Ahad, 10 Februari 2013

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Down <b>di</b> petronas <b>rantau abang</b>

Posted: 08 Dec 2012 05:46 AM PST

You are either not logged in or do not have permission to view this page. This could be because one of the following reasons:
  1. You are not logged in or registered. Please use the form at the bottom of this page to login.
  2. You do not have permission to access this page. Are you trying to access administrative pages or a resource that you shouldn't be? Check in the forum rules that you are allowed to perform this action.
  3. Your account may have been disabled by an administrator, or it may be awaiting account activation.
  4. You have accessed this page directly rather than using appropriate forms or links.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Mesyuarat Exco PAPISMA Pusat <b>di Kuala Terengganu</b> | papisma.org

Posted: 17 Dec 2012 04:53 AM PST

Kuala Terengganu, Sabtu, 8 Disember 2012 – Mesyuarat Exco PAPISMA Pusat kali ke-6 telah berjaya diadakan di rumah Bendahari Agung PAPISMA, Dr. Zaihan bt. Salleh, di Kg. Durian Mas Manir kira-kira 10 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Mesyuarat itu telah diadakan di Dewan Walet yang terletak di perkarangan rumah beliau. Ini merupakan kali ke-2 mesyuarat exco diadakan di Kuala Terengganu di mana kali pertama telah diadakan di Dewan Mesyuarat Klinik Ummi pada tahun 2009 yang lalu.

Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh seramai 13 orang ahli mesyuarat termasuk wakil cawangan, mantan Presiden, mantan Ketua GMP dan SUK PAPISMA Johor-Tengah. Mesyuarat yang bermula pada pukul 6.20 petang hingga 12.10 malam (termasuk makan malam, solat Maghrib dan Isyak) telah membincangkan pelbagai isu. Banyak keputusan telah terhasil yang akan terus menggerakkan PAPISMA untuk menghadapi tahun baru 2013 yang akan menjelang beberapa hari lagi.

Mesyuarat kali ini juga mencipta sejarah apabila ia diadakan bersama sidang akhbar dan penyampaian sumbangan derma PAPISMA kepada Palestin melalui wakil yang akan ke sana iaitu Yayasan Amal Malaysia (YAM). YAM telah diwakili sendiri oleh Presiden YAM, Tuan Haji Husin Ismail. Cek sumbangan PAPISMA sebanyak RM25,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Ribu) telah disampaikan oleh Presiden PAPISMA, Dr. Awisul Islah Ghazali. Pada majlis tersebut YAM turut menerima sumbangan daripada IPUKL yang disampaikan oleh Setiausahanya iaitu Sdr. Dr. Mohd. Nor Azri Ab Wahab. Majlis ringkas itu juga turut dihadiri oleh wartawan akhbar tempatan.

Semua delegasi yang tinggal di luar Terengganu telah bermalam di rumah Dr. Zaihan kecuali Dr. Khairul Afnan Khalid dan Sdr. Azreen Mustafa yang terpaksa balik ke Kota Bharu kerana ada tugas yang menanti keesokannya.

Selepas solat Maghrib berjemaah, para exco dan ahli mesyuarat menikmati makan malam yang telah disediakan.

Selepas menikmati makan malam dan solat Isyak berjemaah (bagi yang tidak musafir), mesyuarat disambung sehingga rombongan wakil Yayasan Amal Malaysia tiba untuk majlis sidang akhbar dan sumbangan derma Palestin.

Mesyuarat di sambung selepas sidang akhbar dan majlis penyampaian sumbangan derma kepada Palestin.

Aksi-aksi yang sempat dirakam sepanjang mesyuarat berjalan.

Keesokannya seawal kira-kira pukul 7 pagi para exco telah bersiap untuk pulang ke destinasi masing-masing. Tuan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden masing-masing akan ke Kuala Lumpur dengan penerbangan awal pagi ini, manakala yang lain menaiki kereta.

Alhamdulillah, sebagai tuan rumah, Dr. Zaihan dan suami sangat bersyukur di atas kesudian PAPISMA Pusat mengadakan mesyuarat di rumah mereka. Segala kekurangan moga dapat dimaafi. InsyaAllah jika delegasi PAPISMA akan mengadakan mesyuarat atau program-program lain di rumah mereka pada masa akan datang, dengan senang hati akan diterima.

2 NGO <b>Kuala Terengganu</b> Bantah Himpunan <b>di</b> Stadium Merdeka.

Posted: 11 Jan 2013 01:33 AM PST

alt

 

KUALA TERENGGANU 11 Jan. - Persatuan Generasi Prihatin & Persatuan Penarik Beca yang dihadiri seramai 40 orang di Kuala Terengganu hari ini berhimpun secara aman bagi membantah penganjuran 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' HKR KL112 yang bakal diadakan esok di Kuala Lumpur.

 

Menurut Mohd Fadzlong Bin Yusof  "perhimpunan aman yang diadakan ini adalah untuk membantah himpunan esok yang mana boleh mencetuskan insiden tidak diingini sepertimana demo bersih 3.0 yang lalu".

 

Beliau juga mengesa agar rakyat tidak memberikan sokongan kepada himpunan KL112 esok yang bakal memberikan kesan negatif kepada imej Negara serta mengundang huru hara.

 

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


@ Pengemis Cinta @: <b>Pulau Perhentian</b>, Terengganu - Malaysia

Posted: 27 Jan 2013 11:23 AM PST

Assalamualaikum dan selamat malam...hehe....jam 1:19 AM, terasa rajin pula nak menaip kat ruang blog aku nie...entrinya??? tu kat atas...'Pulau Perhentian'......siapa pernah sampai??? bercuti??? honeymoon???....tak kisah la kan...janji sampai.....aku pula??? hurm...nie dah kali keberapa aku sampai kot...dah jemu rasanya...hahaha...action??? sebabnya.??? korang baca dulu entri nie sampai habis........

Ok...aku ceritakan serba sedikit dulu pasal Pulau Perhentian, terkenal dengan pasir putihnya dan air laut yang sejernih kristal, itu semua menjadi syurga bagi pencinta-pecinta alam semulajadi dan syurga juga bagi para penyelam scuba....tahap famous-nya Pulau Perhentian ni, korang tau....ianya sudah terkenal di serata dunia termasuklah beberapa lagi pulau disekelilingnya seperti Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah.....terletak 21 kilometer dari tanah besar dan jeti utama untuk kesana ialah di Kuala Besut, Terengganu.


Aku bagi guide line bagi korang yang rasa berminat nak kesini....ok, kalau korang dari negeri mana-mana pun if korang travel dengan bas...korang ambil destinasi ke Jertih atau ke Kuala Besut, Terengganu...so, kalau turun di Jertih korang tepaksa ambil teksi untuk ke jeti dalam 10km perjalanan....kat jeti tu korang akan dapati banyak syarikat pelancongan yang sediakan perkhidmatan untuk sampai ke Pulau Perhentian...korang jangan risau soal tu....ok...kalau travel by car...direct je menuju ke Kuala Besut, disitu belambak ruang parking berbayar disediakan....tak payah risau pasal transport korang...terjamin keselamatannya.....nak cepat lagi....terbang dari KL ke Kota Bharu, dari Kota Bharu menuju ke Jeti Kuala Besut lebih kurang 1 jam perjalanan....soal tambang feri?? penginapan??pakej?? or everything yang berkaitan untuk kesana.....kejap lagi aku bagi contact person....guider terbbaeekkk kat Pulau ...Hansem pulak tu....

Hah...ni cerita aku pula.....mesti ada kan...hehe....berbalik kenapa aku cakap cam dah jemu tadi tu....hehe...bukanla jemu sangat pun action je....acctually aku ni boleh juga digelar dengan panggilan 'Beach Boy' or 'Island Boy'....kenapa??? nak kirakan Pulau Perhentian ni macam kampung aku juga la....sini tempat zaman kanak-kanak aku...tempat aku bersekolah rendah....tempat aku bermain....nak tau ceritanya???...ok...pada tahun 90an, ayah aku ni seorang manager kat salah sebuah resort dekat pulau tu..makanya, terpaksala diangkutnya sekali aku kesana bersama adik aku yang no-2...masa tu kecik-kecik lagi...so, segalanya dunia kanak-kanak aku dekat pulau tu.....jadila aku 'Island Boy'....bab-bab laut nie serah kat aku...hehehe....sememangnya aku bersekolah rendah kat sana hinggala aku menukar sekolah untuk sekolah menengah barulah kitaorang pindah ke Tanah Besar dekat Besut....tu la lebih kurang ceritanya.....tamat flashback......Ini kali ke berapa aku jejak kaki ke Pulau Perhentian pun aku sudah lupa termasukla Pulau-pulau disekelilingnya tadi.....

Kedatangan aku kali ni aku bawa mak saudara aku yang aku gelar mama dan anak-anaknya bercuti.....lagipun kitaorang kalau kesana tak la bersusah payah nak cari resort ke chalet....sebabnya aset ayah aku masih ada kat sana...sebuah rumah.....dan sebidang tanahnya yang belum diterokai.....so, anytime nak pergi....kitaorang pergi je....best kan......dah namanya kampung sendiri kan???

Kat sini aku just nak kongsi beberapa gambar sepanjang kat sana walaupun tak berapa menarik...tapi buktinya aku memang kat sana...hahaha.....









Musim Perlancongan di Pulau Perhentian ni akan dibuka tak lama lagi..dalam pertengahan bulan Febuari...itu salah satu sebabnya aku terpanggil untuk buat entri nie....lebih kurang nak PROMO la...hehe....kalau korang berminat untuk kesana dan ingin menikmati kehidupan secara homestay korang boleh singgah kat homestay kitaorang kat sana....itupun masih belum dibuka....dalam proses renovation......dah siap sepenuhnya...aku akan update....
Done.....sebelum menutup entri ni...aku tak lupa nak kenalkan and pass contact nombor guider hansem yang aku cakapkan tadi tu......sebarang TEMPAHAN, PERTANYAAN UNTUK CHALET@RESORT, FERI, PAKEJ-PAKEJ PENGINAPAN dan segala yang berkaitan untuk ke Pulau Perhentian nie.......korang boleh contact dia.......adik aku ;-
JIJIE       :      019 - 9699629

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


NaxeruL&#39;s Journal: Pelajar Perempuan Bersilat <b>Di</b> Surau <b>Ketengah</b> <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2009 06:17 AM PDT

KUALA TERENGGANU - Kerana cantik dan bijak, dua pelajar perempuan yang juga sahabat baik dihasut supaya bertumbuk di sebuah surau di Ketengah Jaya, Dungun 18 Jun lalu.
Aksi bergasak pelajar tingkatan satu berpakaian seragam itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit dan bukan sahaja tersebar di kalangan pelajar tetapi boleh ditonton di laman web perkongsian YouTube.
Rakaman 30 minit itu bermula dengan tiga remaja perempuan tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya, Dungun di sini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap dua pelajar yang dikatakan menjadi kesukaan ramai. - KOSMO
bila baca artikel ni, rasa kesian pulak kt cikgu-cikgu zaman sekarang. Makin dasyat. Dah macam drama series Jepun pulak aku tengok. Zaman aku dulu ada gak gaduh-gaduh tapi takde laa teruk sangat. Cikgu-cikgu, bersabarlah. Mendidik anak bangsa memang banyak dugaannya.

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


TEGANUKI TA: MB lalui jadual padat <b>di Kemaman</b> esok (9 Februari)

Posted: 07 Feb 2013 03:31 PM PST

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, bakal melalui jadual yang padat di Kemaman, esok (9 Februari).

Bermula jam 9 pagi beliau akan menyertai program gotong royong memasang atap tiga kediaman penduduk di Kampung Yak Yah, Kijal.

Selepas itu, Menteri Besar akan melawat kediaman salah seorang penduduk kampung itu yang uzur. Beliau turut mengambil kesempatan lawatan ke kampung itu untuk meninjau rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin, sebelum bertolak ke Sungai Mas, Padang Kubu, bagi menghadiri majlis perkahwinan salah seorang penduduk di kampung berkenaan.

Pada jam 3 petang, Dato' Seri Haji Ahmad akan hadir ke Program Raja Dam peringkat DUN Kijal di perkarangan Pejabat DUN Kijal.

Sejurus itu, beliau dijadualkan merasmikan Kejohanan Piala Veteran Umno anjuran Penyelaras Pemuda Umno DUN Kijal serta Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal di Padang Bukit Kuang.

Pada sebelah malamnya, beliau akan hadir ke Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina 2013 di Parking Lot, Hadapan Muzium Kemaman di Bandar Chukai.


T E G A N U K I TA: Lebih 40,000 sertai perarakan Maulidur Rasul <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 09:22 PM PST

Oleh: Kamarudin Mat Akib 

Menteri Besar Dato' Seri Haji Ahmad Said mengetuai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kemaman pagi ini yang disertai lebih 40,000 penduduk tempatan dan pelbagai pertubuhan.

Sebanyak 399 kontinjen terdiri daripada pertubuhan umno, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul tersebut.

 Menteri Besar melahirkan kegembiraan kerana sambutan Maulidur Rasul itu yang diadakan di setiap parlimen mendapat samburan luar biasa daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Tutut hadir  Pegawai Daerah Kemaman, Encik Mohamad Kamil Othman, ketua-ketua jabatan dan pemimpin setempat.


Dato' Seri Haji Ahmad berkata, sambutan luar biasa yang menyertai perarakan kali ini tiada kena mengena dengan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) tetapi sebaliknya rakyat setia memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Tahun lalu, kita juga pernah menganjurkan perakan seperti tetapi masyarakat juga keluar beramai-ramai menyemarakkan sambutan maulud yang dianjurkan kerjan BN," katanya ketika berucap pada sambutan itu.

 

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


mencari dan terus mencari........: pengalamanku <b>di pulau bidong</b>

Posted: 19 Oct 2012 01:32 AM PDT

pada 16/10/2012........tarikh keramat bagi kos saya poseso ola....pergi meneroka di pulau biong...
pulau bidong merupakan pulau yang diwartakan kerajaan kepada universiti malaysia terengganu. pulau bidong juga merupakan pusat penyelidikan umt yang hanya didatangi oleh warga umt saja.
saya sebagai pelajar tahun 1 di umt telah diberi peluang untk meneroka pulau bidong. pulau bidong memang xdikenali oleh orang luar...tapi pulau ni telah menyimpan seribu keindahan dan seribu warisan serta keunikan tersendiri yang tidak pernah disentuh oleh manusia yg mementingkan keuntungan..................first time sy pergi pulau bidong memang byk pengalaman yg yang dapat di sana ..walau cuma 1 hari 1 malam je api byk pengajaran dan hati sy betul2 tersentuh dengan ciptaan Tuhan yg indah sekali di sana.memang iktkan naluri hati ni memang xpuas saya ke sana....
sy bertolak dr umt menaiki bas ke setiu sb pulau bidong terletk di daerah setiu..lbh kurang pukul 7.30 kitaorg naik bas ke jeti masa perjalanan ke sana lbh kurang 1 jam..sampai di jeti kami kena naik bot untuk ke pulau bidong.wow...best sgt..lbh kurang setengah jam kami ambil masa dlm bot utk tiba di sana...sepanjang menaiki bot macam2 karenah kwn2 saya yg kelihatan...ada yg mabuk laut tu memang xblh bla la..hehe nsb baik sy ni antibodinya kuat...sy langsung xmabuk...bangga tu...dpt la saya menikmati udara yg segar di samping melihat kebiruan air laut yg jernih....
sampai di pulau bidong kami telah diberi taklimat dan aktiviti pertama yg perlu kami lakukan ialah water confident..memang aktiviti kami padat la mcm maraton...water confident yg sy lakukan memang mendebarkan sy yela kami kena meredah lautan sedalam 35kaki dr aras laut guna life jaket berenang  ke arah kapal umt ...sbnrnya sy xreti sgt berenang memang penat masa tu...mcm nak patah balik je tp mengeluh mcm mana pon saya mst kena sampai ke bot yg sejauh 300meter mcm tu...mula2 sy xconfident sb kepenatan...tp lps sy sampai di bot dgn selamat confidental sy mula naik..hehe..bila kami dah sampai ke kapal kami kena terjun pula ke dasar laut menuju ke tepi pantai semula.....masa tu saya dah teruja sgt nak berenang ke tepi pantai sb saya dah reti berenang.......hehehhe yes! satu pengalaman yg berharga....kemudian lps water confident kami kena junggle treking di pulau tersebut..tapi xjauh sgt la...naik turun cerun curam tu biasa la memang mesti ada...hehe tp sy dah biasa treking di hutan ni so rasa pnt tu x berapa sgt la...yg menariknya di hutan bidong tu ada tinggalan sejarah mengenai penempatan masyarakat vietnam pada 1978..ada monumen2 tinggalan lama yg masih utuh lagi tu,...warisan mereka masih lagi ada di stu ..fasi saya memaklumkan bhw dulunya pulau tersebut menjadi penempatan rkyat vietnam...monumen2 yg ada kat situ spt pub,wayang,tokong,patung,tempat sembayang,kapal yg dibina....tu la bekas monumenyg masih lg kelihatan walaupun dah hampir runtuh....tp masih boleh dijadikan tinggalan sejarah..
owh saya lupa sblm kami treking kami telah berkayak dulu...owh tidakkk sungguh memenatkan! saya memang kalau bab kayak ni sy blur skt lg2 pada masa tu yg jd pasangan kkayak sy ialah kawan saya berbangsa india..di duduk di bhg belakang dan sy depan..memang ade konflik masa saya naik kayak bersamanya tp mls nak citer la...yg pnting kami sampai ke destinasi sejauh 1500m...jauh kan,,pnt tau...tp xpe la pengalaman tu...susah nk dpt...kat umt je ada..heheh bangga jd warga umt..
kemudian kami dibawa menaiki bot ke tengah lautan untuk aktiviti seterusnya iaitu memancing ikan...perh mmg xterkata sy pertama kali berada ditengah lautan yg hny saya nmpak bila tgk ats nmpk langit yg membiru tgk bwh memang lautan la..dan dibwh pancaran terik matahari kami memancing ikan. kami diberi pancing dan umoan sotong dan memcing dalam keadaan kapal yg terumbang ambing dipukul gelora kecil ombak yg membuatkan kawan2 saya mabuk dan muntah2...nsb baik sy x muntah tp pening sikit tu tipu la kalau xde....sy teruskan memancing cuma seekor je ikan kerisi yg sy dapat...lama tau nak tunggu ikan makan umpan kita...dan iktibar yg sy peroleh ialah sy baru mgerti betapa susahnya nelayan untuk mendapat seekor ikan dl keadaan pans terik dan bot yg terumabng ambing..sy bangga menjadi seorg nelayan walaupun hnya 2jam saja..tp cukup bermakana untuk sy jdkan iktibar dan sbg motivasi dlm hidup ni.....
aktiviti terakhir yg saya lakukan memang xsabar nak buat iaitu snorkelling...kami diberi google,mask dan kasut itik untuk snorkelling...wow sungguh indah ciptaan Tuhan yg tersembunyi ini...first time sy tgk spesies marin yg pelbagai ni...memang xterkata betapa cantiknya kandungan lautan ni yg menyimpan beribu2 hidupan yg unik dan exotic ni...hanya Tuhan je tahu betapa exitednya perasaan sy melihat ikan2,,terumbu karang yg subur,dan elbagai lagi...saya juga dpt melihat bangkai kapal vietnam yg ditenggelamkan di situ....menjadi hbitat ikan2 yg unik2 tau....

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Errah Najwa: Sekitar Banjir <b>di</b> Kampung Bukit Mentok, <b>Chukai</b> <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2012 08:58 PM PST

Banjir 25.12.2012~29.12.2012
Banjir terburuk setelah berpuluh-puluh tahun di kawasan Chukai, Kemaman. Ini kawasan depan rumah aku, Kampung Bukit Mentok. 3 hari elektrik ditutup disebabkan paras air yang semakin meningkat ke paras bahaya. Semalam baru on elektrik dan hari ni air dah semakin surut. Syukur Alhamdulillah. Operasi membasuh dan mengemas rumah pulak.

ads