ads

Rabu, 31 Ogos 2011

13 di gong kedak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


TUDM <b>Gong Kedak</b> Guna Khidmat Pusat Simulasi Pertama <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2011 02:24 PM PDT

BESUT, 25 April (Bernama) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini memiliki sebuah pusat simulasi bagi kegunaan latihan operasi jet pejuang Su-30MKM (Sukhoi) berpusat di Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak yang merupakan satu-satunya simulasi latihan seumpamanya di rantau Asia.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pusat simulasi itu menempatkan dua set sistem yang berupaya menjalankan misi latihan secara online sepertimana dalam persekitaran penerbangan sebenar.

Katanya sistem yang dibangunkan oleh syarikat tempatan HeiTech Padu Berhad (HeiTech) dengan kos perbelanjaan RM258 juta itu mula digunakan sejak awal November lepas.

"Kelebihan sistem ini ialah ia mampu melatih juruterbang dan pegawai sensor persenjataan termasuk krew teknikal dengan menggunakan tahap keupayaan tinggi dalam mensimulasi model penerbangan pesawat, khususnya Sukhoi," katanya pada satu persidangan akhbar selepas merasmikan pusat itu dekat sini Isnin.

Turut hadir, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Datuk Seri Rodzali Daud, Pengerusi Eksekutif HeiTech Padu Berhad, Datuk Mohd Hilmey Mohd Taib, Panglima Divisyen 1 TUDM, Mejar Jeneral Ansa dan pegawai-pegawai kanan TUDM.

Dr Ahmad Zahid berkata sistem itu dapat menjimatkan kos perbelanjaan apabila kerajaan tidak perlu lagi menghantar juruterbang berlatih di luar negara seperti yang diamalkan sebelum ini.

Katanya TUDM mendahului negara-negara lain yang mempunyai pesawat Sukhoi di rantau ini dalam melatih juruterbang mereka, di mana negara-negara berkenaan sehingga kini masih terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menghantar juruterbang mereka berlatih di Russia.

Beliau berkata pusat simulasi itu juga dapat melonjak kemahiran juruterbang dan para pegawai TUDM sesuai dengan kehendak negara untuk melahirkan pasukan yang berkemahiran tinggi dan mempunyai tahap profesionalisme yang tulen serta sentiasa ingin maju.

Menurutnya pusat simulasi itu dibangunkan menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI) di mana HeiTech Padu Berhad dipertanggungjawabkan untuk mengurus operasi serta penyelengaraan bagi tempoh 10 tahun sehingga tahun 2020.

Beliau berkata sistem simulasi yang dibangunkan itu juga mampu melakukan pemindahan teknologi ke negara-negara yang memerlukan dan ia bukan hanya khusus untuk pesawat tempur semata-mata malah boleh digunakan bagi simulasi pesawat komersial, dan menurutnya sejak dibangunkan pusat simulasi itu sudah melatih 28 juruterbang dan pegawai TUDM.

Selepas perasmian Dr Ahmad Zahidi mencuba alat simulasi itu selama kira-kira 40 minit, dengan diselia oleh para jurulatih penerbangan.

– BERNAMA

Advertisement

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved