ads

Sabtu, 30 Julai 2011

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Erna di Sini: Kisah <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 25 Jul 2011 08:38 PM PDT

Selepas selesai majlis akad nikah adik aku, sebelah petangnya pula kitaorang bertolak ke Kuala Terengganu. Aku bertolak paling lambat sekali coz tunggu hubby aku settlekan hal chalet. Memang kelam-kabut lah juga coz lepas selesai hal nikah, lepas tu mengemas beg pula - dengan bajunya, dengan bebudaknya, dengan barang mekapnya hahaha...

Memandangkan kitaorang still melepak kat rumah dan saudara-mara lain dah follow orang tua aku bertolak ke KT, so aku anak-beranak pun memulakan misi memakan coklat dari barang hantaran pengantin hehehe... Pengantin tak rasmikan lagi, aku dah rasmikan dulu :P


Nilah coklat dari barang hantaran yang adik aku dapat - coklat Patchi. Maklumlah, coklat mahal plak tu orang bagi-free, tu yang aku teruja nak merasa tu. Kira oklah juga coklat Patchi ni, ada perisa yang memang aku suka, ada pula yang kira oklah rasanya. Lepas ni teringin nak merasa coklat Godiva la pulak, ada sesapa nak belanja atau bagi free?

Memandangkan kitaorang bertolak lewat petang ke KT, so kitaorang lah yang paling lambat sampai di KT. Di KT, papa aku dah carikan homestay - sebuah banglo untuk saudara-mara duduk, sementara kitaorang pula disediakan rumah tetamu oleh pihak pengantin perempuan. Rumah tetamu yang kitaorang tinggal berada didalam kawasan Taman Tamandun Islam.

Sampai saja di KT, kitaorang pun menuju ke Taman Tamadun Islam. Yang paling kelakar, berpusing-pusing kitaorang mencari Taman Tamadun Islam. Tetiba mama aku call tanya tak sampai-sampai lagi ke... heheh aku kata on the way la ni hahaha.... Pastu mama aku kata, dah sampai Taman Tamadun Islam, masuk ke dewan konvesyen, diorang masih tengah rehearsal. So, kitaorang pun masuklah ke dewan sejurus tiba didalam Taman Tamadun Islam. Ramai gak orang, siap dengan band tengah practise lagi.

Nilah gambar di dalam dewan, besar juga dewannya. Belakang aku tu pentas pelaminnya... besar.
Sila Klik Untuk Tumbesaran
Mahunya pelamin tak besar coz 3 pasangan pengantin nak bersanding. Gambar atas ni lah para pengantinnya, muka masing-masing macam bosan hahaha. Si Najwa siap pejam mata, tido gamaknya hehehe ;P
Anak-anakku yang kepenatan + mengantuk.... memang terserlah terpancar di muka diorang. mahu tak ngantuk..... dah pukul 11 pm lebih dah.Macam biasa, gambar aku dan hubby aku harus ada hehe. Amik gambar sendiri je ni. Kat sini korang bolehla nampak cela-cela hitam atau juga dikenali sebagai parut-parut hitam jerawat di muka ku ini coz masa ni aku tak pakai mekap, maka terserlah la semuanya hehe... Sebab tulah aku kata Naturactor best, sebab dapat cover cela-cela hitam tersebut.

Lepas selesai rehearsal kitaorang pun menuju ke Guest House yang berada betul-betul di depan antara Dewan dan Masjid Kristal. Malam tu aku tak berapa nyenyak nak tido hehehe... rasa macam seram je, plak tu rasa macam orang dok tepuk-tepuk peha aku huhu... Sudahnya aku tido tengah-tengah antara hubby aku dan Ashraf... lepas tu barula aku boleh tido dengan nyenyaknya hehehe...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved