Isnin, 27 Jun 2011

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


UMNO Online - Pendekatan Hati Ke Hati Untuk Hadapi PRU 13

Posted: 13 Jun 2011 01:09 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Pendekatan Hati Ke Hati Untuk Hadapi PRU 13

Oleh: Azlina Rosdy

HULU TERENGGANU, 13 Jun – Menyedari pilihan raya umum (PRU) semakin menghampiri, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang menekankan pendekatan hati ke hati bagi mengesan masalah di kalangan pengundi.

Katanya, gerak kerja untuk berdepan PRU akan datang, adalah berkonsepkan 'menyentuh hati rakyat'.

"Kita menumpukan gerak kerja di peringkat bawah agar mendekati para pengundi di bahagian ini. Saya mahu jentera yang telah di tubuhkan, mendekati pengundi bukan sahaja untuk mengenal pasti masalah yang ada tetapi mengenalpasti kelemahan pucuk pimpinan di bahagian. Saya memanggil gerak kerja ini ialah gerak kerja luar biasa.

"Kita sedar, rakyat lebih peka dan nampak kelemahan kita. Oleh itu saya mahu mendengar suara rakyat agar segala kelemahan dapat kita baiki. Jika kita terus mendekati rakyat dengan cara ini, kita pasti akan dapat mengekalkan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Hulu Terengganu sekaligus merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir.

"DUN Manir kita hanya tewas tipis iaitu dengan majoriti 432. Selain mengekalkan kerusi yang lain, Manir menjadi tumpuan utama kita agar kita dapat merampas kerusi DUN ini dari pembangkang," katanya kepada UMNO-Online.

Tengku Awang tidak menafikan, DUN Manir mendapat perhatian istimewa daripada kerusi DUN yang lain kerana UMNO berhasrat menyapu bersih semua kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen di Huhu Terengganu pada PRU akan datang.

Namun katanya, ini tidak bermakna kerusi DUN yang lain diabaikan.

"Kita tetap memberi perhatian di kawasan lain tetapi Manir mendapat keutamaan kerana saya agak kecewa dengan kekalahan kita di DUN ini pada PRU yang lalu. Kita hanya tewas tipis. Sebab itu saya memberi perhatian yang lebih di DUN ini kerana saya yakin kita mampu memenanginya di PRU akan datang," terangnya lagi.

Beliau berharap dengan gerak kerja yang telah diatur, akan menambah keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN.

Katanya, melalui penilaian yang dibuat juga menambah keyakinan beliau bahawa UMNO mampu menang bersih di bahagian Hulu Terengganu di PRU akan datang.

"PRU sudah tidak lama lagi. Usaha keras semakin dituntut. Harapan saya amat tinggi kepada semua tenaga jentera pilihan raya. Saya sentiasa berpesan kepada jentera gerak kerja, kita harus berjuang demi parti dan masa depan rakyat.

"Sekiranya kita berjaya menyentuh hati rakyat, sudah pasti kita akan menang di PRU kelak. Apa yang penting, laksanakan segala janji dan dahulukan rakyat," katanya lagi.- MediaUMNO


Berita Bertarikh 13 June 2011 Pada 4:09 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jun 2011 12:52 AM PDT

JERANGAU – Hasrat seorang buruh pulang ke rumah untuk berehat bersama keluarga selepas minum teh bersama rakan di sebuah warung kopi berdekatan, berakhir dengan tragedi apabila dia terbunuh setelah motosikal ditunggangi terbabit dalam kemalangan dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang di Kilometer 112.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa II Kampung Jerangau itu dipercayai berlaku apabila mangsa, Jefri Mohamad, 30, dari Felda Jerangau dalam perjalanan pulang selepas bertemu rakannya di Felda Jerangau Sungai.

Sebaik sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu merempuh pengadang jalan.

Akibat rempuhan itu, mangsa dikatakan melambung atas jalan lalu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dia dipercayai mati serta merta di tempat kejadian.

Kejadian disedari orang ramai sebaik melihat mangsa terbaring kaku di sisi motosikalnya, sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan pihaknya.

Sinar Harian
6 Jun 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Blog Felda: felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT


Persatuan Belia <b>Felda Jerangau</b>: Pertandingan Memancing Terbuka <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2011 01:19 AM PDT

Pada 22 April yang lalu telah berlangsungnya Pertandingan Memancing Terbuka FELDA Jerangau anjuran Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau bertempat di kolam ikan Pok Kob dengan disertai lebih 70 orang peserta. Peserta yang terlibat adalah daripada kampung-kampung sekitar FELDA Jerangau. Turut mengambil bahagian adalah beliawanis yang bersama-sama memeriahkan acara. Yang lebih membanggakan ada peserta yang membawa anak-anak untuk turut sama beriadah. Pertandingan ini turut dimeriahkan lagi dengan acara meneka biji betik yang menawarkan hadiah sebuah basikal beserta hamper. Ikan terberat yang berjaya dinaikkan seberat 3.5 kg. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Din bin Adam, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Besi. Turut sama memeriahkan adalah Pengurus dan Penolong Pengurus FELDA Jerangau serta Pengerusi JKKK FELDA Jerangau 'A'. Acara ini turut disokong oleh Pejabat JKKR FELDA Jerangau, Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Besi, Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Dungun Serta Ketua UMNO Bahagian. Diharap pada masa yang akan datang Persatuan Belia (MBFM) FELDA Jerangau terus mendapat sokongan daripada semua pihak agar harapan untuk melihat persatuan ini maju akan terus subur.

Galeri Gambar klik disini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Persatuan Belia <b>Felda Jerangau</b>: Temu Mesra Warga <b>FELDA Jerangau</b> <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2011 12:11 AM PDT

PERIHATIN...Pengurus Besar FELDA Wilayah Terengganu bersama Pengurus Rancangan FELDA Jerangau meluangkan masa melawat warga FELDA Jerangau

Pada 2 Mac 2011 yang lalu Pengurus Besar FELDA Wilayah Terengganu Tuan Haji Malib telah meluangkan masa melawat ke beberapa buah rumah warga FELDA Jerangau bersempena Program Temu Mesra Warga FELDA Jerangau Bersama Pengurus Besar FELDA Wilayah Terengganu. Pada sebelah pagi Pengurus Besar bersama-sama Pengurus Rancangan FELDA Jerangau dan kakitangan beserta Jawatankuasa Persatuan Belia (MBFM) FELDA Jerangau telah meluangkan masa untuk bersama-sama warga felda bagi bertanya khabar serta menyampaikan hamper bagi mereka yang mangalami sakit kronik. Pada sebelah petang pula telah diadakan program dialog bagi merungkaikan persoalan yang telah sekian lama berlegar di fikiran warga felda. Program ini telah berlangsung dengan jayanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Menara berkembar 30 tingkat <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 13 Jun 2011 08:12 PM PDT

Oleh: Aida Abd Rahman

Terengganu bakal memiliki satu mercu tanda baru apabila kerajaan negeri merancang membina menara berkembar setinggi 30 tingkat di kawasan zon strategik dalam bandar raya Kuala Terengganu, tidak lama lagi.

Setiausaha Kerajaan negeri Dato' Mazlan Ngah, berkata menara berkembar akan dibina di sebuah kawasan seluas 16.2 hektar dengan menelan belanja beratus juta ringgit.

Katanya, bangunan itu nanti bakal menempatkan pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Yayasan Terengganu (YT), Yayasan Pembangunan Keluarga dan Yayasan Islam Terengganu di bawah satu bumbung.

"Secara dasarnya kerajaan negeri sudah bersetuju membina dua menara di bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-10," katanya selepas pelancaran Pelan Strategik Yayasan Terengganu 2011-2015, di Bangunan YT, Kuala Terengganu, semalam.

Mengenai pelan strategik YT, beliau berkata agensi itu akan menjadi badan berkanun pertama di Pantai Timur mengadakan kerjasama dengan Arkib Negara.

Selain itu, Yayasan Terengganu akan memberi tumpuan dalam sektor pendidikan anak-anak negeri terutamanya bidang doktor pakar.

Untuk rekod, pada tahun ini Yayasan Terengganu akan menghantar seramai 150 calon untuk mengikuti kursus kedoktoran di beberapa negara termasuk Mesir, Rusia, Ireland dan Indonesia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


~Rentak Alam & Kehidupan~: Sdn. Bhd...

Posted: 24 Jun 2011 02:01 AM PDT

Dalam keheningan suasana..
di kala hujan turun, mahupun di teduhan terik mentari..
saat bicara bersama alam..
luarbiasa sekali perasaan ini..
membuatku berfikir kembali, kehidupan kini yang seperti 'dua alam'..
Alam Nyata & Alam Maya..
sejak kebelakangan ini, diri ini lebih senang menyepi dari Alam maya..
mana taknya - bila jasad sudah ada di rumah, macam-macam aktiviti boleh buat dengan keluarga..
Dari alam maya mungkin kita boleh pelajari pelbagai ilmu..
namun takkan serupa pelajaran dari pengalaman secara nyata..
(sebab itu dalam menuntut ilmu lebih aula bersama guru~ ada berkatnya yang tersendiri, InsyaAllah)
kehidupan ini adalah tarbiyyah bagi sesiapa yang mahu mengambil iktibar..

Minggu ini bermulanya kerjalapangan secara sendirian berhad..
Alhamdulillah dapat kawasan kajian seperti yang dirancang..
Pusing-pusing kawasan dengan abah yang sudi menemani.. :)
Minggu pertama bulan Julai nanti akan pergi ke lapangan dengan penyelia..

Hari pertama ke Pantai Teluk Cempedak untuk mencerap batu Granit.. terkejut bercampur sedih melihatkan kawasan itu kian punah, laluan jambatan sepanjang pantai itu sudah ditutup kerana tidak selamat (banyak bahagian dah roboh)
Perjalanan diteruskan ke tapak pelupusan sampah di jalan Jabor-Jerangau untuk sampel tanah di kawasan itu, Alhamdulillah, dapat jumpa pengurusnya berbincang mengenai penggunaan kawasan.. dapat juga beberapa input mengenai penyelenggaraan sistem pembuangan di situ..
destinasi akhir pula di Pantai Batu Hitam untuk cerapan batu Basalt..




Hari kedua, target untuk ke simpang Bulatan Bunga Cengkih, mencari kembali singkapan tanah basalt dan tanah granit yang bersempadan (pernah kerjalapangan di sini sewaktu 1st year)..
Namun akhirnya pening sendiri.. hanya landmark tertentu yang mampu dikenalpasti.. dugaan~ >_
bila dah rujuk kembali di Google Maps tambahan dengan bantuan penyeliaku Dr. Wan, InsyaAllah dipermudahkan..
> Hikmah 'kepeningan' - dapatlah dibiasakan diri ini dengan jalan-jalan sekitar Kuantan (walaupun menetap di Kuantan, tak semestinya pakar dalam jalannya - bagi diriku la~ sebab tak selalu keluar jejalan! jeng..)

*Rancangan hujung minggu - ambil sampel air sungai pula~

Sebelum ini sebarang kerjalapangan dijalankan bersama rakan-rakan se-batch..
paling akhir bersama ialah sewaktu Kerjalapangan Kuala Krai - Bukit Keluang (uh.. belum tertulis lagi alkisahnya di sini.. moga sempat update sebelum dilupakan kenangannya)
Allahu-rabbi, rindunya kenangan-kenangan bersama mereka, berkongsi suka dan duka, senang dan susah sebagai satu keluarga besar geologi.. Moga persahabatan yang terbina tak terluluhawa dek hakisan waktu, InsyaAllah~

Buat rakan-rakan yang turut sama menjalankan kajian / persediaan tesis, InsyaAllah dipermudahkan segalanya.... all the best meh..

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." ~Surah Al-Ahzab, Ayat 21~

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


TERATAK BAKARIANS: Stesen Minyak Bergerak <b>di Kuala Berang</b>

Posted: 05 Jun 2011 07:49 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim...

Berita gembira jika anda berkunjung ke Kuala Berang kerana jangan tidak tahu, kemudahan stesen minyak bergerak telah disediakan di kawasan tersebut. Anda tidak percaya? Kami telah melaluinya sendiri baru-baru ini apabila petrol kami kehabisan sewaktu dalam perjalanan pulang dari Pusat Santuari Hidupan Liar Negeri Terengganu. Tujuan kami ke sana adalah semata-mata untuk menjenguk seekor gajah yang hidup keseorangan. Atas dasar prihatin dan simpati tahap dewata raya, kami tetap berkonvoi ke sana juga meskipun kami tahu petrol kereta To'Ki sudah berada di paras minima. Kaedahnya, kalau habis, apa nak buat. Redah saja lah. Dah takdir...

Selepas puas ber'manja-manja' dengan Sang Suria, kereta To'Ki yang dipandu oleh MakLong Schumacher pantas meninggalkan jemaah yang lain di belakang demi untuk mencari setitik petrol buat bekalan meneruskan perjalanan. 'Debbor perok' (sila rujuk kamus bahasa Terengganu bermaksud debaran yang sangat kuat) toksah cerita la tapi seperti dikata, apa nak buat, redah je. Matlamatnya adalah untuk sampai di stesen minyak di pekan Kuala Berang dengan segera.

Mulut MakLong tak putus-putus baca Ayat Kursi supaya minyak tidak kehabisan dan sempat tiba di pekan Kuala Berang. Namun seperti kata penyanyi pujaan AyahNgah, Jamal Abdillah, takdir penentu segala. Petrol kehabisan betul-betul di hadapan sebuah kedai runcit. Ahli jemaah yang lain belum kenampakan lagi. Dengan gaya macho, To'Ki keluar dari kereta dan meninjau-ninjau keadaan kedai. Dengan masih mengekalkan gaya macho dan sedikit bangga, To'Ki menganggukkan kepala sambil berkata,

"Tu ada jual petrol."

Oh, memang betul. Ada 2 bakul minyak petrol yang telah dimasukkan dalam botol 1.5L. Harganya? RM3 sebotol. Dalam kepala MakLong, sekurang-kurangnya isilah dalam 5 botol ke tapi kata To'Ki, 2 botol sudah memadai.

Ok, jangan dibantah kata orang tua ye. Ikut saje. Maka dengan penuh gaya sambil minum air tin, To'Ki menuangkan 2 botol minyak ke dalam tangki. Jemaah yang lain tumpang gembira kerana mereka tidak perlu menyedekahkan petrol masing-masing kepada kereta To'Ki dan paling penting, tak perlu kerah tenaga tolak kereta To'Ki jika ditakdirkan petrol kehabisan dalam kawasan hutan.

Perjalanan diteruskan selepas 'serangan' bersungguh-sungguh menapau roti dan air botol dibuat daripada kedai runcit tersebut. Lega, kereta boleh bergerak. Sasaran seterusnya adalah makan tengahari. Ingatkan semua orang dah kenyang tengok gajah, rupanya tidak juga.

Sedang elok MakLong memecut, tiba-tiba kereta To'Ki terbatuk-batuk lagi. Aduhai seperti dijangka. Petrol dituang tidak mencukupi untuk sampai ke pekan Kuala Berang walaupun papan tandanya sudah kelihatan tidak jauh dari situ. To'Ki cuba berlagak relaks walhal dalam hati hanya Tuhan saja yang tau. Haha. Makanya dicari botol untuk mendapatkan bekalan tambahan. Mujur AyahDe ada standby botol dalam kereta dia.

AyahNgah temankan To'Ki ke stesen minyak dan jemaah yang lain pula ke restoran berdekatan untuk mengisi perut. MakLong sempat berpesan pada AyahNgah,

"Jangan beli banyak2 ye. RM5 cukuplah," sambil menjeling pada To'Ki.

"Doksoh cerita banyok2 lah. Jom derah gi beli minyok," kata To'Ki tak puas hati sambil To'Wan ketawa terbahak-bahak dan sempat membubuh sebutir,

"Dia kaloh la tu kate gitu tu," kata To'Wan. Haha.

Untuk pengisian kali kedua, To'Ki memberi penghormatan kepada AyahChik untuk menuangnya sambil AyahDe dan Akid men'yeper' (sila rujuk kamus bahasa Terengganu bermaksud interframe) konon-konon membantu dengan sangat gigihnya.

Selepas itu, kami singgah di stesen minyak terdekat dan To'Ki terus suruh isi penuh ye. Hihi. Kesimpulannya, antara sebab To'Ki sengaja isi 2 botol je petrol sebelum ini adalah sebab barangkali To'Ki sangka ada stesen minyak bergerak di Kuala Berang. Memang bergerak sungguhlah jawabnya. Yang pertama, kat kedai runcit. Yang kedua pula, kereta AyahNgah jadi ejennya. Haha.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


Kuala <b>Kerteh</b> : Jalan-jalan cuti-cuti ke Terengganu « Makan Angin <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2010 11:03 PM PDT

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu

Assalamulaikum   dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog kami.
Pos-pos blog pada kali ini akan kami bawakan perjalanan kita ke Terengganu negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, yang bukan sahaja terkenal di kalangan pelancong tempatan malah dikenali oleh pelancong dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang terletak di bahagian pantai sebelah timur semenanjung Malaysia. Sekiranya anda berada di Kuala Lumpur perjalanan Kuala Lumpur Terengganu akan memakan masa di antara 3 hingga 4 jam dengan menggunakan laluan Lebuhraya Karak  dan LebuhRaya Pantai Timur hingga ke Jabor.

Bagi yang datang dari sebelah selatan ataupun Johor perjalanan akan memakan masa selama 6 hingga 8 jam dengan melalui laluan Johor Bahru – Segamat – Muadzam Shah – Lebuhraya MEC masuk ke Lebuhraya Pantai Timur dan keluar di Jabor.

Terdapat pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Terengganu tetapi yang paling menarik sekali ialah pantai-pantai Terengganu yang bersih dan indah.

Bagi memulakan kisah perjalanan kami pada kali ini kita mulakan dengan pantai Kemasik yang terletak di Kerteh, Terengganu.

pantai kemasik

pantai kemasik

Inilah dia pantai Kemasik yang terkenal di kalangan pelancong tempatan. Pantai nya bersih dan indah tetapi awas musim tengkujuh terutamanya pada bulan 12, 1 dan 2 lautnya agak bergelora dan merbahaya untuk mandi – manda.

pantai Kemasik, Kerteh

Pantai Kemasik, Kerteh Disember 2009

Kelihatan Ieman, Amir dan Arman mengutip karangan dan kulit-kulit cengkerang hidupan laut  yang terdapat pada pasir di pantai.

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu

Foto di atas menujukkan bot-bot nelayan yang diletakkan berhampiran dengan pantai Kemasik. Nelayan-nelayan ini tinggal di sekitar kampung-kampung berdekatan dengan pantai Kemasik.

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu Petang nan indah kala mentari terbenam di ufuk barat, Ogos 2007

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu. Keindahan alam ciptaan Illahi.

pantai Kemasik, Kerteh

pantai Kemasik, Kerteh

Nampaknya budak-budak ni tak dapatlah mandi-manda dek kerana air laut yang agak bergelora serta ombak yang agak kuat. Mungkin juga arusnya di bawah agak kuat.

Mesra Mall, Kerteh, Terengganu

Mesra Mall, Kerteh, Terengganu

Foto di atas pula menunjukkan kompleks membeli-belah yang pertama di Kerteh iaitu Mesra Mall yang baru sahaja dibuka julung-julung kalinya pada bulan December 2009.

Pembukaan kompleks ini  memberi peluang kepada penduduk tempatan terutamanya kepada mereka yang bekerja di Kerteh mengunjungi kompleks ini ketika cuti hujung minggu. Bagi mereka yang ingin bermain bowling maka tidak perlulah lagi mengunjungi  Kuantan, Pahang.

Nasi dagang, Kerteh, Terengganu

Nasi dagang, Kerteh, Terengganu

Foto di atas pula menujukkan sepinggan nasi dagang yang menjadi hidangan sarapan pagi kami. Gerainya hanya terletak di seberang  jalan berdepan dengan Mesra Mall , Kerteh.  Memang sedap, kalau nak tau berkunjunglah ke gerai ini.

Kuala Kerteh, Terengganu

Kuala Kerteh, Terengganu

Satu lagi pemandangan yang cantik  di Kuala Kerteh, iaitu tempat para nelayan menaikkan hasil tangkapan . Lokasi juga bersebelahan dengan Kampung Kuala Kerteh.

Kuala Kerteh, Terengganu

Taman Rekreasi Kuala Kerteh, Terengganu

Medan Ikan Bakar Kuala Kerteh
Bagi yang menggemari masakan laut dan ikan bakar berdekatan lokasi ini juga terdapat medan gerai-gerai ikan bakar yang dibuka menjelang petang hingga lewat malam.
Lokasi juga tidak berapa jauh daripada Mesra Mall. Kalau nak tau jalan ke sana tanya saja dengan penduduk tempatan dan mereka dengan mesranya akan menunjukkan jalan ke sana.

Untuk semua pembaca nikmatilah gambar kampung nelayan Kuala Kerteh!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


kampong ibok yang bertuah: <b>Di</b> Nobat Sebagai JKK Terbaik Dun <b>Kijal</b> <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2011 03:47 AM PDT

sijil lantikan jkkk sessi 2011 hingga 2012 serta tropy kemenangan JKK Terbaik/Cemerlang bagi tahun 2011..
naik kepentas didewan berlian MPK kemaman menerima hadiah kemenangan yg disampaikan oleh YAB.Menteri Besar Terengganu, turut hadir YB.Menteri Belia Dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,YB2 Dun dan Pegawai Daerah Kemaman.
ketika terima sijil lantikan sebagai jkkk 2011 hingga 2012...
telah 2 tahun berturut turut naik kepentas didewan berlian ini utk menerima hadiah jkkk terbaik dan cemerlang bagi tahun 2010 dan 2011 peringkat daerah kemaman, alhamdulillah inilah rezeki berkat daya usaha kita semua serta berkat doa kalian...diharapkan semoga semangat dan kemenangan ini akan berterusan dan yg lebih penting terus berusaha dan kenal penat lelah seerta tidak berputus asa......terima kasih yg tidak terhingga kpd yg.Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Kemaman Tuan Hj.Kamil Othman kerana atas daya usaha serta inisiatifnya utk meletakkan jkkk dikawasan nya ditempat yg terbaik dan dihormati maka beliau mengadakan pelbagai program......dan bermula ditahun lepas telah terbukti jkkk didaerah kemaman berada dilandasan yg terbaik yg mampu bersaing.........yg berkualiti,yg bukan hanya dinilai dari cakap tapi dinilai dgn keseluruhan pergerakan,pentadbiran jkkk itu sendiri....dan hari ini masyarakat boleh menilai sendiri kemampuan sebenar jkkk dikampung masing2......wallahuwallam.

apa guna kita bercakap bergegar,buatnya tidak.....apa guna kita tunjuk hebat dan kuat, buktinya tadak....petik sebagaimana ucapan Tuan Pegawai Daerah.....satu kisah disurau ketika nak sembahyang zohor bilamana tok imam tiada, intai punya intai,mu tolak aku,aku tolak mu....maka seorang hamba Allah setuju jadi imam...lepas solat maka makmun pon pujilah...bagus mu bacaan sedap,doa pon sedap....jawabnya yg jadi imam...tu, aku tak ambil air sembahyang lagi...kalau aku ambil air sembahyang lg hebat....dan satu citer lagi katanya....ada 2 sahabat pergi dlm hutan, sampai dlm hutan mereka dikejar beruang, yg sorang pandai manjat pokok yg sorang tak pandai manjat....jadi sorang naik pokok, yg sorang lagi duk ditanah je lah....teringat dia org tua2 kata...kalau nak selamat wat pura2 mati tidur atas tanah...dia pon tidur wat pura2 mati..mari beruang kat yg tidur tadi, duk hidu2 cium dan jilat akhirnya beruang tadi lari...lepas beruang lari yg atas pokok tadi pon turun dan tanya pd yg tidur atas tanah tadi, mu pakai ilmu apa beruang tak gigit dan tak wat mende kat mu .......jawabnya aku tadak ilmu, tapi beruang tu kata kat aku, mu jgn kawan dgn org lagu tu sebab tinggal kawan.....itu sebenarnya cerita teladan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


bukitbesikini: BANDAR <b>BUKIT BESI</b> YANG SEPI...2011

Posted: 26 Jun 2011 12:44 PM PDT


Suatu petang aku sangat-sangat terasa kesepian dan kedamaian (?mungkinkah..) inikah BANDAR BERSEJARAH BUKIT BESI yang telah dibangunkan oleh KETENGAH selama 38 tahun..
Kami mempunyai wakil rakyat DUN BUKIT BESI Dato' Din Adam dan PARLIMEN DUNGUN Hj. Matulidi dan juga penguasa tempatan KETENGAH. Bukan isu menyalahkan sesiapa..aku sebagai anak tempatan terpanggil untuk berkongsi pendapat dan bersama memajukan kampung halaman kita sendiri. Aku sangat merindui Nostalgia Bandar Bukit Besi dibawah EMCO yang ada keretapi dan sangat maju. Mengapa tidak kita orang Bukit Besi bersatu hati berbincang, memberi pendapat, bersikap terbuka dan tanamkan cita-cita bersama KITA MAJUKAN BUKIT BESI. Kepada YB, Pengerusi JKK, Pegawai KETENGAH fikir-fikirkanlah antara AMANAH, TANGGUNGJAWAB dan MARUAH BANGSA !!!! Terima kasih Y.B Dato' Din bawa balik projek UITM dan Penjara tetapi tolonglah pastikan peluang ekonomi untuk anak tempatan didahulukan!!! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads