ads

Rabu, 6 Julai 2011

13 di dungun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Waran Tangkap Pembantu Taska <b>Di Dungun</b>

Posted: 05 Jul 2011 05:00 AM PDT

Dungun - Seorang pembantu taska menghadapi satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir pada perbicaraan membabitkan dakwaan kes jenayah syariah yang dikenakan ke atasnya dan pasangannya di Mahkamah Rendah Syariah, pagi semalam.

Tertuduh, Norfazilah Che Mat Zin, 19, beralamat di Kampung Sura Tengah gagal hadir perbicaraan tanpa sebarang makluman kepada pihak mahkamah selepas dia bersama pasangannya, Wan Mohd Amirul Shafiq Wan Ibrahim, 20, didakwa mengikut Seksyen 29(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 kerana kesalahan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan.

Mengikut fakta kes yang dibentangkan pihak pendakwa raya, ketika serbuan dilakukan pihak penguat kuasa syariah kira-kira jam 10.55 malam di rumah sebuah rumah di sini, pintu rumah dibuka oleh seorang lelaki yang hanya memakai tuala manakala pemeriksaan lanjut mendapati tertuduh berada dalam bilik di atas tingkat rumah dalam keadaan badan hanya tertutup dengan 'toto'.

Pasangan terbabit dalam keterangannya juga mengakui terlanjur sebelum serbuan itu dilakukan dan beberapa barang milik tertuduh dirampas sebagai bahan bukti.

Pasangan lelaki yang hadir menghadapi dakwaan terbabit bagaimanapun mengaku bersalah sebelum Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.

Dalam kes berasingan pula, seorang pekerja spa di sebuah resort terkemuka didenda RM2,000 atau satu bulan penjara oleh mahkamah selepas dia didapati bersalah berkhalwat bersama pasangannya.

Normala Aziz, 27, berstatus janda ditahan penguat kuasa agama ketika berada bersama seorang lelaki yang bukan muhrimnya, Mohd Faizal Abu Bakar, 30, di sebuah rumah di Taman Rakyat Jaya, kira-kira jam 8.40 pagi 5 November 2010 lalu.

Mohd Faizal yang beralamat di Sungai Buaya dan Normala dari Kampung Binjai yang hadir tanpa diwakili peguam itu menjelaskan denda. -SH

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved