Selasa, 12 Julai 2011

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


Asrama Darul Akhyar mulakan operasi ambil 98 pelajar | Darul Iman

Posted: 07 Jul 2011 07:23 PM PDT

PELAJAR pertama yang mendaftar di Asrama Darul Akhyar bergambar bersama kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu di Kampung Tanjung Kapal, Batu Rakit, Kuala Terengganu, baru-baru ini. – utusan/FAUZI MOHD.

KUALA TERENGGANU 7 Julai (Utusan  Malaysia) – Asrama Darul Akhyar kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu di Kampung Tanjung Kapal, Batu Rakit, di sini mula beroperasi dengan pengambilan kumpulan pertama seramai 98 pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata, asrama untuk anak yatim dan fakir miskin itu menelan kos RM4.3 juta dengan pembinaan dua blok asrama lelaki dan perempuan, kantin, surau dan rumah warden.

Katanya, asrama itu telah mengambil pelajar bermula dari tingkatan satu hingga empat dari seluruh negeri dan mereka telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit, dekat sini.

"Semua kos operasi termasuk elaun tujuh kakitangan asrama, perbelanjaan setiap pelajar seperti yuran sekolah, tambang bas, duit saku ditanggung sepenuhnya oleh pihak Maidam.

"Pihak Maidam juga akan berusaha menambah baik prasarana seperti penyediaan perpustakaan, gelanggang sukan serta kawasan riadah bagi menjadikan Asrama Akhyar ini sebagai pusat pengajian dan kebajikan anak yatim yang terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis kesyukuran pembukaan asrama itu di Batu Rakit, dekat sini semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat yang juga Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit.

Wan Harujan berkata, seramai 44 pelajar lelaki dan 54 perempuan yang berjauhan dengan keluarga di Darul Akhyar itu diberi perhatian khusus terutama soal disiplin dan pencapaian akademik.

Katanya, pihak Maidam juga mengalu-alukan sekiranya terdapat pihak lain seperti badan korporat dan individu persendirian untuk hulurkan sumbangan bagi membantu mereka mendapatkan pendidikan yang terbaik.

"Begitu juga dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan penuntut institusi pengajian tinggi turut dipelawa mengadakan pelbagai program bermanafaat di asrama ini.

"Untuk itu juga, Maidam akan turut jalinkan kerjasama dengan beberapa asrama anak yatim yang diuruskan oleh pihak lain kerana mereka lebih berpengalaman dalam perkara ini," katanya.

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads