Rabu, 11 Mei 2011

Edisi Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- Edisi Hiburan

Edisi Hiburan


Sensasi

Posted: 11 May 2011 11:41 PM PDT

Sensasi


Kisah Sedih: Sudah tidak ingat wajah Mama

Posted: 11 May 2011 04:10 PM PDT



Empat tahun yang lalu, satu kemalangan memisahkan aku dengan isteri yang amat ku kasihi. Seringkali muncul dalam fikiranku; apa yang isteriku rasai sekarang?

Dia pasti terlalu sedih kerana meninggalkan seorang suami yang sebenarnya tak mampu menjaga rumah dan memelihara seorang anak lelaki kerana itu jugalah perkara yang sedang membedal emosi ku masa kini.

Aku rasa aku gagal memenuhi keperluan fizikal mahu pun keperluan emosi anak lelaki ku, dan yang ironiknya, aku gagal bertindak sebagai ayah dam mama kepada anak ku.

Suatu hari aku menerima panggilan kecemasan untuk datang ke tempat kerja. Ia masih terlalu awal. Lalu aku meninggalkan anak ku di rumah sementara dia masih tidur.. Aku cuma sempat memasak telur buat anak ku.

Berharap apabila dia bangun nanti dia boleh menanak nasi sebab fikir ku beras masih ada. Selepas memaklumkan anak, aku terus bergegas ke pejabat. Sebagai seorang yang mempunyai dua kewajipan, aku sering merasa kepenatan di tempat kerja, demikian juga apabila aku berada di rumah.

Selepas sehari suntuk, aku balik ke rumah, lemas dan kehilangan tenaga seluruhnya. Selepas memeluk dan mencium anak ku seadanya, aku terus ke kamar tidur tanpa mengambil apa-apa sebagai pengalas perut untuk makan malam.

Mengharapkan tidur nenyak yang diimpikan, aku terus melompat ke atas katil.

Sejurus kemudian segala yang aku rasakan dan dengar ialah kemeruk mangkuk porselin yang pecah dan cecair yang masih hangat.Sepantas kilat aku membuka selimut dan di sanalah punca segala masalah tersebut mangkuk yang sudah pecah dengan mee segera yang mengotorkan cadar dan selimut!

Adakah aku gila! Aku hilang sabar lalu mencapai penyangkut baju, dan tanpa berfikir panjang, aku terus menghukum anak lelaki ku yang masih bermain dengan patung-patung permainannya.

Semestinya dia menangis tetapi dia tidak memohon belas kasihan, kecuali hanya kata-kata penjelasan yang cukup pendek, ringkas, dan sayu. Masih dengan esekan tangis anak ku bersuara, "Ayah, saya lapar dan tidak ada lagi beras untuk dimasak.

Ayah belum balik lagi, saya mahu masak mee segera. Tetapi saya masih ingat pesan ayah agar jangan menyentuh atau menghidupkan dapur gas jika tidak ada orang dewasa, lalu saya gunakan pemanas air mandian dari bilik mandi untuk memasak mee segera itu.

Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya takut mee itu menjadi sejuk lalu meletakkannya di bawah selimut supaya ia kekal hangat. Tapi saya terlupa untuk mengingatkan ayah sebab saya
asyik bermain dengan alat permainan saya "maafkan saya ayah"

Untuk seketika, air mata mula membasahi pipi ini tapi aku tidak mahu anak ku melihat ayahnya menangis lalu aku terus beredar ke kamar mandi dan menangis sepuasnya sementara curahan
air paip meninggalamkan tangisan ku itu.

Selepas itu aku mendapatkan anak ku, memeluknya seerat mungkin dan merawat luka kesan penyangkut baju.

Kekotoran yang ada di atas katil aku bersihkan. Menjelang tangah malam selepas semuanya beres, aku melewati kamar tidur anak ku. Dia masih belum tidur lagi.

Aku melihat dia menangis. Menangis bukan kerana kesakitan kesan dari hukuman ku sebentar tadi tetapi aku melihat dia menatap foto mamanya yang dikasihi.

Setahun kemudian selepas kejadian tersebut, saya berusaha sedaya yang boleh untuk memberi kasih dan sayang dari ayah dan juga mama, dan memenuhi keperluan-keperluan anakku.

Dia kini sudah berumur tujuh tahun, dan tidak lama lagi dia akan tamat persekolahannya di peringkat tadika. Mujur dia dapat menyesuaikan diri tanpa mama dan dia bertumbuh lebih gembira berbanding hari-hari yang sudah.

Tidak berapa lama dahulu, sekali lagi aku mendenda anak lelaki ku, kali ini lebih teruk lagi. Guru tadikanya menghubungi aku mengenai ketidakhadirannya ke sekolah.

Hari itu aku balik lebih awal dari kerja, mengharapkan penjelasan dari anak ku. Aku mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak ku jumpai. Akhirnya aku menemuinya di belakang kedai alat tulis, gembira dan sedang bermain permainan komputer.

Dengan kemarahan yang membara, aku membawa anak ku pulang. Untuk tujuan mengajar, aku merotan anak ku. Dia tidak pun melawan kecuali dengan satu kalimat yang memilukan, "Maafkan saya ayah".

Selepas mendengar bukti-bukti, saya menyedari bahawa sekolahnya menganjurkan `Talent Show' dan semua ibu pelajar dijemput. Itulah sebabnya pada hari itu anak ku ponteng sekolah kerana dia tidak ada lagi mama untuk bersama-sama ke majlis tersebut.

Beberapa hari selepas aku merotan, anak ku balik dan memberitahu ku bahawa di sudah belajar menulis dan membaca. Sejak hari itu dia tidak lekang dari kamar tidurnya dengan alasan mahu belajar dan berlatih menulis.
Kalaulah isteri ku masih ada ketika ini, saya pasti dia amat bangga dengan anak kami kerana dia membanggakan aku juga!

Masa berlalu begitu cepat sekali, tahun berganti tahun. Untuk kesekian kalinya anak ku buat hal lagi.

Semantara aku berkemas-kemas untuk mengakhiri kerja-kerjaku di pejabat pada hari itu, panggilan dari pejabat pos mencela kesibukanku. Pegawai pos agak kasar pada ketika itu,mungkin dia agak sibuk. Dia menyatakan anakku cuba mengirim beberapa pucuk surat tanpa alamat.

Aku sudah berjanji untuk tidak menghukum anakku lagi. Namun aku benar-benar hilang sabar.Ada saja masalah yang anakku timbulkan.. Kalau bukan di rumah, di sekolah, atau di pejabat pos.

Aku hilang sabar.

Dalam benak aku berfikir bahawa anak ini tidak boleh dikawal lagi. Dia perlukan pengajaran, dan itulah yang aku lakukan. Sekali lagi anakku berkata dengan sayu, "maafkan saya ayah" dan tidak ada alasan lain yang dia cuba jelaskan. Saya begitu marah dan mendorong dia ke tepi lalu aku terus ke pejabat pos mengambil surat-surat tanpa alamat tersebut dan kembali ke rumah dengan segera.

Dalam kemarahan, aku inginkan alasan dari mulut anakku sendiri. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan, "surat-surat itu khas untuk mama", dia bersuara pilu masih dalam tangisan. Mendengar itu aku tak dapat menahan emosi.

Di mata ini mula muncul kaca-kaca jernih. Aku cuba mengawal perasaan dan terus menyoalnya, "tapi kenapa kamu mengirim terlalu banyak surat dalam satu masa?"

Kemudian anakku menjawab, "Sebenarnya, saya sudah menulis surat-surat untuk mama ini sudah sekian lama, tetapi setiap kali saya tiba di peti pos, petinya sangat tinggi bagi saya, dan saya tak dapat memasukan surat-surat itu ke dalam peti surat, tetapi baru-baru ini saya sekali lagi ke peti pos, dan alangkah gembiranya saya kerana saya sudah boleh mencapai peti pos tersebut lalu saya masukkan semua surat-surat yang telah saya tulis itu sekali gus"

Mendengar ini, saya hilang, lenyap, dan entah apa-apa lagi. Hilang akal dan tidak tahu apa perlu dilakukan, apa nak kata. Kemudian aku memberitahu anakku, "nak, mama sudah tidak ada lagi tetapi percayalah satu hari nanti dia akan kita temui lagi".

Selepas mendengar penjelasan yang pendek itu, anakku tenang tetapi gembira, dan tidak lama kemudia ia tertidur.

Saya membawa surat-surat itu keluar dan mula membacanya satu per satu, dan salah satu surat itu benar-benar menyentuh kalbu ku.

"Mama yang amat dikasihi, Saya amat merindui mama! Hari ini sekolah saya menganjurkan `Talent Show', dan pihak sekolah menjemput semua ibu-ibu untuk menyaksikan pertunjukan itu tetapi malangnya mama tiada, sebab itu saya tidak menyertai sebarang acara.

Saya tidak maklumkan semua ini kepada ayah kerana saya risau ayah akan merindui mu dan menangis sekali lagi. Untuk mehilangkan kesedihan, saya pergi bermain permainan komputer di salah sebuah kedai komputer. Hari itu ayah mencari saya di mana-mana.

Ayah agak marah. Dia menengking dan memukul saya, tetapi saya tidak maklumkan kepadanya alasan sebenar.

Mama, setiap hari saya melihat ayah merindui mu dan setiap kali ayah teringatkan mu , dia begitu sedih namun dia berselindung dan menangis di biliknya. Saya fikir kami berdua amat merindui mu.

Tetapi mama, saya sudah mula melupai wajah mu. Mama, bolehkah mama muncul dalam mimpi saya agar saya dapat mengingati wajah mama?

Saya pernah dengar apabila kita mendakap gambar seseorang yang dirindui, dia akan muncul dalam mimpi, tetapi kenapa tidak mama?"

Selepas membaca surat itu, aku tak dapat menahan tangisan, sebab aku sedar aku tidak akan dan tidak pernah akan dapat memperbaiki jurang yang sepatutnya isteri aku dapat perbaiki.

Sensasi: saja berkongsi cerita nie,sedih jgk bila membacanya,tetapi geram jugak ngan bapak dia yang pukul tanpa usul periksa...ade ke patut dtg2 terus nak rotan anak ...mengada tol ,apa pun tanya lah dulu....dalam cerita nie boleh dikatakan hubungan ayah dgn anak nie tak rapat, mcm stranger je,tak de share2 perasaan atau meluahkan..

tak bagus mcm nie..kene la bonding2 dengan anak,tanya ambik berat dan bercerita untuk mengeratkan lagi silaturahim.dengan ini barulah tiada rahsia antara anak dengan ayah...nie tak nampak sgt si ayah memendam rasa,si anak pun sama...

Prince William dan Kate dapat baby angkat, Pippa (Adik Kate)ditawarkan US$5million

Posted: 11 May 2011 04:05 PM PDT

New

Bertuahnya baby tue dapat jadi anak angkat kepada Putera William dan isterinya,pasti hidupnya dicurahi dengan kemewahan dan keselesaan kan...wah jeles2..

Tapi korang jangan excited dulu,sebenarnya mereka cuma amik anak angkat seekor Peguin je.

Penguin yang hampir pupus jenis Humboldt itu adalah hadiah perkahwinan pemberian Zoo Chester kepada Royal couple nie.

US$5 million is a lot of money
Yang kat gambar nie pulak adalah adik kepada Kate Middleton.
Biasa lah org putih nie memang pelik sikit,kerana pippa adalah adik kepada Duchess of Cambridge,Pippa ditawarkan berlakon porno dengan bayaran US$5million .

bukan Pippa seorang je,abang mereka James pun ditawarkan namun bayaran kurang sikit iaitu Us$1.

Takkan lah mereka sanggup nak terima tawaran bodoh nie,menjatuhkan maruah Kerabat diraja England je..ish ish

Rozita Che Wan tanpa Mekap dan bulu mata palsu.

Posted: 11 May 2011 03:47 PM PDT

Haha anda bukan sahaja berpeluang tengok Rozita Che Wan yang comel nie tanpa mekap tebal dan bulut mata palsu,bahkan siap ada kudis kudis kat muka dia...ehe..

Rozita mengambil peluang untuk berlakon watak pengemis dalam drama Demi Dosa Siapa.






Kata Rozita:

"Saya mahu keluar dari dari zon selesa yang saya dah biasa terima. Kalau boleh saya mahu selepas ini mencuba watak-watak yang lebih mencabar dan ganas. Maksud saya ialah saya kalau boleh mahu berlakon dalam cerita-cerita aksi.

"Sebagai pelakon pastinya kita ada keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Asyik bawa watak yang sama selalu semestinya bosan juga," katanya kepada murai.com.my

Dek kerana itu, jelas ibu kepada dua cahayamata ini, dia amat teruja apabila diberi peluang membintangi drama Dosa Siapa arahan Murali Abdullah iaitu Dosa Siapa.

Katanya, watak Halimah yang dijayakannya berbeza daripada yang sebelum ini, malah demi karakter itu dia sanggup tidak bersolek dan menjadi pengemis.

"Halimah ini dia mempunyai seorang kakak bernama Faridah. Mereka berdua ini telah ditahan dan dirogol oleh orang yang tak dikenali. Halimah berjaya melarikan diri tapi dia telah meninggalkan Faridah. Peristiwa gelap itu membuatkan Faridah berdendam dengan Halimah sehingga dewasa.

"Faridah mengambil ilmu hitam untuk membalas dendam pada Halimah dan telah mengakibatkan suaminya meninggal dunia dan merampas anak Halimah. Perbuatan Faridah membuatkan Halimah tertekan dan akhirnya meroyan, merempat dan hidup sebagai pengemis selama 20 tahun," katanya.

Selain Rozita Che Wan, drama tersebut turut dibintangi oleh Zamarul Hisham dan Sabrina Ali. Dosa Siapa bakal ditayangkan di slot Cerekarama, 7 Mei ini jam 10 malam.

Ameng Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati,sebahagian Banduan dan Kakitangan Menitiskan air mata

Posted: 11 May 2011 03:33 PM PDT

KLUANG: Vokalis kumpulan Spring, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati mandatori selepas didapati bersalah mengedar dadah di ibu kota, baru-baru ini.

Ameng yang bakal digantung tidak lama lagi, sempat menyanyikan lagu dipopularkan Jamal Abdillah, Mati Hidup Semula menyebabkan sebahagian banduan serta kakitangan Kompleks Penjara Kluang menitiskan air mata.

Bagaimanapun, itu semua hanya sketsa lakonan Ameng serta beberapa banduan lain sempena program Mesej dari Penjara di Kompleks Penjara Kluang, semalam.

Dalam sketsa itu, Ameng melakonkan watak Hairul, seorang jejaka kampung yang berhijrah ke ibu kota dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidupnya.

Pelbagai dugaan dilalui bersama kenalan rapatnya, Ali, sebelum kedua-duanya terjebak dengan kegiatan mengedar dadah. -HarianMetro

P/s
: hadoi sempat pulak Harian metro buat lawak mcm nie,...suspen sungguh

Gambar Cheryl dan Suaminya yang baru berkahwin pada 1 May

Posted: 11 May 2011 03:25 PM PDT

Memang dibuat secara senyap senyap tanpa pengetahuan media,namun perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh disembunyikan.

Sahlah Cheryl Samad sudah berkahwin dengan Lelaki pujaan hatinya iaitu Ng Ping Ho.

Bagi sensasi Cheryl nie sweet sangat dan sangat petah bercakap dan sering menjadi pengacara majlis majlis besar.

Sebelum ini Cheryl pernah berkahwin dan tak silap sensasi Cheryl ada sorang anak,kan?

Majlis perkahwinan mereka diadakan di Subang Jaya iaitu Holiday Villa Hotel,dimana pihak media tidak dijemput,mungkin taknak pressure la..maklumlah kalau media terlibat mulalah kene interview itu ini,sume.memeningkan je.hehe

Aapun semoga pasangan pengantin baru nie sentiasa happy dan bahagia selalu.




Gambar terbaru Ayu Raudhah dan Zaquan Adha

Posted: 11 May 2011 03:13 PM PDT

Pasangan suami isteri yang hensem dan cun nie kini semakin bahagia nampaknya.
Zaquan makin handsome,ayu pulak dah mewarnakan rambut..hmmm,rasanya rambut hitam ayu dulu lebih "ayu",canti dan menarik kot..

Kaler rambut nie cepat je rosak rambut .Tapi mungkin dia dan suami suka..huhu..

OHBULAN!

Posted: 11 May 2011 11:27 PM PDT

OHBULAN!


We Asked Lisa Surihani : Jumlah Hantaran Kahwin & How I Met Your Mother.

Posted: 11 May 2011 11:30 PM PDT

Kebetulan sebenarnya, terima kasih kepada Aziela kerana mengingatkan aku mengenai sesi chatting bersama Lisa Surihani yang diadakan oleh pihak Utusan, malam tadi.

Seperti biasa, tiada cerita lain yang akan aku korek, melainkan kisah peribadi semata-mata. Tergelak besar juga, ramai chatters yang menanyakan soalan-soalan nakal terhadap Lisa Surihani. Namun, ia dibalas dengan profesional. Good one!

Aku sempat bertanya, "Lisa, kalau kahwin, hantaran berapa? I nak saving duit ni." Lisa Surihani hanya membalas pendek, "ikhlas, hehehe". Ala Lisa, tak kan seikhlas hati kot.

Kemudian, aku bertanyakan soalan berbentuk subjektif, "Lisa, antara How I Met Your Mother & Big Bang Theory, mana satu pilihan Lisa? Why?"

"Hmm, I love both very much. But, I watched HIMYM a lot more. For some reason. Coincidentally. But, I enjoy both very much," balas Lisa Surihani.

Ada juga soalan yang berbentuk peribadi, mengenai kisah cintanya bersama Yusry. Soalan yang diajukan oleh Bang jam, "Benar ke, tengah loving dengan Yusry?"

"Slow down, slow down :) Baru kenal rapat beberapa bulan. Tak manis untuk Lisa cakap lebih. But I respect your question. Hope everyone understands now, " balas Lisa Surihani yang memberikan sedikit hint di situ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Akaun Facebook Peribadi Fara Fauzana Digodam

Posted: 11 May 2011 10:35 PM PDT

Entah siapa punya kerja, akaun peribadi Facebook milik Fara Fauzana, penyampai radio Hot Fm telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Buat masa ini, Fara Fauzana masih belum mendapat akses ke akaunnya.

Beberapa hari lepas, fanpage HotFm yang mempunyai lebih 700 ribu fans telah digodam oleh individu yang dikenali sebagai Jack. Permulaannya, hacker ini hanya mahu mencuba sistem keselamatan HotFm, namun individu tersebut masih tidak memulangkan fanpage tersebut setelah beberapa hari menceroboh laman fanpage HotFm. Sebentar tadi, kami periksa fanpage HotFm dan kemungkinan besar ia telah dipadamkan oleh pihak berkenaan.

Motif serangan masih tidak dapat diketahui. Kemungkinan besar juga ia dilakukan sebagai tindak balas temubual antara HotFm & perdana menteri berkenaan pasukan bola, Jumaat lepas.

Apapun, kami sarankan kepada anda supaya mengetatkan keselamatan akaun peribadi anda. Guna fungsi https & variasikan password.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Posted: 11 May 2011 11:12 PM PDT

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Cipta Inspirasi & Keyakinan Diri Anda Dengan Kempen Persona

Posted: 11 May 2011 04:35 AM PDT

CIPTA INSPIRASI & KEYAKINAN DIRI ANDA DENGAN KEMPEN PERSONA

Bukan senang nak senang, tapi bukan susah nak susah sebenarnya. Orang kata, kalau nak senang, kena pandai memilih haluan dan mengharungi cabaran. Betul tak?

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Orang Cina pun ada kata, cari duit sedaya upaya, tak perlu nak terhegeh-hegeh buang masa. Cuma yang jadi penghalang utama ialah CABARAN. Ramai orang tewas bila berdepan dengan cabaran. Puncanya satu je iaitu tidak ada keyakinan diri.

Dalam hidup ni, memang akan ada cabaran dan masalah. Kalau takde masalah, hidup tak akan jadi best. Jadi, apa kata, kita jadikan masalah tu satu mainan biasa dalam hidup.

Sebenarnya, terpulang kepada kita untuk selesaikan masalah tu. Yang penting, Budiey rasa, kita kena belajar dari kesilapan dan pengalaman. Kemudian, lengkapi diri kita dengan ilmu yang berguna, pasti kita akan berjaya.

Cakap pasal cabaran dan kejayaan, mengingatkan Budiey dengan 3 orang duta terbaru produk Proton Persona yang dilantik sempena dengan Kempen Persona, Sememangnya Lebih Sempurna baru-baru ini.

Amboi, bertuah betul 3 orang penyampai radio terkenal ni, siap dapat sebuah kereta Persona sorang satu. Syabas untuk penyampai Suria FM DJ Lin, Aanantha daripada THR Raaga serta Duta Persona, Jack Lim daripada MY FM. Rezeki jangan ditolak ya!

Aanantha

Aanantha daripada THR Raaga 

Kempen yang dilancarkan oleh Proton Edar Sdn Bhd ini adalah usaha yang Budiey rasa memang sangat bagus. Apa taknya, dengan kempen ini, orang ramai diberi pendedahan tentang macamana untuk berjaya dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Tidak semua dari kita ni ada keyakinan yang tinggi. Terpulang kepada individu, untuk berjaya memang kena ada daya keyakinan yang konsisten. Kalau tak, memang susahlah kan.

Budiey tak nak cerita pasal pengalaman orang lain, tapi Budiey mahu rujuk pada pengalaman sendiri, Budiey juga dulu tak yakin dengan kebolehan dan kemampuan untuk menjadi seorang penulis blog sepenuh masa. Tapi apabila kita tahu matlamat dan juga yakin dengan kebolehan diri sendiri, pasti kita akan berjaya. Cuma untuk berjaya, kena makan masa juga.

Seiring dengan kejayaan Proton yang kini terkenal di mata dunia, sikit sebanyak memberi inspirasi pada Budiey. Segalanya bermula dari bawah. Betullah orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kejayaan tak datang dalam masa yang singkat dan bergolek depan mata tanpa usaha.

Sebenarnya, sejarah Proton dan Budiey.com ada persamaan. Budiey.com bermula pada tahun 2007 manakala pengembaraan Proton mencipta kejayaan juga kebetulan bermula pada tahun yang sama.

Ingat lagi pada tahun 2007, Budiey pada masa itu hanya bekerja sebagai content editor di salah sebuah syarikat terkenal di Malaysia dan terpaksa buat keputusan paling sukar dalam hidup iaitu samada mahu berhenti kerja semata-mata mahu menjadikan blogger sebagai kerjaya sepenuh masa. Yang ada dalam minda Budiey masa tu ialah, mahu lari dari kerja dan masa pejabat iaitu datang kerja jam 9 pagi, balik jam 5 petang. Faktor kedua, Budiey rasa jadi penulis blog lagi best berbanding kerja di bawah arahan seorang boss.

Kalau anda diberi pilihan samada untuk terus bekerja di tempat anda berada sekarang atau bekerja sebagai penulis blog sepenuh masa, mana satu yang anda pilih?

Sudah tentu ramai yang akan pilih bekerja makan gaji kerana pendapatan sebagai penulis blog lazimnya tidak menentu. Kadang-kadang sikit, kadang-kadang, cukup-cukup makan. Ramai yang tak nak ambil risiko seperti Budiey lakukan sekarang. Jadi, buatlah pilihan yang tepat dan bijak kerana keputusan anda itu memberi kesan yang sangat besar dalam menentukan masa depan anda. Andai kata, Budiey tak buat keputusan yang tepat pada masa tu, pasti Budiey tak jadi seperti apa yang ada sekarang ni. Wah, macam pakar motivasi la pulakkan.

Teringat lagi pada masa tu, terus terang, Budiey tak banyak menerima pendapatan hasil dari blog ini. Namun, Budiey yakin, rezeki ada di mana-mana. Walaupun, mendapat tidak lebih dari RM300 sebulan dengan menulis blog, Budiey akhirnya mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja. Alhamdulilah, selepas berhenti kerja, rezeki datang mencurah-curah. Ini juga atas sokongan dari korang pembaca-pembaca sekalian yang banyak memberi galakan dan tak putus-putus melayari budiey.com setiap hari.

Sebagai penulis blog sepenuh masa, cabaran dan masalah tetap akan ada. Apabila berhenti kerja sebagai content editor, Budiey rasa bebas dan rasa macam masa luang begitu banyak. Tapi sebenarnya lain pula yang berlaku, sebenarnya, setiap masa Budiey disibukkan pula dengan menghadiri event dan majlis setiap hari. Tapi tak apa, sebab event adalah dunia Budiey dan dari situ, Budiey dapat 'cari makan'.

Cabaran menjadi penulis blog sepenuh masa ialah MASA. Ya, Budiey rasa masa begitu suntuk. Bayangkan kalau pagi, petang dan malam, Budiey kena hadir untuk buat liputan di event. Jadi, masa mana nak update blog, kalau dah sibuk sangat? Selain tu, semua proses Budiey buat sendiri. Dari proses ambil gambar, interview artis sehinggalah tulis dan mengedit. Ya, itu namanya cabaran. Nak tak nak, kita kena korbankan sedikit masa rehat untuk menulis blog. Nak tak nak kena kental dan perlu bertahan selagi mana mampu.

Kedua, sudah tentu untuk jadi penulis blog sepenuh masa, Budiey kena yakin setiap masa. Dulu, Budiey memang tak berani nak berhadapan dengan orang ramai. Rasa rendah diri dan ada penyakit inferiority complex. Namun, lama-lama, rasa yakin tu dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Kalau tak yakin, memang kita tak dapat bawa diri berhadapan dengan orang ramai terutama selebriti yang kita tahu, mereka ni memang ada kerenah mereka masing-masing. Jadi jiwa kena kental berdepan dengan apa sahaja cabaran.

Cakap pasal kental ni, seperti juga dengan kereta sedan terlaris, PERSONA milik Proton ni. Ia kental mengharungi macam-macam cabaran untuk menempa kejayaan sebagai salah satu model sedan yang mencatat prestasi paling cemerlang dalam pasaran hari ini. Tahniah Proton!

Dengan kualiti dan harga yang berpatutan, Budiey kira ia membuatkan pemandu rasa lebih yakin dan menjadikan hidup mereka lebih sempurna.

Pastinya, dengan keyakinan dan kejayaan ini, sikit sebanyak memberi inspirasi untuk Proton melancarkan kempen 'Sememangnya Lebih Sempurna' untuk berkongsi apa yang kami pelajari dengan rakyat Malaysia, khususnya dalam memilih kereta yang sesuai untuk keperluan mereka.

Kempen ini akan menyaksikan ketiga-tiga duta Persona tersebut memainkan peranan baru sebagi mentor, berkongsi pengalaman hidup mereka agar boleh dimanfaatkan oleh orang ramai tanpa mengira latar belakang, untuk mengharungi cabaran hidup masing-masing. Setiap duta tersebut akan menerajui program mereka sendiri yang diwujudkan berdasarkan pengalaman hidup mereka.

Sebagai contoh, duta Persona atau DJ dari THR Raaga, Aanantha akan menampilkan kepentingan pembelajaran selain daripada buku-buku teks kepada golongan remaja – bagaimana kemahiran asas juga boleh menyumbang kepada tahap keyakinan diri seseorang.

Bagi Aanantha, sebagai penyampai radio, segala apa yang disampaikan semasa bersiaran itu sikit sebanyak boleh mempengaruhi persepsi atau sikap pendengar. Jadi, peluang ini digunakan untuk memberikan mesej positif kepada masyarakat.

Kalau korang nak tahu, Aanantha
 ni suka dengan muzik sejak dari kecil lagi. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, beliau tidak pernah mengalah dan terus mengejar impian untuk berkerjaya dalam bidang muzik – bersama dengan kumpulan beliau bergelar Synergy, sebagai DJ di THR Raaga dan studio produksi yang dikendalikan bersama dengan abangnya, Ram.

Untuk Kempen 'Sememangnya Lebih Sempurna', Aanantha akan menghoskan sebuah bengkel bakat keyakinan untuk mendekati beberapa orang kanak-kanak yang ingin menceburi bidang seni persembahan dan muzik, sekaligus akan membantu mereka membina keyakinan.

Antara program yang telah dirancang termasuk kelas nyanyian, lakonan dan kelas membuat kostum, kelas tarian dan pembangunan kemahiran komunikasi peribadi.

Aanantha akan memilih 3 orang kanak-kanak daripada bengkel tersebut dan beliau akan menjadi mentor peribadi mereka serta melakukan persembahan dalam video muzik beliau.

Maklumat lanjut mengenai kempen dan cara bagaimana untuk menyertainya boleh didapati di www.protonpersona.com.my.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • DJ Lin Dilantik Jadi Duta Kereta Persona PROTON
  • Artis Peraga Baju T Rekaan Finalis Rekatee TV3
  • Gambar Proton Persona & Gathering Rumpun di Pelita Nasi Kandar
  • Kempen Zoom Malaysia Rangsang Industri Pelancongan
  • PRISM Sedia Bantu Artis dan Pemuzik Malaysia
  • Album Kempen Harga Runtuh Warner Music Malaysia
  • Remy Ishak Duta Produk Transformasi DASHING
  • Konsert Inspirasi Muzik Muzik TV3 2010
  • TV3 & AWP Anjurkan Kempen Mahligai Impian
  • Gadis Semasa Sunsilk Perkenalkan Melda Ahmad
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sinopsis & Gambar dari Drama Nora Elena

    Posted: 11 May 2011 04:28 AM PDT

    SIANGNYA DILAMUN KASIH, MALAMNYA DILAMBUNG DERITA
    Dilema Cinta Seorang Wanita Di Dalam Penjara Tragedi Ngeri

    Lenakah seorang wanita di dalam tidurnya apabila dibuai mimpi ngeri dan siangnya dihantui kenangan pahit, padah bisa cinta? Keunggulan sebuah sketsa romantis dari sebuah novel hebat "Kasih Yang Suci" terbitan Karangkraf kini akan menggamit perasaan dan emosi anda menerusi siri drama adaptasi terbaru TV3, NORA ELENA, terbitan Asian Media Content (AMC) yang diarah oleh Jet Li dan penulisan skrip oleh Maizura Mohamad Ideris.

    NORA ELENA akan membawa anda menyelami perjalanan emosi dan kisah cinta seorang wanita mengharungi kehidupannya yang dicabar oleh kegelapan masa silamnya yang ternoda akibat kerakusan manusia yang bertopengkan nafsu. Namun, ketabahan Nora terus diuji tatkala dua orang lelaki istimewa hadir dalam hidupnya. Siapakah gerangan lelaki tersebut dan apakah igauan pahit Nora mampu ditelan oleh sinaran kasih dan harapan yang kian meneranginya?

    Bakal ke udara pada 9 Mei 2011, NORA ELENA akan menemui penonton selepas berakhirnya CINTA ANTARA KITA, sebanyak 24 episod di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00malam. Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini adalah Aaron Aziz, Siti Saleha, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen.

    NORA ELENA merupakan sebuah kisah yang diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf — Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin).

    Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.

    Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa! Penderitaannya bertambah perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri.

    Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan di sebalik kehadirannya? Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan setelah kedudukan Idham yang tergugat kerana terbawa oleh mainan perasaan? Dan mampukah Nora dan Seth mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah mereka bina apabila satu rahsia hitam paling memilukan akhirnya terbongkar?

    Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaannya akibat kedurjanaan manusia, dan segala persoalan akan terjawab menerusi drama baru NORA ELENA, yang bakal menemui penonton pada 9 Mei 2011, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00malam, di slot Akasia, hanya di TV3.

    Zul Ariffin

    Zul Ariffin

    Ramona Zamzam

    Ramona Zamzam

    Miera Liyana

    Miera Liyana

    Siti Saleha

    Siti Saleha

    Aaron Aziz.1

    Aaron Aziz

    Puteri Fateen

    Puteri Fateen

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Drama Nora Elena
  • Gambar Anak Nora Danish
  • Gambar Nora Danish Bertudung
  • Jawapan Trivia: Perut Berisi Nora Danish
  • Gambar Mesra Nora Danish & Shahrul Tersebar
  • Gambar Anak Nora Danish di Majlis Aqiqah
  • Nora Danish Namakan Anaknya Putera Raiqal Ramli Bin Rizal Ashram Ramli
  • Sinopsis Teater Muzikal The Secret Life of Nora
  • Gambar Betty Benafe di Anugerah Skrin 2009
  • Fasha Sandha Perampas Suami Nora Danish?
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    Posted: 11 May 2011 09:42 PM PDT

    borak kosong


    Tak dapat cuti lelaki terjun dari bangunan tertinggi di dunia

    Posted: 11 May 2011 09:00 PM PDT

    DUBAI: Seorang lelaki Asia membunuh diri dengan terjun dari tingkat ke 147, bangunan pencakar langit tertinggi dunia Burj Khalifa di Dubai kelmarin kejadian kali pertama sejak menara itu dibuka tahun lalu, menurut pemilik bangunan dan laporan media tempatan.

     Akhbar Gulf News dan 7 Days menyebut lelaki itu membunuh diri kerana tidak diberi cuti oleh majikannya.

     Emar Properties, pemilik Burj Khalifa dalam satu kenyataan berkata kejadian itu membabitkan seorang lelaki dan ia dilaporkan berlaku jam 9 pagi waktu tempatan.

     "Pihak berkuasa mengesahkan ia kejadian bunuh diri dan kami masih menanti laporan akhir," kata Emaar. Beliau tidak mengulas lanjut.

     Laporan media memetik pegawai keselamatan berkata lelaki itu jatuh dari tingkat 147 pada ketinggian 828 meter dan terhempas di dek pada tingkat 108. Ia adalah kejadian bunuh diri pertama daripada menara mercu tanda yang dibuka
    pada pada Januari 2010. – AP/ Agensi
    saya petik dari Berita Harian

    Gila...Bayi dibuang dalam tong sampah di toilet kritikal

    Posted: 11 May 2011 08:00 PM PDT

    NEW YORK: Tindakan pantas seorang kakitangan hospital menyelamatkan nyawa bayi yang ditinggalkan ibunya sejurus selepas dia dilahirkan dalam tandas, semalam.

    Jurucakap polis berkata, bayi perempuan itu kini dalam keadaan kritikal.Katanya, seorang wanita muda, Dawa Lama, melahirkan bayi terbabit dalam tandas Hospital Elmhurst di Queen, dan meninggalkannya di dalam tong sampah.


    "Tidak lama kemudian, seorang kakitangan hospital ternampak kesan darah dalam tandas itu dan selepas disiasat, terkejut mendapati ada bayi di dalam tong sampah," katanya.Menurut jurucakap itu, Dawa, 23, tiba di hospital itu untuk menjalani pemeriksaan prakelahiran kira-kira jam 2 petang.

    Selepas melahirkan bayi itu, Dawa membuangnya dan meninggalkan hospital berkenaan."Setakat ini bayi terbabit berada dalam keadaan kritikal," katanya.Jurucakap itu berkata, Dawa ditemui polis tidur di rumahnya kira-kira tiga jam kemudian.Katanya, wanita terbabit dibawa ke Hospital Besar Queens untuk dirawat.

    Polis belum memutuskan sama ada mahu mendakwa Dawa atau tidak.Siasatan polis mendapati, Dawa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

    saya petik dari myMetro

    Budak ini miliki kaki kanan terbalik

    Posted: 11 May 2011 07:00 PM PDT

    Pelik..pelik..
    saya petik dari kosmo online

    FOSTORIA, Ohio - Seorang budak berusia 13 tahun, Dugan Smith memiliki kaki kanan yang terbalik, lapor beberapa buah akhbar semalam.

    Dia menjalani satu pembedahan semasa berumur 10 tahun untuk menyambung kakinya dalam keadaan terbalik di sebuah hospital.

    Doktor-doktor membuat keputusan untuk memotong kakinya dari atas lutut dan menyambung dalam keadaan terbalik.

    Tujuan kaki itu disambung dalam keadaan terbalik adalah bagi mengelak dia kehilangan terus kakinya akibat penyakit kanser.

    Walaupun dalam keadaan terbalik, Smith kini masih boleh bermain besbol. - Agensi

    Bakal pengantin lari sebelum akad nikah

    Posted: 11 May 2011 06:00 PM PDT

    Kenapa mesti nak lari?
    saya petik dari myMetro

    JOHOR BAHRU: Gara-gara gagal menyediakan wang hantaran seperti dijanjikan, seorang lelaki dipercayai melarikan bakal isterinya pada hari perkahwinan mereka, Ahad lalu.

     Difahamkan, lelaki itu yang berjanji memberikan wang hantaran RM10,000 dikatakan pernah menangguhkan tarikh perkahwinan daripada 1 Mei kepada 8 Mei lalu dengan alasan tidak dapat datang dari Sabah. 

     Malangnya, beberapa jam sebelum majlis pernikahan mereka, keluarga mendapati pengantin perempuan berusia 18 tahun tiada di rumah, dipercayai menghilangkan diri bersama bakal suaminya itu. 

     Tindakan mereka menyebabkan puluhan jemputan termasuk saudara-mara dari Indonesia bukan saja menanggung malu, malah kerugian lebih RM3,000 berikutan pelbagai persiapan sudah dilakukan di rumah keluarga pengantin perempuan di Kampung Bendahara di sini. 

    Menceritakan kejadian itu, sepupu pengantin perempuan, Nor Lindawati Abdul Talib, 38, berkata, sepupunya Julianasari Jaafar atau Sari yang tinggal di rumahnya sepatutnya bernikah pada 1 Mei lalu bersama jejaka pilihan hatinya yang juga seorang kontraktor.

    Wang Dan Nota Bank Pertama di Dunia

    Posted: 11 May 2011 05:00 PM PDT

    Inilah wang tertua di dunia, yang dipercayai pertama kali digunakan di Szechwan, China pada tahun 1024.

    Wang pertama di dunia

    Kisah penggunaan wang kertas ini semula berawal dari kisah Marcelino, seorang petualang Eropah, yang sempat tinggal 20 tahun di China dan kemudian mengisahkan hkabar itu ke masyarakatnya. Konon, wang ini dibuat dari pohon mulbery yang kualitasnya kala itu belum begitu bagus.

    Inilah nota bank tertua yang pernah ditemukan di dunia, yang pertama dirilis pada abad 17.
    Nota Bank Pertama di Dunia


    Kala itu, 100 Daler, bank sentral di Sweden merilis nota bank pertama pada tahun 1666, yang berfungsi sebagai tanda klaim deposit dan bukti ketersediaan tabungan. Setelah itu, bank di kawasan lainnya merilis nota bank seperti dilakukan di Inggris pada tahun 1694.

    sumber : http://ilmuilmuku.blogspot.com

    Cara buat Shisha sendiri

    Posted: 11 May 2011 11:01 AM PDT











    Lelaki lari dari penjara , sembunyi 16 tahun di sebuah gua

    Posted: 11 May 2011 10:01 AM PDT

    Seorang tahanan di Portugal yang lari dan bersembunyi di gua selama 16 tahun akhirnya kembali ditangkap. Dalam persembunyiannya, buah-buahan menjadi makanan utama dia.

    Lelaki yang kini berambut gondrong dan ditumbuhi janggut lebat itu mencoba melawan penahanannya ketika polisi mengepungnya kemarin. "Namun dia tidak menggunakan pistol yang dia punya," kata seorang juru cakap polis, dikutip dari news.com.au.

    Buruan itu kini berumur 54 tahun. Sebelumnya dia telah menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana membunuh ketika lari pada 1993. Mungkin kerana tak tahan di dalam penjara, dia lari ke wilayah yang dihuni penduduk peribumi Portugal di Vieira do Minho.

    "Sejak lari, dia bersembunyi dan tinggal di tiga atau empat gua di kawasan tersebut, yang dia kenal baik," ujar Inspektur Kepala Carlos Gomes dari kepolisian di Braga, sebelah utara Portugal.

    "Dia memakan buah-buahan dan tidak pernah menemui doktor. Namun sepertinya dia dalam keadaan sihat," tambah Gomes. Namun menurut khabar lain yang beredar, sang buruan itu menerima makanan dan ubat-ubatan dari anggota keluarganya.

    Polis memulai kembali perburuan terhadap lelaki itu beberapa tahun lalu dan menggelar Operasi Cro-Magnon untuk membawa sang "manusia gua" kembali kemuka pengadilan.

    Kanak-kanak Sembuh dari Tumor Setelah Diberi Minyak Ganja

    Posted: 11 May 2011 09:01 AM PDT

    Tumor ganas yang menyerang saraf penglihatan nyaris meragut nyawa seorang bayi umur 2 tahun. Ketika nyaris tidak ada harapan, bayi tersebut diubati dengan minyak ganja yang ternyata berkesan untuk meringankan efek samping kemoterapi.

    Sebelum diberi minyak ganja, bayi bernama Cash Hyde tersebut tidak lalu makan dan mengalami demam tinggi hingga sering kejang akibat efek samping kemoterapi. Bayi berasal Utah, Amerika ini menjalani kemotrapi kerana menghidap tumor otak yang menyerang saraf penglihatan.

    Keadaani kanser yang diderita Cash cukup parah kerana terlambat mendapatkan diagnosis. Penyakitnya sempat dikira demam biasa, namun akhirnya diketahui ada pertumbuhan tumor di otaknya setelah bayi malang itu kehilangan kemampuan untuk melihat.

    Menurut doktor yang menanganinya, operasi hanya boleh membuang 10 peratus dari sel tumor yang bersarang di kepalanya. Selebihnya harus diubati dengan kemoterapi yang sangat menyiksa, kerana sejak saat itu Cash jadi makin sering demam dan tidak mahu makan.


    Mike Hyde, ayah Cash tak tahan melihat perkembangan anaknya yang malah memburuk. Diam-diam, lelaki berusia 27 tahun itu memasukkan minyak ganja yang ia dapatkan dari seorang rakan dari Montana, Amerika Syarikat ke dalam infus yang diberikan pada Cash.

    Minyak ganja yang dipakai Mike didatangkan dari Montana kerana di Utah tempat Cash dirawat, ganja adalah barang larangan. Sementara di Montana dan 16 negara bahagian lain di Amerika, ganja dilegalkan bagi kalangan tertentu untuk keperluan medik.

    "Saya tahu ini ilegal dan sangat menakutkan. Tapi tidak ada yang lebih menakutkan dibandingkan harus kehilangan nyawa anak saya," ungkap Mike.

    Tindakan nekad Mike akhirnya memang berbuah manis, sebab sejak saat itu keadaan anaknya makin membaik. Cash tidak lagi tersiksa oleh efek samping kemoterapi, jadi lebih memiliki nafsu makan dan bahkan saat ini sudah dinyatakan sembuh dari kanser.

    Doktor-doktor yang menangani Cash tidak memberikan komen atas tindakan ilegal tersebut. Namun beberapa pakar lain di Amerika menyayangkan hal itu dan menilainya justru menunjukkan hubungan yang tidak harmonis antara doktor dengan keluarga pesakit.

    "Tindakan itu boleh membahayakan bagi si bayi dan yang jelas Mike tidak punya kemampuan untuk berkomunikasi dengan jujur dengan doktornya," ungkap Dr Linda Granowetter, doktor anak dari New York University.

    1.100 Perempuan Diperkosa Setiap Hari

    Posted: 11 May 2011 08:00 AM PDT

    Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di American Journal of Public Health, Selasa (10/5/2011). Angka itu menunjukkan bahawa kekerasan seksual terhadap perempuan di negara tersebut 26 kali ganda dari yang diperkirakan sebelumnya.


    Berdasarkan kajian tersebut, lebih dari 400.000 perempuan dan anak gadis berusia 15-49 tahun telah diperkosa di negara yang terbabit perang di Afrika Tengah itu selama 12 bulan pada tahun 2006 dan 2007. Berdasarkan laporan PBB sebelumnya, kes pemerkosaan dalam jangka waktu yang sama hanya 15.000 kes.

    "Hasil kajian kami memastikan bahawa perkiraan sebelumnya tentang pemerkosaan dan kekerasan seksual sangat jauh dari prevalensi yang sesungguhnya tentang kekerasan seksual yang terjadi di DRC," kata Amber Peterman, penulis utama kajian tersebut.

    Bahkan, menurut Peterman, angka hasil kajian  itu masih merupakan perkiraan yang konservatif dari prevalensi yang sesungguhnya tentang kekerasan seksual tersebut. Sebab, tidak semua kasus terdata atau terlaporkan karena takut soal stigma, malu, dan pengucilan sosial.

    Penelitian tersebut, yang mengumpulkan data dari tahun 2007, tidak mencakup kekerasan seksual di antara perempuan muda yang berusia kurang dari 15 tahun atau perempuan yang lebih tua dari 49 tahun. Penelitian itu juga tidak memasukkan kekerasan seksual di antara anak laki-laki dan lelaki dewasa.

    "Meskipun data kekerasan seksual di kalangan kelompok ini tidak pasti, sebuah review dari catatan terhadap 4.133 perempuan yang mengunjungi Rumah Sakit Panzi di Sud Kivu menunjukkan 6 peratus (dari mereka) lebih muda dari 16 tahun dan 10 peratus lebih tua dari 65 tahun," kata kajian itu. "Selain itu, Human Rights Watch melaporkan bahawa kekerasan seksual pada tahun 2009 dua kali ganda dibandingkan tahun 2008. Jika laporan itu akurat, prevalensi kekerasan seksual tersebut mungkin bahkan lebih tinggi dari perkiraan yang kami sampaikan."

    Michael van Rooyen, Direkor Harvard Humanitarian Initiative, mengatakan, "Pemerkosaan di DRC telah menjadi kanser yang menyebar ke mana-mana di tengah iklim impunitas dan telah muncul sebagai salah satu krisis kemanusiaan besar pada saat ini."

    Serbia "Import" Pengantin dari Albania

    Posted: 11 May 2011 07:00 AM PDT

    BEOGRAD, KOMPAS.com - Banyak kota kecil di Serbia mengalami penyusutan jumlah penduduk kerana angka kelahiran rendah, kata ketua badan statistik negara itu, Dragan Vukmirovic, Selasa. Di beberapa kota, kekurangan perempuan membuat pengantin perempuan diimport dari Albania


     Jumlah penduduk Serbia mencapai 7,3 juta orang, berkurang sekitar 200 ribu jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu, dan diperkirakan semakin berkurang, kata Vukmirovic.

     Dengan angka kelahiran 1,4 peratus di negeri itu, hanya 11 kawasan yang memiliki pertumbuhan penduduk pada 2009.  Urbanisasi menyebabkan banyak desa sama sekali terbengkalai dengan 30 peratus warga Serbia hidup di tiga kota terbesar negeri itu, iaitu Beograd, Novi Sad, dan Nis. Sekitar dua juta warga hidup di Beograd, kota dengan pertumbuhan penduduk 50.000 orang setahun.

     Perempuan muda lebih banyak meninggalkan pedalaman ke kota besar jika dibandingkan dengan lelaki, kata statistik. Kecenderungan tersebut menyebabkan lelaki Serbia selatan "mengimport" perempuan dari Albania untuk menjadi pengantinnya, kata ketua organisasi kemanusiaan Stara Raska Ceda Vucicevic kepada wartawan.

    Gaya romantik naik basikal dengan awek

    Posted: 11 May 2011 06:00 AM PDT





    Ini dia... Kereta Api Terkecil di Dunia

    Posted: 11 May 2011 04:00 AM PDT

    Kereta api terkecil di dunia ini adalah miniatur yang dibuat dengan skala 1:35.200, dan memiliki dimensi hanya 3.1mm x 6.3mm. Dan hebatnya, miniatur kereta ini ternyata dapat beroperasi. Kita boleh melihat dia berjalan mengelilingi dunia kecilnya. Kereta api ini dibuat oleh David Smith selama dua setengah tahun.



    Alat Testing Kemandulan Untuk Lelaki

    Posted: 11 May 2011 03:00 AM PDT

    Virginia, Tak hanya perempuan yang boleh mengetahui kesuburannya. Laki-laki pun kini boleh mengukur kesuburannya dengan alat SpermCheck Fertility. Alat yang akan hadir dalam waktu dekat ini di Britain akan membantu pasangan yang ingin hamil. Jika kedua stripnya negatif, kemungkinan si lelaki mandul.

    Saat ini alat pengukur kualiti sperma itu sedang menjalani proses perizinan oleh Food and Drug Administration (FDA).
    Alat tersebut bekerja dengan cara mendeteksi molekul spesifik pada sperma, iaitu molekul antigen yag berada pada permukaan kepala sperma yang disebut dengan SP-10.

    Dr John Herr dari University of Virginia in Charlottesville mengatakan bahawa alat itu sesuai untuk pasangan yang belum hamil dan punya anak tapi belum siap memeriksakan diri ke doktor dan ingin memeriksanya secara peribadi terlebih dahulu.

    Harga alat tersebut  Iaitu sekitar 25 dolar lebih murah daripada menjalani tes sprema lengkap untuk mengetahui kesuburan llelaki.

    Dalam journal Human Reproduction, Dr Herr dan pasukannya yang mengembangkan alat tersebut selama 1 tahun mengatakan bahawa alat SpermCheck Fertility memiliki tingkat keakuratan 96 peratus setelah dicubakan pada sekitar 225lelaki

    Jumlah sperma normal umumnya adalah 20 juta mililiter atau lebih. Dengan mengukurnya menggunakan alat pengecek kesuburan, seorang lelaki bolehtahu berapa jumlah rata-rata spermanya, apakah di atas standara itu atau justru di bawahnya.

    "Pada dasarnya, alat itu dibuat untuk mengetahui seberapa besar tingkat kesuburan lelaki. Jika kedua strip pada alat itu negatif, artinya ada masalah pada spremanya dan ia butuh pertolongan medik," kata Dr Herr.

    Pegawai Hotel Bernama Mohamed Dipaksa Ganti Nama

    Posted: 11 May 2011 02:00 AM PDT

    Nama Islam ternyata boleh membuat orang jadi fobia, sehingga pengurusan sebuah hotel di AS merasa perlu mengganti nama seorang pegawainya yang bekerja di bahagian banquet dengan nama yang kebarat-baratan.

    Mohamed Kobti, lelaki asal Marocco, sudah bekerja di hotel Waldorf-Astoria, New York 27 tahun lamanya. Ia tak pernah menyangka akhirnya akan bersengketa dengan pengurusan hotel tempatnya bekerja, kerana ia tidak terima dipaksa menggunakan nama lain yang bukan nama aslinya.

    Mohamed mengungkapkan, pengurusan hotel pertama kali menyuruhnya menggunakan tag nama dengan nama berbeza–sebelumnya tag namanya bertuliskan nama aslinya 'mohamed'– pada 13 September 2001, dua hari setelah peristiwa serangan 11 September 2001. Pihak pengurusan memaksanya menggunakan tag nama dengan nama "John" dengan alasan agar para tamu tidak ketakutan kerana dilayani oleh orang yang bernama 'Mohamed.'

    "Saya syok, tapi saya tetap mengenakan tag nama itu," kata Mohamed, dan ketika kemudian dia menyampaikan keberatannya pada pihak pengurusan hotel, pihak hotel hanya mengatakan, "Kami tidak mahu membuat tamu-tamu hotel takut."

    Mohamed lalu menyampaikan pengaduan "perlakuan diskriminatif" ke lembaga federal Equal Employment Opportunity Commission pada tahun 2005 dan 2009, dan akhirnya ia diperkenankan menggunakan nama belakangnya 'Kobti' di tag namanya.

    Tapi ia dipaksa "mengganti" namanya lagi pada bulan November 2010. Pihak  hotel menyuruhnya memakai tag nama bertuliskan "Edgar". Mohamed kembali menyatakan keberatan dan manajer hotel merespon keberatan Mohamed dengan mengatakan, "Untuk sekarang ini, Edgar lebih baik daripada Mohamed."

    Akhirnya Mohamed menuntut pengurusan hotel Waldorf-Astoria dengan tuduhan melakukan diskriminasi agama dan racial. Ia juga menuding pengurusan hotel telah menciptakan "lingkungan kerja yang tak bersahabat" dan tidak mampu menghentikan tindakan beberapa rakan kerja Mohamed yang kerap mengejeknya.

    Dalam tuntutan Mohamed mengungkapkan bahawa sejumlah rakan kerjanya berulang kali memanggilnya dengan sebutan "teroris", "Al-Qaeda boy" dan nama-nama lainnya yang terkesan mengejek latar belakang asal usulnya sebagai orang Marocco.

    "Mereka memerli, seolah-olah saya bersalah, seakan-akan sayalah pelaku serangan 11 September," ujar Mohamed Kobti

    Jonathan Bell of Bell & Kilada, firma hukum yang menjadi kuasa hukum Mohamed menambahkan, "Mereka (pengurusan hotel) tidak melakukan apapun untuk menghentikan tindakan itu. Meski sangat menyakitkan, Mohamed tidak boleh berbuat apa-apa, kerana ia punya keluarga, dan tidak boleh melepas pekerjaannya begitu saja."

    Pengurusan hotel Waldorf-Astoria yang dihubungi untuk dimintai penjelasan tentang kes ini, menolak untuk memberikan komen.

    Bikini Ini Membuat Rakyat India Marah

    Posted: 11 May 2011 01:00 AM PDT

    VIVAnews - Pakaian renang yang ditampilkan pada Australian Fashion Week 2011 membuat kemarahan masyarakat di India kerana one piece swimsuit tersebut bergambar Dewi Lakshmi. Dia adalah tokoh suci umat Hindu, yang menjadi majoriti di India.

    Menurut  CNN, kemarahan masyarakat di India tak terbendung setelah melihat wajah Lakshmi tercetak di bahagian depan dan belakang pakaian renang tersebut. Kemarahan tercermin melalui aksi pembakaran foto-foto rekaan pakaian renang itu beserta bendera nasional Australia dalam suatu aksi protes di Hyderabad Selatan.

    Presiden Federasi Asosiasi Australia India, Vish Viswanathan, pun mengutuk rekaan pakaian renang  Lisa Burke tersebut. "Sulit mempercayai bahawa ini tidak disengaja. Mereka yang melakukan hal ini hanya untuk mencari perhatian," ujarnya.

    Ia yakin seluruh masyarakat India terluka. Lebih dari 200 ribu orang India yang tinggal di Australia pun ikut tersinggung dengan rekaan pakaian renang dari  Lisa Blue ini.

    Apalagi Lisa Burke pernah tinggal di India sebelum kembali ke Australia. Ini memunculkan kekecewaan kerana seharusnya, dia mengetahui seberapa besar cinta masyarakat India terhadap dewi kekayaan, kesuburan, kemakmuran, keberuntungan, kecantikan, keadilan, dan kebijaksanaan tersebut.

    Lisa Burke meminta maaf kepada masyarakat India atas gejolak yang muncul akibat designnya. Lisa mengatakan, pencitraan Dewi Lakshmi pada pakaian renangnya hanya untuk berbagi perbezaan budaya dari label miliknya.

    "Kami meminta maaf kepada siapa pun yang tersinggung dan menyarankan untuk tidak menggunakan citra Dewi Lakshmi untuk koleksi terbaru pakaian renang Lisa Blue. Kami akan menghentikan produksi dan design tersebut, tidak akan ada di outlet mana pun di dunia," ujarnya melalui akun Facebook peribadinya, seperti dilansir harian Daily Mail.

    Pada koleksi kali ini, Lisa Blue mengambil tema berbeza iaitu wanita masa depan yang seksi, cantik, kuat, dan peduli dengan keadaan sekitar.

    Situs Sydney Morning Herald melakukan polling terhadap koleksi-koleksi Lisa Blue. Sekitar 46 peratus mengatakan design-designnya cantik, 17 peratus mengatakan menarik, 14 peratus tidak menyukainya, dan 23 peratus mengatakan berisiko.

    Remaja lelaki 12 tahun pakai skrit kesekolah tanda protes

    Posted: 11 May 2011 12:00 AM PDT

    TEMPO Interaktif, Chris Whitehead berasa kesal kerana di musim panas, para murid perempuan di sekolahnya diperbolehkan memakai skrit pendek. Sedangkan murid lelaki diharuskan tetap memakai seluar panjang. "Ini bentuk diskriminasi, kerana pada musim panas kami ingin pakai seluar pendek tapi dilarang," kata remaja12 tahun ini.
    Chris lalu melakukan aksi protes dengan mengenakan skrit ke sekolahnya di Impington Village College yang tak jauh dari Cambridge, Britain. "Saya tak malu, mengenakan skrit seperti memakai seluar hanya lebih lega," katanya seperti dikutip dari Daily Mail, Rabu 11 Mei 2011.
    Chris yang mengenakan skrit tidak melanggar aturan sekolah. Sebab, di aturan sekolahnya hanya disebutkan murid laki-laki tak boleh memakai seluar pendek ketika musim panas. Tak ada larangan bagi laki-laki mengenakan skirt "Saya akan memakainya sampai sekolah mengubah aturan itu,"
     ujarnya.
    Chris ingin memakai seluar pendek kerana merasa kepanasan. "Mengganggu konsentrasi saat belajar," kata Chris. Dia mendapatkan skrit dari adiknya, Joanna, 11 tahun yang ikut melakukan demonstrasi bersama 30 murid lainnnya.
    Para demonstran cilik ini juga membuat berbagai poster bernada protes. 'Cool shorts, not hot pants' lalu ada juga poster yang berbunyi 'What's wrong with my legs?'
    Ibu Chris, Liz, 50, mendukung apa yang dilakukan anaknya. Dia bangga anaknya memperjuangkan sesuatu hal yang diyakininya benar. Hal yang sama juga diungkapkan ayahnya, Brian, 48. "Ini sebuah protes yang kreatif," ujarnya.

    Aneh...Buah Kelapa Menangis Ketika Hendak Dibelah

    Posted: 10 May 2011 11:45 PM PDT

    BIMA- Buah kelapa menyerupai wajah manusia menghebohkan warga Bima, Nusa Tenggara Barat (NTB). Anehnya lagi, buah ini akan mengeluarkan air seperti menangis jika hendak dibelah.

    Rumah pasangan M Saleh dan Siti Aminah di RT 08/04, Kelurahan Melayu, Kecamatan Asakota, Kota Bima, dikunjungi ramai orang untuk melihat buah kelapa ini.

    Mereka ingin membuktikan dengan mata kepala mereka sendiri soal khabar heboh yang beredar dari mulut ke mulut mahupun foto di telefon bimbit tentang buah kelapa aneh itu.

    Bukan hanya warga biasa, para pegawai dan guru-guru pun tak mahu ketinggalan. Mereka sengaja datang dari tempat kerja masing-masing untuk melihat bentuk asli buah kelapa yang diyakini memiliki keajaiban tersebut.

    Menurut Aminah, kelapa tersebut didapat dari pemberian kakaknya, M Yamin. Saat sabutnya dikupas, belum terlihat tanda-tanda aneh.

    "Saya terkejut kerana saat akan dibelah keluar air matanya. Akhirnya saya enggak jadi belah dan simpan di almari," ujar Aminah di rumahnya, Selasa (10/5/2011).

    Kerana yakin buah kelapa ini memiliki keajaiban, Aminah mengaku tidak akan menjual atau menggunakannya untuk keperluan rumah tangga. Dia akan menyimpannya sekalipun ada orang yang akan menawar dengan harga tinggi.

    Kini buah kelapa tersebut disimpan di dalam kaca agar tidak terjatuh ketika warga melihatnya.

    Tingginya animo masyarakat yang ingin melihat buah kelapa ini dimanfaatkan keluarga Aminah. Pihaknya sudah menyiapkan sebuah kotak amal yang boleh diisi pengunjung seikhlasnya.

    Warga tidak hanya datang untuk menyaksikan namun juga mengabadikan melalui kamera telefon selularnya. Bahkan beberapa perempuan sempat kerasukan setelah melihatnya.

    Maka tak hairan jika ketika ini banyak beredar rakaman video buah kelapa mirip wajah manusia ini.

    Sumber :http://www.okezone.com/

    Hah…7.5 Juta Umur Pengguna Facebook di Bawah 13 Tahun

    Posted: 10 May 2011 10:00 PM PDT

    CALIFORNIA - Sebuah kajian terbaru menyebutkan bahawa pada tahun 2010 Facebook memiliki sekira 7,5 juta pengguna yang berusia di bawah 13 tahun.

    Menurut kajian 'State of the Net' dari Consumer Report ada sekira 7,5 juta pengguna Facebook di bawah umur 11 tahun dan lebih dari 5 juta pengguna berusia di bawah 11 tahun. Demikian seperti yang dikutip dari Washington Post, Rabu (11/5/2011).

    "Melihat ketentuan Facebook, banyak anak menggunakan sebuah web yang seharusnya belum boleh," ujar Jeff Fox, editor teknologi dari majalah Yonkers.

    "Fakta yang lebih mengkhuatirkan adalah ternyata orang tua dari anak di bawah umur 10 tahun tidak peduli dengan penggunaan Facebook oleh anak mereka," tambahnya.

    Facebook, sebelumnya menghadapi kritik kalau mereka tidak melindungi pengguna, terutama remaja. Tapi pada bulan April, Facebook telah melancarkan perangkat keamanan, termasuk 'Family Safety Center' yang sudah di reka semula. Family Safety Center menyediakan video dan artikel untuk para remaja, guru serta orang tua pengguna Facebook.

    Ketentuan Facebook untuk mendaftar di dalamnya setidaknya harus berumur 13 tahun. Pada bulan March. Facebook meningkatkan sistem pelaporan, agar pengguna yang mendapat tindakan 'cyberbullying' boleh melaporkan atau membloknya.

    Utusan Online - Hiburan

    Posted: 11 May 2011 03:24 PM PDT

    Utusan Online - Hiburan


    Erra Fazira sanggup ‘membunuh’

    Posted:

    Erra Fazira sanggup 'membunuh'

    Erra Fazira sanggup 'membunuh'

    Oleh KHADIJAH IBRAHIM
    khadijah.ibrahim@utusan.com.my


    Kejelitaan Erra Fazira sebagai Siti Aminah dalam Sanggul Beracun menjadi rebutan ramai lelaki.


    KEHIDUPAN Erra Fazira tidak pernah lekang dengan umpatan dan kata-kata nista daripada masyarakat sekeliling dan telinganya pun sudah lali mendengar cemuhan begitu.

    Apa yang didambakan oleh penyanyi dan aktres popular tanah air ini ialah sebuah kehidupan yang aman damai bersama keluarganya.

    Namun impiannya itu seakan-akan sukar untuk dilaksanakan dan tidak keterlaluan jika diibaratkan sebagai tidak terlaksana.

    Kata Erra, jika ada 'kuasa' yang dapat membantunya menghindari segala kedukaan itu, pasti dia tidak menolak bahkan, mengalu-alukannya.

    Erra ketika dihubungi Hits memberitahu, dia bersyukur kerana dapat menjalani kehidupan seperti insan lain iaitu mempunyai sebuah keluarga sendiri setelah mendapat pertolongan seseorang.

    Agak pelik bunyi kenyataan Erra... "mendapat pertolongan seseorang" untuknya menjalani kehidupan seperti insan lain.

    Erra ada penjelasannya mengapa dia mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi dan salah anggap itu.

    "Tatkala berduka itulah datang seseorang menghulurkan bantuan. Bagai pucuk dicipta ulam mendatang, Erra terus terima tawaran tersebut.

    "Dari wanita berduka dan sering menjadi hinaan ramai, Erra berubah menjadi seorang wanita jelita yang menjadi rebutan ramai lelaki," ceritanya girang.

    Bagaimanapun kata Erra, 37, untuk kekal jelita, dia perlu berbuat sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

    "Bukan buat pembedahan plastik, guna botox atau pakai susuk. Itu semua lapuk. Cara terbaru ini sungguh menggerunkan kerana Erra sendiri tidak pernah terfikir untuk melakukannya.

    "Kalau Erra tidak ikut syarat itu, kebahagiaan yang dinikmati akan hilang dalam sekelip mata. Syaratnya cukup berat untuk dipenuhi iaitu membunuh 100 lelaki termasuk suami," katanya sedih.

    Kesedihan itu dirasai Erra ketika melakonkan watak Siti Aminah dalam telefilem Sanggul Beracun yang bakal disiarkan pada pukul 10 malam, Ahad ini di saluran Astro Citra.

    Telefilem arahan sulung Sabri Yunus, terbitan Balang Rimbun Sdn. Bhd. itu menggandingkan Erra dengan Namron buat pertama kalinya.

    "Mula-mula memang berdebar sebab Erra dikelilingi pelakon hebat kerana kebanyakan mereka adalah pelakon teater.

    "Erra beritahu abang Sabri dan pelakon lain kalau mereka tidak puas hati dengan lakonan Erra, beritahu terus.

    "Alhamdulillah, sepanjang penggambaran Erra mendapat kerjasama daripada semua pihak dan banyak membantu Erra untuk menjiwai watak Siti Aminah yang banyak bermain dengan emosi," katanya.

    Menurut ibu kepada Engku Aleesya, 2, dia terima tawaran untuk muncul dalam Sanggul Beracun kerana tertarik dengan jalan cerita.

    Selain itu, jelas Erra, dia ingin berlakon di bawah arahan Sabri Yunus biarpun ia sebuah telefilem.

    Katanya lagi, Sanggul Beracun digarap berdasarkan mitos Siti Aminah yang popular di kalangan orang Johor.

    "Ini bukan cerita seram atau apa, tapi cerita ini berdasarkan penderitaan Siti Aminah yang ditinggalkan oleh ibunya yang malu untuk mengaku mempunyai anak.

    "Siti Aminah dibesarkan oleh bapa yang akhirnya meninggal dunia. Sejak itulah dia hidup sendirian dan menempuh semua cabaran.

    "Apabila menjadi cantik, dia tidak takbur cuma dia tidak sabar untuk menamatkan syarat yang ditetapkan," ungkai Erra tentang perjalanan cerita Sanggul Beracun.

    Turut berlakon dalam Sanggul Beracun adalah Sabri Yunus, Haryanto Hassan dan Kaza Saisi.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Standard tinggi Maharaja Lawak

    Posted:

    Standard tinggi Maharaja Lawak

    Standard tinggi Maharaja Lawak

    Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
    shazryn.faizal@utusan.com.my
    Gambar AMIN FARIJ HASAN


    JOZAN tetap menjadi pujaan peminat mereka.


    SEPERTI yang dijanjikan, pentas Maharaja Lawak telah dikejutkan dengan kejutan luar biasa yang belum pernah diaplikasikan dalam mana-mana program realiti di negara ini.

    Sewaktu salah seorang juri, Ahmad Idham mengumumkan kejutan tersebut, memang terserlah riak terkejut di wajah setiap peserta yang bertanding pada minggu lalu.

    Berita baik buat mereka apabila tiada penyingkiran yang berlaku. Namun tekanan pasti akan dirasai oleh tujuh peserta yang tinggal apabila mereka perlu melakukan keputusan yang begitu berat untuk dilakukan.

    Kejutan tersebut memerlukan setiap peserta memilih nama yang memang patut disingkirkan pada minggu ini.

    Seandainya keputusan majoriti berpihak kepada satu nama, bermakna peserta itu akan disingkirkan melainkan peserta yang dipilih itu mendapat markah tertinggi daripada juri dan undian SMS.

    Nampaknya minggu ketujuh memang merupakan minggu yang azab buat para peserta Maharaja Lawak yang bukan hanya perlu menerima kejutan luar biasa itu.

    Tetapi, tugasan yang menanti mereka juga tidak kurang hebatnya apabila tema silent comedy menjadi taruhan Astro Warna untuk minggu ini.

    Bertemu dengan Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani usai program tersebut di Studio Finas, Hulu Kelang, Selangor, minggu lalu, pihaknya memang sudah lama merancang untuk membuat kejutan sebegitu rupa.

    Memang kedengaran agak kejam apabila memerlukan setiap peserta memilih mana-mana pesaing mereka untuk disingkirkan tetapi, kata Nizam, pihaknya mempunyai rasional tersendiri untuk mengambil keputusan itu.

    "Maharaja Lawak telah meletakkan standard yang cukup tinggi. Pastinya kami di Astro Warna perlu memikirkan strategi terbaik untuk rancangan ini terus ditonton ramai.

    "Ini bukan Raja Lawak dan apabila kami melakukan format penyingkiran seperti ini, ia secara tidak langsung mampu memberikan saingan yang lebih sengit sekali gus meletakkan ia di kedudukan tertinggi.

    "Dalam erti kata lain, kami tidak mahu peserta terlalu berasa selesa walaupun mereka tahu markah dan undian peminat akan berpihak kepada mereka.

    "Kami mahu memberikan persaingan antara peserta dan hanya dengan cara ini mereka dapat memberikan mutu persembahan terbaik seperti mana yang dimahukan oleh pihak juri," kata Nizam sambil memberikan justifikasi terhadap pengenalan konsep penyingkiran seumpama itu.

    Beliau menambah, format itu bukanlah sesuatu yang baru dirancang pada minggu keenam tetapi pihaknya mahu memikirkan waktu yang sesuai sebelum mengumumkannya.

    Begitu juga dengan tema silent comedy yang disifatkan Nizam sebagai tema yang tepat untuk menguji kreativiti setiap peserta Maharaja Lawak.

    "Memang diakui, silent comedy merupakan yang paling sukar untuk dilakukan dan bukan mudah untuk membuat penonton ketawa dengan aksi lucu tanpa sebarang dialog.

    "Saya kira minggu ini akan menjanjikan persaingan yang cukup sengit sekali gus dapat melihat sejauh manakah tahap kreativiti para pelawak kita di pentas ini," ujar Nizam yang mengakui langganan untuk pakej Mustika mendadak naik gara-gara Maharaja Lawak.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Celebrity News

    Posted: 11 May 2011 03:08 PM PDT

    Celebrity News


    Gambar Separuh Bogel Pippa Midleton Tersebar !!

    Posted: 11 May 2011 10:42 AM PDT


    JIka sebelum ini Pippa adik ipar Putera William bebas melakukan apa sahaja, namun kini semuanya berubah angkara populariti Kate yang kini sah menjadi isteri Putera William. Dan berita terbaru yang ZoOM baca mengenai Paparazi yang pernah mengambil Pippa yakni adik Isteri Putera Williams.

    Terbaru mengenai gambar Pippa dan rakan-rakan sedang bercuti di Ibiza, Sepanyol pada tahun 2006 ( lama dah ).  Berdasarkan gambar Pippa tidak memakai baju dan hanya berseluar bikini.

    Dan macam biasa, penerbit filem Porno telah menawarkan Pippa dengan harga tinggi.

    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    Gossip Saida Curang Kepada Suami !?

    Posted: 11 May 2011 10:32 AM PDT

    Entah betul ke tidak tetapi pagi-pagi buta ZoOM terbaca akhbar Mstar yang bercerita mengenai kisah dan kes penceraian Saidah dan suami. Menurut suami Saida, beliau pernah terjumpa seorang lelaki bernama Hafiz Che Mat didalam sebuah kereta malahan terbaca sms yang berbaur satu hubungan yang istemewa seperti "Sayang, rindu dan sebagainya".

    Malas nak komen panjang-panjang sebab kes mahkamah...namun berikut ZoOM sertakan Statement@jawapan suami Saida mengenai kes mereka.


    "Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya. 
    "Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu. 
    Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual dengan lelaki itu.
    Saida, 35, dan Mohd Ghazali, 41, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

    Info : Mstar Online

    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    Kisah Suami Tersalah Email

    Posted: 11 May 2011 12:36 AM PDT

    Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah
    komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk
    menghantar e-mail kepada isterinya.

    Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa
    mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di
    sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya
    selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil
    keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat
    mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail
    pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun
    bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun
    membaca mesej di dalam skrin komputer:

    To : Isteri kesayanganku
    Date : 16 May 2002
    Subject : Abang telah selamat sampai
    Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini.
    Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh
    menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
    Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.
    Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari
    esok.


    Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke
    sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

    ZoOM : Kesian Isteri Orang ni :) Lawak2...KOmen jangan tak komen....

    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    Cerita Lawak : Kisah Murid Tadika Dengan Cikgu

    Posted: 11 May 2011 12:26 AM PDT

    Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh.

    Sam : kau memang beruk la?
    Dol : kau la beruk..!
    Sam : kau la beruk..kata aku plak?

    Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

    Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau?
    Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu?
    Cikgu : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan?
    Sam & Dol : Sama cikgu!!
    Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?
    Sam & Dol : Sama jugak cikgu!!
    Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?
    Sam & Dol : Paham cikgu!
    Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami? Cikgu pun BERUK jugak ker??
    Cikgu : Sabar jer laaa.!! (dalam ati) 
    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    Penyakit Selesma Burung

    Posted: 11 May 2011 12:19 AM PDT

    "Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung."
    "Saya tahu,"jawab doktor.
    "Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat.

    Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah."
    "Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.
    "Dia telah mencium pembantu rumah kami."
    "Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin."
    "Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."
    "Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu."
    "Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."
    "Celaka,"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti." 

    ZoOM : Cis !!! tak guna punya Doktor & Suami !!!


    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    Cerita Isteri Tan Sri Curang 3 Kali

    Posted: 11 May 2011 12:14 AM PDT

    Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

    Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

    "Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

    Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

    "3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

    Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

    "Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

    "Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

    "Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

    "Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

    Tan Sri pengsan kat situ jugak...


    ZoOM : Sakit perut ZoOM Baca Lawak ni... Namun pengajarannya jangan berkorban sehingga menyusahkan orang yang disayang...Apa komen anda ??


    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    Berita Harian: Hip

    Posted: 11 May 2011 11:01 AM PDT

    Berita Harian: Hip


    Masyhur sebelum waktu

    Posted: 10 May 2011 04:47 PM PDT

    Hip

    Lebih rela merangkak daripada popular sekejap saja dalam dunia seni

    NAMANYA tiba-tiba saja menjadi bualan ramai, sedangkan belum sebuah pun filem lakonannya atau album yang memuatkan lagunya menemui peminat di pasaran.

    Jika ada peminat yang pernah terlihat kelibat remaja ini sekali pun, mungkin menerusi penampilannya ini dalam siri Hotel Mania. Itupun sekadar menjayakan watak sokongan. Namun, itulah yang dikatakan rezeki apabila memiliki wajah yang boleh dianggap istimewa. Dengan sepasang bibir yang menggiurkan, nama Kilafairy menjadi sebutan. Bahkan, dirinya sering dipilih sebagai penghias muka depan majalah mahupun akhbar, sejak kebelakangan ini, tatkala artis angkatan baru lain masih mencari-cari ruang untuk dikenali.

    Namun, saat ditanya kepada empunya diri, gadis berusia 19 tahun ini nyata dia lebih berbangga jika orang ramai mengenali dirinya setelah filem lakonannya diputarkan di pawagam, ataupun selepas lagunya diperdengarkan kepada peminat di radio.

    "Semestinya saya amat bersyukur apabila peminat sudah mula memberikan perhatian kepada saya, sebelum produk saya berada di pasaran. Ia umpama rezeki buat saya, yang belum pun setahun rasanya secara rasmi bergelar artis.

    "Begitupun, saya ingin kekal lama dalam bidang seni yang saya ceburi ini. Justeru, lebih baik seandainya nama Kilafairy dikenali setelah peminat melihat dan menilai sendiri hasil persembahan saya dalam produk terbabit," katanya ketika singgah di Balai Berita, baru-baru ini.
    Pada ketika peminat mula membuka mata pada kemunculannya, anak dara penyanyi popular 80-an, Rohana Jalil ini turut meluahkan kesyukuran apabila namanya belum lagi dikaitkan dengan sebarang cerita yang boleh menjejaskan imej dan maruahnya.

    Dia sendiri pada hakikatnya perlu bersedia berdepan segala bentuk cerita sebaik saja membuat keputusan mengikut jejak langkah ibu tercinta. Menyedari hakikat itu, pelajar jurusan pengurusan dan pemasaran fesyen di sebuah kolej swasta ini awal-awal lagi cuba sentiasa mengingati pesan mamanya.

    "Mama sejak awal-awal lagi memberikan nasihat supaya saya jangan mudah melatah andainya ada sebarang cerita yang menyinggung perasaan, ataupun cerita yang agak panas menimpa diri. Hendak atau tidak, cerita sedemikian akan datang juga.

    "Dia turut berpesan supaya selalu menghormati orang tua, sentiasa menjaga disiplin dan paling utama, jangan cuba membuat musuh dengan sesiapa," katanya.

    Betul katanya, kerana di Internet, sudah ada kata-kata yang jika terlalu difikirkan, mungkin membuatkan gadis ini makan hati. Antaranya, ada peminat yang terang-terangan meragui keunikan pada wajahnya, terutama pada bahagia bibir, yang menjuih seksi.

    "Setakat ini, rasanya tidak ada apa-apa cerita yang mengganggu fikiran saya. Saya juga melihat gosip sebagai perkara yang tidak betul. Sekarang, saya sendiri berada dalam dunia seni, jadi sedikit sebanyak saya tahu mana yang benar, mana yang palsu," katanya yang bertuah apabila mendapat sokongan orang tua apabila meluahkan hasrat untuk berjinak-jinak dalam persada hiburan.

    Enggan cepat berasa selesa

    SEPERTI yang pernah diceritakannya sebelum ini, mungkin darah seni dalam tubuh ibunya turut mengalir dalam diri. Kecenderungannya dalam muzik juga bermula sejak zaman kanak-kanaknya lagi. Pada usia 6 tahun, ketika kanak-kanak lain berkejaran di pusat asuhan, dia sebenarnya sudah mula menunjukkan bakat dalam seni suara.

    "Sudah lama juga saya menyanyi di majlis-majlis. Ketika berada dalam darjah tiga lagi rasanya saya sudah mula naik ke pentas mengadakan persembahan. Ketika itu, tentulah kebanyakan lagu yang dipersembahkan ialah lagu Hindi. Hingga sekarang pun, saya selesa menyanyikan lagu dalam bahasa itu.

    "Rezeki untuk mempunyai lagu sendiri pula mungkin akan tiba tidak lama lagi.
    Syarikat yang menaungi saya, KRU Studios, turut berusaha ke arah itu.

    "Malah, saya sebenarnya sudah pun merakamkan sebuah lagu. Tetapi Edry berasakan, lagu terbabit tidak begitu serasi dengan saya. Katanya, saya lebih sesuai menyanyikan irama balada dan R&B. Mungkin selepas dirinya tidak begitu sibuk dengan program Mentor 5, barulah saya akan masuk sekali lagi ke studio," katanya yang lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Kila.

    Bersama KRU juga, wanita muda ini menyaksikan dirinya beraksi di depan kamera sebagai pelakon filem buat kali pertama. Filem seram Karak yang akan menemui penonton pada penghujung Mei ini bakal menjadi kayu pengukur bakat lakonannya.

    Mengaku agak berdebar menantikan reaksi peminat terhadap lakonannya, Kila bagaimanapun boleh menarik sedikit nafas lega apabila persembahan sulungnya dikatakan tidak mengecewakan.

    "Saya ada menonton sebahagian daripada filem itu baru-baru ini. Sebagai percubaan pertama, saya tidak berasakan ia lakonan yang teruk. Namun, sudah tentu saya tidak boleh cepat berasa selesa dengan persembahan saya. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari, jika saya benar-benar ingin memahat nama yang kukuh dalam bidang ini," ujarnya.

    Menerusi filem arahan Yusry Abdul Halim itu, dia beraksi di sisi beberapa bakat baru lain seperti Shahir dan Shera Aiyob. Turut membintangi filem ini ialah Along Eyzendy dan Sidek Hussin.

    Antara lain, Karak mengisahkan empat pelajar kolej, yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, mengalami kesesakan luar biasa di lebuh raya Karak. Lalu, mereka nekad mencari jalan alternatif dengan melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan ini bakal merubah kehidupan mereka buat selama-lama.

    Karak uji keberanian diri

    KEMBALI mengingati saat mula ditawarkan watak Ida dalam filem Karak, Kila tidak dapat mengelak daripada turut berada cuak. Maklum saja, dia mengaku dirinya bukanlah gadis yang berani.

    "Malah, saya ini sebenarnya seorang yang amat penakut. Pernah satu ketika dulu, selepas menonton filem seram Ju-On, saya terpaksa tidur di celah-celah mama dan papa selama dua bulan! Jadi, apabila ditawarkan watak dalam Karak, sudah semestinya saya teragak-agak.

    "Apatah lagi apabila saya mendapat tahu, penggambarannya akan turut dilakukan di dalam hutan, pada sebelah malam. Pernah kami pelakon perempuan duduk berhimpit-himpit apabila lampu di set tiba-tiba terpadam. Namun begitu, syukurlah sebab saya tidak berdepan apa-apa kejadian tidak diingini sepanjang penggambaran diadakan.

    "KRU juga beringat dalam hal ini, apabila mereka memastikan ada beberapa ustaz datang mengawasi keadaan sekitar lokasi," katanya yang sekali lagi akan beraksi di depan kamera, kali ini dalam sebuah filem muzikal arahan Saw Teong Hin, Jun nanti.

    Ketika ditemui, Kila masih lagi terikat dengan jadual penggambaran Ayu Suraya, drama 13 episod untuk Astro. Drama berkenaan mula menemui penonton 26 April lalu.

    Bakat baru ini juga muncul dalam kisah seram Darah Pontianak (Misteri Alam Hitam), yang dianggapnya antara watak paling mencabar pernah dijayakan.

    Solekan: Jepun
    Pakaian: Nik Erwan Roseli (nikerwanroseli.blogspot.com)


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Norman, Memey nikah September

    Posted: 10 May 2011 04:42 PM PDT

    Hip

    pix_gal0
    Banyak pihak ingin taja perkahwinan pasangan pelakon ini

    HANYA tinggal empat bulan saja lagi sebelum pasangan secocok, Norman Hakim dan Memey diijabkabulkan. September bakal menjadi bulan cinta mereka sekali gus melenyapkan desas-desus mengenai pernikahan yang dikatakan tertangguh dek komitmen terhadap tugas.

    Jika sebelum ini mereka lebih senang mendiamkan diri disebabkan belum mendapat tarikh bersesuaian, kini baik Norman atau nama sebenar Mohamed Norhakim Zaidon, 35 dan tunangnya, Suhaizah Suhaimi, 23, sudah betah berkongsi cerita. Seperti diakui Norman, persediaan hari bahagia mereka diserahkan kepada Memey memandangkan si gadis lebih memahami konsep majlis yang diimpikan mereka berdua, tambahan pula jadual lakonannya masih padat hingga akhir tahun ini.

    "Sebenarnya kedua-dua belah pihak masih membincangkan soal kenduri dan segala perkara berkaitan. Cuma untuk persediaan nikah dan persandingan saya serahkan kepada Memey. Persiapan sudah dilakukan sejak awal tahun secara berdikit-dikit.

    "Kalau soal gementar, perasaan itu lumrah dialami setiap individu yang akan melangkah ke fasa seterusnya. Tetapi dari segi tanggungjawab, saya sudah bersedia memikul amanah itu," katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Ibu anjuran Rafflesia The Pearl Centre.

    Aura bahagia jelas terserlah pada wajah dua bakal pengantin itu yang tampak secocok mengenakan persalinan rona hijau epal sedondon, yang juga warna tema majlis, tatkala mengiringi ibu masing-masing, Kamariah Kaman (ibu Norman) dan Norlela Abdul Rahman (mama Memey) ke acara berkenaan.
    Bagi Memey, sekali pun urusan pengendalian keseluruhan majlis bahagia mereka nanti dipertanggungjawabkan kepadanya, setiap perincian tetap mengambil kira pendapat insan tersayang, terutama Norman, dan keluarga kedua-dua belah pihak sama ada soal konsep majlis hingga lokasi acara.

    "Kalau ikut persetujuan, majlis pernikahan akan diadakan di kediaman keluarga saya di Kota Tinggi, begitu juga majlis persandingan. Saudara mara sebelah saya ramai, jadi ibu bapa saya mahu majlis ini nanti menghimpunkan seluruh anggota keluarga kami.

    "Hingga kini pun saya dibantu ibu yang setia menjadi penasihat. Sebenarnya sukar juga mahu memikirkan segala perkara, apa pun syukur kerana abang (Norman) tetap memberikan pendapat atau cadangan supaya saya tidak pening kepala," katanya yang turut 'terbang' ke Bandung awal tahun ini memilih fabrik untuk busana pengantin.

    Masih belum menentukan pereka yang akan diamanahkan memberi sentuhan terhadap persalinan hari bersejarah mereka, bagaimanapun Memey berterima kasih kepada rakan yang sudah menyatakan keinginan mereka untuk menaja majlis itu nanti.

    Bukan terlalu memilih sebaliknya mereka tidak mahu ada di kalangan teman, termasuk pereka, berkecil hati. Ia membuatkan masing-masing cukup teliti memperincikan pembahagian keperluan atau tugasan supaya setiap pihak sama-sama mendapat peluang pada majlis itu nanti.

    "Sebenarnya sudah ramai yang menghubungi kami fasal penajaan. Memang kami sangat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian mereka. Cuma kami harap tiada yang terguris jika ada di antaranya terpaksa ditolak kerana kalau boleh kami mahu semua turut serta.

    "Apa pun kami perlu lihat kesesuaian konsep majlis selain beberapa perkara lain. Sebagai bakal pengantin, sudah tentu saya terharu kerana ramai mahu merealisasikan pernikahan dan persandingan seperti kami impikan - berlangsung dengan meriah serta bermakna," katanya.

    Sedia bergelar isteri

    MENGIMPIKAN persandingan dalam taman yang dikelilingi bunga-bungaan segar, dedah aktres jelita itu lagi, pemilihan konsep sebegini dirasakan cukup romantik, malah menjadi kenangan terindah untuk dikongsi hingga ke anak cucu.

    "Boleh dikatakan persiapan kami sudah hampir 50 peratus selesai. Namun bagi persandingan di sebelah keluarga bakal mentua, tarikh belum dipilih lagi. Kami hanya menyerahkan kepada keluarga kerana mereka lebih mengetahui yang terbaik," tambahnya lagi sambil tersenyum manis.

    Diminta berkongsi debarannya ketika ini, kata Memey, sebagai anak gadis sudah pasti saat hampir berpisah dengan keluarga seterusnya menjalani fasa sebagai isteri sesuatu yang asing, namun ia dianggap sebagai pengalaman yang ditempuh semua insan.

    "Ya, saya sudah bersedia menggalas segala cabaran itu. Memang sebagai anak manja sedikit sebanyak saya pasti merindui keluarga, namun bagi saya segala situasi atau rasa berbelah bagi akan dilalui semua gadis.

    "Banyak suka-duka yang sudah kami lalui. Apa yang boleh dikatakan, saya bersyukur dipertemukan dengan insan cukup penyayang, memahami dan menerima saya seadanya. Semoga segala urusan mendirikan masjid ini dipermudahkanNya," katanya sepenuh harapan.

    Ditebak persoalan bakal menjadi ibu segera kerana lelaki yang bakal dinikahi ialah bapa tunggal kepada tiga cahaya mata, dengan berhati-hati Memey menyusun kata supaya tiada hati terguris dek jawapannya. Katanya gelaran itu adalah anugerah tidak ternilai dan dia sekadar menumpang kasih.

    "Inilah jodoh saya dan saya reda dengan situasi ini. Setakat ini hubungan saya dengan anak-anaknya tetap rapat. Mereka punya ibu dan itulah hakikat yang tidak mungkin boleh disangkal sesiapa, malah saya menghormati hak itu," ucapnya penuh bermakna.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    :: MYARTIS.COM ::

    Posted: 11 May 2011 09:39 AM PDT

    :: MYARTIS.COM ::


    ALIF AF9 PELUK KEKASIH BARU..??

    Posted: 11 May 2011 04:59 AM PDT

    Awalnya, ramai yang menyangka kekasih Alif Af9, masih Salima AF. Namun sebenarnya, antara Alif dan Salima sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi sekarang.

    "Memang saya pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Salima. Saya mula kenal dengan dia ketika kami buat show sama-sama pada tahun 2009. Sejak dari situlah hubungan kami mula jadi semakin rapat dan kami terus menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih.

    "Namun, hubungan kami hanya dapat kekal bertahan selama setahun lebih dan kami telah pun putus cinta kira-kira empat bulan sebelum saya menjejakkan kaki ke Akademi Fantasia Musim sembilan." jelas Alif dipetik sebagai berkata.

    Mengenai gambar mesranya dengan gadis bernama Aishah, peserta AF9 itu mengakui amat senang bersama Aishah kerana sikapnya yang menarik.

    "Saya pun tak sangka, begitu cepat pula berjumpa dengan kekasih baru. Mungkin sifat dan sikap yang ada pada kekasih baru saya yang bernama Aishah ini buat saya senang bersama dengannya. Kami juga serasi. Sebab itulah saya rasa kami boleh bersama selamanya. Insya Allah..," tambahnya lagi.


    Klik untuk imej besar...




    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2011

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

    Posted: 11 May 2011 03:21 AM PDT

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


    Filem Kongsi

    Posted: 10 May 2011 11:37 AM PDT

    kongsi posterSinopsis Kongsi:- TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.

    Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.

    TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.

    Tajuk Filem:
    Kongsi

    Pengarah:
    Farid Kamil

    Penerbit:
    Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

    Dipawagam:
    12 Mei 2011

    Pelakon Kongsi:
    Shaheizy Sam
    Fizo Omar
    Yana Samsudin
    Azad
    Bront Palarae
    Putri Mardiana

    Trailer Kongsi:

    Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Rap

    Posted: 11 May 2011 01:36 AM PDT

    Harian Metro: Rap


    Siti dirindui peminat Indonesia

    Posted: 10 May 2011 06:42 AM PDT

    [unable to retrieve full-text content]DI sebalik sibuk dengan pelbagai aktiviti seni dan urusan perniagaan kosmetik, SimplySiti yang diusahakannya sejak setahun lalu, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32, sentiasa bijak membahagikan masa antara karier serta keluarga tercinta.

    Belasungkawa Aimi Jarr (1939 - 2011): Perginya pakar rujuk bintang lama

    Posted: 10 May 2011 06:22 AM PDT

    [unable to retrieve full-text content]SIAPA tidak kenal de­ngan pelakon veteran Aimi Jarr atau nama sebenarnya Omar@Abdul Majid Puteh. Anak kelahiran Kampung Petani, Kuala Terengganu, Terengganu pada 25 Julai 1939 ini mula bergiat cergas sebagai pelakon dan menulis skrip sejak 1962.

    Kosmo Online - Hiburan

    Posted: 11 May 2011 01:24 AM PDT

    Kosmo Online - Hiburan


    Ibu tunggal anak satu

    Posted:

    Ibu tunggal anak satu

    Ibu tunggal anak satu



    SALMA yang ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini memang masih 'keras' di hadapan kamera. Malah, tutur katanya juga masih tersekat-sekat menandakan yang dia masih tidak yakin untuk berhadapan dengan pihak media.

    Masih banyak ilmu yang perlu dikutip daripada mentornya, aktres terbilang tanah air, Erra Fazira yang terlebih duhulu 'makan garam' dalam dunia seni.

    Sungguhpun begitu, Salma seorang yang cepat ramah, memudahkan lagi perjalanan sesi fotografi yang berlangsung pada lewat petang itu.

    Seakan-akan mengerti soalan utama yang ingin diajukan kepadanya, Salma hanya melempar senyuman. Ternyata, segala aktiviti seorang selebriti masih terlalu baharu buatnya.

    Saat namanya sedang meniti di bibir peminat program Mentor musim kelima dan diangkat sebagai salah seorang protégé yang berbakat besar, tiba-tiba sahaja status dirinya menjadi hangat. Bergelar janda pada usia 21 tahun bukanlah impian Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis.

    Bagaimanapun status diri tidak mahu dijadikan halangan untuknya mengejar impian bergelar seorang penyanyi sekali gus mengubah nasib keluarganya di Kampung Titingan, Tawau, Sabah. Salma tidak mengelak, sebaliknya dia lebih senang menceritakan semua hal sebenar yang selama ini disimpan rapi.

    "Ya, saya pernah berkahwin selama setahun lebih dan bercerai pada tahun 2008. Itu sahaja yang saya mampu jawab buat masa ini," jawabnya.

    Tegasnya, dia tidak pernah berniat untuk menyembunyikan status diri daripada orang ramai kerana sedar lambat-laun orang akan tahu juga berita itu.

    "Sejak awal lagi, saya mahu orang tahu tentang perkara ini tetapi biarlah secara perlahan-lahan, memang tiada niat nak sembunyikan status diri. Saya sedar lambat-laun orang akan tahu juga akhirnya, sebab itu saya rasa lega bila orang tahu mengenainya sekarang.

    "Jika saya simpan lama-lama, nanti daripada orang menyokong saya dan meminati saya terus orang tidak suka kerana merasakan yang diri mereka tertipu. Jadi, lebih baik saya cakap yang benar sekarang ini," tuturnya lagi.

    Hasil daripada perkahwinan itu, Salma dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berada di dalam jagaan keluarganya di Tawau. Apabila disoal lebih lanjut mengenai anak dan kisah rumah tangganya, Salma enggan menjawabnya kerana baginya cerita peribadi tidak penting untuk kerjayanya.

    "Saya sudah lama bercerai, jadi saya tidak mahu perbesarkan hal ini. Kini, fokus saya hanya pada Mentor, sebaik sahaja habis Mentor, saya berjanji akan menjawab semua soalan tetapi bukan sekarang," ungkapnya.



    Meskipun belum bergelar seorang penyanyi secara rasmi, Salma telah diuji terlebih dahulu dengan asam garam dunia hiburan. Katanya, dia menganggap segala yang terjadi sebagai cabaran buatnya untuk menuju kejayaan.

    "Saya tidak kisah orang mahu cakap apa mengenai diri saya, memang benar saya pernah berkahwin, bercerai dan mempunyai anak dalam usia yang muda.

    "Itu sudah sejarah diri saya, kenapa saya mahu lari? Saya harus kuatkan diri untuk anak dan keluarga saya di kampung," ujar anak kelapan daripada sembilan adik-beradik itu lagi.

    Sambung belajar

    Impian Salma untuk menjadi penyanyi bukannya kerana dia mahukan glamor tetapi niatnya hanya satu iaitu untuk mengubah nasib dan tangga ekonomi keluarganya.

    Disebabkan oleh desakan ekonomi keluarga, Salma hanya sempat bersekolah setakat tingkatan empat dan tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Bukan tidak berminat untuk meneruskan pelajaran tetapi hatinya tidak sanggup melihat ibunya menangis saban hari kerana gagal menyediakan kelengkapan persekolahannya.

    "Keluarga saya susah, saya pergi sekolah tanpa wang saku. Berlapar itu perkara biasa, tetapi bila lihat ibu menangis, saya bernekad untuk mencari kerja. Balik dari sekolah dengan pakaian seragam sekolah saya pergi cari kerja tetapi malangnya tidak dapat sebarang kerja kerana masih bersekolah..

    "Esoknya, saya pergi cari kerja lagi dengan pakaian biasa dan saya dapat kerja kerana saya tipu yang saya sudah tidak bersekolah.

    "Pulang ke rumah saya beritahu ibu, saya cakap buat apa saya sekolah kalau keluarga tidak cukup makan. Sejak itu bermacam-macam pekerjaan saya buat, kerja kilang, jurujual kedai dan terakhir menjadi kerani," luahnya lagi.

    Sungguhpun banyak pengalaman kerja, dirinya berasa kerdil apabila menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.

    Katanya, rata-rata orang di Kuala Lumpur boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik sedangkan dia masih sukar untuk memahami patah ayat jika ditutur dalam bahasa Inggeris.

    "Saya jadi malu dan rasa diri ini kecil sangat sebab semua orang di sekeliling saya faham dan boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Sebab itu, habis sahaja Mentor, saya mahu masuk ke kelas bahasa Inggeris," ujarnya yang berniat untuk menyambung pelajaran di mana-mana kolej swasta selepas program Mentor tamat.

    Erra Fazira



    Bercerita lanjut mengenai program Mentor, Salma memberitahu, dia menyertai Mentor secara kebetulan kerana pada hari yang sama dia sedang menjalani uji bakat untuk sebuah pertandingan nyanyian di Kota Kinabalu.

    Lokasi uji bakat yang berlangsung dalam satu bangunan, menyebabkan Salma sekadar mencuba nasib.

    "Saya tidak pernah sertai mana-mana program realiti, sebenarnya untuk ke Kota Kinabalu dari Tawau sangat jauh kerana mengambil masa selama 10 jam dengan menaiki bas.

    Tujuan utama saya waktu itu untuk uji bakat pertandingan nyanyian di Kota Kinabalu, kebetulan pula mereka buat uji bakat Mentor pada hari yang sama, jadi saya cuba sahaja.

    "Tidak sangka, dalam ramai-ramai, saya terpilih. Ketika mengisi borang memang saya pilih Erra Fazira untuk jadi mentor saya kerana saya minat sangat dengan dia.

    "Sekarang, bila dapat bekerjasama dengan dia, saya rasa macam mimpi pula," jawabnya sambil tersenyum.

    Sebelum ini, isu Salma tidak yakin diri dengan kecantikan sendiri, diperdebatkan dalam Mentor.

    Menurutnya lagi, tuan empunya diri, dia bukannya tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki, tetapi isu itu timbul selepas (hos belakang tabir Mentor) Abang Nas Ahmad membangkitkannya.

    "Saya tidak rasa kecewa tetapi rasa sedih sedikit. Saya terima dengan apa yang saya ada, jika dulu saya tidak pandai menggunakan alat solek, tetapi sejak masuk Mentor saya sudah boleh bersolek sendiri dan Kak Erra pun banyak mengajar saya tip-tip untuk mencantikkan diri," ujarnya.

    Ucapnya lagi, dia berharap Mentor menjadi medan untuknya merealisasikan impian bergelar seorang penyanyi. Tidak kiralah bergelar juara atau tidak, dia mahu hayatnya di dalam industri seni tidak mati sebaik sahaja program realiti itu tamat.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Ratnah nafi bikin skandal

    Posted:

    Ratnah nafi bikin skandal

    Ratnah nafi bikin skandal

    Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR
    alif.abubakar@kosmo.com.my


    RATNAH sudah mengenali Afdlin sebelum memasuki Mentor 5.


    TIRAI program realiti Mentor musim kelima belum pun melabuhkan tirai, namun telah timbul pelbagai warta kurang enak membabitkan salah seorang pesertanya.

    Kisah mengenai umur sebenar protege kepada Afdlin Shauki, Ratnah Awal baharu sahaja reda tetapi kini Ratnah kembali dihujani kontroversi yang telah mencalarkan imejnya sebagai pendatang baharu.

    Ratnah mungkin terselamat daripada Konsert Penyingkiran Kumpulan A minggu lalu, namun dia tidak dapat mengelak daripada terus diburu cerita-cerita negatif membabitkan dirinya yang boleh dikategorikan sebagai skandal.

    Antaranya dia dikatakan menipu tentang fakta peribadinya termasuk tentang negeri asalnya, kontroversi membuat tatu di badannya dan yang paling 'panas', dia dikatakan rapat dengan mentornya, Afdlin Shauki dan aktor kacak, Hans Isaac selain dikatakan sedang bercinta dengan kekasih seorang penyanyi wanita terkenal.

    Bagi menjernihkan keadaan, Ratnah menjelaskan segala kemusykilan yang timbul kepada Kosmo! ketika Konsert Penyingkiran Kumpulan B berlangsung baru-baru ini.

    Benarkah Ratnah berasal dari Ampang, Selangor?

    RATNAH: Sebenarnya saya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Mungkin berlaku salah faham kerana saya menyebut saya menetap di Ampang.

    Berapa lama Ratnah mendirikan rumah tangga sebelum bercerai dan adakah Ratnah mempunyai anak dengan bekas suami?

    Saya berkahwin pada tahun 2003 dan bercerai tahun lalu. Kami tidak dikurniakan anak.

    Namun, ada khabar mengatakan Ratnah pernah mengandung sebelum ini?

    Memang saya pernah mengandung tapi saya mengalami keguguran. Saya tidak pernah menceritakan hal tersebut kerana ia merupakan pengalaman pahit buat saya.

    Benarkah Ratnah kini sedang menjalin hubungan dengan kekasih kepada seorang penyanyi wanita terkenal tanah air?

    Saya baru sahaja dengar tentang perkara ini dan ingin saya jelaskan di sini saya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki tersebut. Lelaki tersebut merupakan salah seorang tenaga produksi Mentor dan memang tanggungjawab dia menguruskan kesemua peserta Mentor.

    Ada sumber memberitahu Ratnah dimasukkan ke hospital baru-baru ini bukan kerana penyakit bronkitis tetapi kesan akibat menjalani rawatan laser bagi membuang tatu di badan.

    Saya memang dimasukkan ke hospital kerana bronkitis. Memang saya ada menjalani rawatan laser tapi bukan atas tujuan membuang tatu.

    Jadi benarlah Ratnah tidak mempunyai sebarang tatu?

    Tidak ada! Saya pun tak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan saya memang tidak pernah membuat tatu di badan.

    Memandangkan Ratnah telah mengenali Afdlin sebelum program Mentor lagi, adakah Ratnah telah dipilih sejak awal-awal lagi dan hanya datang ke uji bakat bagi memenuhi syarat?

    Benar, saya kenal Afdlin sejak saya menyertai produksi teater Cuci The Musical lagi tetapi itu tidak bermakna saya mempunyai keistimewaan untuk dipilih sebagai protegenya secara automatik. Afdlin hanya menggalakkan saya untuk mencuba dan rezeki memihak kepada saya.

    Bagaimana pula hubungan Ratnah dengan Hans Isaac? Khabarnya dahulu, Ratnah pernah rapat dengan Hans?

    Memang saya rapat dengan Hans tapi bukan saya seorang sahaja. Semua yang terlibat dengan produksi Cuci The Musical seperti satu keluarga dan saya melihat Hans sebagai seorang abang sahaja.

    Betul ke Ratnah berlagak Diva di belakang pentas sebelum konsert mingguan Mentor dimulakan dengan meminta air minuman Evian dan buah-buahan, sedangkan peserta lain tidak berbuat demikian?

    Mana ada. Saya tidak pernah membuat permintaan sedemikian. Saya belum lagi menjadi artis, mana mungkin saya berani minta macam-macam.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Schwarzenegger berlakon semula

    Posted:

    Schwarzenegger berlakon semula

    Schwarzenegger berlakon semula


    ARNOLD SCHWARZENEGGER


    MANTAN gabenor California, Arnold Schwarzenegger kini bersedia untuk kembali memanaskan dunia perfileman Hollywood.

    Jika sebelum ini dia cukup terkenal sebagai pelakon aksi, pembabitannya semula kali ini akan menyaksikan Schwarzeneger tidak kembali sebagai seorang pelakon aksi.

    Sebaliknya, dia dilaporkan terbabit dalam filem Cry Macho arahan Brad Furman yang merupakan sebuah filem drama tentang seorang pelatih kuda yang ditimpa masalah dan sedang memerlukan wang.

    Dia kemudian ditawarkan pekerjaan menculik anak kecil berusia sembilan tahun yang juga adalah anak mantan majikannya.

    Bagaimanapun Schwarzenegger tidak akan menghampakan peminat yang merindui aksi adiwiranya apabila dilaporkan akan kembali bermain di dalam siri terbaru filem yang menaikkan namanya, Terminator yang akan menjalani penggambaran pada bulan September nanti.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    BLOG TERENGGANU

    Copyright 2010 All Rights Reserved