Khamis, 9 Februari 2012

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Hampir 50 Calon SPM, STPM <b>Di Hulu Terengganu</b> Ke Pusat <b>...</b>

Posted: 23 Nov 2011 03:46 PM PST

HULU TERENGGANU, 23 Nov (Bernama) — Hampir 50 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terpaksa menaiki bot untuk ke pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong di sini apabila kampung mereka ditenggelami air.

Kesemua calon SPM dan STPM dari Kampung Pengkalan Ajal di sini itu diangkut ke pusat peperiksaan menggunakan perahu penduduk kampung dan bot bomba bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Mohd Zazuli Baderu berkata pihaknya sentiasa bersedia di lokasi terbabit dan menghulurkan bantuan bagi memastikan kedua-dua peperiksaan itu dapat dijalankan dengan lancar.

"Kami telah berbincang dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sebelum ini untuk mengatasi masalah itu dan kami akan bersedia di lokasi terlibat bagi membolehkan calon SPM dan STPM menduduki peperiksaan," katanya.

– BERNAMA

Advertisement

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads