ads

Sabtu, 6 Ogos 2011

13 di bukit besi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Teganuku..segalanya di sini..: Perlombongan, Kilang <b>Besi</b> Bawa <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2011 06:44 PM PDT


Analisis oleh Hambali Abdul Latiff
Banyak pihak memberikan pandangan dan reaksi positif dari segi usaha kerajaan negeri meneroka sumber ekonomi yang boleh dianggap baru di Terengganu iaitu bijih besi.

Walaupun kegiatan melombong besi bukan baru, khususnya di Bukit Besi, Dungun, namun dengan keyakinan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendekatan baru bagi menjayakan aktiviti ini, ia dijamin membawa kesan ekonomi yang besar dalam konteks pembangunan negeri, swasta dan rakyat.

Berdasarkan kajian awal, pembukaan semula lombong dan diikuti kilang memproses keluli akan mendatangkan pendapatan penting kepada Terengganu pada masa hadapan, selain dianggap berpotensi besar dalam mewujudkan pekerjaan.

Dengan keputusan Perwaja Holdings Bhd membina kilang pemekatan dan pempeletan bijih besinya sendiri di Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu dijangka mencergaskan semula industri keluli tempatan.

Menurut Penganalisis Kanan MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin, antara manfaat untuk industri itu ialah mengurangkan pergantungan ke atas import pelet bijih besi.

Perwaja yang merupakan antara pengeluar terbesar produk keluli utama negara seperti bilet, membekalkan produknya secara terus kepada pengeluaran hiliran dalam pasaran tempatan dan luar negara, termasuk Timur Tengah.

OSK Research pula dalam laporannya berkata jika Perwaja memperoleh lesen perlombongan, ia boleh menjimatkan kos lebih daripada AS$100 setan bijih besi mentah.

Perkiraan itu adalan berasaskan pada harga semasa bijih besi mentah yang diimport pada AS$160 setan berbanding kos perlombongan tempatan yang mungkin kurang daripada AS$50 setan, katanya.

Sementara itu, kawasan yang telah dikenal pasti di Bukit Besi membabitkan perlombongan ialah seluas 97,124 hektar dan kerja pengukuran kawasan telah diserahkan kepada juruukur berlesen.

Mengikut kajian yang dilakukan pada 1921, terdapat kira-kira 100 juta metrik tan bijih besi di kawasan itu (Bukit Besi) dan selepas kerja melombong bijih besi oleh sebuah syarikat British, sehingga 1971, masih terdapat kira-kira 50 juta tan metrik lagi bijih besi bermutu tinggi di kawasan berkenaan.

Dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mahukan kajian mendalam dilakukan di kawasan berkenaan, sambil melawat kawasan itu beberapa kali dan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk dari China, kerajaan negeri benar-benar mahukan kerja melombong bijih ini menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Sabtu lalu, Datuk Seri Ahmad Said merasmikan upacara pecah tanah Loji Concentration and Pelletizing Perwaja bersebelahan Perwaja Steel di kawasan perindustrian Telok Kalong di Kemaman sebagai menandakan bahawa kerajaan negeri sudah memulakan langkah ke arah menjadikan Bukit Besi dan Teluk Kalong sebagai kawasan kembar bagi industri melombong san memproses bahan berkenaan.

Perwaja Holdings Berhad sudah melabur RM400 juta bagi membina loji berkenaan yang mampu mengeluarkan sebanyak 1.2 juta tan metrik besi pilet bagi fasa pertama tahun depan dan 2.4 juta tan metrik bagi fasa kedua pada 2013.

Loji Consentration and Pelletizing adalah logi pertama di Asia Tenggara, dijangka siap pada Ogos atau September tahun depan dengan mampu menyediakan peluang pekerjaan sehingga 3,000 orang.

Pengerusi eksekutif Perwaja, Tan Sri Abu Sahid Mohamed menjelaskan, selain menyediakan pekerjaan, Perwaja turut meneroka teknologi dan idea baru bagi membaiki pengeluaran dan menurunkan kos operasi bagi membolehkan produk syarikat terbabit bersaing di arena antarabangsa.

Kerana itu pihaknya berusaha menghasilkan bijih besi mentah dalam bentuk pelet memandangkan harga bahan mentah dalam bentuk pelet meningkat setiap tahun.

Bagaimanapun bekalan bahan mentah atau pellet di seluruh dunia dikawal oleh sebilangan pembekal besar sahaja. Dengan kedudukan ini, harga bijih besi yang ditetapkan oleh pembekal besar ini sangat tidak menggalakkan operator seperti Perwaja

Kerana itu menurut Abu Sahid, Perwaja mengambil inisiatif memperkenalkan proses 'beneficiation' dan 'pelletizing'. Ia adalah nilai tambah untuk mengolah besi mentah tempatan menjadi pellet.

Kerja mengolah besi mentah yang akan dilakukan di loji baru di Teluk Kalong itu akan membabitkan beberapa proses fizikal dan kimia dan Perwaja amat yakin teknologi baru ini boleh ditangani dengan mudah oleh pasukan kakitangan Perwaja.

Menteri Besar mengumumkan, selain Perwaja, terdapat beberapa syarikat lain memohon untuk menjalankan kerja melombong di Bukit Besi, tetapi sehingga ini kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan.

Hakikatnya, kerajaan negeri tidak bergantung kepada besi yang dihasilkan melalui lombong di Bukit Besi sahaja kerana terdapat beberapa kawasan lain seperti di daerah Kemaman yang dipercayai mengandungi kira-kira 25 juta tan metrik bijih besi yang masih belum diusahakan.

Memandangkan Perwaja bersedia untuk menyertai industri ini, syarikat itu berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan Terengganu untuk melombong bijih besi di Bukit Besi, Dungun.

Dengan Bukit Besi mempunyai simpanan sebanyak 50 juta tan metrik bijih besi, Perwaja melihat potensi itu sangat menguntungkan dan memudahkan bekalan untuk lojinya di Teluk Kalong.

Berikutan itu, Abu Sahid sudah mengemukakan cadangan permohonan lesen untuk melombong bijih besi itu sambil mengharapkan kerajaan negeri membuat pertimbangan.

Abu Sahid berkata pada Sabtu lepas, kilang baharu syarikat itu memerlukan dua juta tan bijih besi mentah setahun untuk beroperasi pada kapasiti maksimum untuk menghasilkan 1.2 juta tan pelet bijih besi apabila fasa pertama siap tahun depan.

Keperluan itu akan meningkat kepada empat juta tan bijih besi mentah setahun bagi mengeluar 2.4 juta tan pelet apabila fasa keduanya siap pada 2013.

Berdasarkan keperluan semasa operasi penuh, syarikat akan menjimatkan sehingga RM840 juta setahun, termasuk 20 peratus atau RM600 juta kos bahan mentah.

Abu Sahid berkata ia juga menyediakan bekalan dan harga yang stabil dalam pasaran tempatan, yang kini didominasi oleh tiga peserta antarabangsa utama.

Kepada Menteri Besar, kerajaan negeri bersedia menimbang untuk memberi kelulusan kepada Perwaja bagi kerja melombong bijih Besi di Bukit Besi untuk kegunaan syarikat itu yang kini dalam proses membina Loji 'Concentration' dan Pelletizing' sendiri yang pertama di Asia Tenggara.

Pada dasar dan prinsipnya, Kerajaan Negeri telah bersetuju menimbang untuk bekerjasama bersama Perwaja bagi kerja mengeluarkan bijih besi itu di sebahagian kawasan di Bukit Besi.

Bagaimanapun katanya, ada beberapa syarikat lain yang juga akan diberikan peluang kerana kerajaan mahu membuat lebih baik daripada yang lain.

Dengan kata lain, kerajaan negeri tidak akan hanya mengeluarkan lesen semata-mata dan ia perlu memberi kebaikan kepada semua pihak.

Antara syarat yang akan dikenakan kerajaan negeri ialah syarikat berminat perlu mempunyai 60 peratus pekerja tempatan selain menjalankan kerja secara usahasama dengan kerajaan negeri.

Syarat ini dikenakan kerana bagi Menteri Besar, nikmat daripada Allah perlu ditadbir secara terbaik untuk kepentingan dan dirasai hasilnya oleh rakyat Terengganu dan bukan untuk kepentingan segolongan individu sahaja.

Walau dalam apa juga bidang pembangunan, termasuk dalam industri melombong dan memproses bijih besi ini, Datuk Seri Ahmad Said tetap meletakkan kepentingan dan cakna rakyat sebagai syarat utama.

Syarat dan langkah ini sengat bersesuaian dengan slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan yang digembleng kerajaan negeri ketika ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved