Ahad, 9 September 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


GENERASI ULUL ALBAB: Tadarus <b>Di</b> Masjid <b>Seberang Takir</b>

Posted: 13 Aug 2012 10:29 PM PDT
























teganuku: DUN <b>Seberang Takir</b> Kawasan Lahirkan Jaguh Sukan <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2012 11:50 AM PDT

Kerajaan negeri bercadang menjadikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir sebagai pusat melahirkan jaguh sukan negara dalam acara angkat berat, lawan pedang dan kayak.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, buat masa ini, DUN berkenaan telah dianggap sebagai pusat sukan angkat berat di negeri ini.

Beliau yang juga ADUN Seberang Takir berkata, ini berdasarkan pencapaian jaguh angkat berat kelahiran kawasan itu, Abdul Mubin Rahim yang meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Kuantan tempoh hari.

"Malah Abdul Mubin turut diumumkan sebagai olahragawan Sukma ke-15 di Pahang bulan lalu," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri DUN Seberang Takir kelmarin.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Pada majlis itu, seramai 13 atlet dari DUN berkenaan yang berjaya meraih pingat pada Sukma di Kuantan dan seorang atlet yang mewakili negara ke Sukan Olimpik di London turut diraikan.

Selain itu, Ahmad Razif memberitahu, beliau juga Pengerusi Persatuan Lawan Pedang Terengganu memberi jaminan untuk mempopularkan sukan lawan pedang di peringkat DUN Seberang Takir.

Beliau menjelaskan, bagi tujuan itu, persiapan sedang dilakukan dengan menempatkan aktiviti sukan berkenaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri.

"Kita berusaha meningkatkan acara lawan pedang, begitu juga sukan berkayak, aktiviti ini akan berpusat di Sekolah Menengah Kompleks Seberang Takir," ujarnya.

Utusan Malaysia

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN <b>Seberang Takir</b> 2012

Posted: 27 Aug 2012 08:49 PM PDT














Pada 25 Ogos 2012 yang lalu telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1433 H DUN Seberang Takir Bersama Terengganu FM di Dataran Permata, Kg. Baru, Seberang Takir. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini dengan jayanya. Kepada tetamu yang hadir juga diucapkan terima kasih kerana turut sama memeriahkan majlis pada kali ini.

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Ramadan & Raya, Penduduk Dun <b>Rantau Abang</b> Tidak - Tranungkite

Posted: 20 Aug 2012 04:18 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Berbincang tentang peluang di DUN Rantau Abang... Bercerita mengenai kisah silam... Ramah mesra amalan mulia...berlainan ideologi. Bertanya khabar.... Ibu tunggal bersama anak dan cucunya yang yatim piatu.

MyLife Zalia: Jagung Bakar vs Air Nira <b>di Rantau Abang</b>, Terengganu

Posted: 13 Jun 2012 06:27 AM PDT

Mungkin ini senario biasa je kan. Tapi spjg perjalanan kami yg lebih byk berrnti drpd berjalan ari tu, menu setiap petang ialah jagung bakar. Sangat lazat kot. Makan x hengat sampai lupa amek gambo jagungnya. Sib baek ade gambo gerai tepi jalan ni. Walawehhhh... Pegi jln2 musim cuti skolah kat Malaysia ni, jln pun agak sesak. Tambah lagi kami sepakat nak lalu jln pantai. Pe lagi yg boleh kami buat. Berenti la mana yg boleh. Cemuih wehhh drive sengguk2 gitu. Ape yg menarik tentang air nira ni? Jgn tanya ye sbb kami langsung x beli & x minum. Both of us kureng suka manis ye. Tapi bila tgk semua kedai tulis nira, teringat kat our former classmate dedolu yg ujung nama dia Nira. Hehe... Cekidautttt!!!

~published by iPhone~

Cuti-cuti Terengganu : <b>Rantau Abang</b> | ~Blog Yus - Our Life~

Posted: 25 Jun 2012 01:41 AM PDT

Petang ni datang mood nak sambung cerita cuti-cuti Terengganu kami. Dari Awana Kijal, kami bertolak ke Kuala Terengganu pula.


Tapi, manalah ada orang tengok penyu tengah-tengahari buta kan. Biasa malam jelah kan. Kami tak dapat tengok penyu pun. Sedih!



Kemudian kami makan tengahari di RA ni dulu. Pekena nasi kerabu di gerai berhampiran dengan Batik Craft tu. Biasa-biasa aje nasi kerabu dia. Setelah itu baru kami meneruskan perjalanan ke KT.



Apa pun tetap enjoy perjalanan kami. Ok. Nanti bersambung lagi. Cerita singgah solat di Masjid Terapung pula.

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


teganuku: Dua Anggota Polis Ditahan <b>di Paka</b> Memiliki Dadah

Posted: 10 Jul 2012 02:44 PM PDT

Dua anggota polis ditahan awal hari ini kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine (pil kuda) dan syabu, di Paka, Dungun.

Kedua-dua anggota itu, masing-masing lans koperal dan koperal, ditahan jam 2.45 pagi di hadapan sebuah kedai oleh anggota polis Paka yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Mohd Jamil, berkata anggota polis yang berusia 31 tahun terbabit bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan, Pahang, manakala seorang lagi berusia 26 tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Selangor.

"Kedua-dua mereka ditahan di dalam sebuah Proton Persona yang diletak di hadapan sebuah kedai makan dan hasil pemeriksaan awal, kedua-dua suspek tidak mempunyai barang yang salah," katanya.

Hasil siasatan awal, katanya, polis juga mendapati anggota polis yang bertugas di IPK Pahang itu sudah digantung kerja berdasarkan kad kuasa warna merah yang ditemui di dalam kereta berkenaan.

"Siasatan lanjut ke atas kenderaan yang dinaiki dua anggota terbabit, polis menjumpai satu kotak kecil dipercayai dadah jenis syabu kira-kira 6 gram serta 27 biji pil kemerahan dipercayai pil kuda yang disorok di dalam bonet," katanya.

Hamzah berkata, kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua-kedua suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Hamzah berkata, polis turut menjalankan siasatan lanjut sama ada mereka terbabit dengan kes jenayah lain

Berita Harian

NSR <b>KEMAMAN</b>: Majlis Berbuka Puasa 2012 anjuran ATTEC <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2012 10:23 PM PDT

Group NSR Kemaman telah dijemput oleh group ATTEC (Angkasa TZM Terengganu Club) yang diwakili oleh saudara Sham @ Lie CAP Paka pada 10 Ogos 2012 bertempat di Dataran Kuala Terengganu Pantai Batu Buruk. Hanya 2 orang wakil dari NSR Kemaman yang menyertai majlis tersebut iaitu saudara mli dan Pok Eing. Yang lain tidak dapat turut serta kerana terpaksa bekerja dan berada di luar kawasan liputan. dan saudara mli pada konvoi kali ini hanya menunggang Kawasaki Viktor berikutan jentera NSR beliau yg masih lagi di dalam pembikinan dan baik pulih.

Check Point pertama di Stesen Minyak Shell Kg Besut Kemaman jam 2.30 petang.


Turut bersama yang bukan muslim ialah Ah Chong selaku Pomen utama group TZM Kemaman. beliau setakat ini tidak ketinggalan di dalam aktiviti konvoi group TZM. Turut hadir ialah saudara Amir (Kawa Biru) yang merupakan ex-rider TZM.

Check Point Kedua ialah di rumah Saudara Sham @ Lie CAP di Paka, Terengganu.

 Barisan kuda-kuda yang turut serta sementara menunggu yang lain sampai di check point kedua.

Perbincangan rider-rider tua.

Sessi pembaik pulih sebelum memulakan perjalanan.

Turut disertai oleh Pok Eing yang hanya rantai moto beliau hanya ditegangkan oleh org berpengalaman.

Sessi pembersihan enjin yang mana minyak telah bercampur dengan air.



Tepat jam 5 petang, konvoi bergerak ke destinasi. malangnya, tiba di jalan Bukit Bauk, seorang rider telah terlibat dengan kemalangan. mangsa hanya mengalami luka-luka ringan. walaupun demikian, mangsa turut dibawa ke hospital untuk pengesahan kecederaan.



Barisan kuda2 dr group TZM Paka yang menunggu mangsa di hospital Dungun sebelum berangkat ke destinasi.
Rider2 dr Paka dan Kemaman tiba di destinasi jam 7 petang.

Makanan yang disediakan adalah secara Buffet dan dihadiri oleh lebih kurang 100 bikers.







Majlis bersurai jam 930 malam dan bersambung di Padang Negara Terengganu untuk Sessi TTS.



Pihak penganjur turut menghadiahkan stiker kelab (tgk bwh) sebagai cenderahati untuk para riders yang mengikuti majlis ini. Konvoi bersurai Jam 11 malam utk ke destinasi masing2. Sepanjang perjalanan balik tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Kami bagi pihak NSR Kemaman mengucapkan ribuan terima kasih buat rakan2 bikers yang lain terutama saudara Sham @ Lie CAP yang tidak jemu2 menjemput pihak kami di dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Cik Shiraz Punya Blog: Pejabat Pos <b>Paka</b> Main Boikot-Boikot???

Posted: 08 Sep 2012 11:43 AM PDT

Shiraz tak tahu siapa yang salah sekarang ney? Shiraz ke atau pejabat pos paka? Kalau Shiraz yang salah Shiraz minta maaf tapi Shiraz tak rasa Shiraz yang bersalah sekarang ney.. Shiraz pengguna! Shiraz ada hak untuk mempertikaikan mutu perkhidmatan kalau korang bekerja sekadar melepaskan batok di tangga. 
Shiraz tunggu barang dari 27/8/2012 namun satu khabar pun tak terima. Shiraz tunggu kad kuning, hijau, merah, purple dan segala warna bagi menandakan barang ada di pejabat pos tapi satu haram pun takde. Shiraz tunggu panggilan telefon pun sama. Dah macam tunggu bulan jatuh ke riba. Shiraz terpaksa la call kawan bgtaw yang barang tak sampai lagi. Tunggu punya tunggu bulan 9 dah... Kawan Shiraz call Pejabat Pos Terengganu tanya pasal barang tu. Dalam duk tunggu tu, Pejabat Pos Terengganu call Shiraz tanya no tracking ngan no ic. Jelas dan nyatanya, orang pejabat pos cakap dah ada di Paka.
Shiraz bergegas pergi pejabat pos Paka. Tanya no tracking. Diaorang jawab no tu tak sah. Dah pulak...Tak sah kut mana? Masa Shiraz dpt panggilan dari Terengganu no tu ada je kat situ. Dah kat Paka tak sah pulak.. Shiraz terpaksa call balik kawan tanya no tracking. Betul dan sama dengan no yang ada dalam data di Terengganu. Shiraz call balik Terengganu. Barang dah sampai 28/8/2012. Hari ney dah 3/9/2012..
Geram dah Shiraz masa tu... Baru la dapat panggilan dari Pejabat Pos Paka.. Siap marah kita balik kenapa buat aduan di Terengganu.. Malas nak bertekak lagi time tu pergi la pejabat pos Paka.. Dah bagi no ic dngn no tracking, siap sindir kita plak.. Lain kali jangan call Terengganu erk, apa2 masalah datang jumpa kita terus. Dah Shiraz pulak yang kena sindir..Ooo tak boleh jadi..Sape yang salah sekarang ney? Saya tunggu dari 28/8/2012 sampai hari ney tak dapat khabar berita, tunggu kad tak de, call pun tak de.. Tak pe la lain kali jangan call Terengganu.. Itu peristiwa yang berlaku seminggu yang lepas..
Ney kelmarin Shiraz dapat panggilan dari Pejabat Pos Dungun..Diaorang suruh tuntut barang dekat sana.. Kenapa Dungun? Mana Pejabat Pos Paka? Diaorang kata awak tak de kat rumah... Nampak sangat pembohong, 24 jam saya ada kat rumah...Saya check dalam website sepatutnya 4/9/2012 tu barang dah boleh sampai Paka.. Orang pejabat pos Dungun bagitaw mmg sepatutnya dah sampai Paka, tapi orang Paka yang tak terima barang ney...
Okay nampak kan...Diaorang tak nak hantar barang tu dekat rumah Shiraz lagi dah... Padahal baru beberapa hari kejadian pertama tu berlaku dah main boikot2 pulak.. Nampak sangat nak cari pasal ney.. Tak pe la alang-alang dah buat aduan kali pertama hari tu, boleh buat yang kali kedua plak.. Orang Pejabat Pos Paka tak nak hantar barang kat rumah saya lagi dah??? Ape cerita???

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Pembantu Jualan Lemas Ketika Berkelah <b>Di Hulu Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2012 02:21 AM PDT

HULU TERENGGANU: Hasrat seorang pembantu jualan untuk menghabiskan cuti bersama keluarganya tidak kesampaian apabila mati lemas ketika berkelah di Sungai Perkelahan Belukar Bukit, di sini petang Ahad.

Nurfar Ain Mohd Nor, 19, yang berasal dari Kampung Kubang Kura, Kuala Terengganu lemas kira-kira pukul 4 petang ketika sedang mandi bersama lapan lagi anggota keluarga yang lain.

Bapa Nurfar Ain, Mohd Nor Mamat, 56, berkata 16 anggota keluarganya pergi berkelah berikutan anaknya itu yang bekerja di Johor pulang bercuti.

Menceritakan detik cemas itu, katanya tiba-tiba dia terdengar jeritan daripada Nurfar Ain dan seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan seorang daripada cucu lelakinya yang terkapai-kapai meminta tlong.

"Saya tergamam dan bingung sekejap tidak mampu berbuat apa-apa kerana saya tidak tahu berenang. Namun saya gagahkan diri diri terjun ke sungai dengan menyelamat salah seorang mereka namun saya tidak sempat menyelamatkan Nurfar (Ain)," katanya yang kemudian turut dibantu menantu lelakinya, ketika ditemui di tempat kejadian.

Cucunya pula diselamatkan orang kampung yang berada di situ, katanya.

Mayat Nurfar Ain ditemui penduduk kampung kira-kira 5.33 petang semalam dan dihantar ke Hospital Daerah Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, ASP Mohd Rosli Mohd Amir ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

- BERNAMA

Pelajar 24 Tahun Dari <b>Hulu Terengganu</b> Ditawar Buat PhD Biokimia <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2012 10:15 PM PDT

KAMPUNG KEMAT – Pelajar cemerlang yang sedang mengikuti bidang Sarjana Sains Biokimia di Universiti Oxford, United Kingdom, Mohd Firdaus Samsudin@Mustapha, 24, sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila muncul anak negeri pertama ditawarkan mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di universiti paling berprestij di dunia itu.

Anak kedua Samsudin @ Mustapha Mamat, 62, dan Rohani Long Ahmad, 55, yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu itu akan memulakan pengajian peringkat PhD bermula bulan ini.

Berkongsi kegembiraan, Mohd Firdaus atau lebih mesra dipanggil Angah berkata, tawaran menyambung pelajaran ke peringkat PhD bidang Biokimia selama empat tahun itu disifatkannya hadiah untuk ibu bapanya.

"Tempoh pengajian di peringkat Sarjana sepatutnya selama dua tahun. Bagaimanapun, saya telah mendapat tawaran mengikuti PhD oleh pihak universiti berkenaan dan sepatutnya pengajian masih berbaki setahun lagi.

"Tawaran ini sekali gus mencapai impian saya untuk menyambung pengajian di peringkat PhD, cuma tidak sangka, ia digapai secepat ini, bagaimanapun saya bersyukur apatah lagi ibu bapa sentiasa berdoa untuk kejayaan saya serta adik-beradik lain," katanya.

Menurut Mohd Firdaus, walaupun masih muda berbanding penuntut PhD lain yang sudahpun berkahwin dan mempunyai anak, namun ia bukan halangan sebaliknya kelebihan kepadanya kerana boleh memberikan sepenuh tumpuan pada pelajaran tanpa memikirkan soal keluarga ataupun anak-anak.

"Paling penting, saya perlu berusaha lebih gigih kerana semua pelajar di sana terdiri daripada mereka yang genius. Persaingan sihat ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berjaya selain dapat menghabiskan pengajian di peringkat PhD," katanya.

Menyentuh perancangan masa hadapan, Mohd Firdaus berhasrat bekerja di sana terlebih dahulu bagi menimba pengalaman selain peluang yang lebih banyak, namun akhirnya dia akan tetap kembali ke tanah air untuk mencurahkan bakti.

"Saya menaruh keinginan untuk bekerja di syarikat berorientasikan farmasi atau ubat-ubatan kerana berminat menjalankan penyelidikan berkaitan perkara ini. Berdasarkan perancangan, saya ingin bekerja di sana dahulu selepas ini.

"Bagaimanapun, ia cuma sementara untuk menimba pengalaman terlebih dahulu kerana matlamat saya ialah ingin berbakti di tanah air. Malah, jika berpeluang saya ingin bekerja di negeri kelahiran iaitu Terengganu," katanya.

Ditanya mengenai sosial pergaulan sepanjang melanjutkan pelajaran di tempat orang selama ini, Mohd Firdaus berpegang teguh dengan prinsipnya untuk kekalkan sahsiah agar tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai ragam kawan-kawan.

"Tidak dapat dinafikan, ada dalam kalangan pelajar Malaysia berubah sikap apabila belajar di luar negara dan dalam hal ini saya melihat kawan-kawan banyak mempengaruhi corak kehidupan. Oleh itu, saya juga perlu bijak berkawan.

"Ramai dalam kalangan pelajar dari negara-negara Eropah, bagaimanapun saya tidak mengalami masalah dalam pergaulan kerana kawan-kawan cukup menghormati saya sebagai seorang Muslim.

"Hobi saya sebenarnya suka membaca, namun saya tetap meluangkan masa keluar bersama kawan-kawan termasuk menonton wayang sebagai hiburan. Pesanan ibu bapa juga sentiasa saya sematkan dalam hati serta dipegang kuat sebagai azimat benteng pertahanan diri," katanya.

Sementara itu, Samsudin berkata, sebagai seorang bapa sudah pasti dia berbangga melihat pencapaian anaknya itu apatah lagi pada usia masih muda dan berharap kejayaan demi kejayaan dapat dilakar selepas ini.

Samsudin berkata, dia dan isterinya memberi layanan sama rata kepada kesemua anak dan tidak memaksa memaksa mereka belajar, sebaliknya memberi galakan selain menjaga sumber rezeki.

"Aspek kerohanian juga sentiasa diterapkan kepada empat anak saya yang kesemuanya lelaki. Selepas solat Maghrib setiap malam Jumaat, kami jadikan amalan membaca surah Yasin seisi keluarga sebagai rutin.," katanya. SINAR HARIAN

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

teganuku: Kerana dendam, buruh mati dipukul <b>di Hulu Terengganu</b>

Posted: 10 Aug 2012 06:32 PM PDT

Gara-gara perselisihan faham dan dendam, seorang buruh maut setelah dipukul menggunakan objek keras dalam satu pergaduhan di Kampung Tajin Banggol di Hulu Terengganu, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, mangsa yang berumur 24 tahun didatangi tiga lelaki berusia antara 20 dan 23 tahun yang bertindak membelasah mangsa berhampiran sebuah bengkel motosikal.

Timbalan ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata kejadian itu adalah rentetan perselisihan faham antara mangsa dan seorang daripada suspek beberapa jam sebelum insiden. Kira-kira pukul 9.45 malam Selasa, mangsa dipercayai menampar muka suspek dan kedua-duanya dipercayai mabuk.

Berang dengan tindakan itu, suspek kemudian membawa dua rakannya membelasah mangsa, katanya kepada pemberita, smlm.

"Mangsa juga dipercayai dihentak ke lantai dan dipukul sehingga pengsan, sebelum diseret dengan motosikal sejauh 700 meter dan dicampak di hadapan rumah mangsa," katanya.

Hamzah berkata ibu mangsa hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 6.30 pagi apabila ternampak mangsa terbaring di depan rumah. Ibunya cuba mengejutkan pemuda itu namun tiada tindak balas menyebabkan dia menghubungi ambulans untuk dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan.

Mangsa yang dihantar ke Hospital Hulu Terengganu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia kira-kira 9 pagi

"Selepas dua jam siasatan dijalankan pihak polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek di rumah masing-masing, dua daripadanya di Kampung Tajin dan seorang di Kampung Gemuruh.

"Kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sementara itu, adik perempuan mangsa yang berusia 22 tahun ketika ditemui, berkata abangnya berkelakuan pelik beberapa hari sebelum kejadian.

Katanya abang sulungnya itu ada menyatakan dia tidak mahu membeli baju raya pada tahun ini kerana raya tahun ini tidak memberi apa-apa makna kepadanya.

"Kami sekeluarga terkejut ketika adik-adik hendak ke sekolah ternampak abang dalam keadaan terlentang di sebelah motor dengan hidung serta kaki dengan kesan disere "Pada mulanya kami ingat dia tertidur bagaimanpun selepas beberapa kali dikejut masih tiada respons dan terus menghubungi pihak hospital,"katanya.

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


PeRCuTiaN PuTuS FiUS <b>Di PuLaU PeRHeNTiaN</b>...

Posted: 12 Jul 2012 11:26 PM PDT

Assalammulaikum...

Salam Bersahaja buat semua...

Tetiba jer terasa cam nak update plak blog hehehe... sorry lahs ebab dah terlalu lama aku meninggalkan dunia blogging...

Just nak update mungkin sebab rajin kot hahaha

Baru2 ni Geng Putus Fius ada buats atu trip di mana trip ni adalah di  organize oleh ahkak Gonjeng a.k.a Kak Heze... Trip ke mana??? Ke Pulau Perhentian...

Dah lama rasanya aku tak berjalan sakan (tak der lah sakan sangat kan hahaha) so memandangkan dah lama tak jumpa bebudak neh (katanya...) so aku decide nak join...

Date : 06/07/2012 - 09/07/2012

Khamis (05/07/2012)

Gegeh aku gie opis dengan memakai pakaian santai dengan beg cam public phone bergerak. Aku tengok dah cam nak g medan perang jew gayanya hahaha... semua barang aku sumbatkan dalam satu beg. Aku janji dengan Remy jumpa kat komuter Setia Jaya dalam kul 5.30 petang (pas abis kerja).

Si Remy plak kemain gegeh gie sebelum tu g Pyramid katanya wat rawatan rambut... semangat sungguh!!! So kami nek lah komuter sampai ke Hentian Putra. Berkumpul kat McD. Aku rasa kalau ada wat anugerah sampai awal confirm aku dapat sebab sampai2 jer non ada org key hahaha semangat sungguh!!! Aku dengan beg sandang si remy plak dengan beg AF hahahaha gegeh sungguh...

 Apa2 hal makan dulu key... lapo dari pagi tak makan kang dalam bas kebuloq... jgn nak feeling2 kononnya nek flight key....

Kedatangan :
1 & 2 : Aku & Remy : penat siot bawak beg hahaha
3. Kak Heze : dalam ramai2 org kat McD tu tak pasan aku ang kak hahaha
4. Nemo : orang jauh Nemo (sian dia katanya bas lambat.... elok bas sampai jer ko jer lah bawak bas tu nemo oiii hahaha... apa pun alhamdulillah ang selamat sampai..)
5 & 6 : Pojie & Wife : cantik rambut hahaha
7. Que : aku dah pasan dah budak nie masa dok ke hulu hilir depan pintu McD... cam kenai tapi nama lupa hahaha ilang ingatan kekdahnya hahaha... surprise katanya.... tak sangka dia join gak sebab dari Pahang tue... apa pun mekasih sebab sudi join...
8. Rhuddy : mamat paling bz dalam geng putus fius nie... susah giler nak jumpa... aku gie pun salah sebab dia arr hahaha
9. Nizam : budak kecik mengendong beg hahaha pssst ... sebenarnya kalu ikutkan beg ang pun dalam kategori beg AF kan tapi takut kena bahan kendong jer lah sepanjang perjalanan hahahaha
10 & 11 : Iz & Khai : budak baru (katanya hahaha) baru join kitaorg tu kawan si Que....
12 : Agen..

Masa ni masing2 dok memalu ... jgn tanya kenapa tak ajak makan McD lah kan hahaha... tapi malu pada yg tak kenal gie arr. Pastu dah cam rombongan Cik Kiah plak memasing dok angkut beg gie Hentian Putra plak...1st time aku nek bas 2 tingkat neh hahahah excited beb... dah lebihd ari 10 tahun x nek pengangkutan awam neh hahahaha cam jakun plak aku kan hahaha.. tapi malangnya tempat duduk kami cam bersepah plak... mmg kojaqqqqqq.... aku, rhudy ngan kak heze dok paling belakang adoaiiii malang betul dah arr bising siap pakej.... panas key!!!! pojie & wife dok tetengah (kira ok lah tu) si nemo & remy atas kepada drebar wakakakak mmg adventure depa... yang lain dok bawah.... mati kesejukkan lah depa sampai ada yg dok rembat langsir bas wat selimut wakakaka tu laaaa masing2 dok feeling duduk dalam saljikan x reti nak bawak sweater wakakaka

Ok t sambung citer gie... nak wat keje plak hehehehe sambil menyelam minum air uols....

topi berfikir aku.: .berdua <b>di pulau perhentian</b>

Posted: 08 Aug 2012 10:34 AM PDT

alhamdulillah a few months ago my husband planned a 3-days and 2-nights trip to pulau perhentian. he's such a good planner for our vacations that i leave everything to him like booking, transportation, pit-stop hehe and what not. surprisingly, a few people i know personally and virtually also went to the same island not long before we did. ramai yang suka pulau perhentian ye? :) you read my mind people!
it was a long journey starting at 5am and we reached jeti pelancongan kuala besut around 2pm. we had fun admiring the landscapes of several states and i was getting giddy with excitement when the jetty came into view. we parked our car at 'bie park' for RM7.00 per day.
as mentioned above, my husband is also the finance manager for our trip. hence, we would travel on a budget so that we won't suffer financial crisis after the merry holiday hehe. therefore, for pulau perhentian, we managed to book the rumah mara in the kampung area which is on the small island. RM30 per night y'all! one of many privileges of working for mara :) there are also other motels here which are cheaper that the ones on the big island and at the long beach. here you can see the map of the islands.
we share the same photo, maria! eheh this photo je la ;)
it's an apartment with spacious living room (good for family-trip, kalau ramai boleh tidur dalam bilik and living room), a kitchen with an electric stove, a fridge and a television, a huge room with a king-sized bed, a bathroom and a balcony. here are some photos of our trip there. oh yup, we went snorkelling. a first time for my husband :)
because we were staying in the village, the beach is not as conducive for a fun swim as at long beach because there were many fishermen's boats. so, we paid RM20.00 each for a to and fro trip from the village to long beach. after a few swims, we had a drink where thor also had a drink! haha. please refer to maria elena's entry on her trip to pulau perhentian. to warm ourselves, we both had teh-o suam each. RM3.00 per mug, choih mahal...! that's why tourists prefer to eat/dine at the kampung/village because the food is cheaper.
the care-taker of the rumah mara, who was also the former head-village, abe pa, sat with us and told stories about the island. it's history, development and the people. among others, the island only have a primary school and many didn't further their studies to secondary school because they would have to travel to mainland and the police station was built only recently. he also advised us the danger of the monsoon season which is through out november to february because there were foreign tourists who braved the big waves and strong winds despite warnings. when we were there, a mosque was being built to accommodate the growing population.
in conclusion, it was a great trip. can't wait for our next one, insyaAllah :)

Percutian <b>di Pulau Perhentian</b> – 3 benda BEST yang WAJIB anda <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2012 07:47 AM PDT

Posted on 08 July 2012.

Lama saya tak update blog ni. Maklumla terlalu sibuk dengan kerja-kerja internet marketing…Alhamdulillah bertuah rasanya bila dikurniakan Allah rezeki yang boleh saya cari hanya dari keselesaan di rumah dan di hadapan komputer sahaja!

So…pada minggu lepas saya telah pun pergi bercuti ke Pulau Perhentian di Terengganu untuk berehat setelah hampir setahun juga berhempas pulas dan langsung tak dapat bercuti. Dalam post kali ni, saya nak share sedikit pada anda yang belum lagi pernah ke Pulau Perhentian (sekali sekala saya post la plak cerita lain di luar dunia Internet marketing…mana la tahu kalau anda yang sedang membaca ni pun boleh turut release tension dan boleh merancang untuk bercuti pula!).

Inila 3 benda BEST yang WAJIB anda buat di sini…kalau tak buat memang anda rugi!

1. Snorkeling & Diving Pulau Perhentian
Inilah tarikan paling TOP sekali di sini! Sebenarnya…saya ni tak reti berenang :) tapi kalau saya tak snorkeling kat sini maka ianya sangat laa rugi. Kenapa? Hmmm…kat sini ikan dier memang cantik2 berwarna warni (bisanya boleh tengok dalam akuarium jer) tapi kali ni…dapat pegang, bagi makan and berenang sama2 tu! Ni antara gambar2 yang saya ambik masa snorkeling…tapi tak dapatlaa nak ambik gambar ikan tu…jahanam camera :)

Pakai life jacket...tak reti berenang beb

Semasa sesi snorkeling ini, boatman (pemandu boat /driver atas air) saya ni membawa saya ke 4 point penting iaitu:

Blue Lagoon

Di blue lagoon ni, banyak betul ikan yang cantik dan jinak2 plak tu! Paling best biler bawak roti bagi makan…banyak ikan yang menerumuni saya macam nak bagi makan kucing plak! Sambil bagi makan tu sempat saya rendamkan kepala saya ke dalam air…WOW..biler tengok ikan2 ni dari goggle saya memang macam2 colour ada colour hitam,biru dan bergaris kuning…ada juga yang berwarna kehijauan dan bersirip pink (huish ikan apa la ni yerrr) memang indah dan tak pernah saya lihat sebelum ni! Sorry gambar takde laaa hehehe

Perhentian Island Resort
Boatman saya seterusnya membawa saya ke sini pula…wah tak sangka kat sini rupa-rupanya banyak ikan Nemo atau nam sebenarnya Clown Fish. Ikan ni agak pemalu sikit…dan seringkali main chak-chak dengan saya :) Tapi biler hulur roti…memang dah tak malu lagi dah ikan ni…cuma tak boleh pegang laaa sebab bimbang menyalahi undang2 maritim pula. Dapat bagi makan dalam air dan tengok pakai goggle jerrr!

Coral Bay
Saya tak berapa pasti nama tempat ni (dah lupa ckit). tapi kat sini memang banyak coral (batu karang) yang cantik2. Agak geli juga saya biler tengok brain coral..yang memang sebiji macam otak manusia erkkk~~. Setahu saya….tak semua batu karang ni selamat..ada juga yang bahaya (sorry kalau info ni silap..sila rujuk pakar)…so jangan main slumber jer pegang2 batu karang…takut jadi sesuatu yang tak elok plak nanti.

Shark point
Hahh seram? Jangan risau…ikan shark (jerung /yu) kat sini tak makan orang punya (itu yang dijelaskan oleh boatman saya). Sempat juga saya snorkeling kat sini…tapi masa tu tak nampak shark kerana mengikut apa yg boatman saya katakan hanya pada waktu tertentu atau ikut nasib sahaja anda boleh nampak shark kat sini. Malangya masa saya snorkeling saya tak nampak plak:(

Mata air
Sebagai orang yang tak reti berenang; tempat last ni bagi saya sangat best hehehe…mana taknya turun dari boat lepas tu pergi ke punca mata air yang dah ditakung di kawasan kecil olah penduduk pulau tersebut dan mandi air dari mata air tu! Pehhh memang sejuk gilerrr dan sangat menyegarkan! Walaupun mata air ni bukan dalam senarai lokasi yang dibawa olah boatman…tetapi ianya memang kebiasaan selepas snorkeling, anda akan dibawa ke sini untuk mandi air bersih pula.

2. Windmill Pulau Perhentian Kecil

Yang ni memang saya sangat enjoy..kerana tak payah nak pakai life jacket dan tahu berenang pun! Windmill /kincir angin ni adalah sumber tenaga elektik yang digunakan di Pulau Perhentian tapi saya tak pasti samada ianya masih berfungsi atau tidak lagi.

Saya bukannya nak tengok windmill tu sangat tapi nak pergi ke puncak bukit yang terletaknya Windmill tadi tu yang best pasal anda boleh lihat pemandangan dari atas Pulau Perhentian! Pemandangn ni sangat indah..Subhanallah…ni gambar saya…

3. Kayak
Kayak pula adalah aktiviti yang sentiasa saya buat di waktu petang bersama isteri…kami kayak tak jauh pun..dekat2 jerr… Masa berkayak ni…memang boleh nampak sehingga ke dasar. Nampak kerang gergasi (besar buah kelapa) yang berwarna warni. Nampak batu karang dan ikan2 nemo. So waktu yang kami berdua paling suka berkayak adalah antara pukul 5-7 petang…masa tu air tengah surut..so tak laaa dalam sangat hanya lebih kurang 1/2 meter jerr..and kami pun tak laa berkayak sampai ke tengah cuma berhampiran dengan tempat kami (alu-alu divers / bayu dive lodge). Gambar tak dapat saya sediakan…kerana sibuk berkayak hehehe ;)

So ok laaa..itu sedikit sebanyak cerita dan pengalaman saya semasa bercuti di Pulau Perhentian. Saya hanya boleh tulis dan ambil gambar sahaja…untuk anda rasa sendiri bagaimana bestnya bercuti di sini..anda mesti datang ke sini. Untuk pengetahuan anda ianya tak laa mahal dan memang senang nak dapat makan kat sini (ada orang bimbang sampai bawa bekal banyak2 takut takde restoran…jangan risau restoran memang banyak cuma harganya sahaja mahal sedikit..tapi makanannya memang sedap dan portion nya banyak!!!)

Bercuti ni memang sangat penting; kerana dapat rehatkan minda dan menambah semula semangat. Kalau anda rasa stress…cuba2 laaa bercuti pula…sambil tengok kebesaran Allah…boleh tenangkan fikiran juga!

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Sop pengguna Happy <b>di Kuala Terengganu</b> - Sop Nama Saya | SOP <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2012 05:17 PM PDT

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Salam Aidilfitri.

Hari ini adalah hari ke 3 Sop berada di kampung selepas balik pada Selasa lepas. Sejak dari lebuhraya pantai timur, Sop terus sambungan internet kerana U Mobile hanya setakat Kuala Lumpur sahaja.

Berada di Kuala Terengganu dengan U Mobile hanya boleh menggunakan perkhidmatan 2g sahaja iaitu call dan SMS. Hari pertama masih ok, hari kedua agak janggal dan hari ketiga terpaksa beli talian lain yang ada liputan.

Pada asalnya Sop mencari staterpack DiGi kerana di kampung Sop telah ada liputan 3g. Jika sebelum ini hanya kelajuan E sahaja tetapi telah dinaiktaraf. Terbaek! Pergi ke kedai tengok tiada jual DiGi. Rupanya di Pantai Timur tiada DiGi tetapi Happy. Aduhai, tidak tahu lah pula!

Bila sudah beli staterpack Happy, bila hendak tukar perlu guna micro sim. Hari itu semasa beli S3, kedai Samsung yang buatkan. Malam tadi terpaksa memotong sim card untuk dijadikan micro sim. Pakai belasah sahaja, kalau tidak jadi buang sahaja sim tersebut.

Mula-mula masih tidak berjaya. Walaupun telah dimasukkan sim tetapi masih tidak kesan network. Terpaksa potong dan potong lagi. Rasanya esok perlu ke kedai beli sim kad baru dan minta kedai tolong potong :)

Namun akhirnya berjaya berkat usaha dan tawakal. Network Happy berjaya dipaparkan. Lega (tarik nafas)

Ikuti pengalaman menggunakan talian Happy dalam entry seterusnya.


Description: Sop pengguna Happy di Kuala Terengganu, Rating: 5, Reviewer: Sop Nama Saya, ItemReviewed: Sop pengguna Happy di Kuala Terengganu

wawai bloom: Gift n TQ Tag <b>di Kuala Terengganu</b>, ok tak?

Posted: 28 Aug 2012 12:21 AM PDT

gembira betol dapat gembirakan orang lain. bila anggap sedekah, rasanya lebih baik. sama2 dapat pahala Insyaallah. smga semua pemenang contest Gift & TQ Tag Happy!! yeayyy

urm, nak cuba tanya2... agak2nya, kalau Gift & TQ Tag buat rental untuk wedding deco kat area KUALA TERENGGANU, dapat sambutan tak?? hehe...

sekarang ni, wawai tengah collect deco2 untuk jadikan perfect set untuk wedding deco. skrang ni tengah work hard untuk sorang customer Gift & TQ Tag. namanya Cik Nurul, dari putrajaya. dia mintak wishing tree set. so sekarang ni, tengah kumpulkan smua stuff, termasuklah ranting pokok. 

nanti dah siap, Insyaallah saya uploadkan teaser picture ;)
erm, orang KUALA TERENGGANU, cane???

Hari raya aidilfitri... <b>di Kuala Terengganu</b>.. - We aRe..... FaMiLy

Posted: 28 Aug 2012 12:06 AM PDT

 








Gambar kami beraya di Kuala terengganu... Kalau kat sana... biasanye..  pagi raya mestilah Nasi Dagang... yang sedap... semestinyeeee Mak yg buat... Gambar raya kitorg jek yg tak cantik... huhu... gambar raya org lain cantik2 belaka... huwaaa.... :((

ok ni family lelain...





Family Cik Kak & Uncle Keri
Yang semestinye.. tahun ni je.. insya'allah ada 3 ahli keluarga baru... Dalam bulan syawal ni jek ada 2.. Cik Kak dh selamat bersalin 26hb Ogos haritu... :)
Tahniah Cik Kak.. pasni kita tunggu Cik Su plak... :)
Baby.. Insya'allah.. kalau sempat kita jumpa raya haji nanti eh....

Mama Haris Hakimi, Haikal Hakimi & Hani Humaira

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Pendekar Buluh Betong: Am : Gangguan Bekalan Air <b>Di Jerangau</b> <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2012 12:44 AM PDT



KUALA TERENGGANU, 1 Ogos (Bernama) -- Gangguan bekalan air mula dirasai pengguna di beberapa kawasan di Jerangau, Dungun sejak semalam berikutan paras air sungai yang semakin surut.

Perkaya Bina Sekolah Menengah Tahfiz <b>Di</b> Marang Dan <b>Jerangau</b>

Posted: 11 Aug 2012 03:03 PM PDT

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Terengganu (Perkaya) bakal memiliki dua buah sekolah menengah tahfiz yang dinamakan Institut Tahfiz Perkaya yang dijangka dibina mulai awal tahun depan.

Yang Dipertua Perkaya Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor berkata sekolah tahfiz itu akan dibina di Marang dan Jerangau di Hulu Terengganu dengan setiap sekolah akan menelan kos kira-kira RM2 juta dengan kapasiti 500 pelajar.

Katanya penubuhan sekolah itu diharap dapat membantu anak-anak yang tidak bernasib baik untuk mendapat pendidikan serta diharap dapat menyaingi pelajar lain dengan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

"Konsep sekolah yang kita bina ini sama seperti sekolah yang lain iaitu pelajar akan menumpukan pada akademik dan kokurikulum di samping menumpukan kepada tahfiz," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, kelmarin.

Beliau berkata sebelum ini anak-anak yatim yang menghuni asrama Perkaya akan dihantar ke sekolah harian biasa namun selepas sekolah itu siap kelak, Perkaya akan menguruskannya sendiri dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Perkaya Bina Sekolah Menengah Tahfiz <b>Di</b> Marang Dan <b>Jerangau</b> <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2012 09:09 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 10 Ogos (Bernama) — Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Terengganu (Perkaya) bakal memiliki dua buah sekolah menengah tahfiz yang dinamakan Institut Tahfiz Perkaya yang dijangka dibina mulai awal tahun depan.

Yang Dipertua Perkaya Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor berkata sekolah tahfiz itu akan dibina di Marang dan Jerangau di Hulu Terengganu dengan setiap sekolah akan menelan kos kira-kira RM2 juta dengan kapasiti 500 pelajar.

Katanya penubuhan sekolah itu diharap dapat membantu anak-anak yang tidak bernasib baik untuk mendapat pendidikan serta diharap dapat menyaingi pelajar lain dengan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

"Konsep sekolah yang kita bina ini sama seperti sekolah yang lain iaitu pelajar akan menumpukan pada akademik dan kokurikulum di samping menumpukan kepada tahfiz," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ini anak-anak yatim yang menghuni asrama Perkaya akan dihantar ke sekolah harian biasa namun selepas sekolah itu siap kelak, Perkaya akan menguruskannya sendiri dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

– BERNAMA

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Rumah Adun <b>Ajil</b> musnah dalam kebakaran <b>di</b> Hulu Terengganu <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2012 11:03 PM PDT

HULU TERENGGANU: Rumah kediaman anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, di sini, malam tadi.

Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.

Rosol berkata ketika kejadian, kesemua anggota keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di luar.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan kejadian itu oleh isterinya Toh Puan Halipah Ahmad yang pulang daripada berbuka puasa di rumah kakaknya di Kampung Baung, di sini.

 
"Sebaik dia membuka pintu rumah isteri melihat kepulan asap dan api marak dari bahagian dapur rumah lantas menelefon saya memaklumkan insiden itu," katanya ketika ditemui malam tadi.

"Ketika kejadian saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yayasan Pembangunan Usahawan di Kuala Terengganu. Saya minta isteri supaya tenang dan jangan masuk ke dalam rumah, bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku," katanya.

Menurutnya, beliau reda dengan kejadian yang berlaku namun terkilan kerana lebih 2,000 buah buku yang dikumpulkan sejak 10 tahun lalu turut hangus dijilat api.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru berkata ketika pasukan bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan mereka mengambil masa 30 minit untuk memadam kebakaran.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Berang dan Balai Bomba Wakaf Tapai dihantar ke tempat kejadian bersama 14 anggota dan pegawai.

Turut ke lokasi kejadian selepas mendapat berita kebakaran itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Adun Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said dan Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam. – Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08

http://www.hmetro.com.my/articles/RumahAdunAjilmusnahdalamkebakarandiHuluTerengganu/Article

Like this:

Be the first to like this.

1 MALAYSIA: Rumah ADUN <b>Ajil</b> musnah terbakar....Dugaan <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 08 Aug 2012 12:30 AM PDT


HULU TERENGGANU: Rumah kediaman ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, di sini, malam tadi.Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.Rosol berkata, ketika kejadian semua anggota keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di luar.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan kejadian itu oleh isterinya, Toh Puan Halipah Ahmad yang pulang daripada berbuka puasa di rumah kakaknya di Kampung Baung, di sini.

"Sebaik dia membuka pintu rumah isteri melihat kepulan asap dan api marak dari bahagian dapur rumah lantas menelefon saya memaklumkan insiden itu," katanya ketika ditemui malam tadi.

"Ketika kejadian saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yayasan Pembangunan Usahawan di Kuala Terengganu. Saya minta isteri supaya tenang dan jangan masuk ke dalam rumah, bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku," katanya.

Menurutnya, beliau reda dengan kejadian yang berlaku namun terkilan kerana lebih 2,000 buku yang dikumpulkan sejak 10 tahun lalu turut hangus dijilat api.Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru berkata, ketika pasukan bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan mereka mengambil masa 30 minit untuk memadam kebakaran.Dua jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Berang dan Balai Bomba Wakaf Tapai dihantar ke tempat kejadian bersama 14 anggota dan pegawai.

Turut ke lokasi kejadian selepas mendapat berita kebakaran itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Tengku Awang; ADUN Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said dan ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam.

Yok Rempitan ...: Jom <b>Ajil</b> Trengganu...!

Posted: 01 Sep 2012 05:28 PM PDT

Tarikh 31hb Ogos 2012, Jumaat
Peserta, Pok Li dan aku bersama jentera BMW RT1200
Ride kali ini kami  ke Ajil untuk meninjau tapak tanah milik PokLi  bersebelahan jalan utama Ajil-K.Trengganu. Kami bercadang untuk membangunkan sebagai Pusat Cucian Kenderaan bersepadu. Jalan-jalan cari peluang menjana pendapatan tambahan  lah nih...
Bertemu diBHP Gombak jam 8.30, start ride 9 pagi. Keadaan trafik walaupun banyak kenderaan tapi lancar. Mat-motor lain dengan pelbagai jenis dan jenama motor pun ramai 

Tiba di Shell Chenor untuk mengisi minyak dan membasahkan tekak jam 10.30 pagi. Nilaian semula tangki dalam RM35. Tonggangan sedikit laju 180-200km/jam.

Kapasiti jentera dan cara tonggangan lebihkurang sama membolehkan kami menonggang dengan rentak yang tidak banyak berbeza.
Bertemu janji dengan sahabat PokLi di Ayer Putih Trengganu, dalam perjalanan antara Jabor dan Bukit Besi untuk mendapatkan stok ubat herba...ha ha..patutlah walaupun berusia tapi PokLi ni masih gagah perkasa. Ada minuman rahsia rupanya... Tiba di Ajil dalam 12 tghhari dan sempatlah bersolat jumaat disana.

Kalau berjalan dengan Bro Rosli ke Trg tempat lain takda asyik-asyik Hotel Permai In K.Trengganu...Pengawal keselamatan seolah dah kenal dan terus menunjukkan tempat parking didepan pintu masuk utama. Penginapan RM140 semalaman untuk bilik standard dengan dua katil. Tapi kami dapat 3 katil dengan kadar yang sama. Seorang rider disaat akhir menarik diri kerana mempunyai urusan lain perlu diselesaikan

Masih available..he he...Macho bro...!
Walaupun macho, cara tidor menggambarkan jiwa yang tetap sentimental ha ha...  stokin pun tak sempat nak tanggal...ish..ish

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


afasz.com: Aktiviti Malam Raya <b>di Jerteh</b>

Posted: 27 Aug 2012 10:12 PM PDT

Alhamdulillah . . .  tahun ni dapat juga aku bersama family aku beraya bersama nenek aku di Jerteh. Sempat main bunga api. ngeh ngeh ~ Tahun lepas pun main bunga api , leh tengok entry kat SINI.

Budak baru belajar menulis.  . . 
I kecik sangat, LOVE tu dah cantik dah, U besar benorrrrr. . . 
Itula aktiviti kami di malam nak raya. Seronok gak main bunga api ni sampai ada yang terluka di kaki. hahahahahahahahaha !!!!!
Belum main MERCUN lagi !!!

afasz.com: Cerita Hari Raya Pertama <b>di Jerteh</b>

Posted: 29 Aug 2012 09:35 PM PDT

Baru ada mood nak tulis entry raya lagi. Ni aku nak cerita secara ringkas , cerita 1 Syawal 1433H di Jerteh. Kami bangun awal then bersiap ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. 
Sebelum ke masjid posing dulu ngn Papa & Mama 
Aku ikut muka sapa ek????
Sesi bermaafan sebelum pergi ke masjid. 
Suka Papa dapat duit raya :)
Bermaafan dengan Mama pula. Papa tengah susun duit raya. 
Masjid Kg. Nyior Tujuh - ni la masjid yang paling dekat ngn umah nenek aku. Kecik je masjid nya. 
 Sempat snap sebab kami sampai awal. Raya tahun lepas sampai lambat , kene duk barisan belakang yang agak sempit. 
Lepas solat sunat Aidilfitri, kami menziarahi kubur arwah Atok 
Then balik dan terus beraya umah makcik aku yang dekat je ngan umah nenek aku. 
Antara biskut raya yang aku makan. Bentuk ice cream !
Nanti sambung la entry lain, nak g lunch ! 

afasz.com: Juadah <b>di</b> Rumah Terbuka YB @ <b>Jerteh</b>

Posted: 04 Sep 2012 09:30 PM PDT

Layan gambar jela . . tengok gambar je dah tahu apa benda kan. . .  hehe~

Orang Jerteh panggil tapai apa ? Ada yang tahu tak? hehe~
Aku memang tak makan benda alah ni. :D
Putu Piring & Keropok Lekor. 
Ni aku yang makan. Makan panas-panas sedap gile ~

Terkurang kuah plak. Aku makan ni :D

Ni adik aku kot yang makan. 

Perghhhhhh  Kalau tambah ais pon sodappppp ~


Goreng Pisang & Keropok Lekor lagi
Goreng pisang tu makan panas-panas. Sedap sbb panas!!!


Yang ni kami tapaukan untuk nenek aku. Walaupun nenek aku puasa, dia nak datang juga. Jumpa YB + tapau makanan bebuka. 

Mee goreng dia pun sangat sedap. Ni pun kami tapau pastu makan kat umah. :D

Cendol dah habis, so adik aku amik ni je. Nak tunggu dia refill penat plak nak kene beratur lagi sekali. hoho~

 Apsal dah cair mair ek?????

Ha ni la penyebab ice cream tu cair mair. Beratur punyala panjang. Ramai ! berpeluh di buat nya. At last , adik aku je wakil amikkan. aku snap gambar :D
Tula juadah yang ada. Tahun ni lebih meriah. Aku pon makan banyak sikit. :D
Khemah-khemah makanan di label , so senang orang nak target makan apa. Terus je p gerai tu . 
Next entry rumah terbuka YB mana plak ek????

ads