Sabtu, 27 Ogos 2011

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Tranungkite Online v11 - DUP <b>Negeri Terengganu</b> Prihatin <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2011 08:19 PM PDT

Oleh: sripetaling

"Terengganu, 23 Ogos 2011 - Dewan Ulamak Pas Negeri Terengganu terus mengorak langkah untuk merealisasikan konsep Negara Berkebajikan dengan memberikan sumbangan kepada pihak-pihak yang banyak mencurahkan bakti khususnya dalam lapangan pendidikan Islam di negeri ini.

Program yang telah berjaya diadakan itu menyaksikan guru-guru DAR, Maahad dan Kolej yang banyak mencurahkan bakti kepada pembangunan Islam di negeri ini diberikan sumbangan oleh pihak Dewan Ulamak Pas Negeri Terengganu.

Sumbangan tersebut di sampaikan sendiri oleh Dato' Hussein Awang iaitu Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu kepada tenaga pengajar yang menyumbangkan bakti serta mencurahkan ilmu kepada umat Islam di negeri ini.

Rata-rata tenaga pengajar yang ditemui melahirkan rasa bersyukur kepada Allah kerana pihak dewan sangat prihatin dalam menjaga kebajikan para tenaga pengajar.

Program sumbangan tersebut diadakan di dua tempat iaitu di Madrasah Darul Bayan di Paka dan Madrasah Darul Iman yang terletak di Marang.

"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads