Sabtu, 28 Julai 2012

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


CT: Pantai Penunjuk, <b>Kijal</b>, Terengganu - Menikmati Keindahan Alam

Posted: 02 Jul 2012 10:35 PM PDT

Selepas kenyang makan2 di Kuala Kemaman atas cadangan adik terus ke Pantai Penunjuk, Kijal, Kemaman, Terengganu. Wow! Hanya mampu berkata dalam hati subhanallah cantiknya ciptaan Allah.
Pantai Penunjuk terletak di Kijal, Terengganu. Pantai yang sungguh cantik dengan air laut yang cetek amat sesuat untuk aktiviti perkelahan. Terletak di Kijal juga antara pantai yang sangat indah untuk anda kunjungi.
Keunikan susunan batu-batunya menjadikan pantai ini mempunyai keunikan pada kelasnya yang tersendiri.
Rasanya pengunjung  boleh berjemur di atas batu di Pantai Penunjuk ini sambil di sinari cahaya matahari pagi dan kita semua akan menikmati suasana yang berbeza ketika air pasang & air surut. Kepuasannya pasti tidak dapat anda tukar dengan wang ringgit.
Kita di pahamkan pantai ini  juga kerap kali menjadi pilihan sesi pergambaraan diadakan. Samada pegambaran filem, drama, iklan komersil dan tidak terlepas juga sesi fotografi perkahwinan. 
Pasti ianya menjadi memori terindah bagi anda yang bergelar pengantin baru. Bagi anda yang tak sempat bergambar kat sini, anda bolehlah tempah baju pengantin kat mana-mana, dan anda ambik la gambar anda berdua banyak-banyak kat sini.
Di pantai ini juga anda boleh mandi-manda bersama keluarga. Namun seperti biasa, anda perlu berhati-hati sewaktu ombak dan angin kuat ketika mandi di sini. Ini kerana kadang-kadang berlaku arus yang menarik pasir ke laut.
Bagi yang sampai ke Kemaman Terengganu datanglah ke Pantai Penunjuk yang unik dan cantik. Anugerah Allah kepada kita seluas mata memandang alunan ombak sepanjang persisir pantai. Riuh rendah tawa anak-anak kecil bermain ombak. Desiran angin membelah dedaun rhu.

Suasana pantai yang menarik, dihiasi pula bot-bot kecil nelayan menggambarkan suasana perkampungan nelayan. Baringlah dipepasir, renunglah dilangit, nikmatilah keindahan alam bersama nyanyian merdu deruman ombak diselangi suara camar di awangan.

Pantai Penunjuk Kijal sentiasa melambai-lambai kehadiran anda semu

a.

ads