Kuasa Pemimpin dan Politik Malaysia PRU 13
Tanah runtuh di dungun | tanah runtuh dungun | banjir di dungun | tsunami kecil di dungun | tsunami kecil | 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Berita banjir kini menjadi isu utama bagi semua media baik radio ke television atau surat khabar. Banjir yang terjadi pada tahun ini agak berbeza dengan banjir-banjir yang sebelum ini pernah berlaku.

Banjir di Bachok baru-baru ini membuatkan semua penduduk panik dan terkejut apabila air yang pasang serta ombak memukul tempat penempatan mereka.

Walaubagaimanapun, kejadian banjir yang berlaku di Dungun dua hari lepas benar-benar memeranjatkan penduduk sekali gus diberi nama sebagai "tsunami kecil" oleh mereka. Hal ini kerana ia meupakan kejadian yang terburuk pernah berlaku di kawasan tersebut. 

Kesan daripada kejadian itu, jalan yang menghubungkan Pantai Teluk Lipat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun runtuh selepas dipukul ombak yang kuat sepanjang 2 kilometer. Selain itu juga pokok-pokok rhu yang berada di sekitar tepian pantai turut jatuh menyembah bumi sehingga menggugat keselamatan para penduduk.

Papan tanda amaran telah pun diletakkan di kawasan yang membahayakan keselamatan, tetapi tidak diambil berat oleh penduduk kerana setelah dipantau, masih ramai penduduk yang menggunakan jalan tersebut. 

Ahmad Fauzi Ismail, 50 tahun merupakan seorang peniaga kedai makan berkata kejadian air pasang mula dikesan sejak seminggu lalu sebelum ia bertukar menjadi lebih buruk kelmarin sehingga meruntuhkan jalan di kawasan tersebut.

"Selama saya tinggal di sini, inilah bencana paling buruk pernah berlaku sampaikan hampir keseluruhan jalan pesisir pantai runtuh.

"Saya nampak sendiri batu-batu besar dihanyutkan ombak," katanya ketika ditemui di sini.

** Runtuhan Tanah di Dungun kini digelar "Tsunami Kecil "

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________