Khamis, 11 Ogos 2011

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Pok Li - Warga Kemboja Didaftar <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2011 09:03 PM PDT

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dungun, Datuk Dr Rosli Mat Hassan menafikan dakwaan Pas yang mengatakan wujudnya 164 warga asing yang berdaftar sebagai pemilih yang dilabelkan sebagai 'pengundi hantu' di kawasan parlimen Dungun.

Beliau yang juga Pegawai Pembangunan Dun Sura berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana Pas sekarang dilihat sudah ketandusan isu.

Rosli berkata, warga Kemboja yang didakwa warga asing dan bertindak sebagai pengundi oleh Pas sebenarnya sebahagian daripada rakyat yang menjadi warganegara Malaysia yang sudah lama menetap dan mencari rezeki di daerah ini hingga beberapa keturunan.

Beliau berkata, mereka kebanyakannya terlibat dalam bidang perniagaan seperti menjual di pasar malam dan warga Kemboja ini merupakan salah satu identiti budaya, khususnya di sebuah perkampungan di Che Lijah, Dungun.

"Yang penting, mereka ada kad pengenalan, sebab itu mereka boleh mengundi.

"Yang mereka kata warga Kemboja tu sebenarnya sudah beberapa pilihan raya mereka bermastautin di sini, dah jadi warganegara, sudah lama menjadi pengundi. Pas sebenarnya tiada isu, sebab itu mereka bangkitkan hal pengundi hantu," katanya.

Pas Terengganu menyebut, pihaknya mengesan 264 warga asing dipercayai tersenarai sebagai pendaftar pemilih di seluruh kawasan Parlimen Dungun, 43 daripadanya dikatakan tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pesuruhjaya Pas Negeri, Abdul Wahid Endut berkata, pihaknya mengesan satu aktiviti tidak bertanggung jawab dilakukan pihak tertentu untuk membawa masuk pengundi luar warga asing ke Parlimen Dungun sebagai satu strategi memenangkan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Beliau berkata, pihaknya mengesan sejumlah pengundi warga asing didaftarkan di kawasan ini meliputi empat kawasan Dun, masing-masing di Rantau Abang, Bukit Besi, Paka dan Sura, kebanyakannya warga asing berketurunan Kemboja.

Lebih dikesali, daripada 264 pemilih berdaftar itu, 43 daripadanya tiada sebarang rekod pendaftaran dalam JPN dan ini boleh merosakkan kepercayaan rakyat terhadap sistem yang ada.

"Di Rantau Abang ada 70, dalam JPN tiada rekod. Bukit Besi 61, dengan 10 daripadanya tiada rekod JPN, Sura 111, 23 tiada rekod, Paka 92, enam tiada rekod, menjadikan jumlah keseluruhan 264.

"Sekarang kita jaga benda ini, tapi kita bimbang pada saat-saat akhir dia masuk benda ini. Sekarang rancak dilakukan di negeri lain," katanya pada sidang media tertutup selepas mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan Alor Tembesu, petang kelmarin.

Beliau mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat perkara ini untuk memastikan sistem pilihan raya di negara ini lebih adil dan bersih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads