ads

Rabu, 7 September 2011

13 di kemaman - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Ahli Perniagaan Maut Dalam Kemalangan <b>Di Kemaman</b>

Posted: 24 Aug 2011 01:51 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk maut setelah kenderaan pacuan empot roda yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Km 134 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kemaman pagi Rabu.

Datuk Abu Bakar Kamar @ Kamar, 61, yang merupakan ahli perniagaan dalam bidang pengangkutan dan berasal dari Dungun maut di tempat kejadian yang berlaku kira-kira 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Abdullah Sani Salat berkata kejadian berlaku apabila kenderaan mangsa yang datang dari arah Kuala Terengganu-Kuantan dipercayai bergesel dengan sebuah kereta Proton Wira.

Ekoran pergeseran itu, kenderaan mangsa masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dan merempuh sebuah kereta Porsche yang berada di belakang kereta Proton Wira tersebut.

"Akibat dari pertembungan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Lelaki yang memandu kereta Porsche turut tercedera berikutan keretanya terhumban ke dalam semak di tepi jalan.

"Empat lelaki yang berada di dalam kereta Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan," kata Abdullah Sani ketika dihubungi.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kemaman. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved