ads

Isnin, 8 Ogos 2011

13 di jabor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Duniaku <b>Di</b> Sini: Dedikasi Untuk Seorang Sahabat | Tabahlah Hati <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2011 07:46 PM PDT

Salam Ramadhan semua..
Apa khabar kalian hari ni? Semoga sedang bahagia menjalani hari minggu bersama keluarga. Buat kawan-kawan di pata timo..selamat berkerja deh! Hari ni Mama kehilangan suara selepas 3 hari dilanda sakit tekak. Semakin menjadi2 nampaknya..almaklum, ubat hanya sempat dimakan sekali sehari. Bahagia la kamu anak-anakku sebab hari ni Mama tak leh berleter yer..:)
Semalam yg :( :( :(...Sekitar jam 10.00 pg, waktu sibuk bertugas (Mama kerja 1/2 day hari Sabtu) Mama terima sms dr teman lama mengatakan bonda kepada seorang sahabat kami telah pun kembali ke rahmatullah.Untuk pengetahuan, arwah menderita sakit kencing manis. Innalillah....sungguh besar dugaan yg dipikul sahabat Mama ni..baru bbrp bulan sudah memegang title 'Single Parent', semalam dikejutkan pula dengan pemergian bonda tercinta. Allahuakbar!! Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..Sejurus menerima berita, Mama terus call sahabat Mama tu. Dikala itu, perasaan sendiri pun tak boleh dikawal lagi sementelah lagi mendengar rintihan hati seorang sahabat. Berderai-derai air mata sudahnya...Terasa saat itu juga ingin terbang balik ke Trg. Sahabat, ingin kupinjamkan bahuku padamu tp apakan daya...Hanya ucapan takziah, sekalung Al Fatihah dan kata-kata semangat mampu kititip buatmu..:(
Sepanjang hari semalam, hati turut terasa suram. Allahyarhamah (bonda kawan) adalah insan yg baik hati dan penyayang. Mama turut merasakan kehilangan Arwah. Arwah sekeluarga  mempunyai gerai keropok di Marang, Terengganu. Yang pernah sampai ke Terengganu mungkin ada melihat gerai keropok di sepanjang jalan daerah Marang (Kg Eyriqazz tu!). Suatu waktu dulu, lepas PMR Mama pernah tinggal bersama keluarga mereka selama 2 minggu. Setiap hari balik dari sekolah, kami turun dari bas dan berhenti di kedai mereka terlebih dahulu. Arwah selaku ibu memang pandai memasak. Selama dua minggu itu jugalah Mama makan masakan arwah yg pelbagai, menyibuk2 dalam kedai melihat makcik2 gete keropok lekor, mengutip remis di Pantai Rhu muda (belakang kedai) di sebelah petang dan adakalnya hingga ke malam masih lagi bersidai di pangkin bersama arwah dan ayah sahabat Mama tu. Sweet moments! Paling Mama tak boleh lupa adalah sewaktu menikmati nasi air bersama ikan pelata goreng, mengadap laut cina selatan, bertemankan bulan, bintang & suara ombak. Sedapnya sukar diucap, hingga ke hari ini masih dalam ingatan & sebutan. (Baru beberapa hari lepas Mama bgtau sahabat Mama tu, teringin nak makan nasi air arwah..tapi apakan daya.......). Masih jelas dalam ingatan Mama peribadi arwah, menegur anak-anak beliau dengan lembut tetapi tegas..menunjuk ajar dengan penuh sabar dan tenang..
Masih dalam ingatan..walaupun agak lama meninggalkan kg tercinta, 2-3 thn lalu sewaktu dalam perjalan balik dari kg ke KL, Mama dan En.Suami ada menyinggah kedai arwah, tujuan asal nak bertemu sahabat Mama tu..tp tak berkesempatan. Tapi itu tak membantutkan niat Mama utk bertamu seketika di kedai Arwah. Ternyata arwah masih kenal dengan Mama dan masih lagi memanggil Mama dengan 'nama manja' Mama (masa form 3 kawan2 tak panggil yatie, ada nama lain..). Cuma 2 thn kebelakangan ni tak berkesempatan nak menyinggah memandangkan kami telah menukar laluan kami ke highway Jerangau-Jabor. Hajat di hati, hari raya nanti nak la menjenguk mereka sekeluarga. Rupanya sudah tersurat, itulah pertemuan terakhir kami dengan arwah :(.
Buat arwah, doa Mama semoga Allah SWT ampunkan segala dosa-dosanya serta semoga Allah tempatkan arwah di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman. Amin!!! Makcik sentiasa dalam ingatan saya smp bila-bila....
Padamu duhai sahabat, tabahkan hatimu..usah berputus asa dan harap. Ingatlah bahawa Allah takkan menguji kita dengan ujian yg di luar kemampuan kita. Bangkitlah dari kesedihanmu...Lapangkan hati dan lepaskan pemergiannya dengan hati yg penuh redha. Allah lebih menyayanginya. DIA pun telah memberikan peluang dan kesempatan utkmu berbakti pada arwah, tiada apa yg perlu dikesalkan. Semoga sahabatku ini tak patah semangat untuk terus berjuang demi utk 3 anak yg masih belum mengerti itu. Amin!!


Terima kasih sudi baca entry ini!! 
Klik Sini Utk Daftar Churp-Churp
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved