Sabtu, 13 Oktober 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Firdaus Shope: <b>Seberang Takir</b>

Posted: 09 Oct 2012 05:26 PM PDT

Sudah tiga hari berada di Seberang Takir, Terengganu. Jika dilihat pada nama, mungkin tiada apa-apa. Sama sahaja dengan nama-nama tempat lain. Begitulah pandangan kita seandainya kita hanya melihat dengan mata fizikal sahaja. 
Bezanya tidak banyak barangkali. Namun, nikmat berada di tempat-tempat berbeza adalah di antara nikmat yang tidak mampu saya dustakan. Seolah-olah Tuhan mahu membuka mata fizikal saya untuk melihat tempat lain agar untuk disyukuri.
Sebahagian daripada kita, mungkin telah tiba di pelbagai tempat. Di dalam mahupun di luar negara. Pasti cerita-cerita menarik ada padanya. Di situ jugalah pengalaman-pengalaman baharu diperolehi. Benarlah kata pepatah, "Jauh berjalan, banyak pengalaman."
Berada di Seberang Takir dengan misi membangunkan potensi diri serta memandaikan ummah, bukan calang-calang misi. Visi dan misi yang amat dituntut oleh agama sendiri. Tidakkah Tuhan sentiasa menyuruh agar kita melakukan kebaikan dan perubahan? Kebaikan dan perubahan tidak mampu dicapai seandainya kita selesa dengan keadaan yang ada pada hari ini. Jika hari ini sudah satu kebaikan yang telah kita lakukan, kita tidak boleh berasa cukup dengan satu kebaikan tersebut. Kita digalakkan untuk menambah kebaikan tersebut kepada dua, tiga dan seterusnya. 
Analoginya mudah sahaja, kebaikan tersebut tidak mampu ditambah seandainya tidak disertai dengan perubahan. Perubahan sendiri membawa maksud tidak statik, anjal, sifatnya dinamik dan pelbagai lagi. Mudah kata ia perlu 'bergerak.'
Visi besar untuk memandaikan ummah tidak akan tercapai jika diri sendiri tidak mahu berubah dan bergerak. Ummah yang hebat ialah ummah yang lengkap dan dipenuhi dengan kebaikan. Kita tidak senang jika di sekeliling kita dipenuhi dengan keburukan serta kejahatan, bukan? 
Di Seberang Takir inilah titik tolak untuk melakukan perubahan. Perubahan perlu disertai dengan niat yang betul dan baik, disusuli dengan pelan bertindak yang bagus dan akhir sekali mulakan bertindak penuh komited. Sesekali jangan lupa untuk terus berdoa agar segala usaha yang dijalankan disertai dengan 'berkat' dan 'rahmat-Nya.'
Pengalaman berada di Seberang Takir pasti menjadi memori terindah dan ia pasti sukar dilupakan kerana selain pengalaman makan nasi dagang ikan 'tongkol' dan berada di Teluk Ketapang pada waktu petang, saya dianugerahkan pengalaman bertemu dengan insan-insan hebat yang mempunyai visi besar untuk memandaikan ummah.
Semoga visi serta misi tiga hari di Seberang Takir mampu mencipta kebaikan untuk diri dan ummah. Sesungguhnya nikmat berada di sini adalah nikmat untuk disyukuri, bukan untuk dipersiakan.
Seberang Takir, saya pasti kembali lagi!

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Scene Senggal <b>Di</b> Tepian Pantai <b>Pulau Redang</b>... Buku - I&#39;m Yourss...

Posted: 03 Oct 2012 08:19 PM PDT

 
Bengong en.teman nie tau.. sempat lagi dia jadik paparazzi kann! 
tapi serious senggal lah gambar yg last tuh! hehe...

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


teganuku: 11 Masjid, Lapan <b>Di Besut</b> Masih Solat Berasingan

Posted: 05 Oct 2012 06:07 PM PDT

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesahkan fenomena solat berasingan dalam satu kariah masih berlaku di negeri ini membabitkan 11 buah masjid di sekitar Besut, Marang dan Dungun.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Mohd. Rozali Salleh berkata, masjid-masjid itu terdiri daripada lapan di Besut, dua (Dungun) dan satu (Marang).
 
Beliau yang kesal dengan kejadian itu bagaimanapun memberi jaminan untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam waktu terdekat ini agar gejala seumpama itu dapat dibendung bagi menyelamatkan umat Islam daripada terus berpecah-belah.

Mohd. Rozali juga enggan menjelaskan bentuk tindakan yang bakal dilakukan itu, namun beliau menambah, pihaknya akan mengambil pendekatan secara berhati-hati dalam melaksanakannya.

Pada September lalu, Berita Harian melaporkan, bekas Ahli Jawatankuasa PAS Besut, Raja Ayub Raja Kecik, 59, mendakwa tindakan penyokong PAS mendirikan solat berasingan termasuk solat Jumaat sehingga menyebabkan berlakunya solat dua masjid dalam satu kariah didakwa berpunca daripada 'Amanat Haji Hadi'.

Amanat yang dikeluarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Marang, hampir 30 tahun lalu.

Menurut beliau, tidak ada pemimpin yang mampu menyelesaikan isu yang berlarutan agak lama itu kerana penyokong parti itu masih meneruskan solat secara berasingan di masjid milik PAS disebabkan terikat dengan amanat itu.

Katanya, jika Abdul Hadi tidak menarik balik amanat itu, masalah itu tidak boleh diselesaikan kerana penyokong tegar PAS tetap berpegang teguh dengan amanat berkenaan.

"Punca ahli dan penyokong PAS mengerjakan solat Jumaat di masjid berasingan dalam satu kariah kerana haram bagi mereka solat diimamkan orang UMNO berdasarkan 'Amanat Haji Hadi'.

"Masalah itu masih berlaku di beberapa daerah Terengganu termasuk di Besut hanya boleh diselesaikan oleh Presiden PAS (Hadi) sendiri kerana kejadian itu berpunca daripada amanat beliau sendiri," katanya.

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


PAS DUN <b>BATU RAKIT</b>: Kebajikan Rakyat <b>Batu Rakit</b> : PAS ambil alih

Posted: 28 Sep 2012 04:55 PM PDT






29 Semtember 2012 - PAS Dun Batu Rakit dan Badan Kebajikan Kebajikan Batu Rakit Serta Rakan Khidmat Batu Rakit telah menyambung kerja menyiapkan rumah ibu tunggal di Kg Lingai. Ini merupakan bantuan yang NGO PAS laksanakan demi membantu rakyat yang dalam kesusahan. Umno sudah tidak relevan lagi dalam buat kerja kebajikan. PAS akan terus memebantu selaras dengan hasrat menkadikan Negara Berkebajikan.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


PUTING BELIUNG | 417 rumah <b>di</b> Kemaman rosak - Rakyat Tranung

Posted: 07 Oct 2012 07:26 PM PDT

Sekurang-kurangnya 417 rumah di lebih 20 kampung di daerah ini rosak diserang puting beliung dan hujan air batu, sehingga memaksa 17 keluarga di Taman Bestari, Bukit Kuang, Kijal berpindah ke pusat pemindahan. Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang kelmarin. Daripada jumlah itu, kawasan Dun Chukai paling terjejas dengan 173 rumah mengalami kerosakan atap, diikuti Dun Air Putih (127 rumah) dan Dun Kijal (117 rumah). Pusat pemindahan di Balai Raya Rumah Murah Bukit Kuang 2 terpaksa dibuka pada sebelah malam untuk menempatkan 17 keluarga membabitkan 85 mangsa dari Taman Bestari, sementara sebuah keluarga di Kampung Tempurung terpaksa menumpang rumah saudara berikutan atap di rumah masing-masing diterbangkan puting beliung dan rumah pula dibanjiri air hujan. 4 beranak berpeluk ketakutan  
SURI rumah dari Taman Bestari, Nik Rozita Zahari, 34, berkata, dia meluru keluar dari rumah bersama tiga anak apabila rumahnya banjir dimasuki air hujan. Menurutnya, dia terkejut apabila melihat pusaran angin menerbangkan kepingan atap asbestos kira-kira tujuh meter dari hadapan rumahnya. "Dari pusaran angin itu, jatuh banyak kepingan atap di hadapan rumah kami dan kami juga melihat ketulan air batu turun bersama-sama air hujan. Saya bersama tiga anak waktu itu berpeluk ketakutan. Ketika itu saya fikir mungkin kami empat beranak akan mati," katanya. 
 Menurutnya, dia menyedari atap rumahnya sudah tiada apabila air hujan keluar dari celah siling sehingga siling rumahnya dan kipas hampir runtuh dilimpahi air hujan. Anaknya, Nur Khumaira Ashira Mohd Yusof, 12, berkata, berikutan kejadian itu, rumah mereka dibanjiri air hujan separas buku lali namun dia dan ibunya tidak berani masuk untuk menyelamatkan barang berharga kerana dikhuatiri terkena renjatan elektrik. "Barang-barang elektrik hanya dikeluarkan apabila ayah saya pulang ke rumah. E-book dan buku sekolah saya semua rosak terkena air hujan," kata murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kuang ini sedih. Nampak pusaran angin hitam 
SEMENTARA itu, mangsa dari Kampung Jabor Kubur, Chukai yang juga pemilik butik pengantin, Muniza Ibrahim, 32, berkata, dia turut melihat pusaran angin hitam datang bermula dari arah kawasan kubur sehingga sebuah pokok besar dalam kawasan kubur itu berpusing dan tumbang tidak jauh dari premis perniagaannya.  
"Puting beliung itu datang dari arah kubur dan melewati hadapan butik pengantin saya. Waktu itu, saya berada di hadapan kedai bersama beberapa jiran yang berkumpul di kedai saya sebab rumah mereka sebelum itu terlebih dahulu diserang pusaran angin terbabit. "Kejadian berlaku jam 2 petang. Pada waktu itu hujan renyai-renyai diikuti guruh. Lima minit kemudian angin bertiup kencang. Selepas itulah kami semua nampak pusaran angin hitam dalam jarak kira-kira 10 meter dari kami, pusaran angin itu melewati butik saya sehingga kedai dan kerusi di kedai makan bersebelahan premis perniagaan diterbangkan angin ke tengah jalan di hadapan premis kami. Waktu itu kerana terlalu takut saya berteriak 'ALLAH Hu Akbar'," katanya yang mengakui kejadian itu adalah bencana pertama seumpamanya dilaluinya sepanjang hidup. 
Muniza berkata, hujan ketika itu juga luar biasa kerana atap premis perniagaannya bising ditimpa ketulan air batu bersaiz besar sedikit daripada guli. Gara-gara itu, kira-kira 10 keping atap butiknya tercabut sementara rumahnya yang terletak tidak jauh dari butik juga turut mengalami kerosakan teruk. 
Bunyi seperti tembakan pistol 
DALAM pada itu, seorang lagi mangsa, juga dari Kampung Jabor Kubur, Mohd Shukri Abdullah, 37, berkata, semasa kejadian dia yang sedang menonton televisyen terkejut apabila mendengar seperti tembakan pistol dilepaskan. Menurutnya, ia adalah gara-gara serangan angin kuat membuatkan atap zink rumahnya terkopek sebelum tercabut dan terbang. "Saya dengar bunyi macam tembakan pistol kerana paku zink tercabut satu-satu. Waktu itu angin terlalu dahsyat berserta kilat," katanya. 
DALAM pada itu, bencana itu segera mendapat perhatian Ahli Parlimen Kemaman merangkap Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyalurkan bantuan sebanyak RM500 seorang kepada sejumlah mangsa terlibat di Chukai pada majlis yang diadakan di Tadika Kemas Jabor Kubur, petang semalam. Katanya, pihaknya akan berikhtiar bersama Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kemaman untuk menilai kerosakan yang dialami penduduk dengan pembahagian bantuan segera itu akan diberikan kepada semua mangsa. 

"Ini adalah bantuan segera agar mangsa dapat membaiki rumah masing-masing untuk berteduh. Sekiranya ada rumah yang keadaannya terlalu teruk, mungkin kita akan tambah lagi bantuan yang diberikan dan ia bergantung pada penilaian kerosakan masing-masing. 
"Menerusi pertolongan ini, rakyat dapat didekati tanpa mengira ideologi politik dan saya harap semua mangsa tabah menghadapi ujian ini," katanya yang turut menyampaikan sumbangan barang dapur dan menziarahi beberapa rumah mangsa yang teruk bersama Ahli Dewan Negara, Senator Rohani Abdullah. Pegawai JKM Kemaman, Ghazali Awang berkata, selain Bukit Kuang dan Jabor Kubur, kampung yang teruk menerima kesan bencana itu ialah Pengkalan Cicar, Bakau Tinggi, Kampung Besut, Gong Pauh, Kampung Jaya, Kubang Kurus, Geliga Baru, Taman Perumahan Gong Pauh, Gong Limau, Mak Chili, Seri Permai dan Bandar Baru Bukit Mentok. - SINAR HARIAN

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Trip to Akademi BOMBA <b>Wakaf Tapai</b> T&#39;ganu - Monday, 13 August <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 04:49 AM PDT

30 April 2012 bersamaan hari Senayan, jam menunjukkan tepat pukul 17:40 sewaktu aku melangkah meninggalkan opis untuk bercuti selama 3 hari je. Malam tu lebih kurang pukul 21:30 aku bertolak balik ke kampung & sampai di rumah mak aku lebih kurang pukul 23:05. Berborak smpi tgh mlm tu perkara biasa tiap kali balik kampung walaupun tak ada topik yg menarik sangat. Bila dh betul2 ngantuk baru masuk tidur. Aku tak malas gantung kelambu & tidur di atas toto je. Padahnya mata aku sekadar mampu lena2 ayam bila tidur aku di ganggu nyamuk2 yg dahaga darah. Adeeiiii gatalnyaaa..
Lebih kurang pukul 3pagi aku terdengar bunyi moto & suara orang bagi salam. Rupa2nya Tokwan Coh yg panggil untuk memaklumkan bahawa anak dia (Senah) meninggal dunia awal pagi tu (Al-Fatihah) & mak aku adalah antara yg terawal diberitahu. Mak aku pergi ziarah & megaji & lepas tu tak tidur sampai pagi. Tidur aku pun tak nyenyak sampai ke pagi walaupun badan letih sangat.

1 Mei 2012: Cuti sempena sambutan Hari Buruh
Pagi2 lagi aku dh bergerak ke Anak Bukit nak beli udang & kacang buncis untuk buat rendang rempah nak cicah dgn pulut. Kacang je yang ada, RM 6:00 sekilo. Aku terus ke Cht Jering, masih tak jumpa udang yang aku nak. Taukey kedai tu kata udang mahal & susah nak dapat sebab cuaca kurang elok. Aku terus ke pasar di Simpang Empat pulak... haaa.. baru jumpa udang kertas (udang putih) bersaiz sedang berharga RM9 sekilo. Aku beli 3 kilo nak padankan dengan kacang buncis kat rumah (dlm 4 kilo).
Agak sibuk hari tu sebab:
Pertama: Mizi belum selesai dengan majlis tahlil unt arwah ayah dia (TokCu Haji Junus)
Kedua: Kalut dengan persiapan unt pengkebumian anak Tokwan Coh
Ketiga: Nak memasak di rumah mak aku unt majlis tahlil & do'a selamat ptg nanti (selepas Asar).

Dipendekkan crita, AlhamdulilLah majlis berjalan lancar dengan bantuan jiran tetangga. Tinggal saki-baki pinggan mangkuk cawan & yg seangkatan dengannya 2-3 lungguk menunggu untuk dicuci.
Aku ambik peluang untuk mengecas tenaga untuk diguna semula malam nanti. Tapi macam malam tadi jugak...lena2 ayam je.. haduiiii.. berat nih.

Jam  menunjukkan pukul 10:45 malam sewaktu abg2 aku sampai dalam rintik2 hujan. Tapi tak basah sangat pun. Sambil sembang2 kosong kami pekena kopi dengan niat untuk mencerahkan biji mata. Almaklum nak memandu lebih 400km nanti. Aku menyibukkan diri dengan menyusun beg2 di dalam kereta.
Tepat jam 11 malam Abg D sebagai pemandu pertama memulakan perjalanan. Tapi hanya mampu menyengkangkan matanya sampai ke Kuak je. Mata dah mula pedih disebabkan kurang tidur.
Abg Sani pulak menyambung tugas sebagai pemandu dari Kuak & berhenti di Batu Melintang lebih kurang pukul 2:45am. Masing2 memesan minuman & aku mengisi perut dengan nasi lemak sejuk & air kopi gano.
Selepas selesai makan minum & berehat, kami pakat-pakat keluar dari kedai & pada masa tu lah ada sorang polis tegur adik aku (Man)... katanya macam pernah tengok. sembang punya sembang rupa2nya si polis tu anak bekas ketua kampung yang berjiran dengan kampung aku. & arwah abg dia pulak sama tua dengan aku. Hmmm... sapa sangka akan berjumpa dgn org kampung di situ. Kebetulan salah sorang dari polis tu adalah bapak sedara kepada penolong pengarah akademi BOMBA di tempat yang kami nak tuju. Tapi sembang kami tak lama sebab masih jauh jarak yg kami perlu tempuh.
Pukul 3:15am giliran aku mengambil alih tugas memandu kereta aku. Bermula dari Batu Melintang & berhenti di satu tempat (aku tak ingat da nama tempat tu), dalam 64KM untuk sampai ke Wakaf Tapai. Abg Sani sekali lagi ambik alih & kali ni khidmat GPS betul2 digunakan. Pukul 6pagi kami berjaya jumpa Akademi BOMBA, tempat yg kami nak tuju & harus sampai sebelum pukul 8pagi.
Next... jari menekan GPS mencari masjid untuk solat subuh.
Haaa.... Di sini baru aku teringat kat pinggang aku ada kamera. Di masjid ni la gambar pertama yg dirakam oleh kamera kompak aku (sesudah solat & sesudah adik aku bersiap kemas).

Gambar bawah: Adik aku yg no7 (Abdul Rahman) dgn mak aku di depan masjid tempat kami bersolat subuh.
Gambar bawah: Man bersama sahabat baru sendang menyemak senarai dokumen
Gambar bawah: Man... siap sedia unt melaporkan diri (dgn tali leher merah yg pihak Akademi bagi). Gambar terakhir sebelum kami tinggalkan Man di situ. Maka terputuslah segala jenis komunikasi selama  2 bulan bermula dari tarikh lapor diri (kecuali kecemasan). No handphone, no ipad, no laptop & yg sewaktu dengannya.

Pukul 10am kami terdengar pengumuman dari pihak pengelola memaklumkan bahawa para ibu-bapa & waris dikehendaki meninggalkan kawasan Akademi BOMBA tu pada pukul 11 pagi. Man tengah sibuk di tengah padang & memang tak sempat nak tungg dah. Tapi sebelum tu kami semua sudah pun sersalaman & berpesan2 di antara Man & kami semua. Jadi kami mengambil keputusan untuk beredar dari Akademi BOMBA tu sebelum pukul 11 pagi.

Alang2 dah sampai ke T'ganu, kami ambik kesempatan unt bersiar2 di kawasan berdekatan.
Taman Tamadun Islam hanya beberapa KM je dari Wakaf Tapai. Jadi tidak ada alasan untuk tidak singgah.

Gambar bawah: Mak aku di depan pintu masuk ke Taman Tamadun Islam
Di depan gerbang masuk ke Masjid Kristal
Gambar bawah: Mak & adik bongsu aku tengah tayang handphone.. dok ejas sudut nak ambik gambar Masjid Kristal
Dari kiri: Abg Long (Abg D), AbgNgah (Abg Sani) & Mak
Haa... yg dok peluk mak dia ni kenai kot?
Gambar bawah: Aku berada betul2 di bawah lampu ni
Gambar bawah: Sabariah & Mak di dalam Masjid
Gambar bawah: Mimbar di dalam Masjid Kristal
Sebahagian dari ukiran khat
Amboi amboiiiii Sabariaaaahhh
Pintu keluar (dari dalam Masjid Kristal)
Whooppsss... tukang ambik gambar tak dan nak duduk
Cukup lah gambar2 ni yer...
Next.... kami menuju ke tempat tempat mengisi perut iaitu Kopok Losong Kak Yah yea yeaaahhh...
20 ketul yg rebus & 20 ketul yg goreng. Air sniri order. AlhamdulilLah kenyang jugak meratah kopok Kak Yah ni. Sedap.. tapi kalu bli bawak balik tak sedap pulak.
Harap mahap.. gambor tak der
Destinasi seterusnya ialah tempat menyoping iaitu Pasar Payang.. harap mahap... (harap mahap gambor tak der..) Beli serba sikit buah tangan unt para waris di kampung. Kami tak lama di Pasar Payang sebab masa pun terlalu suntuk. Lepas solat Zohor terus balik.
Persinggahan seterusnya (dalam perjalan balik) ialah di Masjid (aku tak ingat nama kawasan & nama masjid tu) unt tunaikan solat Asar & tunggu waktu Maghrib. Sesudah Maghrib kami bergerak menuju ke Bukit Bunga di Kelantan unt cuci mata tengok2 apa benda yg berkenan. Tapi tak dak apa yg melekat di hati pun. Aku sekadar mengisi perut dengan bihun sup & horlick panas.
Abg D sekali lagi mengambil tugas memandu balik dari Kelantan. Aku? koma... sedar2 dah sampai depan rumah. Punggah barang & abg2 aku pun balik ek ruamh masing2... tak sembang panjang dah & terus bummmm... lena.
Tamatlah sudah alkisah perjalanan pergi & balik.

ads