Jumaat, 10 Jun 2011

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Program Tingkatkan Pelancongan <b>di Pulau Perhentian</b> - Teganuku..

Posted: 27 May 2011 04:53 PM PDT

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri sedang merangka satu program khusus bagi meningkatkan industri pelancongan di Pulau Perhentian.

Ini sekaligus membantu meningkatkan pendapatan penduduk di pulau berkenaan.

"Saya akan umumkan program tersebut semasa membentangkan Bajet 2012 tidak lama lagi," katanya sewaktu berucap pada majlis Jamuan Rakyat di Pulau Perhentian, malam kelmarin.

Beliau berkata, cadangan pembangunan di pulau ini selaras dengan hasrat Kerajaan Terengganu untuk meningkatkan bidang pelancongan di negeri ini.

Bercakap pada sidang media selepas majlis itu, beliau berkata amalan kerajaan negeri sekarang ini ialah turun padang dan mengenal pasti projek-projek yang diperlukan rakyat bagi menaiktaraf hidup dan ekonomi mereka.

"Kita akan umumkan projek untuk rakyat semasa program turun padang secara berterusan bukan tunggu plihan raya baru nak umum projek," ujar beliau.

Beliau berkata, rakyat memberi reaksi yang positif dasar turun padang yang diamalkan pemimpin Barisan Nasional dan ia akan diteruskan bagi kebaikan rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads