13 di rantau abang - Google Blog Search |
Journey Terengganu: <b>Rantau Abang</b> : Pusat Penerangan Penyu Posted: 22 May 2012 09:33 PM PDT Sebelum pulang ke kampung baru-baru ini, aku telah berkira-kira untuk membawa keluarga ke tempat ini. Aku rasa sejak dari zaman aku sekolah lagi temoat ini pernah wujud, tapi aku tidak pernah singgah. Hanya memandang sekilas lalu sama ada dalam perjalanan ke Kuala Terengganu atau semasa pulang semula ke Dungun. Peluang ke kampung baru-baru ini, aku mengambil peluang ke sini : Pusat Penerangan Penyu atau Turtle Information Center yang terletak di Rantau Abang, Dungun, Terengganu. Papan tanda di bangunan masuk depan. Kena ada, untuk pastikan anda berada di tempat yang betul. Jangan salah masuk bangunan. Sebelum masuk bagi salam dahulu. Kaunter daftar pelawat-ada kakitangan yang bertugas di sini, kalau anda pandai berloghat Terengganu, sila-sila kan kerana kakitangan di sini orang tempatan. Ruang pameran penuh dengan maklumat. Bergambar, bermaklumat untuk perkongsian. Bukan penyu sebenar. Adegan penyu mendarat di pantai dan bertelur. Ruang pamer yang agar besar. Bukan penyu sebenar 2. Aku rasa ini bukan penyu yang berasal dari Bulatan Ladang Kuala Terengganu. Musuh-musuh penyu. Bukan The Red Warrior, The Red Giant, Sang Rusa atau Lion Twelve mahupun T-team sendiri. Teka apa di dalam? Ini adalah telur-telur penyu yang dialihkan dari pantai yang diletakkan di dalam kotak gabus khas. Telur-telur ditanam di dalam pasir yang diletakkan di dalam kotak-kotak ini. Menunggu masa untuk menetas dan kemudian akan dilepaskan ke laut apabila tiba masa nanti. Aku kecewa ingat boleh tengok penyu betul, tapi dapat tengok kotak telur penyu sahaja. Belilah untuk kepuasan anda sendiri. Cendera hati dan mata berlambangkan penyu. Penyu dan kura-kura di Malaysia. Komen : Orang tidak ramai ke tempat ini. Mungkin orang tempatan tidak terlalu mengendahkan kewujudan pusat ini kerana mungkin selalu atau bila-bila masa boleh ke sini. Aku rasa pihak berkenaan boleh mewujudkan sesuatu majlis atau event supaya seboleh-bolehnya pusat ini menjadi tumpuan orang ramai dan terutama untuk kanak-kanak ke sini. Pihak sekolah sekitar negeri Terengganu mahupun di Dungun sendiri bolehlah membuat lawatan sehari ke sini. Kanak-kanak tadika tak kiralah sama ada milik swasta ataupun kerajaan boleh membuat lawatan ke sini bagi memberi manfaat, ilmu dan maklumat kepada mereka. Aku rasa pihak pusat ini juga boleh mengagak bila telur-telur penyu ini akan menetas dan mewar-warkan kepada masyarakat umum untu membuat upacara majlis pelepasan anak-anak penyu. Boleh bawa anak-anak kecil bagi mendedahkan mereka supaya mengenali dan menyayangi penyu. Aku pun teringin sama untuk menghadiri majlis itu kalau ada. Komen aku : Sedikit kecewa aku tak dapat tengok penyu hari itu, dapat tengok tuntung-tuntung sahaja dalam kolam di pusat tersebut. |
You are subscribed to email updates from di rantau abang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |