Sabtu, 13 Ogos 2011

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Lawatan Presiden ISMA <b>di Kuala Terengganu</b> | ISMA Terengganu

Posted: 01 Jul 2011 07:50 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 1 JULAI 2011 – Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik telah meluangkan masa dalam satu sesi silaturrahim bersama ahli-ahli ISMA di Pejabat Aman Palestin, Batu 6, Kuala Terengganu. Walaupun memiliki jadual yang padat, Ustaz Abdullah Zaik telah turun padang untuk meninjau perkembangan aktivisme ahli-ahli ISMA khususnya di Terengganu.

Selain itu, sesi yang pendek ini telah dimanfaatkan oleh ahli-ahli ISMA untuk mendapatkan penerangan dan bertukar-tukar pandangan mengenai beberapa isu semasa yang berkaitan. Secara kesimpulannya, Ustaz Abdullah Zaik berpesan agar ahli-ahli ISMA di Terengganu terus beriltizam dengan amal Islami berdasarkan manhaj yang diyakini selama ini.

ISMA Terengganu ingin memberi penghargaan kepada Ustaz Abdullah Zaik yang sudi meluangkan masanya untuk bersama-sama ahli ISMA di Terengganu. Walaupun dalam tempoh masa yang sekejap, namun ia cukup untuk memberikan suntikan semangat untuk ahli terus bekerja demi mendokong kejayaan Islam yang kita impikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads