ads

Selasa, 26 Julai 2011

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


JAZCERITERA: BERTEMU JERUNG <b>DI PULAU PERHENTIAN</b>

Posted: 22 Jul 2011 12:03 AM PDT

    Bertemu dengan sahabat lama adalah antara pekara yang paling dinanti - nanti oleh diri. Bayangkanlah hampir 5 bulan tidak bersua muka , berbual mengenai pelbagai pekara yang mendidik jiwa dan berkongsi cerita suka duka menyebabkan jiwa agak lesu sebentar. Jadi untuk meraikan pertemuan, aku mengatur hari untuk pergi ke Pulau Perhentian, Terengganu memandangkan sahabat Eda, Izad dan Aizat belum pernah merasai pengalaman "snorkeling". Agak payah juga mengatur pertemuan untuk percutian kali ini memandangkan masing - masing terikat pada komitmen yang ada, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Kebetulan pula abang Acatt ,teman abang aku membuka program "snorkeling" di sana, jadi segala urusan berkaitan diuruskan oleh abang Acatt. Terima kasih ye!

   Perjalanan mengambil masa kira - kira 9 jam, kami berempat bergerak pada hari dijanjikan. Kami menuju ke jeti Kuala Besut  dan menaiki bot hampir 20 minit menuju ke Taman Marin, Pulau Perhentian. Di jeti, abang Acat sudah sedia menanti  kunjungan kami dan ketika itu kelihatan riak air muka masing - masing teruja tatkala melihat kebiruan air laut. Allah adalah Maha Pencipta sebaik - baik kejadian dan aku kagum dengan keindahan Sang Pencipta. Selesai urusan penempatan bilik dan makan tengahari kami terus menuju pantai, teruja sekali kerana ini kali pertama aku melihat coral berdekatan dengan persisiran pantai. Senang cerita, depan bilik sudah boleh buat "snorkeling". Memang seronok dan agak mencuit hati melihat gelagat Eda, Izad dan Aizat yang agak cuak untuk membuat "snorkeling" buat kali pertama. Tetapi selepas itu, agak payah menarik mereka keluar dari pantai kerana terlalu asyik melihat taman laut. Aktiviti lain yang kami lakukan ialah berkayak, kami dapat melihat ikan, coral dan hidupan laut dari kayak kerana kejernihan air lautnya. Pada sebelah malam, kami  menikmati makan malam di persisiran pantai di temani lilin dan larut melihat ketenangan pulau jauh dari hiruk pikuk kota. Damai sekali....

    Esoknya awal pagi lagi , kami bangkit bersarapan dan ingin meneruskan aktiviti "snorkeling". Kali ini kami di bawa ke 5 lokasi yang berbeza oleh abang Acatt, iaitu "Taman Coral", Taman Nemo, melihat penyu, Air berani dan melihat Jerung. Tempat pertama yang di tuju ialah kawasan penyu, bukan di persisiran pantai tetapi di tengah lautan. Kami dapat melihat penyu berenang dan mencari makanan di sekitarnya. Walaupun begitu, air laut agak keruh disebabkan ribut yang melanda pada sebelah malam tadi menyebabkan penglihatan agak terbatas ketika itu. Kemudian kami menuju "Taman Coral" , di sana aku dapat berjumpa dengan pelbagai jenis hidupan laut seperti obor - obor , ikan todak dan ikan pelangi. Aku juga turut digigit ikan kecil  yang membersih sel -sel mati di kaki sekaligus dapat SPA percuma. Seterusnya kami menuju ke kawasan jerung, gerun tetapi pada masa yang sama amat sukar di percayai. Bayangkan kami bertembung dengan jerung yang tidak sampai 20 meter sahaja. Jerung di sini tidak menyerang manusia, mereka lebih gemar memakan tumbuhan - tumbuhan dan ikan kecil sahaja. Saiz panjang jerung boleh menjangkau  ketinggian lelaki dewasa. Satu informasi yang menarik, jerung gemar hidup di kawasan air yang bersempadan air sejuk dan air suam, pelik tapi benar kebesaran Allah tiada penghujungnya. Semasa aku menyelam di kawasan jerung, suhu air berubah -ubah sejuk dan panas dan kawasan sekitar kurang tekanan dari kawasan laut yang lain. Air berani adalah tempat tuju yang terakhir kerana sahabat kami, Eda di serang mabuk laut. Kami berehat di Air berani sambil melegakan kepenatan. Air berani ialah kawasan air mata air yang terletak di kawasan pantai. Airnya amat bersih dari air mineral , sejuk dan agak manis. Ia amat terkenal di kalangan pemudi kapal yang berhenti untuk medapatkan bekalan air minuman. Pelbagai pekara mistik  juga dikatakan di kawasan ini. Namun pada pemerhatian, kita haruslah saling menjaga adab pada makhluk kejadian tuhan. Kami tidak berkesempatan pergi ke "Taman Nemo" kerana bimbang dengan kesihatan Eda. Tiada rezeki di situ dan mungkin melambai kami untuk kembali lagi nanti.

      Disebabkan waktu yang suntuk, kami terus pulang menikmati makan tengahari dan berkemas untuk pulang. Kami menempuh hujan ribut untuk sampai ke jeti Besut. Pelbagai pekara bermain di fikiran dan perasaan takut melanda ketika itu dan Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai. Oh ya, jika kalian nak bercuti ke Pulau Perhentian dengan bajet yang murah, bolehlah menghubungi Abang Acatt di - 017 8873887. Jujurnya aku berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Satu pengalaman yang amat berharga, ianya terukir manis di dalam minda. Menghabiskan masa bersama - sama sahabat, bertekak dan saling menasihati adalah suatu  proses pengalaman yang hebat. Nanti kita jumpa dan gaduh lagi ye.
Hooray..Aku dah jumpa jerung!!!!!!!
"ANTARA HARTA YANG PERLU DIMILIKI DI DUNIA INI IALAH ILMU DAN SAHABAT , DI MANA IA MEMBERIKAN KAMU PADA PEKARA YANG BAIK"
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved