Isnin, 13 Februari 2012

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Seluruh Pemuda Dikerah Berkampung <b>di Dungun</b>!

Posted: 14 Jan 2012 12:30 PM PST

[Kemaskini 7.47am15/1- Video didalam] KUALA TERENGGANU - Seluruh Pemuda dikerah berkampung di Dungun sempena program Jubli Emas yang akan disambut selama tiga hari bermula Khamis 19 Januari dan berakhir pada Sabtu 21 Januari.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) , Ustaz Mohd Nor Hamzah menyeru semua pemuda mengerahkan sekelian pemuda samada Ahli Jawatankuasa peringkat negeri, peringkat

kawasan-kawasan, peringkat Dun-DUN, dan pemuda di cawangan-cawangan serta pemuda-pemuda yang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat menyahut cabaran penubuhan sayap kanan pasti itu yang telah mencapai umur 50 tahun.

"saya menyeru semua AJK DPPNT, AJK Pemuda Kawasan-kawasan, pemuda DUN-DUN, dan semua pemuda yang bernai menegakkan kebenaran, meyokong PAS dan Pakatan Rakyat menjayakan program Jubli Emas DPPNT,"ujarnya kepada buletinonline.

Beliau turut mengerahkan sekelian pemuda menyampaikan 'seruan jihad' itu kepada semua bekas-bekas pimpinan Pemuda dan bekas-bekas ahli pemuda berhimpun di tapak sambutan tersebut yang akan diadakan di Batu 5, Alor Tempoyak, Dungun, Terengganu.

Sehubungan itu, Pengarah Sambutan jubli Emas DPPNT, Sheikh Hanafi Abdul Aziz berkata adalah amat rugi kepada semua pemuda sekiranya tidak bersama dengan kebangkitan orang dan menghadiri program yang bersejarah itu.

>>Berita Lanjut Menyusul>>


Komen:

KELAB GREENBOC: Dua Beranak Parah Diragut <b>Di Dungun</b>

Posted: 02 Jan 2012 04:11 PM PST

Rajawali – Seorang guru taska terpaksa bertarung nyawa ketika cuba mematahkan cubaan seorang penjenayah yang cuba menyentap beg tangan miliknya yang diletakkan di dalam bakul motosikal.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu dipercayai berlaku ketika guru taska terbabit, Norita Omar, 37, bersama anaknya, Najmi Aiman, 5 dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Pelandang selepas pulang dari sebuah klinik di bandar Dungun.

Sebaik melepasi sebuah jambatan di kawasan yang agak jauh dari penempatan penduduk itu, Norita yang menunggang motosikal dikatakan secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali bermotosikal dari arah belakang, lalu bertindak menyentap beg tangan miliknya yang diletakkan di dalam bakul motosikal bersama anak lelakinya.

Motosikal yang ditunggang guru Taska Afzan Pulau Serai itu hilang kawalan menyebabkan ia berpusing beberapa kali sebelum terbabas.

Tragedi itu difahamkan sempat disaksikan seorang pemandu sebuah kereta Perodua Kembara lalu bertindak mengejar suspek berkenaan.

Sebaik menyedari tindakannya disaksikan orang ramai, suspek dikatakan telah meninggalkan motosikalnya dan berjaya melarikan diri ke kawasan perumahan berdekatan.

Dia dihantar ke Hospital Dungun oleh orang awam untuk rawatan lanjut.

Menurut mangsa yang sempat ditemui Sinar Harian ketika ingin menaiki ambulans berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari Klinik Rakyat ke Pelandang Pulau Serai kerana menghantar anaknya yang demam.

Katanya, kejadian itu berlaku begitu pantas, namun dia bersyukur kerana kedua-duanya selamat.

Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian muka, lengan dan paha manakala anaknya cedera parah di kepala kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut. -SH

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Kejadian Ombak Besar <b>Di Dungun</b> Terengganu Disember 2011 <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2011 02:06 AM PST

HsCPk Kejadian Ombak Besar Di Dungun, Terengganu Disember 2011 TERENGGANU – Kejadian air pasang dan ombak besar yang melanda sebahagian pantai di negeri ini dilaporkan antara yang terburuk pernah berlaku sejak 50 tahun lalu.

Antara daerah yang teruk dilanda fenomena itu yang dijangka berlarutan sehingga awal Januari depan ialah Dungun dengan hampir sebahagian persisir Pantai Peranginan Teluk Lipat dihakis ombak besar.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, ombak setinggi lebih lima meter telah memusnahkan hampir keseluruhan landskap tepi pantai yang dirimbuni dengan pohon rhu dan jalan raya sepanjang kira-kira kilometer menyebabkan ia terpaksa ditutup kepada semua lalu lintas.

Di KEMAMAN, penduduk Kampung Tanjung, Kuala Kemaman, di sini, turut diancam hakisan pantai eko­ran bencana itu sehingga sebuah rumah musnah sementara beberapa rumah lagi di pesisir pantai itu semakin hampir dihempas ombak.

Rumah bercantum dengan kedai makan dihuni Juliati Ismail, 30, bersama suami, Mohamad Abdul Rashid serta tiga anak mereka runtuh dalam kejadian ombak besar beserta ribut 22 November lalu kini hampir sepenuhnya ditelan ombak setelah fenomena ombak besar kembali beberapa hari lalu.

Menyedihkan lagi, empat rumah penduduk lain juga di ambang kemusnahan sekiranya bencana ombak ber­te­­­­r­usan kerana tebing pantai terhakis teruk sekali gus mendekatkan lagi jarak rumah masing-masing dengan laut.

qvOOi Kejadian Ombak Besar Di Dungun, Terengganu Disember 2011

sswgy Kejadian Ombak Besar Di Dungun, Terengganu Disember 2011


pixel Kejadian Ombak Besar Di Dungun, Terengganu Disember 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads