dan minuman dari sumber yang bersih.

DR.ABDUL RAHMAN MOKHTAR / EXCO KESIHATAN, PERPADUAN & HAL EHWAL PENGGUNA TERENGGANU.
Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa wabak peringkat negeri yang akan beroperasi 24 hours dan kita menubuhkan bilik gerakan di pejabat kesihatan daerah pun 24 hours basis dan satu lagi bilik gerakan di hospital. Makna tiga hospital dan kita sudah alertkan pakar-pakar kita.
 

Punca wabak dikenalpasti akibat pencemaran air dan makanan di kawasan itu.

Setakat ini, 33 pesakit masih ditahan di Hospital Hulu Terengganu dan sembilan sudah dibenarkan keluar.

Sebelum ini, wabak Hepatitis A turut dikesan di daerah itu awal Oktober lalu apabila 24 penduduk perkampungan orang asli Sungai Berua dijangkiti virus itu.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved