Selasa, 9 Ogos 2011

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Fama Rancang Bina Pasar Komoditi <b>Di Kuala Berang</b> | Darul Iman

Posted: 08 Aug 2011 03:39 PM PDT

KUALA BERANG, 8 Ogos (Bernama) — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) merancang untuk membina sebuah pasar komoditi di sini, dalam usaha meningkatkan ekonomi petani di daerah Hulu Terengganu.

Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata ini merupakan pasar komoditi ketiga yang dirancang Fama untuk dibina di Terengganu dalam masa terdekat.

"Pasar komoditi di Kuala Berang dicadang akan dibina di Kampung Kuala Ping atas permintaan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat," katanya kepada Bernama, di sini Isnin.

Hasan sebelum itu turut meninjau tapak pasar tani yang dicadangkan untuk pembinaan pasar komoditi di Kuala Ping.

Beliau berkata perkara itu akan dipanjangkan kepada kerajaan negeri untuk mendapat kelulusan tapak.

Katanya dua pasar komoditi lain yang akan dibina ialah di Kerteh, Kemaman, dan di Jalan Budiman, Kuala Terengganu.

Pembinaan pasar komoditi di Kerteh yang bernilai RM4 juta akan bermula bulan depan, sementara di Jalan Budiman yang bernilai RM2 juta akan dilaksana pada November ini.

Kedua-duanya dijangka mampu menempatkan antara 80 dan 120 peniaga, katanya.

Hasan berkata kemungkin Fama mewujudkan pasar komoditi di setiap daerah di negeri ini jika keadaan memerlukan.

– BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads