Khamis, 29 September 2011

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


MarangDaily – Berita Online Terkini » PAS <b>Seberang Takir</b> sudah <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2011 03:16 AM PDT


Kehadiran ribuan penduduk pelbagai lapisan ke Majlis tersebut menjadi kayu ukur bahawa PAS Seberang Takir mempunyai kekuatan yang seimbang dengan Umno.

Kedudukan Umno dalam DUN terbabit sebenarnya tidak kuat, namun Umno tidak pernah kalah dalam pilihanraya sebelum ini disebabkan ketidaktelusan undi pos, polis dan tentera.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang yakin, sekiranya usaha yang diambil oleh BERSIH diteruskan dan pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melaksanakan pilihanraya secara telus dan adil, DUN Seberang Takir akan bertukar ke tangan PAS.

"Kita yakin, rakyat menyokong kita, kita kalah kerana undi pos polis dan tentera, sekiranya SPR telus dan adil, Seberang Takir InsyaAllah, PAS akan menang di Seberang Takir,"ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, undi pos dalam DUN tersebut berjumlah sekitar 1,500 yang menjadi 'simpanan tetap' Umno, sebenarnya bukan undi sebenar anggota polis dan tentera.

Katanya, berdasarkan pengakuan bekas anggota tentera sendiri, sebagaimana didedahkan, pihak lain yang mengundi bagi diri anggota tentera.

Sehubungan itu, beliau mendesak pihak-pihak berkaitan, termasuk SPR dan Kementerian Pertahanan supaya memberikan hak mengundi sebenarnya kepada anggota tentera, tanpa sebarang tekanan.

"Kita (PAS) mendesak pihak Kementerian Pertahanan supaya berikan hak kepada anggota tentera, mengundi sebenar dalam sistem demokrasi, tanpa sebarang tekanan,

"atau SPR mansuhkan sahaja undi POS sebagaimana tuntutan BERSIH,"ujarnya.

Sebelum itu, ketika berucap meraikan hadirin, beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berharap segala ibadah dalam bulan Ramadhan lalu, diterima sebagai amalan baik.

Bahkan, katanya, ia wajar diteruskan dalam bulan-bulan seterusnya, sehingga bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

"Segala ibadat yang kitakukan dlam sebulan (Ramdhan) itu akan diteruskan, pada sebelas bulan (akan datang), dan kita berusaha meningkatkan dari semasa ke semasa, sampailah kita berjumpa dengan Rmdhan akan datang,"katanya.

Menurutnya, pertemuan seluruh rakyat DUN Seberang Takir yang hadir dalam Majlis tersebut, menunjukkan ikatan dan kekuatan persediaan menghadapi kerja-kerja besar yang mendatang, termasuk pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

"Mudah-mudahan InsyaAllah, pertemuan kita hari ini, akan mengikat kita dengan ukhuwah Islamiah yang membawa kekuatan kepada jamaah dan saf (PAS),

"untuk kita berdepan dengan kerja yang diamanahkan, khususnya mengjadapi kerja-kerja besar selepas ini (pilihanraya umum),"tegasnya.

PAS <b>Seberang Takir</b> beri sumbangan pelajar

Posted: 12 Sep 2011 11:15 PM PDT

KUALA NERUS - Seramai enam orang pelajar dari DUN Seberang Takir telah menerima sumbangan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dari Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah MTD Seberang Takir, Zakaria Dagang dalam satu majlis sempena Sambutan hari Raya Idul-Fitri DUN Seberang Takir di sini Jumaat lalu.

Empat orang pelajar berkenaan akan melanjutkan pelajaran ke Jordan, seorang ke Mesir dan seorang lagi ke Maghribi. Salah seorang pelajar yang akan ke Jordan serta pelajar ke Mesir dan Maghribi tidak mendapat tajaan dari pihak berkuasa. Sementara tiga pelajar ke Jordan, seorang mendapat tajaan Yayasan Terengganu dan dua lagi mendapat tajaan Maidam.

T E G A N U K I TA: Sambutan Merdekaraya DUN <b>Seberang Takir</b> <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 06:03 PM PDT

Oleh; Esah Abdullah

"Saya terharu dan berterima kasih di atas sambutan orang ramai dan kehadiran diluar jangkaan," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran ,Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman.

Lebih 15,000 orang telah membanjiri Dataran Permata, Kampung Baru , kerana menghadiri sambutan Aidilfitri dan Hari Merdeka (Merdekaraya) yang diadakan serentak bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.


"Kita jangkakan hanya 10,000 tetamu tetapi kehadiran diluar jangkaan dan sehingga jam tiga petang masih ramai yang datang ," katanya yang bercakap di Mini Studio Terengganufm di Dataran Permata.

Terdapat 17 booth disediakan menempatkan pelbagai jenis makanan tempatan antaranya ketupat, lemang, nasi minyak, nasi putih, nasi dagang, sup tulang, mee, kuey tiaw, murtabak, laksa, tapai pulut, rojak, me sup dan sebagainya.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Terengganufm yang membuka studio mini dan telah bersiaran secara langsung bersama YB Haji Ahmad Razif dan YB Haji Muhammad Ramli Noh DUN Tepoh.

Suasana kehangatan sambutan Merdekaraya berlangsung dalam suasana meriah dan orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan artis jemputan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads