ads

Isnin, 13 Jun 2011

13 di pulau bidong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


admissible: Update Last Month 2 : Camping <b>di Pulau Bidong</b>

Posted: 06 Apr 2011 02:53 PM PDT

25-27 Mac 2011

Ok..update kali ni pula pasal kem yang ainur join di Pulau Bidong, Terengganu..ainur difahamkan tempat ni bersebelahan dengan Pulau Redang..Kem kali ni adalah kem Nur Al-Falah 2 anjuran KPT..kem ni banyak memberi input-input mengenai kepentingan mengetahui sejarah tanah air dan betapa pentingnya semangat sayangkan tanah air dalam kalangan anak muda..alhamdulillah la sebab based on kem yang pertama ainur terpilih untuk wakil USM ke kem yang kedua ni..antara Uni lain yang join adalah rakan-rakan dari UM, UMT, UMK dan UNISZA..ada yang memang ainur dah kenal sebab jumpa di kem pertama dan ramai juga yang still kenal ainur..mungkin sebab masa kem yang lepas ainur dicalonkan jadi penghulunita kot..tapi tak dapat..dapat jadi Exco Kebajikan je..hehe..

Aktiviti start di Bandar Kuala Terengganu lagi..dimana kami diberi tugasan kerja lapangan..besh..sambil buat kerja boleh jugak kami bantai McD secara berjemaah..hehe..Cabaran bermula di jeti..mulanya naik bot..semua orang excited..tapi dengan kelajuan bot terbabit bercampur dengan rintangan dari ombak yang besar nak mati..kami semua bagaikan naik roller coaster..dapat lihat muka-muka yang dah mula bertukar pucat dan ada yang pegang tempat duduk tak lepas..(Perghh..kerek gile mentang-mentang tak mabuk kan)..di akhir-akhir perjalanan..salah seorang dari kami tak tahan sangat lalu memuntahkan McD beliau kepada ikan-ikan dan terumbu karang di laut..kemudian diikuti oleh 3 orang lagi..ceit..memalukan nama USM je korang..tak komando langsung..haha..sory..sory..gurau je eh..

Petang tu sampai di tapak perkhemahan, kami diberi sedikit taklimat dan kemudian minum petang..then kami ada sesi water confident pulak..lepas solat maghrib dan isyak berjemaah kami makan malam dan disambung dengan sesi ice breaking..malam tu..minum malam memang ainur dah..cannot go already..terus terbabas bersama bantal inflatable yang ainur beli di airport masa nak bergi Beijing itu hari..

Pagi esoknya, EXPLORACE! ni paling menarik..kumpulan USM menang 1st place kot..bangga..bangga..dah la kami semua perempuan..hehe..mulanya kami kena berkayak mencari tempat kapal berlabuh..mujurlah tak jauh..hanya di teluk sebelah lagi tu je..ombak kuat gile..yang best masa explorace tu bila nak jawab soalan pasal sejarah, kenegaraan semua..masing-masing berusaha sedaya upaya nak jawab..merapu meraban semua keluar..siap kena gelak dengan fasi..lepas tu..task-task yang diberi sangatlah best..ada yang kena berenang kat laut yang biru dan memang wa cakap lu..marvellous kot..wa tak kisah kena berenang sampai tengah pun sebab cantik sangat..naik bukit turun bukit..semput eden..tapi semangat nak menang menidakkan kepenatan itu..hehe..

Balik tengahari rehat..lepas tu ada PDK sampai petang..then tiba masanya untuk snorkelling dan memancing di laut dalam..excited nak mati..kumpulan ainur kena pergi snorkelling dulu..so kami pun beritik-itikkanlah ke laut dan menyelamkan separuh badan..tup tup..tiba-tiba hujan..damn! laut jadi keruh dan budak-budak yang pergi memancing pun terpaksa balik sebab laut dah mula mengganas..sedihnya..patutnya riadah petang ni lah paling besh..hujan pulak..sob sob sob..malam PDK lagi..lepas tu ada BBQ..makan banyak seyh..seronok!

Esoknya adalah PDK yang last..sesi pelan tindakan..so lepas ni..kenalah apply apa yang dah belajar dalam kehidupan seharian..sesi pergulungan oleh ketua fasi sangat menginsafkan..bersemangat ah lepas tu..kami pun akhiri dengan menyanyikan lagu warisan secara berjemaah..then..sesi fotografi dan makan-makan..masing-masing sedih nak tinggalkan pulau yang sangat cantik tu..habis kemas-kemas barang..kami kena gotong royong pulak bersihkan tapak perkhemahan dan bawak masuk barang dalam bot..kumpulan kami kena basuh tandas..aigoo! semua tandas pulak tu..tapi takpa jugak..dari kena basuh tempat makan lagi pening..

Balik tu ainur nak speed bot..yeahh!! this time memang full of action!! nak nak masa pakcik tu nak elak ombak dia buat drift..ahaa..lengan ainur sebelah dah rapat gile dengan air..possibilities nak jatuh tu anytime je kalau tak pegang kuat-kuat..ahaa..tapi memang fun la..terlambung-lambung ainur dengan yang lain-lain dalam bot tu..tapi kurang memabukkan la rasanya compare dengan naik bot besar..lagipun dia laju naik speed bot ni..sampai di jeti kami beramai-ramai tolong angkat barang dan bergerak pulang ke kampus masing-masing..

Budak-budak USM tumpang bus UMK so balik pun bersama la..on the way balik tu kami singgah makan seafood..weehuu..my fav! ainur dengan bayti beli sotong dengan udang dan makan banyak-banyak..thanks pakcik bus sebab tunaikan hajat ainur..actually ainur yang minta dia berhenti makan seafood..sory la kawan-kawan yang pokai tu..hehe..jarang kot dapat singgah tempat tu..jauh..so apa salahnya kan sekali sekala..hehe..k la..ni pulak gambar-gambar yang ainur cilok dari membe-membe jugak..saksikanlah...


~ The End ~

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved