Sabtu, 24 November 2012

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


AGEN DSAI....: Ceramah Terkini!! Anwar Ibrahim <b>di setiu</b> <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2012 02:36 AM PST

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Crowd Pasar Malam Menyelamatkan Anwar <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 09 Nov 2012 07:38 PM PST



Setiap hari Jumaat kawasan lapang di Taman Shahbandar menjadi tapak pasar malam terbesar diTerengganu. Ia menjadi kawasan tumpuan setiap hujung minggu bagi rakyat Terengganu. 

Mengambilkira perkara itu, maka Bas Anwar telah menjadikannya lokasi hentian pertama dalam sesi Jelajah Merdekanya di Kuala Terengganu. Malulah kalau tidak ramai yang datang sambut .... sekurang2nya boleh tumpang crowd pasar malam.

Sememangnya satu keputusan yang tepat ! Bas Anwar tiba jam 5 petang dan disambut tak sampai 100 orang ! Crowd pasar malam pelan2 menghampiri lokasi untuk melihat dengan lebih dekat Bas Anwar dan ketika Anwar mula berceramah, adalah sekitar 300 orang.

Gambar dibawah diambil setelah 10 minit Anwar bercakap. Kanopi biru dibahagian atas adalah kawasan pasar malam dan asap yang kelihatan itu BUKAN dari bom asap FRU tapi asap peniaga bakar ayam percik dan sate.Dibawah pula adalah ketika yang paling ramai, dekat2 nak habis ceramah...Estimate sekitar 600 orang. Kalaupun saya silap, yang saya pasti TIDAK SAMPAI 1K bertentangan dengan dakwaan pencacai PR yang RIBUAN rakyat Terengganu menunggu untuk menyambut kedatangan Bas Anwar.

Dibawah adalah sudut gambar yang diambil oleh orang Pkr -

Kemudian Anwar ke Surau Ladang untuk solat Maghrib dan menyampaikan Tazkirah selama hampir 1 jam.
Surau kecil je, adalah sekitar 100 jemaah ... yang kebanyakannya orang luar kariah.
Dari sebuah blog Pas -

Sebelah malamnya, Anwar kini baru selesai menyampaikan tazkirah Maghrib di surau Ladang Sekolah di sini dan selepas menunaikan solat Isya' ..
. hehehehe ..perkara kecil je tapi kalau dah salah maklumat,biarpun kecil kenalah diperbetulkan, ye dok ?

Anwar TIDAK solat Isyak' pun di Surau itu ... selesai bertazkirah, Anwar bergegas keluar untuk ke lokasi seterusnya sambil diiringi laungan Azan untuk solat Isya'.

bersambung ......

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


PaPa MiFz: Ikan Jerung <b>Di Pulau Perhentian</b>

Posted: 01 Oct 2012 04:43 AM PDT

As salam semuo...

Entry berkenaan percutian ke Pulau Perhentian PM terpaksa tunda lagi yer...kamera asyik jer tertinggal di rumah...huhu entry nih PM just nak share gambar ikan jerung yang di beri oleh salah seorang penduduk Pulau Perhentian yang PM jumpa ketika bercuti hari tuh...


Setakat baby shark pernah lah PM jumpo ketika bersnorkeling di Pulau Redang...tapi ini mother shark wor...nasib baik jugak maso pergi ke shark point tempoh hari tak terserempak dengan mother shark nih...kalau jumpo mesti kecut jugak lah perut di buat nyer...huhu wife PM kalau nampak pasti panik bangat di buek nyer...hehe

Di khabarkan ikan jerung di Pulau Perhentian nih mesra rakyat...tak kacau orang....dia tak makan daging manusia...hmm...ye ke?? boleh percayo ke?? tapi tuh la takdo lak dengar lagi pelancong kene gigit jerung kat Malaysia nih...musykil di buat nyer...

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


teganuku: Pemandu Lori Maut Tertimbus Tanah <b>Di Hulu Terengganu</b>

Posted: 16 Sep 2012 02:42 AM PDT


Seorang pemandu lori maut manakala rakannya cedera ditimbus tanah di Kampung Kuala Ping di Hulu Terengganuu, semalam.

Penolong Penguasa Bomba Terengganu, Roslan Mat Din berkata, dalam kejadian kira-kira 4.50 petang itu, mangsa Mohd Azharulnizam Daud, 24, dan rakannya Mohd Hanifah Mohd Nawi, 19, sedang melihat adik mangsa Mohd Zuraime, 17, menjalankan kerja-kerja menarah tanah dengan menggunakan jengkaut.

"Tiba-tiba tanah setinggi 10 meter runtuh dan menghempap mereka. Adik mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala rakan mangsa yang patah tangan kiri berjaya diselamatkan orang ramai yang menyedari kejadian itu," katanya kepada pemberita, Sabtu.

Beliau berkata, 11 anggota bomba serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang dan Wakaf Tapai diarah ke tempat kejadian setelah menerima laporan pada kira-kira 4.58 petang.

"Mayat mangsa dijumpai kira-kira pukul 5.55 petang dan dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat manakala rakan mangsa turut menerima rawatan di hospital yang sama," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa Siti Esah Jusoh, 48 berkata, kali terakhir beliau bertemu anaknya yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik, dua hari lepas.

 "Arwah merupakan anak yang baik dan sentiasa mengambil berat tentang saya dan ahli keluarga yang lain," katanya dengan nada sebak.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Short trip Kuala Terengganu 2 : <b>Pulau Kapas</b> - my hobby... my <b>...</b>

Posted: 13 Nov 2012 08:29 AM PST

Assalamualaikum...

Bersawang habis blog ni. Lama sungguh tak jenguk & update. Banyak bahan nak dikongsi, cumanya tak sempat nak mencuri masa. Sebelum buka cerita pasal Korea, sambung dulu cerita kat Terengganu eh.

Hari kedua di Kuala Terengganu, kami ke Pulau Kapas. Rancangan nak ke pulau memang dari awal tahun buat. Nak pi Perhentian, tapi asyik batal je. Since Pulau Kapas dekat je dari tanah besar (6km), one day trip pun cukup. Untuk ke Pulau Kapas, kene naik jeti di Marang. Sewa bot laju dalam RM30-RM50 untuk pergi balik. Tengok skil korang tawar menawar la. Kalau rasa nak bermalam kat sana pun boleh cari pakej-pakej menarik kat jeti Marang.

Perjalanan dari jeti ke pulau tak sampai 15 minit pun. Sampai di sana, kami sewa satu bilik di Makcik Gemuk Beach Resort untuk letak barang. Kelakar kan nama dia. huhuhu.. Kat Pulau Kapas ni tak banyak resort. Ada la dalam 5 resort. Ok la, tak ramai sangat orang. Mungkin masa kami pergi, hari bekerja dan bukan peak hour.

Lepas tukar baju dan simpan barang, kami terus ke pantai. Pantai Pulau Kapas tak besar mana. Cuma ada beberapa kawasan je yg ada resort. Dari satu pantai ke satu pantai dihubungkan dengan jambatan sebab pantai2 ni dipisahkan dengan batu-batu. Kebanyakan resort ada menawarkan khidmat sewa alatan untuk snorkling. Jadinya kami sewa je kat Resort Makcik Gemuk. Kami juga amik pakej 'island hopping'. Sebenarnya lebih pada pantai hopping. Murah je pun RM30 dengan sewa alatan snorkling.

Pantai Pulau Kapas ni macam pantai-pantai lain kat perairan terengganu. Putih dan bersih dengan pasir halussss. Sangat suka. Walaupun batu karang dia tak secantik Pulau Redang atau Pulau Perhentian, tapi ikan-ikan kat sini banyak juga. Yang paling best, senang gila nak jumpa Nemo. Banyak anemone kat sini. Lepas gian la juga dapat snorkle, mandi pantai, berendam dan berjemur. Huhuhuhu. Dalam pukul 2, kami balik semula ke resort dan bersiap-siap untuk balik ke tanah besar.

Kesimpulannya, percutian tak dirancang kali ni best. Dapat jalan-jalan, lepak2 pulau, shopping baju batik dan yang penting dapat makan banyak. huhuhu... Enjoy the picture...




 





13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


badruddin ghazali: <b>kemasik</b>

Posted: 18 Nov 2012 06:37 PM PST

[unable to retrieve full-text content]About me. ahmad badruddin bin ghazali sedang belajar di Kulliyyah of Dentistry UIA ... Salah satu benda yang sangat boleh m'buatkan saya bengang di pagi hari selain dari bangun pagi tu sendiri (amboih!) ialah menunggu giliran masuk ke ...

Visit Terengganu - Pantai <b>kemasik</b> Kemaman Terengganu | Jijote <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 10:20 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sibuk sungguh sejak kebelakangan ni walaupun sempat juga luangkan masa shoot landscape dan buat editing tapi nak update blog memang tak sempat langsung ...tapi walau camnerpun setiap bulan seboleh2nya kenalah ...

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


menteri besar terengganu cabar hadi awang <b>di kemaman</b>

Posted: 10 Nov 2012 07:00 PM PST

Sejak Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan mahu bertanding di Parlimen Pekan dalam PRU-13 bagi menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, ramai di kalangan pemimpin BN mencabar calon-calon pembangkang untuk berhadapan dengan mereka. Terbaru, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mencabar Abdul Hadi Awang bertanding di kerusi Parlimen Kemaman.
Menurut Ahmad, Presiden PAS itu sepatutnya bertanding di Kemaman terlebih dahulu sebelum berhasrat bersaing di Parlimen Pekan. Sebaliknya kenyataan Abdul Hadi Awang mahu bertanding di Parlimen Pekan hanya gimik politik.
"Kalau berani, marilah bertanding di Kemaman. Buat apa pergi bertanding di Pahang. Tunjukkan kehebatan di Terengganu dahulu. Jangan hanya mahukan publisiti hingga takut untuk dicabar? 

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


hotel citra kuala berang: Hotel Baru <b>di Kuala Berang</b>

Posted: 12 Nov 2012 10:52 PM PST

 Lokasi Hotel Citra Kuala Berang

ads