Khamis, 30 Jun 2011

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: 20000 dijangka lawat PPP <b>Rantau Abang</b>

Posted: 13 Jun 2011 08:26 AM PDT

Seramai kira-kira 20,000 pengunjung dijangka akan melawat Pusat Penerangan Penyu, Rantau Abang sepanjang tahun ini.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Zakaria Ismail berkata biasanya jumlah pengunjung bertambah pada musim cuti sekolah dan musim-musim perayaan.

"Kebanyakan pengunjung yang datang ke pusat itu ialah dari dalam negara dan ada juga pelancong dari luar negara," katanya dihubungi di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau herkata, pihaknya telah menempatkan hampir 30 ekor tuntung laut hidup di pusat penerangan itu untuk dilihat pelawat selain replika penyu dan lain lain.

Zakaria berkata, program pendidikan dan kesedaran mengenai penyu kepada murid sekolah, institut pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan merupakan aktiviti utama pusat itu.

Katanya, langkah itu penting memandangkan populasi penyu semakin terancam dan mungkin mengalami kepupusan pada masa akan datang.

Beliau berkata, pihaknya juga mengambil inisiatif membawa pengunjung ke santuari penyu untuk melihat penyu bertelur.

Beliau berkata, salah satu lagi aktiviti yang dijalankan di Pusat Penerangan Penyu ialah gotong-royong membersih pantai dan juga melepas anak penyu ke laut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads