Sabtu, 18 Februari 2012

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Dua Bot Vietnam Ditahan <b>Di Dungun</b>

Posted: 17 Feb 2012 10:24 PM PST

KEMAMAN – Taktik nelayan dua bot pukat tunda Vietnam yang cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan memasang bendera Malaysia ketika menangkap ikan di perairan pantai Dungun kelmarin tidak menjadi sebaliknya mereka ditangkap.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Abdul Khalil Abdul Karim berkata, kegiatan itu terbongkar selepas pihaknya mengesan dua bot itu menggunakan pukat tunda sedangkan kaedah itu diharamkan di negara ini.

Jelasnya, pihaknya mendapati bot berkenaan menggunakan nombor pendaftaran nelayan tempatan selain mengibarkan bendera Malaysia.

"Bagaimanapun apabila diperiksa kedua-duanya adalah bot nelayan asing yang tidak berdaftar.

"Kesemua nelayan terbabit juga gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan tidak mempunyai lesen menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan Malaysia," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Iklan Teks:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads