ads

Ahad, 19 Februari 2012

13 di chukai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Himpunan Tolak Umno; Himpunan Akhir Warga <b>Chukai</b> Sebelum <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2012 03:37 PM PST

KEMAMAN – PAS Chukai merancang mengadakan satu himpunan besar-besaran, lanjutan dari program mega berprestij, Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU).


Penolong Setiausaha PAS Terengganu , Haji Hanafiah Mat@Ramly berkata tiga siri program PGU yang bermula di Chukai pada Januari tahun lalu telah berjaya menghimpunkan lebih 100,000 rakyat Terengganu.

"Ia bermula dengan program PAS Ganti Umno (PGU) yang di lancarkan di Kemaman (15 Januari) tahun lepas telah menghasilkan satu gelombang,

"seluruh rakyat  pelbagai lapisan memberikan sokongan terbuka kepada perjuangan PAS,"ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, selepas itu program PGU telah diadakan di kawasan Besut pada 18 dan 19 Mac dan berjaya melepasi sasaran menghimpunkan 30,000 rakyat.

Beliau berkata, program PGU kali ketiga pada 14 dan 15 Oktober di Pantai Pandak Chendering, dalam kawasan Kuala Terengganu merupakan kemuncak himpunan apabila lebih 50,000 orang berkunjung.

[Gambar - Hj Hanafiah (depan, 4 dari kiri) bersama program 'Gateh Pemuda' sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 PAS Peringkat Kawasan Kemaman pada Jumaat 27 Januari]

Oleh itu, kata belia, pelbagai pihak termasuk agensi risikan kerajaan Umno/BN melaporkan kebangkitan rakyat melalui program PGU akan menumbangkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Justeru, beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai merancang untuk mengadakan satu himpunan besar-besaran menjelang PRU-13.

"hasil kejayaan itu (PGU), (laporan) agensi risikan kerajaan (Umno/BN) melihat, gelombang inilah akan menjatuhkan Umno dalam pilihan raya ke-13,

"mengambil kesempatan (manfaat) dari gelombang yang sedang berlaku (marak), PAS DUN Chukai sekali lagi akan menghimpunkan warga DUN Chukai khasnya, dan warga Kemaman umumnya,

"bagi menyatakan, inilah masanya untuk kita berhimpun untuk menolak Umno dan Barisan Nasional,"jelasnya.

Menurutnya, PAS Chukai merancang mengadakan 'Himpunan Tolak Umno' (HTU) itu pada awal bulan Mac, saat-saat akhir menjelang PRU-13.

Katanya, HTU akan diadakan di lokasi  yang sama di mana program PGU kali Pertama di adakan iaitu di dataran Tok Guru, Kampung Geliga.

Oleh yang demikian, dengan persekitaran dan suasana politik masa kini, beliau yakin semua pihak mahukan PAS mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu.

"saya yakin dan percaya, (berdasarkan) situasi dan persekitaran (politik) pada hari ini, kawan-kawan dari parti-parti Pakatan Rakyat, kawan-kawan dari NGO dan orang-orang yang tidak berparti,

"akan memberikan kerjasama, bukan sahaja kepada Himpunan Tolak Umno, malah akan menolak Umno dan memberikan peluang PAS Terengganu memerintah buat kali ketiga,"tegasnya.

Komen:

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved