Jumaat, 5 Ogos 2011

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Pahang Daily Online (PDO): Cyberita Pahang Daripada Pelbagai <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2011 04:36 PM PDT

Mulai sekarang Pahang Daily Online (PDO) akan menyiarkan berbagai informasi dan maklumat tentang Pahang menerusi ruangan Warta Pahang yang kami wujudkan. Berita yang dipaparkan adalah berkaitan isu semasa dan hal ehwal dalam negeri Pahang sahaja. Dengan berita ini ia akan mendekatkan lagi rakyat Pahang seantero dunia dengan kampung halaman masing-masing. Kepada anda yang ingin menghantarkan bahan berita dan maklumat yang tidak bertujuan komersial, sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com (sertakan gambar dan maklumat aktiviti berkaitan) untuk memudahkan urusan yang berkenaan. Harap Maklum

50 Penduduk Minta Segerakan Projek Perumahan

ROMPIN – Lebih 50 penduduk di Kampung Tekek, Pulau Tioman, di sini meminta kerajaan mempercepatkan pembinaan projek perumahan untuk membolehkan mereka mendiami kediaman lebih selesa. Ia berikutan kawasan rumah yang mereka diami sejak berpuluh-puluh tahun dahulu semakin padat dengan penduduk dan keadaan persekitaran kampung itu juga tidak ubah seperti kawasan setinggan. Mereka mendakwa sebahagian tanah milik mereka diambil kerajaan untuk membina sekolah dan dijadikan kawasan pelancongan bagi merancakkan ekonomi penduduk di pulau peranginan itu. Bagaimanapun, penduduk khususnya generasi kedua dan ketiga di kampung itu masih berharap supaya kerajaan menyediakan projek perumahan bersesuaian di kawasan mereka demi masa depan yang lebih terjamin. Seorang penduduk, Basrul Iswan Mat Badal, 24, berkata, dia terpaksa tinggal bersama ibu bapanya memandangkan kawasan itu sempit dan terhad akibat ketiadaan projek perumahan. Basrul Iswan berkata, kebanyakan generasi kedua yang sudah berkahwin juga terpaksa berhijrah ke darat dan meninggalkan kehidupan di pulau peranginan itu akibat ruang tanah terhad. "Kawasan ini tidak ubah seperti kawasan setinggan kerana kami terpaksa hidup dalam keadaan ruang rumah yang sempit dengan dipenuhi rumah penduduk lain walaupun tanah ini adalah kepunyaan kami," katanya. Basrul Iswan berkata, penduduk tidak menghalang sebarang bentuk pembangunan yang dirancang dan akan dilaksanakan di kawasan itu, tetapi berharap isu perumahan penduduk di pulau itu perlu diselesaikan segera. sumber


Tolak Dakyah Cuba Rosakkan Perpaduan Rakyat

JERANTUT - Rakyat digesa menolak segala dakyah dan usaha yang cuba dilakukan pihak tertentu untuk merosakkan perpaduan kaum yang dinikmati selama ini. Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (foto) berkata, rakyat perlu menghayati pengorbanan dan jasa pemimpin terdahulu yang merancang pelbagai pembangunan negara sehingga disegani dunia. Beliau berkata, usaha bersungguh-sungguh pemimpin sebelum dan pasca merdeka membolehkan pembangunan dilaksanakan secara menyeluruh sehingga berjaya mengubah kehidupan penduduk termasuk di luar bandar. ''Pemimpin terdahulu menyediakan segala kemudahan serta peluang dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Kita perlu sedar dan menghargai usaha pemimpin terbabit sehingga negara ini maju seiring dengan negara lain," katanya.

Suami Isteri Di Antara Yang Di Tahan Edar Dadah

KUANTAN - Empat lelaki dan dua wanita termasuk dua pasang suami isteri ditahan kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah melalui Ops Tapis Bersepadu sejak 29 Julai lalu hingga semalam. Dalam operasi tersebut polis merampas 753 gram dadah jenis heroin bernilai RM69,150. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supritendan Yap Toon Khuan (foto) berkata, tangkapan terbaru dibuat pukul 7.45 pagi semalam di tandas awam Plaza Tol Jabor dekat Kemaman di sini, melibatkan sepasang suami isteri berusia 33 dan 27 tahun. Menurutnya, ketika ditahan suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau itu bertindak agresif dengan merempuh dua buah kereta polis untuk melarikan diri. "Kita terpaksa pecahkan cermin tingkap sebelah pemandu bagi menghalang suspek merempuh lagi kenderaan pasukan lain yang membuat halangan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang di sini, hari ini. Katanya, hasil pemeriksaan polis menemui ketulan bewarna putih seberat 237 gram disyaki heroin di atas tempat duduk bahagian penumpang belakang. Toon Khuan berkata, dalam kes kedua, seorang penunggang motosikal lelaki berusia 36 tahun ditahan pada pukul 4.15 petang ketika dalam perjalanan dari Jalan Krau ke Mempaga 3, dekat Karak. Katanya, ketika ditahan suspek campak beg sandang dipakainya sebelum polis temui dadah jenis heroin seberat 44.30 gram bernilai RM8,100. sumber

Lagi Suami Isteri Di Tahan Kerana Edar Dadah

Sementara itu, sepasang lagi suami isteri ditahan dalam sekatan jalan raya di Kilometer 23 Jalan Jerangau-Jabor di sini pada pukul 6 petang, Jumaat lalu. "Pasangan yang masing-masing berusia 40 dan 37 tahun itu dilihat menggigil ketakutan ketika sekatan jalan raya dibuat. Hasil pemeriksaan menemui beberapa plastik lutsinar dipercayai dadah jenis heroin seberat 453 gram bernilai RM36,000," katanya. Dalam kes keempat, seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas bergelut dengan polis untuk melarikan diri menyebabkan suspek cedera di muka, bahu, dada dan jari. "Kejadian itu berlaku di Kampung Ria Semantan, Cheroh dekat Raub pada 29 Julai lalu kira-kira pukul 2 pagi. Hasil siasatan awal, kita menemui tujuh peket plastik berwarna cerah dan lima tiub straw dipercayai dadah jenis heroin seberat 18.7 gram yang bernilai RM4,050," ujarnya. Kata beliau, kesemua yang ditahan kini ditahan reman seminggu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. sumber

Tohmahan Kerajaan Negeri Bankrap Tidak Benar


KUALA LIPIS - Kerajaan Negeri masih mampu melaksanakan projek kemudahan asas di luar bandar walaupun kerap ditohmah pihak tertentu yang melabelkan kerajaan pimpinan Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob hampir bankrap. Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (foto) berkata, tohmahan Kerajaan Negeri sudah kekurangan wang untuk projek luar bandar tidak benar sama sekali dan ia hanya semata-mata untuk memancing kepercayaan penduduk supaya membenci kerajaan Barisan Nasional (BN). Menurutnya, ada pihak tertentu yang berceramah di surau, masjid atau singgah di kedai kopi dengan sesuka hati mengatakan Kerajaan Negeri akan bankrap. "Kenyataan itu bertujuan mencari pengaruh demi kepentingan pihak pembangkang yang secara sengaja memperlekehkan Kerajaan Negeri memandangkan pilihan raya sudah dekat. "Jangan mudah percaya tohmahan tidak berasas ini. Kerajaan Negeri kini rancak memajukan kawasan dan penduduk menerusi kemudahan asas yang dirancang dengan teliti," katanya selepas meninjau kemudahan sukan di Kampung Ganding, di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Pegawai Penerangan Lipis, Md Zain A Rahman dan Ketua Kampung Ganding, Md Yassin Hassan. Mohamad Shahrom melawat gelanggang sukan yang bakal dinaikkan taraf dengan membina pagar, melebarkan gelanggang sepak takraw, badminton, bola jaring dan bola sepak. sumber

Peniaga Dakwa Bekalan Ikan Tidak Mencukupi

KUANTAN - Peniaga Pasar Besar Kuantan mendakwa bekalan ikan tidak mencukupi pada hari pertama Ramadan dan dijangka berlaku perkara sama sepanjang bulan puasa. Tinjauan mendapati, ada peniaga ikan menghadapi kekurangan bekalan sekali gus berlaku kenaikan harga beberapa jenis ikan yang bukan sahaja membebankan peniaga malah memberi kesan kepada perbelanjaan isi rumah. Peniaga ikan, Zukri Osman (foto), 41, mengakui setiap tahun bekalan ikan pada bulan puasa tidak mencukupi terutama bawal dan tenggiri yang mendapat permintaan paling tinggi. Katanya, permintaan tenggiri dan bawal sangat tinggi dan harga sekarang meningkat sehingga RM5 hingga RM6 sekilogram. "Jika sebelum ini, harga sekilogram bawal ialah RM13 hingga RM15 namun menjelang Ramadan harganya mencecah sehingga RM 17," katanya yang mendapat bekalan bahan mentah dari Pasar Borong Kemunting. Dia yang berniaga lebih 15 tahun dapat melihat fenomena itu setiap kali menjelang Ramadan atau musim perayaan. Rakannya, Mohd Ali berkata, ikan tenggiri paling mendapat permintaan tinggi sepanjang bulan puasa dan ada ketika bekalannya tidak mencukupi. "Biasanya saya hanya menjual 20 kilogram (kg) ikan tenggiri sehari tetapi menjelang Ramadan jualan meningkat sehingga 30 kg. "Sebelum ini, 1 kg ikan tenggiri dijual dengan harga antara RM20 hingga RM22 tetapi harga itu mungkin boleh mencecah sehingga RM28," katanya yang berniaga ikan sejak 18 tahun lalu. Berbeza peniaga ikan, peniaga ayam tidak menghadapi sebarang masalah kerana makanan itu mencukupi untuk keperluan penggemarnya. sumber

Pasaraya Kerugian Stengah Juta Akibat Di Samun

KUANTAN - Sebuah pasar raya kerugian hampir RM500,000 setelah disamun enam lelaki bersenjatakan kapak, pisau dan besi di Kilometer 9.6, Jalan Gambang dekat sini awal, pagi semalam. Dalam kejadian yang berlaku antara pukul 1.30 hingga 2 pagi itu, dua pengawal keselamatan berusia 58 tahun dan 63 tahun yang bertugas turut diikat dengan wayar oleh suspek. Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, kesemua penjenayah yang memakai penutup muka itu dipercayai warga asing. "Ketika kejadian, kedua-dua mangsa berada di dalam premis. Suspek dipercayai masuk melalui pintu belakang sebelum naik ke pejabat dan memecahkan peti besi mengandungi wang tunai," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang. Kata Noor Asyikin, sejurus selepas itu, semua suspek melarikan diri bersama wang tunai dan satu set kamera litar terutup (CCTV). "Kerugian keseluruhan bernilai kira-kira RM500,000 termasuk wang tunai dipercayai hasil kutipan hujung minggu pasar raya itu. "Salah seorang pengawal keselamatan itu berjaya melepaskan diri kira-kira pukul 4 pagi ini sebelum meminta orang awam menghantarnya ke balai polis di Jaya Gading untuk buat laporan," katanya. Susulan laporan itu, ujarnya, polis menahan dua lelaki warga asing bagi membantu siasatan. sumber

[Artikel yang disiarkan di sini adalah dipetik daripada pelbagai sumber media. Kami tidak mengubah isi artikel terbabit untuk memberi peluang kepada pembaca menilai dan membuat perbandingan isu-isu yang dipaparkan. Kepada pembaca terutamanya rakyat Pahang yang mempunyai apa saja berita menarik di kawasan masing-masing, anda bolehlah menghantar berita dan artikel tersebut ke pahangdaily@yahoo.com untuk disiarkan. Seelok-eloknya, serta sekali gambar-gambar yang berkaitan supaya ia lebih menarik. Harap Maklum].

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads