Khamis, 30 Mei 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Buletin Online: PAS Terus Bertanding <b>di</b> Bukit Besi, <b>Seberang Takir</b> <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2013 03:54 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/hadi-pas.jpgMesyuarat Harian PAS Pusat hari ini memutuskan agar PAS terus bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertindih dengan PKR di  Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera pada Pilihan Raya Umum ke 13.

Perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang hari ini, keputusan mesyuarat itu akan disampaikan kepada pemimpin tertinggi PKR petang ini.

"Ketiga-tiga kerusi tersebut adalah milik PAS dan saya akan mengarahkan jentera bekerja untuk memenangkan calon PAS," kata beliau.

Menurut beliau, mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat juga mencadangkan agar PKR bertanding di DUN Sungai Acheh (Pulau  Pinang), DUN Pandi (Johor) serta Parlimen Labuan (Sabah).

"Bagi kerusi DUN Kota Damansara (Selangor) kita akan hantar wakil untuk berunding dengan PKR," katanya dala sidang media di pejabat Agung PAS Jalan raja Laut, Kuala Lumpur.

Sementara itu, PKR Terengganu hari ini mengumumkan calonnya yang bertanding di DUN Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir menarik diri bagi  memberi laluan kepada calon PAS.

Mereka ialah Mohd. Shamsul Mat Amin (Bukit Besi), Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (Kota Putera) dan Ahmad Nazri Mohd. Yusof  (Seberang Takir).

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail di pejabatnya di sini hari ini., dipetik Utusan Online

Dalam perkembangan lain, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata pihaknya tidak akan melayan mana-mana calon yang disahkan bertanding  menarik diri selepas tempoh penamaan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ia berdasarkan pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan  Pilihan Raya) 2012 yang tidak membenarkan mana-mana calon yang telah secara rasmi diumumkan oleh pegawai pengurus di pusat  penamaan calon menarik diri.

"Kalau calon itu memutuskan untuk menarik diri, itu menjadi hak peribadi mereka, bagaimanapun mengikut undang-undang, SPR tetap  akan mencetak kertas undi yang mempunyai nama dan logo calon itu," katanya hari ini.

<b>Seberang Takir</b> ~ Blog Siakappaka

Posted: 22 Mar 2013 11:14 PM PDT

Assalamu'alaikum kepada pembaca-pembaca Blog Siakappaka, kali ini penulis ingin menceritakan tentang lokasi memancing ikan gred A di Terengganu iaitu Kampung Seberang Takir Kuala Terengganu. Seperti di dalam gambar, di kawasan inilah menjadi sasaran buruan kaki-kaki pancing 2 dalam 1 untuk memancing ikan-ikan laut dan ikan-ikan sungai kelas
terbaik seperti Ebek, Gerung, Talang, Pari, Siakapputih, Siakapmerah, Kuku, Kerapu dan lain-lain. Jika anda gemar memancing ikan- ikan laut anda bolehlah memancing di sebelah laut, manakala jika anda pula gemar memancing ikan-ikan sungai anda bolehlah memancing di sebelah sungai ataupun kedua-dua sekali serentak mana tau jika ikan laut tak dapat berkemungkinan ikan sungai yang dapat, betul kan. Seberang Takir terletak bersebelahan pinggir bandar Kuala Terengganu yang dipisahkan oleh sebuah sungai dan muara. Jika anda berada di Pasar Payang dan Bazar Warisan perkampungan jelas kelihatan tidak jauh dari situ. Ada dua cara untuk ke Kampung Seberang Takir samaada melalui jalan darat ataupun melalui jalan sungai dengan menaiki bot penambang. Bot penambang sudah sinonim dengan penduduk-penuduk di perkampungan seberang sungai besar Kuala Terengganu terutamanya penduduk-penduduk kampung Seberang Takir kerana ianya adalah pengangkutan air yang sering digunakan untuk ke bandar Kuala Terengganu kerana jaraknya lebih dekat jika dibandingkan dengan jalan darat, dengan tambang hanya RM1.00 untuk perjalanan sehala, anda bolehlah merasai bagaimana menaiki bot penambang dan melihat kehidupan penduduk kampung di sini seperti aktiviti-aktiviti nelayan, memancing, membuat kerepuk lekor, membuat ikan kering, membuat batik dan permainan layang-layang atau wau. Sejarah Seberang Takir: Pada zaman dahulu, Seberang Takir hanya dikenali dengan panggilan 'Seberang' sahaja dan tiada penduduk pun yang menetap di situ. Pada waktu itu, negeri Terengganu diperintah oleh Sultan Zainal Abidin. Semasa pemerintahan baginda, negeri Terengganu mengamalkan sistem perundangan Islam. Di antara undang-undang kanun ketika itu ada menyebut apabila seseorang rakyat Terengganu atau orang-orang yang bermastautin di Terengganu, jika ditangkap kerana mencuri atau sabit kesalahannya, maka dia akan dikenakan hukuman takir tangan ataupun takir kaki. Perkataan 'takir' di sini bermaksud kerat ataupun potong. Jadi, pada suatu hari, dua orang lelaki telah ditangkap kerana mencuri barang kemas di sebuah rumah penduduk di daerah Kuala Terengganu. Lelaki itu adalah Pak Said dari Manir dan Pak Abdullah dari Kampung Chabang Tiga. Selepas dibicarakan, Pak Said dijatuhi hukuman takir tangan kanan sehingga putus kerana mengambil barang kemas tersebut. Pak Abdullah sebaliknya telah dijatuhi hukuman takir kaki kanan kerana bertangungjawab dalam merancang dan mengajak Pak Said untuk mencuri. Selepas itu, kedua-duanya dibawa dari Kuala Terengganu ke tempat penjatuhan hukuman oleh beberapa budak suruhan raja dan juga seorang 'petunda' yang bertanggungjawab untuk melaksanakan hukuman. Mereka dibawa menaiki perahu. Akhirnya perahu itu singgah di Seberang Takir dan Pak Said dan Pak Abdullah dibawa ke satu tempat di hujung tanjung. Akhirnya, hukuman pun dijalankan. Selepas itu, rakyat di Terengganu mula memanggil tempat itu sebagai Seberang Takir. Sumber dari kalampatah Kesimpulannya: Seberang Takir merupakan sebuah pekan yang terletak di Kuala Terengganu Negeri Terengganu, Malaysia. Seberang Takir merupakan sebuah perkampungan nelayan, yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan. Asalnya Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah ShahBandar (Kuala Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh.

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


BN Guna Strategi &#39;5 Lawan 1′ Gempur Hadi <b>Di Marang</b> | Detik <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2013 02:19 AM PDT

imagesKUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) akan menggempur kubu kuat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Marang dengan strategi 'lima lawan satu'  bagi menguasai kerusi parlimennya dan empat kerusi dewan undangan negeri (Dun) di situ.

Ketua Umno Bahagian Marang Datuk Yahya Khatib Mohamad yang juga calon BN untuk kerusi parlimen itu, berkata menerusi strategi berkenaan, fokus utama ialah menyingkirkan sokongan terhadap Abdul Hadi di kerusi Parlimen Marang dan juga Dun Rhu Rendang.

"Kami semua akan bersatu menentang Abdul Hadi. Kami bukan sahaja mahu memastikan kemenangan di kerusi masing-masing tetapi juga berusaha mengetepikan pengaruh Abdul Hadi," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Kerusi Parlimen Marang dan Dun Rhu Redang dianggap 'kerusi keramat' Abdul Hadi. Beliau mula bertanding di kerusi parlimen itu pada 1978 namun kalah dan cubaan keduanya pada 1986 juga gagal. Nasib Abdul Hadi berubah pada 1990 dan beliau menguasai kerusi itu sehingga 2004 apabila dikalahkan Datuk Abdul Rahman Bakar sebelum menang semula pada 2008.

Kerusi Dun Rhu Rendang pula dikuasainya sejak pilihan raya umum 1986 sehingga sekarang. Selain Rhu Rendang, tiga lagi DUN di kawasan parlimen itu ialah Bukit Payung, Alur Limbat dan Pengkalan Berangan. Pada pilihan raya umum 2008, BN menang di Dun Pengkalan Berangan menerusi Yahya dan Alor Limbat (Alias Abdullah).

Kali ini BN mengekalkan Alias di Dun Alur Limbat dan meletakkan dua muka baharu iaitu Nik Dir Nik Wan Ku  di Dun Rhu Rendang dan Abdul Latif Awang (Pengkalan Berangan), manakala Dun Bukit Payung akan ditandingi semula calon pada 2008, Zaidi Muda yang kalah dengan perbezaan 115 undi.

Mengulas lanjut, Yahya berkata pemilihan calon BN terbabit adalah berdasarkan kehendak masyarakat setempat yang mahukan pemimpin mesra rakyat, mudah didekati dan dihubungi selain bersungguh-sungguh mahu membawa pembangunan di Marang.

Sementara itu, calon BN di Bukit Payung, Zaidi berkata sokongan rakyat di kawasan Parlimen Marang sukar hendak dibaca dan sentiasa berubah mengikut keadaan.

"Kalau tengok keadaan sekarang, ceramah Pas di Bukit Payung kurang dapat sambutan dan kita yakin jika ini berterusan Bukit Payung kembali ke tangan BN," katanya. – Bernama

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jan 2013 01:45 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Laporan Penuh Aktiviti MBFM Cerul 2012 - Felda Cerul, Kemaman

Posted: 02 Jan 2013 04:46 AM PST


Berikut dilampirkan aktiviti-aktiviti Persatuan Belia (MBFM) Felda Cerul, Kemaman sepanjang tahun 2012 (Januari - Disember). 
Laporan bergambar pula boleh didapati di sini.
  • 29 & 30 /12/2012 - Menganjurkan Program Prihatin "Cuci Rumah" Pasca Banjir di Felda Seberang Tayor.
  • 21-23/12/2012 - Menganjur Kejohanan Badminton MBFM Cerul 2012 (Lelaki dan Perempuan)
  • 14/12/2012 - Menganjurkan Kejohanan Bola Jaring dan Sukanita Tertutup MBFM Cerul 2012
  • 8/12/2012 - Menyertai Pertandingan Memasak Bubur Asyura Peringkat Daerah Kemaman 2012 di Binjai, Kemaman
  • 7/12/2012 - Program Bacaan Yaasin Belia di Rumah Sdri. Zulayati Shafie
  • 30/11/2012 - Program Bacaan Yaasin Belia di Rumah Sdri. Fiza Saad@Long
  • 30/11/2012 - Menganjurkan Program Memasak Bubur Asyura MBFM Cerul 2012
  • 23-24/11/2012 - Menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw MBFM Cerul 2012.
  • 22/11/2012 - Program Bacaan Yaasin Belia di Rumah Sdr. Khairi Nong.
  • 19/11/2012 - Terlibat sama menganjurkan Majlis Penyerahan Cek Durian Runtuh Fasa 3 di Dewan Felda Cerul.
  • 17/11/2012 - Mesyuarat Bulanan JK MBFM Cerul
  • 10/11/2012 - Menghantar 15 orang ahli ke Himpunan Generasi Baharu FELDA di UiTM, Shah Alam.
  • 2-3/11/2012 - Menghantar pasukan bola sepak 11 sebelah, bola jaring dan sepak takraw ke Kejohanan Sukan Warga Felda di Bandar Ketengah Jaya,Dungun.
  • 1/11/2012 - Program Bacaan Yasin Belia MBFM Cerul (Versi Rumah Syed Firdaus)
  • 31/10/2012 - Mesyuarat Khas JK MBFM Cerul
  • 17/10/2012 - 3 orang AJK hadir Mesyuarat Sukan Felda di Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Kuala Terengganu.
  • 14/10/2012 - Program Bacaan Yassin Belia MBFM Cerul (Rumah Puan Kasmida Kasim)
  • 7-10/10/2012 - Menghantar 3 orang AJK Kursus Tranformasi Warga FELDA di Kem NADI, Sungkai, Perak.
  • 30/6/2012 - Mesyuarat Bulanan JK MBFM Cerul 2012 (Jun)
  • 28/6/2012 - Gotong Royong "Angkat Barang" Pindah Rumah Jururawat Desa Klinik Cerul
  • 22/6/2012 - Menganjurkan Gotong Royong Membersih Kubur Felda Cerul
  • Menyertai Karnival Astro Belia 1Felda di Kerteh 5, Kemaman
  • 28/5/2012 - Menyertai selaku jawatankuasa pelaksana Majlis Menteri Besar bersama Warga Felda Cerul
  • 30/4/2012 hingga 25/5/2012 - Menyertai Kejohanan Liga Bola Sepak 11 Sebelah Piala Menteri Besar di Stadium Mak Chili, Kemaman
  • 24/5/2012 - Mesyuarat Bulanan JK MBFM (Bulan Mei 2012)
30/4/2012 hingga 25/5/2012 - Menyertai Kejohanan Liga Bola Sepak 11 Sebelah Piala Menteri Besar di Stadium Mak Chili, Kemaman. (Nama Pasukan: Mahligai FC)
1/3/2012 – Menganjurkan Karnival Sukan Rakyat dan Futsal MBFM Warga Felda Cerul
1/3/2012 – Menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam bersama MBFM
3/2/2012 -Menganjurkan Futsal Lelaki, Perempuan, Kanak-kanak dan Veteran
4/2/2012 - Menganjurkan Majlis Bersama Pemimpin & Santai BBQ serta Perasmian Gelanggang Futsal oleh YB Menteri Belia dan Sukan.
17/2/2012 - Terlibat dengan perarakan Maulidur Rasul Peringkat Felda Cerul
 25/2/2012 - Mesyuarat Agung Persatuan Belia (MBFM) Felda Cerul Kali Ketiga
29/2/2012- Menganjurkan Karnival Mesra Belia MBFM Felda Cerul 2012
26-28/01/2012 - Menghantar 4 orang ke ProgramTransform MBFM di Tanjung Leman, Johor.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 04:49 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jualan Tapak Pesta Pesta Buku dan Gajet - Iklan <b>di</b> Mudah PERCUMA

Posted: 17 Mar 2013 10:01 PM PDT

Jualan Tapak Pesta
Pesta Buku dan Gajet/ IT TTI 2013
Tarikh : 23/3/2013 – 30/3/2013
Hari : Ahad – Sabtu
Tempat : Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu
Saiz Kanopi : 20′ x 20′
Harga : RM 850.00 (9 hari)

Keutamaan diberikan kepada Jenis Perniagaan :
1. Komputer
2. Kamera
3. Telefon dan akesori
4. Komunikasi
5. Buku dan majalah
6. Untuk jualan produk lain2 juga boleh hubungi saya untuk tempahan.

Ruangan Booth, 1 Meja , 2 Kerusi , 2 lampu , 1 Punca Elektrik.

Aktiviti:
-Pameran buku, gajet dan it.
-Demonstrasi mewarna oleh Raja Pensil Warna Malaysia ( Abang Uneh ).
-Bengkel dan pertandingan mewarna.
-Demonstrasi masakan oleh Chef Liza.
-Pertandingan fotografi.

Jika berminat boleh emel(jasbi@tti.com.my) atau hubungi saya Jasbi (09-6278846)

Incoming search terms:

  • gajet it (1)
  • pesta (1)
  • pesta buku (1)
  • tapak pesta (1)

Tanya pasal iklan ni :

comments

Tak jumpa apa yang anda cari? Gunakan SEACRH di bawah:



Kristal Yang Indah <b>di Pulau Wan Man</b> - terengganu yang kukenali

Posted: 29 Sep 2010 06:53 AM PDT

Keunikan 76 – Kenali Masjid Kristal Terengganu (sambungan TTI)
Masjid yang terkenal di negeri Terengganu ini terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.  Mercu tanda yang menjadi ikon bagi Taman Tamadun Islam (TTI) ini diperbuat daripada kristal kaca dan keluli menjadikannya unit dan istimewa.
Ia dibuka secara rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.
Bandar Kuala Terengganu yang diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Januari sebelum itu diserikan lagi dengan perasmian Masjid ini.  Keindahannya telah menarik perhatian pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke negeri Terengganu, Malaysia ini.
Masjid yang mempunyai keluasan 2,146 meter persegi boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa ini merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.  Ia dilengkapi dengan kemudahan untuk mengakses internet dengan liputan WIFI bagi membolehkan pembacaan al Quran elektronik.
Masjid yang cantik di bahagian luar dan dalam ini mempunyai kombinasi warna yang harmoni iaitu putih dengan warna kristal keemasan disulami permaidani merah lembut menutupi bahagian lantainya.
Tidak dapat hendak digambarkan dengan jelas hanya dengan kata-kata dan tulisan, melainkan anda datang ke sini dan melihat sendiri apa yang penulis ingin gambarkan. 
Foto-foto yang sempat dirakamkan ini mungkin boleh menterjemahkan sedikit sebanyak apa yang penulis ingin katakan.  Mari kita lihat……………..
Pelajar SMAASZA (anak didik) bergambar di hadapan Masjid Kristal
Info Penting
Cara untuk datang ke sini
- Bas Cas Ligas (Bas Bandar) yang berlepas dari Taman Shahbandar
Kuala Terengganu setiap hari
seawal jam 6 pagi hingga 10 malam.
- Teksi bagi yang datang dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau
Stesyen Teksi di Kuala Terengganu
- Bot Penambang yang bertolak dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu
 Untuk Pertanyaan boleh hubungi
TTI Management Sdn. Bhd
Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Malaysia
Tel : 609 6278888    Fax : 609 6309020
Web : www.tti.com.my

CUTI-CUTI KE PULAU WAN MAN
BAWA KELUARGA MELIHAT KEINDAHAN SENIBINA
MASJID KRISTAL 

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jabor</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2013 11:17 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Independently Produced.: kemalangan <b>di</b> jalan <b>jabor</b> (air putih)

Posted: 19 Feb 2013 08:06 PM PST

jumaat 15/02/2013.....ak kemalangan di jalan jabor dekat air putih ,kawasan tu bnyak binatang berkeliaran terutama lembuuuuuu (celaka tuan lembu).dalam perjalanan dari sungai tong setiu menuju ke pekan pahang ak xcdt di air putih dekat jabor sana.ak dgn 2 lg member ak.nasib baik kami bertiga x de cedera yang teruk,alhamdullillah bersyukur sangat.pada awalnya ak dah x nak lalu kot jabor tu tp x tau kenapa ak g lalu jagak ingat nak lalu kot pantai jer,dah nak ecdt nak wat camana klu nak berlaku lalu kot mane2 pon tetap akan berlaku.

kejadian berlaku dalam pukul 7.30mlm ,time tu ak dengar radio thr permata pantai timur,lepas je azan berkumandang aku terus melanggar lembbuuuu tu,serius ak mmg x nampak,break pun tidak,kete dah jadi macam motor scross.lepas laggr tu kerete berundur ke belakang,time tu tgh mendaki jalan samar2 nampak x nampak.time kete berundur tu kawan ak nie suruh  angkat handbreak!!!!!!!! angkat hand break!!!!!...cepat2 ak angkat hand break...huhu lembu tu mampos kat tgh2 jalan,kiranya lembu tu dah ader yang laggar la sebelum nie.tetapi x de org pon nak alihkan ketepi,lembu tu besar sangat,klu tarik 4 org pon x lepas lagi.

dalam keadaan hujan time maghrib ak kuar tgk kereta.ak x bagi kawan 2 org lagi tu kuar sebab kawan aku tu pompuan,ramai yang benti tanya cmane,ok ke,ak takut ad yang nak ambil kesempatan je,mana la tahu org tu baik ke jahat..
alhamdullillah tiada perkara yang yang tidak diingini berlaku....nasib baik la ad org kg kat situ datang menolong,dia call tow truck..ak tunggu tow truck dalam pukul 9malam baru sampai, dan kete ak dibawa ke shell muflis sebelah kiri kalau ke kuantan,kat sebelah shell mapos tu ad kedai makan..ak suh kwn 2 org nie pergi kat kedai tu.

check punya check enjin tiada masalah,radiator x bocor cuma CAP DISTRIBUTION yang pecah,sebab tu la enjin x leh nak start, salah satu cable dari plug ke cap distribution pecah.dia dah cuba cari ngan membe2 dia tp x jumpa,dia pon x de idea nk wat cmane,kami x tau nk tdo mane kalau dia x baiki,dia suggest aku suh pakai electronic CDI tapi barang tu mahal,dia nak cash RM270 aiyooo  pening ak dgr,duit bawa sratus lebih jah,ckp baiki dulu t sy bank in,dia x percaya,dia ckp bnyak kali dah kene..ak g jumpa mmbe 2 org lgi tanya sal duit cmne weh ad duit x,membe ak pon x de..klu gabung 3 pon x cukup lagi...huhhhhhhhhhh  ponin den..da la sorg ja laki,nk mntak tlg sape kat air putih nie,sorang pon x kenal,,,cmane nie ,dah la ak bawa anak pompuan org,klu laki ak tdor je lam kete..esok je repair ..pastu membe ak ni cal spupu dia yang duk kat paka suh datang bawa duit ak sembang punya sembang ngan sepupu dia ckp rosak cap tu,pastu sepupu dia suh mnta murah lg, ak g jumpa pomen tu balik ckp nk murah lg dia ckp x boleh dah pomen tu ckp x yah la pasang mnde tu (cdi), pomen tu ckp dia nak gam, call balik sepupu membe ak tu x yah dtg la..pomen tu ad solution lain pastu ak g jumpa pomen tu (abe lie air putih)

suh anak buahnya pergi beli gam gajah,cuba lekat kan dgn gam gajah tp x lekat,x tau la knapa.pastu dia call membe2 tanya pasal cap tu semua x de,yang ade pon yang 850,yang guna skru..yang aknya nie 660 guna clip.lam pukul 10 mlm pomen tu ckp dia nk balik nak repair kat umah,dia nak gam dengan gam 2 tan..gam yang kaler putih satu hitam satu tu...pastu cmpur la 2 tu...gam tu lagi kuat..

semasa dia balik ak pon ke kedai kat membe2 ak ,time tu game selangor vs kelantan x de mood langsung nak tgk kelantan ktgalan time tu 2-0..dalam pukul 12 mlm dia datang balik,dia pasang cap tu..alhamdullillah..enjin dapat dihidupkan...leganya dalam hati,bersyukur sangat2.sebelum xcdt ak sorg je kat depan ak suh membe 2org lagi duk kat belakang,sebab seat depan basah..time nk balik  kwn ak request nak duk depan ok la dia boleh tgk jalan klu ad ape2.ak bawa dalam 60km/jam huhuhu...slow giler..time nie ak n membe ak x solat ag,nak cari masjid kat mane area kuantan nie yang bukak g petronas x de surau,g airport da tutup,shell pon x de surau.sampai kat kuantan dalam pukul 2 pagi ekpon..last ak singgah kat masjid taman inderapura alhamdullillah masjid tu bukak.lepas solat masing lapar x makan lagi..g makan..lepas makan terus balik nak highway jalan kosong ak pecut sket ,membe ak runsing suh perlahankan sket...yela trauma la tu..ak pon drive mcm org baru naik kete jer...tgk lembu trus tringat kejadian tu..alhamdullillah dalam pukul 3pagi ak sampai kat ump pekan....

jom layan pic kete ...

yang kaler hitam tu gam 2 tan yang digam..tu la cap distribution klu nak kenal..

bumper proses nak pasang no plate

bengkel angah 

bengkel angah

alhamdullillah..kereta siap dibaikpulih
2.signal kiri and kanan RM30
4.plate kete RM30
5.upah RM50
6.coolent RM22

kos di air putih
1.tow truck RM50
2.upah RM20

kesemuanya RM292....

#mujurla barang kancil low cost

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>

Posted: 19 May 2013 07:16 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/hanafiah%20hospital.jpgKEMAMAN - Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai, Haji Hanafiah Mat meminta kerajaan menjelaskan kedudukan Hospital Kemaman yang dilaporkan mahu dibina baru, bagi menggantikan kompleks sedia ada di Jalan Da' Omar dekat sini.

Menurutnya, hospital tersebut yang mula dibina pada tahun 1946 walau pun dipertingkatkan kemudahannya dengan bangunan baru pada tahun 1998, masih belum menampung jumlah penduduk daerah itu.

Katanya, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said sudah berjanji akan pembinaan hospital baru dimulakan pada akhir tahun 2012, namun janji tersebut belum dilaksanakan.

"Bekas Adun Chukai sudah berkali-kali minta dipercepatkan pembinaan hospital baru, sekarang saya selaku Adun Chukai menggesa ianya disegerakan memandangkan pertambahan penduduk dan keperluan semasa,

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/hospital%20kemaman.jpg"MB pada bulan Ogos tahun lalu kata Hospital Kemaman bernilai RM200 juta akan dibina akhir tahun itu apabila semua proses siap dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya, tapi sebatang tiang hospital baru pun tak nampak,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi para pesakit yang terlantar di wad Hospital Kemaman pada Jumaat, 17 Mei.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu memutuskan, kedudukan hospital sedia ada kerana beliau dimaklumkan hospital baru yang akan dibina itu bukan dalam Dun Chukai, tetapi dalam kawasan Dun Kijal.

Justeru itu, beliau meminta Kementerian Kesihatan mengekalkan hospital sedia ada walaupun hospital baru siap kelak.

"saya minta kementerian mengekalkan hospital ini, mungkin boleh dijadikan hospital Chukai kalau hospital baru bagi daerah Kemaman siap kelak kerana ia akan jadi satu pembaziran sekiranya bangunan dan peralatan yang ada dilupuskan begitu sahaja,"jelasnya.

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Nostalgia Sekolah Melayu <b>Bukit Besi</b> | <b>Bukit Besi</b> Blog

Posted: 27 Apr 2013 08:05 AM PDT

Salam satu Malaysia. Sekolah Melayu Bukit Besi dibina semasa aktiviti perlombongan bijih besi dijalankan di Bukit Besi. Kebanyakkan pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada anak-anak pekerja lombong bijih besi serta penduduk-penduduk di sekitar Bukit Besi.

Sekolah Melayu Bukit Besi

Sekolah ini di kenali sebagai Sekolah Melayu Bukit Besi sejak ditubuhkan pada tahun 1952. Bermula dengan hanya bangunan kayu satu tingkat dan telah berubah hingga kini mengikut peredaran masa. Pada tahun 1963 sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bukit Besi hingga ke hari ini. Terlalu banyak nostalgia dan memori yang ditinggalkan di sekolah ini dan ada di antaranya orang-orang terkenal yang mendapat didikan di sekolah ini. Sila lihat gambar-gambar lama yang meninggalkan seribu satu nostalgia di sekolah ini.







Sekolah Kebangsaan Bukit Besi

Di bawah ini adalah gambar-gambar Sekolah Kebangsaan Bukit Besi di sekitar tahun 1970 dan 1980. Sekolah ini diperbaharui mengikut peredaran masa dan pembangunan di Bukit Besi.

Berdiri dari kanan (kalau tak silap): Cikgu Mat Bakar, Ustaz Maliki, Pok Mat tukang kebun, No 5 dari kanan Cikgu Halim. Duduk dari kanan: Cikgu Alias, Wan Muda dan No 7 dari kanan Cikgu Fauzi. Manakala Guru yang lain saya tak pasti. Ada sesiapa yang mengenali mereka?

Sumber gambar daripada blog Sekolah Kebangsaan Bukit Besi.

ads