Isnin, 18 Mac 2013

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


My Rainbow...: Bermalam <b>di Rantau Abang</b>, Terengganu

Posted: 10 Dec 2012 10:41 PM PST

Assalamualaikum.....

Semasa bawa Adam jalan2 beberapa minggu yang lepas, kita ada mention yang kami singgah bermalam di Rantau Abang. Kalau ikutkan hati dan daya body kita sendiri, Rantau Abang bukanlah tempat persinggahan, tapi tempat untuk u-turn dan balik semula ke Kuantan. Maklumlah, amsa tu memang x sihat sangat.  Tapi hubby kesiankan anak bujang kami tu.

Before this dah pernah try chalet nie. First time masuk, of course tidak seindah hotel yang ada bintang2 tu. Tapi untuk lepaskan lelah, luruskan pinggang, memang lebih dari boleh.

Kami tinggal di Awang's Beach Resort. Nama jer resort, tapi actually chalet. Family room berharga RM120.00 satu malam. Ada 2 katil queen size. Ok lah. Very cheap. Tapi, bilik nya memang sangat ala kadar.

 Ada beberapa blok chalet. Yang di atas nie, blok chalet yang ada air cond. Rasanya lah. Sebab ada chalet yang tak ada air cond, pakai kipas jer. So memang murah. Rasanya dalam RM60.00 jer kot. Tapi, walaupun ada air cond, jenis air cond yang lama tu la yer. Jenis yang kalau switch on jer, dengar bunyi macam enjin motorbot tu. Walaupun macam tu, kawasannya bersih. Tak ada sampah merata2 pun. Ada dewan makan. Tapi bukanlah kafe atau restoran. Sekadar dewan untuk makan, makanan sendiri bawa. Heheehhee. Sometimes ada rombongan sekolah. So, mudah untuk beri makan anak2 murid kat sini. Boleh juga buat aktiviti untuk kem motivasi kat sini kan. Inilah biliknya. Nampak tak betapa simplenya bilik nie. TV pun, kalau nak tengok memang kena fokus betul2. Oh yer, kita tengok cerita Mariam Kampung Putat lakonan Hanis  Zalikha kat sini lah. Tapi kan, dalam pada simplenya bilik nie, ianya sangat bersih. Toilet pun bersihh sangat. Sangat jauh berbeza dengan hotel 3 bintang di bandar Kuala Terengganu yang pernah kita ceritakan kat SINI dulu. And, bila tidur atas katil tu, walaupun tak ada bantal harga ratusan dollar dan katil tak tenggelam bontot, tapi sangat lena. Kita rasa, sebab selesanya kain cadar cotton bercorak batik tu. Sarung bantal pun kain batik tau. Memang selesalah.

Selain daripada tu, janganlah harap ada kettle, welcome drinks, peti ais segala bagai tu. Memang tak ada. In fact, ada signage tak dibenarkan makan dalam bilik. That's why ada banyak meja kerusi merata2 di sekitar resort nie. Menjaga kebersihan. So, tak adalah semut bersarang kot kan. Kami pun x makan dalam bilik sebab dah kenyang makan kat Hentian Penyu tu kan.

Walaubagaimanapun, the most valueable element di chalet ni ialah scenery. Betul2 di tepi pantai Rantau Abang. Beberapa langkah dari bilik, anda dah dibentangkan dengan samudera Laut China Selatan.

Kita kongsikan sikit scenery yang sempat di capture dengan camera cabuk tapi banyak berjasa.



Adam happy walaupun belum mandi lagi. 
Pantai memang sangat bersih. Cuma, nak mandi manda tu, kita tak galakkan. Ombak besar dan pantainya sangat curam. Melainkan anda memang betul2 perenang yang handal, bolehlah menikmati air laut nie. 
Owh, salah seorang swimming trainer kita pernah join pasukannya berenang dari Pulau Kapas ke Marang. Kita sangat kagum. Tapi, tak habis belajar dengan dia. Dapat teknik asas jer. Alahai, janji boleh bergerak ke depan dalam air, jadilah kan. Heehhehe. Adam pun dah boleh berenang sikit. Lebih jauh pergi dari kita walaupun tak pernah ada formal training. Tapi untuk dia berenang di sini, memang tak kan dibenarkanlah yer. Kalau nak, mama terpaksa cari masa untuk spent 3H2M di Pulau Perhentian. Entah bilalah agaknya. 
Anyway, untuk persinggahan, kita recommend tempat nie dengan syarat anda tidak meletakkan high expectation yang ianya sama macam di hotel2. Maaflah, kami sekali lagi terlupa savekan nombor chalet nie. Kalau jumpa, kita akan update kemudian, ok. 

.

My Rainbow...: Makan <b>di</b> Terengganu : Hentian Penyu <b>Rantau Abang</b>

Posted: 06 Dec 2012 10:51 PM PST

Assalamualaikum.....

Sebelum kereta hubby breakdown, that weekend kami bawa Adam jalan2 ke Pantai Timur. After lunch di Kuantan on Saturday, kami terus gerak ke Terengganu. Sangat banyak pit stop sebab kita tak sihat masa tu. Batuk teruk and tonsilitis. So, kejap2 nak pergi toilet, nak cari plain water, nak makan ubat, etc..etc.

So bila hubby bercadang nak terus ke KT, kita tak berapa agree. Ajak hubby stay overnite di Rantau Abang like last time. Adam tak pernah stay di Rantau Abang lagi. So, kasi experience pada dia. Stay at Awangs Chalet. Nanti cerita dalam entry lain. For now cerita apsal dinner.

Rantau Abang is a stop by place on the way to Kuala Terengganu. Famous di sini ialah kawasan penyu bertelur. So, nak makan pun so and so. Nak banyak choice sikit, bolehlah ke Dungun about 30 minutes drive from there. Tapi sebab dah penat dan tak sihat, kami just makan dekat2 situ jer.

Selepas Petronas Rantau Abang, ada satu hentian yang ada a few shops. Ada 2 kedai makan and kami chose yang sebelah kanan kalau berdiri menghadap food court tu.

Those were the foods. Tak taulah sebab lapar ke, atau memang dia masak sedap, kami rasa sedap sangat food dia. Telur dadar, tom yam seafood, siakap 3 rasa, sotong dan udang celup tepung and kerang bakar. End up at about RM90.00. Pada kita agak pricey. Kami makan 3 orang. Tapi of course la, udang dan sotong tapau sebab tak habis. So, basically kamilah yang tamak yer...

Tapi, environment agak selesa, food pun sampai cepat, servis bagus sebab bila kita panggil, cepat jer diorang datang and attend. Drinks pun according to the order. Takderlah order teh o ais laici no sugar dapat air limau nipis.

So, untuk isi perut, recommended sangat so far.

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Peluru Ajaib: 2000 Bendera BN <b>Seberang Takir di</b> Bakar Setan.

Posted: 02 Mar 2013 10:15 AM PST

Malam ini ANAK di kejutkan dengan satu berita pada jam 11 mlm tadi  2000 bendera BN di bakar oleh dajal. Mereka ini tidak senang dengan persedian jentera Parti UMNO Seberang Takir dal siap siaga dan bersedia untuk menghadapi PRU13.

Inilah sifat yang yidak matang di tunjukkan oleh pihak pembangkang yang bermain politik longkang dan ridak bermaruah. Mereka cuba untuk Sabotaj persedian pemuda UMNO Seberang Takir di dalam gelombang anak muda bersama BN untuk menguasai saluran muda di setiap peti undi.

Kerisauan mereka menyebabkan mereka mengambil sikap jahat dan tidak bertamadun dengan membakar bendera BN yang ei simpan untuk di pasang pada bila2 masa.

Peristiwa ini menunjukkan sikap terdesak pembangkang dalam menghadapi pru13 nanti.

Peristiwa ini akan menaikan semangat kami InsyaAllah dalam perjuangan alif baa dan ta, demi agama, bangsa dan tanah air.

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Gambar banjir <b>di Setiu</b> Terengganu 26 Februari 2013

Posted: 25 Feb 2013 01:49 PM PST

Gambar banjir di Setiu Terengganu 26 Februari 2013 - Banjir gelombang ketiga mula melanda negeri Terengganu semalam apabila beberapa buah daerah dilaporkan sudah mencatatkan kes pemindahan dan kenaikan paras air sungai.

Sehingga pukul 6 petang semalam, Setiu menjadi daerah pertama membuka pusat pemindahan di Balai Raya Sungai Lerek dengan tiga keluarga melibatkan sembilan mangsa dipindahkan.

Kesemua mangsa yang terlibat berasal dari Kampung Chalik Barat, Setiu yang dinaiki air kira-kira satu meter ekoran hujan yang melanda kawasan itu sejak tiga hari lalu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat negeri, Rozairi Abdul Rahim memberitahu, pihaknya sedang berjaga-jaga dan bersiap sedia ekoran hujan lebat yang masih berlaku dan dikhuatiri mangsa banjir bertambah dalam masa terdekat. - Kosmo

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


10000 peserta akan sertai Perarakan Patriotik <b>di Besut</b> - teganuki ta

Posted: 14 Mar 2013 11:40 PM PDT


Peserta perarakan patriotik peringkat DUN Kota Putera semalam.

Oleh: Mohammad Ishak

Kira-kira 10,000 penduduk daerah Besut yang cintakan keamanan dijangka menyertai perarakan patriotik secara berjalan kaki sejauh 13 kilometer bermula dari Dataran Jertih Souq ke pusat pentadbiran daerah di Kampung Raja,

Program bertujuan membangkitkan semangat patriotik dan sebagai tanda sokongan kepada pejuang negara yang berhadapan dengan pengganas di Lahad Datu, Sabah, akan diadakan pada 20 Mac jam 5 petang.

Pemuda Umno Bahagian Besut selaku penganjur program berkenaan berharap penduduk daerah itu akan sama-sama memberi sokongan dan menyertai perarakan yang julung kali diadakan bagi memberi sokongan kepada pasukan keselamatan negara.

Ketuanya, Mahadi Musa berkata, perarakan yang diketuai Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih akan disertai oleh semua wakil rakyat Besut.

Katanya, selain itu perarakan juga akan disertai oleh pelbagai pertubuhan sukarela, parti politik, anggota pasukan keselamatan dan orang bramai.

Menurutnya, program itu adalah lanjutan kepada perarakan patriotik menggunakan kenderaan yang diadakan di DUN Jertih dan Kota Putera, minggu lalu.

Pada perarakan menggunakan kenderaan itu lebih 1,000 peserta berarak dengan menggunakan pelbagai kenderaan sambil mengibarkan jalur gemilang dan mengelilingi beberapa kampung di DUN terbabit.

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Kembaraku: CANDAT SOTONG <b>DI PULAU REDANG</b> HANYA <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 01:48 AM PST



PAKEJ 3 HARI 2 MALAM @ RM 430/PERSON
8.30 pagi      :     Berkumpul di Jeti Merang /Jeti Shahbandar
9.00 pagi      :     Bot bertolak ke Pulau Redang
10.00 pagi    :     Tiba di Jeti Pulau Redang
10.30 pagi    :     Check in Guest House
12.00 t/hari   :     Makan tengahari di Asmadi Restaurant
2.00 petang  :     ke Pantai Teluk Dalam Besar
6.00 petang  :     Aktiviti Mencandat Sotong
11.00 malam :     Dinner & Rehat
8.00 pagi      :     Breakfast
9.00 pagi      :     Snorkeling di Taman Laut
12.00 t/hari   :     Makan tengahari di Taman Laut
2.00 petang  :     Free and Easy
6.00 petang  :     Aktiviti Mencandat Sotong
11.00 malam :     Dinner & Rehat
8.00 pagi   :       Breakfast & aktiviti Bebas
9.00 pagi   :       Check out
10.00 pagi  :      Bertolak pulang ke Jeti Merang
                            
· Bot transfer (Jeti Shahbandar/ Jeti Merang)
· Chalet Air Cond (Twin Sharing & Quad Sharing)
· 
2x sarapan pagi + 3x Makan Tengah hari + 2x Makan Malam
· Snorkeling Trip di Taman Laut + Snorkeling Equipment
· Van dari Jeti Redang – Guest House – Jeti Redan
· 1 aktiviti di Pantai Teluk Dalam Besar
· Cukai Jab. Taman Laut Malaysia (Dewasa RM5 @ Kanak2 RM2.50)
· Makan malam BBQ (RM15/pax)
· Bot ke Long Beach (RM30/pax)
· Underwater camera (RM100/day)
· Snorkeling trip & Snorkeling Equipments (RM50/pax)


hubungi Fikri 013-2456769 @ 
email : cuti2budget@yahoo.com.my / cuti2budget@gmail.com

Kembaraku: Cadangan Jadual Pakej Budget ke <b>Pulau Redang</b>

Posted: 15 Feb 2013 07:44 PM PST


(Tertakluk kepada perubahan)

8.00 pagi   :       Bot Laju dari Jeti Merang ke Pulau Redang
9.00 pagi   :       Snorkeling (Deep Water)
                        1. Pulau Paku
                        2. Pasir Panjang
                        3. Teluk Kalung
                        4. Pasir Akar
2.00 petang :     Lunch
3.00 petang :     Snorkeling di Taman Laut
5.00 petang :     Bot Laju dari Taman Laut ke Jeti Merang


10.00 pagi         - Menaiki feri dari Shahbandar ke Pulau Redang.
12.00 tengahari  - Sampai di jeti Redang
12.30 tengahari  - Check in @ Makan tengahari di Asmadi Restaurant.
02.00 petang     - Snorkeling. 5 tempat destinasi yang telah ditetapkan.
07.00 petang     - Balik ke Asmadi Guest House.
08.00 malam     - Makam malam di Asmadi Restaurant @ aktiviti bebas.
HARI KEDUA:                                                    
08.00 pagi        - Breakfast @ ke pantai teluk dalam. Sebelah Hotel  The Taaras
11.30 tengahari - Cheek out.
12.00 tengahari - Guest House ke jeti pulau redang.
12.30 tengahari - Jeti pulau redang ke shahbandar jeti. @ dari Jeti Merang
8.30 pagi   :       Berkumpul di Jeti Merang, Setiu
9.00 pagi   :       Bot bertolak ke Pulau Redang
10.00 pagi :       Tiba di Jeti Pulau Redang
10.30 pagi :       Check in chalet/homestay
12.00 t/hari :      Makan tengahari di Asmadi Restaurant
2.00 petang :     ke Pantai Teluk Dalam Besar
8.00 malam :      Dinner di Asmadi Restaurant & Aktiviti Bebas
aktiviti pilihan : BBQ (pilihan), memancing (pilihan), internet access (berbayar)
8.00 pagi   :       Breakfast
9.00 pagi   :       Island Hoping & Snorkeling 6 spot
12.00 t/hari :      Makan tengahari di Taman Laut
2.00 petang :     Snorkeling
4.30 petang :     Bertolak pulang ke chalet/homestay
8.00 malam :      Dinner & Aktiviti Bebas
aktiviti pilihan : BBQ (pilihan), memancing (pilihan), internet access (berbayar)
8.00 pagi   :       Breakfast & aktiviti Bebas
9.00 pagi   :       Check out
10.00 pagi :       Bertolak pulang ke Jeti Merang
PAKEJ 4 (TOUR REDANG & SNORKELING)
9.00 pagi   :       Snorkeling / Mengelilingi Pulau Redang
                        1. Pulau Paku
                        2. Pasir Panjang
                        3. Mat Kepit Bay
                        4. Pasir Akar
                        5. Turtle Bay
12.00 t/hari :      Makan tengahari di Taman Laut 
4.00 petang :     Pulang Ke Jeti Pulau Redang


Info lanjut, hubungi Fikri 013-2456769 @ 
Email : cuti2budget@yahoo.com.my / cuti2budget@gmail.com

 

ads