Sabtu, 7 April 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


MTD <b>RANTAU ABANG</b>: CERAMAH PGU <b>DI</b> N-26 DUN <b>RANTAU</b> <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2012 06:08 PM PDT

DUN Rantau Abang lahir hasil dari persempadanan semula DUN Merchang oleh SPR pada tahun 1990.

DUN Rantau Abang boleh dibahagi kepada

Tiga (3) Zon Utama.

1. Zon Pantai terdiri UPU Kuala Abang,
UPU Seberang Pintasan, UPU Pulau Serai

( pekerjaan utama nelayan)

2. Zon Bandar terdiri daripada UPU Pak Sabah,

UPU Gong Pasir ( Kerajaan & Swasta) dan UPU Balai Besar yang baru di wujudkan pada 2010 suku ke 3 lalu.

3. Zon Darat terdiri daripada UPU Tok Kah,
UPU Serdang, UPU Delong, UPU Padang Pulut. (Petani)


13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


teganuku: 300 Penuntut IPTA Berhimpun <b>Di</b> Aman Kampus <b>Setiu</b>

Posted: 07 Apr 2012 07:38 AM PDT

Lebih 300 penuntut universiti di negeri ini menyertai program Aman Kampus Parlimen Setiu anjuran Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Terengganu dengan kerjasama Persatuan Asperasi Terengganu (Asperasi) bermula semalam.

Program yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan tiga institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu Kolej Teknologi Bestari (KTB), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Setiausaha Gagasan, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafiee itu bermula dengan aktiviti Pentas Aman Muda di KTB sebelum disusuli program kemasyarakatan di perkampungan Rhu Sepuluh di Setiu hari ini.

Menurut beliau, antara kegiatan yang dianjurkan sepanjang program kemasyarakatan itu adalah aktiviti senamrobik bersama masyarakat setempat serta gotong-royong membersihkan kawasan rumah orang tua, masjid dan pantai Rhu Sepuluh.

''Kami juga menyumbang sedikit bantuan makanan kepada beberapa orang penghuni di kawasan penempatan rumah orang tua di kampung itu.

''Ia merupakan salah satu daripada usaha kami untuk mendekatkan golongan pelajar dengan penduduk kampung selain merapatkan hubungan di kalangan mahasiswa dan siswi dari ketiga-tiga IPT berkenaan," katanya ketika ditemui.

Tambah Syed Anuar, menerusi kegiatan seperti itu, para pelajar juga dapat berbakti serta memperoleh pengalaman baru dalam suasana kehidupan masyarakat kampung khususnya yang bekerja sebagai nelayan di kawasan itu.

 Utusan

<b>SETIU</b> HARI INI: KPO <b>SETIU</b> BERMUKIM <b>DI</b> KELULUT

Posted: 03 Apr 2012 10:56 PM PDT

BATU RAKIT – Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) telah menyusunatur program dalam meningkatkan gerakerja anggota di bawahnya di setiap parlimen di negeri ini dengan kerjasama berbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Dalam program tersebut semua anggota di semua peringkat wajib hadir supaya dapat menerima input yang padu bagi menentukan hala tuju kearah tugasan masing-masing.

          Bagi sesi ke 8 Kursus Pemantapan Organisasi (KPO), seramai 97 orang anggota APMT di parlimen Setiu, terdiri Ketua Penyelia, Penyelia, Pembantu APMT dan Skim Latihan Graduan (SLG) di peringkat parlimen dan DUN telah hadir di Marang Village Resort & Spa, Kelulut, Marang 55 km dari sini. Mereka mewakili setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit selama 3 hari bermula 1 April dan berakhir pada 3 April 2012
          Kali ini selain Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), Unit Perhubungan dan Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Imtiaz, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah memberi sokongan dalam membantu program untuk memantapkan pelaksanaan kerja kakitangan di parlimen Setiu.
         Pada sesi pertama, Penolong Pengarah APMT, Mohamad Fauzi Muda telah bertindak selaku pemandu arah dalam aktiviti "Ice Breaking". Kesemua peserta berkesempatan melaksanakan tugasan sebagaimana yang diarahpandu dalam menuju suasana perkhidmatan yang berkaitrapat dengan aneka ragam tindak tanduk masyarakat semasa. Rata-rata peserta tidak rasa jemu dan sentiasa patuh dengan disiplin yangmana telah dapat menepati masa pada setiap jadual program. 

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Surau Kg Jaya: DEMO <b>DI PAKA</b>

Posted: 11 Feb 2012 11:21 PM PST








Mereka baru mengetahui pada akhir januari 2012 bahawa tanah sekolah mereka telah dirampas oleh 5 penama JKKK kampung Limbong & kg cacar. Ketua JKKK, setiusaha, naib dan ajk JKKK sendiri sanggup mengambil tanah sekolah tersebut untuk kepentingan individu mereka sendiri.
Menyedari hal itu Jawatan Kuasa Bertindak tersebut berusaha untuk mendapatkan kembali hak tanah sekolah mereka dengan mengemukakan bantahan dan bertemu dengan pihak Pejabat Tanah Daerah, Pengarah Tanah & Galian Negeri Terengganu. Mereka menyuarakan simpati tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana alasannya ini kerja orng politik. Pihak Jawatan kuasa juga cuba menemui Menteri Besar Terengganu tetapi gagal. Dan surat bantahan itu diserahkan kepada setiusaha MB.
Beberapa minggu berlalu tanpa respon akhirnya pihak Jawatan Kuasa menggerakkan demo bantahan secara aman agar pihak berkuasa memberi maklum balas segera. Hari ini, Ahad hampir 3 ribu orang peserta termmasuk masyrakat setempat, ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar berdemontrasi ditapak Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di jalan Santong, Pekan Paka bermula jam 12.30 tengahari. Mereka juga turut berarak ke Pejabat Adun Paka kerana pihak Adun & Ahli Parlimenlah yang terlibat secara langsung menandatangani kelulusan rampasan tanah tersebut.
Walaupun pejabat tersebut dibuka pada pagi tadi tetapi menyedari bahawa peserta demo berarak ke pejabat mereka lalu dengan segera pejabat tersebut ditutup. Bahkan YB Zakaria selaku Adun Paka bertindak melarikan diri dan bersembunyi di Resident Resort, iaitu sebuah resort yang berhampiran. Amat malang apabila beliau takut untuk berhadapan dengan peserta demo tersebut untuk menerima memorandum bantahan. Apabila peserta telah bersurai barulah pada petang ini mereka kembali berkumpul. Mungkin sedang bermesyuarat tergempar kot!
Apa yang kita dapat maklumat, tindakan ini sebagai satu sabotaj terhadap kepimpinan Menteri Besar Terengganu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Said. Semua maklum bahawa Adun Paka dan Ahli Parlimen Dungun iaitu "Datuk" Matulidi adalah team Idris Jusoh dan pastinya tidak sebulu dengan Pok Rosli selaku Ketua Bahagian Dungun yang penyokong kuat & selaku penasihat strategik MB. Dengan isu yang ada sekarang, mereka boleh berlepas diri dan menyerahkan kepada Team Mat Said menjawab serta mempertahankan 5 orang JKKK yang diberi tanah tersebut dalam menghadapi persoalan dan bantahan orang-ramai. Dan sememangnya begitu kerana kelulusan akhir adalah ditangan pihak Exco selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan MB sendiri.
Pihak rakyat menunggu respon pihak berkuasa khususnya Datuk Mat Said dalam memberi jawapan yang munasabah sebagai sebuah parti yang mewar-warkan sebagai Parti pembela rakyat, bangsa melayu & agama Islam. Apakah tindakan rampasan tanah Sekolah Agama ini mengambarkan tanda sebagai rakyat yang didahulukan ?
Sampai bila pihak berkuasa nak membisu???



13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Empat YB Kawasan Parlimen <b>Besut</b> &#39;Baham Tanah&#39; <b>Di</b> Dendong dan <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 08:45 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Sebagaimana yang dijanjikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, seperti yang dicabar oleh Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, hari ini Sabtu 24 Mac, Haji Wahid mendedahkan nama-nama YB Umno yang 'baham tanah'.

Empat dari mereka adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Dato' Seri Idris Jusoh,  ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.

Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran pantai Dendong, mukim Tembila, Besut.

Perbandingan antara tanah yang mereka dapat berbanding dengan apa yang rakyat data dapat dilihat dengan jelas dalam pelan yang dilampirkan.

Lot-lot PT 6902, PT 6903, PT 6904 dan PT 6964 adalah diberikan keajaan Umno Terengganu setiap satu kepada Idris Jusoh, Pehimi Yusof, Nawi Mohamad dan Abdullah Md Zain.

Yang dapat dilihat dengan jelas dibelakang lot-lot terbabit terdapat pembahagian lot-lot kecil, itulah lot-lot yang diberikan kepada rakyat.

Seorang lagi penerima anugerah tanah dari kerajaan Umno adalah ADUN Batu Rakit Khazan Che Mat yang mendapat 0.9965 hektar di Mengabang Bakong, Batu Rakit Kuala terengganu

Komen:

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


WANITA MENGANDUNG GULA GULA <b>DI KUALA TERENGGANU</b> <b>...</b>

Posted: 22 Mar 2012 02:30 AM PDT

WANITA MENGANDUNG GULA GULA DI KUALA TERENGGANU

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

No of View :367
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Gambar Hiasan, tiada kaitan dengan artikel

KUALA TERENGGANU- Gara-gara ingin mencuri, seorang wanita yang masih berstatus anak dara sanggup berlakon berperwatakan seperti wanita yang sarat mengandung sembilan bulan bertujuan mengaburi mata pekerja di sebuah pasar raya terkemuka di sini, dalam satu kejadian.

Bagaimanapun, taktik kotor wanita yang berusia 25 tahun dan berasal dari Bukit Payong, di sini, tidak menjadi setelah dia ditahan oleh pengawal keselamatan pasar raya berkenaan selepas curiga melihat saiz perut suspek yang saiznya agak luar biasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, suspek ditahan di hadapan pintu keluar pasar raya berkenaan oleh pengawal keselamatan bertugas yang sebelum itu sudah mencurigai tindak-tanduknya.

Lakonan suspek yang kononnya sedang sarat mengandung itu terbongkar selepas pemeriksaan dilakukan dan berjaya menjumpai 18 bungkus gula-gula pelbagai jenama bernilai keseluruhan lebih kurang RM200 di dalam bajunya.

Suspek kemudian diserahkan kepada anggota polis selepas memaklumkan kejadian itu kepada pengurus pasar raya dan kini suspek direman untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama tempoh boleh sampai 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda manakala bagi kesalahan kedua atau yang kemudian boleh diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Kompleks Sukan Mini Untuk Penduduk <b>Hulu Terengganu</b> | Rozi <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 12:02 PM PDT

MB

Penduduk Hulu Terengganu bakal menerima sebuah kompleks sukan mini bernilai RM1.5 juta yang akan dibangunkan di kawasan berkeluasan 10 hektar di Kampung Paya Besar, Kuala Berang, tidak lama lagi.

Sehingga kini, kerajaan negeri akan mengeluarkan tender bagi memastikan kerja-kerja tanah dilaksanakan segera sebelum tender bangunan dikeluarkan dalam tempoh setahun kemudian.

Menteri Besar, Dato Seri Haji Ahmad Said, berkata selepas kerja meratakan tapak dan memastikan tapak selamat dalam tempoh masa setahun , pihaknya akan mengeluarkan tender bagi mendirikan bangunan kompleks sukan mini itu.

"Kalau tidak selamat dan berlaku penurunan tanah, berlaku bangunan retak pula. Kita sudah ada peruntukan RM1.5 juta dan boleh lakukan kerja tanah dengan segera.

"Saya minta supaya cari reka bentuk stadium yang baru, sebagaimana Kemaman dan Besut reka bentuknya yang asal dan sudah ketinggalan zaman serta tidak sesuai lagi dengan masa kini," katanya ketika sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke Kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Dato' Rosol Wahid; Adun Kuala Berang Haji Zawawi Ismail.

Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Haji Wan Mohd Wan Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Haji Talaha Ali.

Kredit : teganukita.blogspot.com

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


AGIHAN E-BOOK <b>DI</b> DUN <b>AJIL</b>

Posted: 27 Mar 2012 09:20 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Hadis Abu Humaid As-Saidiy r.a katanya: Aku datang kepada Nabi s.a.w dengan membawa segelas susu yang dibuat dari Naqie` iaitu tanah yang tidak tertutup. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Mengapa engkau tidak ...

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: UMNO Rampas Tanah Melayu Lagi <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 05:00 PM PDT


Tanah Generasi ke-2 Felda yang bertempat di Felda Ketengah Jaya, Mukim Paka kini dirampas oleh agensi KETENGAH sebagai sebuah institusi kerajaan yang ditubuhkan di wilayah Terengganu tengah.

Hasrat sebenar penubuhan Ketengah adalah untuk membantu dan memajukan negeri Terengganu.

Sudah berjuta peruntukan dilaburkan di Ketengah tetapi sehingga kini ianya tidak dapat dibanggakan. Bahkan kerugian, kegagalan mau pun salah urus serta penyelewengan dan pecah amanah diketahui umum oleh rakyat.

Ianya menjadi institusi yang diambil kesempatan oleh para pemimpin Umno-BN sendiri.

Ia menjadi tempat bersemayam Datuk Idris Jusoh apabila BN kalah pada tahun 1999 di Terengganu. Pernah Ketengah menjadi masyhur apabila pecahnya penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Menteri luar Bandar sendiri iaitu Anuar Musa dalam agensi Ketengah melibatkan berjuta ringgit.

Kereta beliau ditangkap tetapi tuannya bebas. Pegawai Ketengah pula akhirnya menjadi kambing hitam.

Ketengah terus dilaburkan dengan duit rakyat manakala sejauhmana rakyat dikawasan Ketengah ini maju, dibangunkan serta bebas dari kemiskinan amat jauh dari angan-angan dan cita-cita. Bandar Ketengah Jaya, Bukit Besi bahkan Bandar Muktafibillah Shah sendiri masih lagi jauh ketinggalan.

Terbaru kini mereka bersekongkol bersama pimpinan Umno-BN untuk menzalimi rakyat mereka sendiri yang sepatutnya mereka dibantu. Kepercayaan yang diberi dengan undi daripada masyarakat Felda sepatutnya dibalas dengan membantu serta menaikkan taraf hidup mereka tetapi malangnya mereka pula dikhianati. Adakah pihak kerajaan menganggap bahawa mereka ini golongan bodoh yang boleh diambil kesempatan keatas mereka?

Tanah Generasi ke-2 Felda, iaitu tanah yang telah dikeluarkan dari akta GSA untuk dibahagi-bahagikan kepada generesai anak-anak peneroka gugusan Felda Kerteh 1,2,3,4 dalam Daerah Dungun serta Felda 5&6 untuk Daerah Kemaman. Setelah mendapat kelulusan diperingkat Pejabat Tanah daerah dengan sokongan oleh jabatan-jabatan serta mendapat kelulusan PTG negeri dan Exco MMKN Terengganu.

Ia dipecahkan seluah 1,090 lot. Bayangkan ianya akan menjadi perkampungan baru yang boleh menjadi pemangkin pembangunan daerah. Seramai 560 orang dikalangan anak-anak peneroka ini telah dipilih namanya untuk sessi pertama dan 500 orang lagi bakal menjadi penghuninya untuk sessi ke-2.

Memandangkan kekangan kewangan pihak kerajaan ketika itu, atas kesepakatan dikalangan peserta serta Jawatan Kuasa Tanah Gen-2 Felda yang ditubuhkan, mereka sepakat untuk menyegerakan seliaan tanah tersebut dengan mengupah kontraktor membersih dan stacking tanah yang berbukit dan berhutan itu. Mereka mengeluarkan RM1,300.00 seorang dan mereka juga mengupah juru-ukur swasta sehingga ke peringkat selesai menanam tanda batu sempadan. Semua urusan kewangan diurus dan dipegang oleh pihak lawyer Zabidi & Co.

Satu majlis penyerahan dan undi lot juga telah diseliakan oleh Pejabat Tanah Daerah Dungun dan ianya disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu sendiri pada tahun 2003.

Tetapi harapan generasi anak-anak peneroka Felda untuk memiliki tanah mereka sendiri akhirnya terhenti akibat daripada nafsu buas pemimpin Umno-BN sendiri. Keangkuhan dan kesombongan serta dendam kepada kepimpinan terdahulu menyebabkan mereka sanggup mengarahkan kerja-kerja tunjuk lot dan semua pengurusan dibatalkan serta merta.

Inilah pengkhianatan yang akan terus terpahat diminda rakyat meskipun sejuta alasan yang mereka suarakan. Sepatutnya mereka meneruskan hak anak-anak peneroka ini dengan member hak milik, bahkan sepatutnya memberi pinjaman mudah untuk mereka memiliki rumah sendiri. Kesemua mereka adalah penganut agama Islam dan 100% adalah orang melayu. Dimana sebenarnya slogan membela melayu yang dilaungkan?

Kini tanah tersebut dirampas dan diserahkan kepada pihak Ketengah yang dikatakan untuk membangun kawasan Bandar dengan pembinaan perumahan. Bahkan sekali lagi ia mengecewakan anak-anak peneroka.

Bukannya hendak dibahagikan kepada anak-anak generasi kedua Felda tetapi akan dikormesialkan dengan membina rumah untuk dijual dengan nilai RM200K sebuah. Secara langsung telah menafikan hak anak-anak peneroka ini. Sedangkan pihak Ketengah memguasai hampir 650,000 hektar tanah yang mereka boleh bangunkan Bandar atau projek dimana sahaja tetapi malangnya kenapa dipilih tanah yang sudah dibersihkan, yang diseliakan untuk rakyat ini?

Inilah sikap dan hati perut sebenar pemimpin Umno-BN. Yang menghairankan kita, tindakan zalim dan rakus sebegitu yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN, masih ada lagi orang yang menyokong dan bersekongkol dengan mereka. Kalau ini berlaku dikalangan masyarakat Cina maupun India atau bangsa lain, nescaya mereka tidak berani melakukan tindakan jahat ini. Mereka tahu bahawa orang cina atau bangsa lain akan menentang kezaliman seperti itu.

Apabila ianya berlaku sesama bangsa mereka maupun seagama mereka, mereka dengan rakusnya meneruskan agenda jahat ini. Sampai bila mereka harus mebiarkan kezaliman ini berlaku?

Ustaz Satiful Bahri Mamat
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Zu&#39;s Blog: Cuti Panjang

Posted: 05 Feb 2012 02:49 AM PST


Seronoknya tahun 2012. Awal tahun dah banyak cuti umum. Kesempatan cuti panjang saya pulang ke kampung Terengganu, Kampung Jerung Seberang, Wakaf Tapai. 
Sebelum sampai ke Terengganu, kami sekeluarga singgah sekejap untuk tempoh beberapa hari di Jabor untuk menghadiri Majlis Perkahwinan sepupu saya. Ustaz bertemu dengan ustazah. Suara isterinya sangat lemah lembut dan bersopan. 
Penat di Terengganu, saya bercuti pula di rumah kuarters kerajaan untuk beberapa hari. Seronok juga tinggal di sini, selesa dan sunyi. Rumah ini pun tidak ada apa-apa perabot. Nasib baik ada televisyen yang diimport dari rumah mak saya. Kalau tidak, balik awal.
Semasa bercuti ,saya terfikir untuk membuat kerja part time untuk menambahkan kewangan. Masalahnya, nak buat kerja part time apa?. Bagi cadangan!
Cuti-cuti panjang ini saya telah habis mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus di YouTube dan CD. Ustaz Azhar  sangat terlakar. Tidak rugi rasanya anda juga mendengar.

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Testimoni from Customer <b>di Kemaman</b> ~ STRIKE a POISSE

Posted: 05 Mar 2012 09:55 PM PST

Ini adalah conversation antara madame and sorang customer yang beli poisse semasa exhibition road show Madamepoisse di Kemaman baru-baru ini. Alhamdulilah ade perkembangan positif selepas beberapa hari mengamalkan Poisse. Insya Allah madame akan letakkan gambar sebelum dan selepas customer ini.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


&#39;Siri Desakan Ke Atas Azmin Mainan Politik&#39;

Posted: 06 Apr 2012 08:14 PM PDT

MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan siri tuduhan dan desakan ke atas. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali termasuk daripada ahli akar umbi baru-baru ini lebih bersifat mainan politik lawan menjelang pilihan raya umum.

"Keadaan itu bukan sahaja menyasarkan pemimpin parti pembangkang tetapi kepada pemimpin kerajaan dalam usaha menjatuhkan mereka seperti mana yang banyak berlaku sebelum ini apabila pilihan raya semakin hampir," katanya.

Tiga hari lalu, sekumpulan ahli PKR termasuk mendakwa masih memegang jawatan di peringkat cabang mengugut untuk keluar parti jika Azmin gagal memberikan penjelasan yang memuaskan mengenai dakwaan pemilikan saham oleh beliau dan isterinya yang dikatakan bernilai jutaan ringgit.

Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd Isa Saidi yang mengetuai kumpulan itu berkata, Azmin tidak boleh lagi berdolak-dalik mengenai isu itu sebaliknya perlu memberikan penjelasan yang meyakinkan semua ahli bahawa beliau tidak bersalah.

Sehubungan itu, kata Mohd Isa, jika Azmin masih tidak mahu menjawab isu itu secara telus, adalah lebih baik jika beliau keluar sahaja daripada PKR.

Kelmarin, Bagaimanapun Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, Isa tidak layak mengeluarkan kenyataan itu dan tidak memegang jawatan tersebut sebab telah digugurkan atas alasan muflis.

Mengulas lanjut beliau berpendapat Pakatan Rakyat (PR) mampu mempertahankan negeri yang ketika ini dikuasai barisan pembangkang jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) melalui proses demokrasi yang lebih telus.

"Sekiranya pilihan raya mengikut proses demokrasi sebenarnya, kita boleh bertahan. Tetapi sekarang ini, di Selangor kita dapati penambahan pengundi yang terlalu mendadak, di luar dugaan, di luar kelahiran penduduk," katanya.

Dengan mengambil contoh pada pilihan raya lalu di Terengganu, katanya, agak mustahil jumlah penduduk di Kemaman meningkat mendadak dengan jumlah 17,000 orang dalam tempoh empat tahun iaitu pada 2004 hingga 2008.

"Kini, pengundi dikesan bertambah di beberapa tempat tumpuan di Selangor, peningkatan jumlah penduduk dikesan meningkat di beberapa kawasan terbabit. Ini satu penipuan. Ia termasuk dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing," katanya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas merasmikan Bilik Gerakan PRU13 Dewan Himpunan Penyokong Pas Parlimen Marang di Pekan Wakaf Tapai, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Yang Dipertua Pas Marang, Yahaya Ali dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas.

Selain itu kata Abdul Hadi, pihaknya masih meragui ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana sehingga sekarang masih tidak serius dengan tuntutan supaya undi pos dimansuhkan kerana ia meragukan, tidak telus dan boleh dieksploitasi. - Sinar Harian Online

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


Kebocoran Gas Ammonia <b>di Kerteh</b> | Saat Kau Sentuh Hatiku...

Posted: 06 Apr 2012 08:49 PM PDT


Macam dah jadi tabiat pulak baca akhbar online tiap hari
tambah lagi semalam ada berita tentang kebocoran gas ammonia
di Kerteh, risau jugak kalau adik aku termasuk dalam senarai
tapi bila semak senarai nama pekerja yang terlibat
alhamdulillah, tidak tersenarai
tak puas hati, aku sms jugak tanya tapi memang sah
dia tak terlibat…kilang depan katanya.
Ikut kan laporan akhbar 50 pekerja nyaris maut terhidu gas ammonia tu
Bukan sikit, mana tak risaunya aku walaupun buat-buat tak tahu
Ikut beberapa akhbar tempatan kejadian dipercayai berlaku jam 8.15 malam
100 pekerja sebuah syarikat kontrak di kawasan industri petrokimia petronas
dekat kerteh sedang melakukan kerja-kerja teknikal
pekerja tiba-tiba sesak nafas, pening, loya dan muntah, malah pengsan
mereka dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka, Klinik Kesihatan Rantau Petronas
dan Hospital Dungun dengan  ambulans dan kenderaan persendirian
Seorang di hantar ke HNSZ kerana mengalami simptom yang serius
Setakat ni, punca kejadian masih dalam siasatan
pihak bomba percaya gas ammonia tersebut bawaan angin,
Petronas juga menafikan kejadian pelepasan ammonia berpunca dari
mana-mana lojinya di Kompleks Industri Petroleum Petronas di Kerteh
adik aku kata, dia orang pun tak tahu mana datangnya benda tu
mmmmm namapun gas, bukan mudah nak cari mana dia datang
tak ada warna, nasib baik ada bau…tau jugak dah bocor
Errrr…Cik Bintang, sila check gas kat dapur tu,
tang mana bacornya. Pening kepala nak pikir macam mana nak buat

KELAB GREENBOC: 23 Terhidu Gas Bocor <b>Di</b> Loji Petronas <b>Kertih</b> <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2012 11:31 PM PDT

DUNGUN - Kira-kira 300 pekerja yang baru memulakan kerja lebih masa di Loji Memproses Gas Petronas, Kerteh, Kemaman gempar apabila mereka terhidu gas dipercayai ammonia kelmarin.

Gambar: SALAH seorang pekerja yang terhidu gas ammonia dimasukkan ke wad Hospital Dungun kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam ketika kesemua pekerja sedang memasuki salah sebuah loji untuk melakukan kerja-kerja penambahbaikan di loji tersebut.

Kejadian itu mengakibatkan sebanyak 23 pekerja terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami pedih mata, loya dan muntah-muntah.

Daripada jumlah itu, sebanyak 15 pekerja dirujuk ke Hospital Dungun dan seorang lagi yang berusia 28 tahun terpaksa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas mengalami simptom yang lebih serius.

Pekerja-pekerja yang lain menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan, Paka di sini.

Menurut Penyelia Keselamatan loji berkenaan, Fazeli Alias, 29, ketika kejadian, kira-kira 50 pekerja sudah memasuki loji berkenaan manakala sebahagian lagi menunggu giliran untuk masuk.

"Tiba-tiba kami terhidu bau busuk dan bergegas ke pejabat tapak untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di Hospital Dungun di sini. -kosmo

24 dirawat terhidu gas bocor

DUNGUN: "Saya menjerit supaya rakan mencari kunci pintu pagar sebaik mendapati beberapa rakan pengsan," kata Shamsul Fitri Mohamad, 21, menceritakan detik cemas kebocoran gas di tempat kerjanya di Pusat Memproses Gas (GPP) 3, di Kerteh, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, 16 pekerja kontrak dikejarkan ke Hospital Dungun manakala lapan lagi menerima rawatan di Klinik Kesihatan Paka selepas mengalami sesak nafas akibat terhidu gas terbabit yang tidak diketahui punca dan dari mana berlakunya kebocoran itu.

Mangsa, Wan Mohd Yuzairi Wan Ismail, 28, dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut.

Lima lagi kakitangan terbabit iaitu Muhamad Sardjuni Abdullah, 48, Mohd Firdaus Mohd Ibrahim, 23, Mohd Zawawi Lokman, 27, Mohd Saiful Rizal Saidin, 25, dan Wan Mohd Shapawi Wan Ibrahim, 36, ditahan di wad Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Shamsul Fitri berkata, ketika kejadian, dia bersama sekumpulan 50 pekerja melakukan kerja lebih masa memasang besi perancah untuk membaiki dan membaik pulih loji terbabit jam 8 malam.

"Ketika itu saya dengar amaran kebocoran gas melalui alat walkie-talkie daripada penyelia sebelum kami berlari ke pintu utama untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Paka, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, sebaik tiba di pintu pagar terbabit, suasana menjadi kelam-kabut selepas dia dan rakan mendapati pintu utama berkunci menyebabkan dia menjerit mengarahkan rakan lain mencari kunci.

"Gas busuk terbabit semakin kuat sehingga masuk dalam tekak dan tiga rakan pengsan. Keadaan itu menyebabkan saya menjerit supaya mereka segera mencari kunci pintu terbabit," katanya.

Shamsul Fitri berkata, dia bersyukur apabila 15 minit selepas itu pintu pagar berjaya dibuka sebelum semua mereka keluar dari tapak kerja dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka oleh rakan yang berada di luar pintu pagar terbabit.

"Saya bersyukur kerana semua rakan yang terbabit kejadian itu selamat dan sekiranya kunci itu lambat ditemui sudah tentu kejadian lebih buruk berlaku kepada kami," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, beliau bergegas ke Hospital Dungun untuk mengetahui lebih lanjut keadaan mangsa sebaik menerima laporan yang berlaku ke atas pekerja terbabit. -hm

50 pekerja nyaris maut

PAKA - Seramai 50 pekerja di tapak binaan di kawasan industri minyak dan gas dekat sini, berdepan detik cemas setelah mengalami sesak nafas dipercayai terhidu gas ammonia yang bocor.

Kejadian dipercayai berlaku lebih kurang jam 8.15 pagi, ketika kira-kira 100 pekerja sebuah syarikat kontrak di kawasan industri petrokimia Petronas dekat Kerteh, Paka melakukan kerja teknikal.

Beberapa pekerja dikatakan secara tiba-tiba mengalami sesak nafas, pening, loya selain muntah-muntah dan terdapat beberapa pekerja turut pengsan.

Sebaik menyedari kejadian terbabit, semua pekerja diarahkan berpindah ke lokasi lain termasuk ada yang menyelamatkan diri masuk ke dalam bangunan sebelum mangsa dipindahkan secara berperingkat ke lokasi lain yang difikirkan selamat.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka, Klinik Kesihatan Rantau Petronas serta Hospital Dungun dengan ambulans dan kenderaan persendirian.

Sehingga jam 2 awal pagi semalam, lebih 20 mangsa menerima rawatan di Hospital Dungun, dua daripadanya, Mohd Zawawi Lokman, 26, dan Mohd Sarjun Abdullah, 48, terpaksa ditahan di wad Hospital Dungun untuk rawa-tan lanjut, manakala yang lain dibenarkan pulang selepas menerima rawatan pesakit luar.

Sehingga jam 8 pagi semalam, semua mangsa yang terlibat dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan dan sehingga jam 9 pagi semalam, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkenaan berkaitan insiden yang disifatkan kes terpencil itu.

Pintu pagar berkunci

"Ketika menyedari ada sesuatu yang tidak kena, saya dan rakan terus keluar dari bangu-nan untuk menyelamatkan diri, namun kami tidak dapat keluar kerana pintu pagar yang dikunci," kata salah seorang mangsa yang dipercayai terhidu gas beracun di kawasan industri petroleum dan gas dekat Paka, Kerteh, Shahrul Fitri Mohmmad, 21, malam kelmarin.

Ketika kejadian Shahrul Fitri dikatakan baru memulakan tugasnya sebelum tiba-tiba berasa pening lalu sesak nafas.

Menurutnya, menyedari keadaan yang tidak selamat itu, dia cuba menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam bangunan, namun dia bersama rakan lain diarahkan keluar semula dan mencari lokasi lain yang lebih selamat.

"Kami cuba untuk keluar daripada kawasan tersebut, namun keadaan pintu pagar utama yang berkunci menghalang kami berbuat demikian. Bagaimanapun, setelah arahan dikeluarkan pihak atasan, pintu pagar mula dibuka dan kami bergegas keluar untuk menyelamatkan diri," katanya.

Kata Shahrul Fitri, dalam keadaan cemas itu, dia sempat melihat beberapa rakan sekerjanya tiba-tiba tidak bermaya dan lebih teruk ada yang pengsan.

"Saya bersyukur kerana selamat, namun tragedi yang berlaku ini amat mengejutkan saya," katanya yang baru sebulan bekerja di kawasan berkenaan.

Mangsa loya, muntah

Mangsa gas beracun, Mohd Saiful Rizal Saidin, 24, memberitahu, dia mengalami rasa loya lalu muntah beberapa kali sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, ketika itu, dia mendengar ada pengumuman supaya semua pekerja yang berada di lokasi berpindah ke tempat lain kerana ada kecemasan.

"Tiba-tiba, kepala saya rasa pening lalu terus muntah. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dalam tragedi tidak diduga itu," katanya yang sudah setahun bekerja di syarikat berkenaan.

Pemimpinn Pas ziarah mangsa

Tragedi kebocoran gas beracun yang hampir meragut nyawa lebih 50 pekerja kontrak di kawasan Industri Petroleum dan Gas dekat Paka Kerteh turut mendapat reaksi segera daripada beberapa pemimpin politik.

Sebaik menerima maklumat berkaitan kejadian terbabit, rombongan beberapa pemimpin Pas Kawasan Dungun diketuai Yang DiPertua Pas Kawasan, Wan Hassan Mohd Ramli meluangkan masa hampir satu jam bertanya khabar keadaan mangsa, selain mendoakan agar kesemua yang terlibat kembali stabil selepas melalui detik mencemaskan itu.

Hadir sama, beberapa pemimpin Pas lain termasuk Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Satiful Bahari Mamat dan Naib Yang Dipertua Pas Kawasan, Azman Shapawi Abdul Rani.

Bomba kerah dua jentera

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba negeri Roslan Mat Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.30 malam.

"Dua jentera bersama lapan anggota dan pegawai dikerahkan ke tempat kejadian bagaimanapun pihak bomba gagal mengesan kebocoran gas di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata pihak bomba percaya gas ammonia tersebut adalah dipercayai bawaan angin, namun mereka masih memantau keadaan di loji terbabit untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Sementara itu, Petronas menafikan kejadian pelepasan ammonia berpunca dari mana-mana lojinya di Kompleks Industri Petroleum Petronas di Kerteh.

Menurut kenyataan Pejabat Wilayah Pantai Timur Petronas Kerteh, pihak berkuasa masih menyiasat insiden itu.

Adalah dipercayai pelepasan gas tersebut berlaku di sebuah loji lain yang tiada kaitan dengan syarikat petroleum negara itu.

Kejadian itu melibatkan 23 kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji Petronas, terhidu gas itu sehingga menyebabkan mereka dihantar ke beberapa pusat perubatan di Kerteh, Dungun dan Kuala Terengganu.

Sehingga tengah hari tadi, 22 daripada mereka telah dibenarkan pulang dan pihak Petronas telah menyediakan bantuan yang diperlukan kepada mereka yang terlibat.

Menurut kenyataan itu, keadaan di kawasan loji Petronas adalah terkawal dan selamat serta pihak syarikat telah mengambil segala langkah-langkah kawalan yang diperlukan. -SH

Itu kebenaran yang terdedah sebelum Lynas beroperasi.

Kebocoran gas ammonia di Pusat Memproses Gas (GPP) 3, Kerteh menyebabkan 23 pekerja (Metro menyebut 24) berdepan dengan maut.

Tuhan sudah memberikan amaran awalNya.

ads