Ahad, 7 Ogos 2011

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


PGB & IRM rai penerima manfaat <b>di Kerteh</b> 31/7/11

Posted: 05 Aug 2011 01:58 AM PDT

by the administrator on August 5, 2011

Kerteh, 31 Julai 2011 – Bertempat di Surau Rantau Petronas, Petronas Gas Berhad (PGB), Kerteh, Islamic Relief Malaysia (IRM) telah menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penerima manfaat terpilih di kawasan tersebut sempena program "Ramadhan Relief: Show Your Care" (RR-SYC). Pihak PGB selaku penganjur majlis telah menaja 60 buah pek makanan kepada penerima manfaat terpilih.

Objektif majlis ini adalah sama seperti RR-SYC iaitu membantu mereka yang memerlukan dengan pemberian bantuan pek makanan. Di samping itu objektif tambahan majlis ini juga bertujuan menjalin kerjasama dengan pihak penaja terutama PGB. Program seumpama ini memberi peluang kepada penaja untuk menganjur dan bertemu sendiri dengan para penerima manfaat yang ditelah dikenalpasti oleh IRM. Rakan kerjasama iaitu NGO CAKNA, telah membantu mengenalpasti penerima manfaat di sana.

Program setengah hari ini telah dirasmikan oleh Pengurus Jabatan HRM, PGB, En. Rozlan Yaakob.  IRM telah diwakili oleh Ketua Bantuan dan Program, En. Kamarul Halim Sakrani. Sesi tazkirah turut diadakan dengan disampaikan oleh Pegawai Agama PGB, Ustaz Aidil.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh En Rozlan kepada 60 orang penerima manfaat. Rozlan turut menyatakan hasrat dengan wakil IRM untuk terus bekerjasama dengan IRM dalam menjayakan misi kemanusiaan pada masa akan datang.

Support Islamic Relief Malaysia
by clicking the buttons above

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads