Hari ni, pza terasa rajin pulak nak update blog tentang percutian ke pulau yang ketiga di Terengganu iaitu Pulau Perhentian. Untuk pengetahuan korang, Terengganu sebenarnya mempunyai banyak pualu-pulau menarik yang sesuai menjadi kunjungan pelancong sama ada bekeluarga atau bersama kawan-kawan.
Pza bg citer sikit la lokasi Pulau Perhentian ni, Jeti pulau terletak di Kuala Besut di mana jarak dari Kuala Terengganu mengambil masa dalam 40 minit hingga 1 jam pemanduan. Kalau korang datang naik bas, lebih eloklah untuk turun di Besut. Tetapi, ada juga agensi perlancongan yang menyediakan khidmat bas atau van yang akan mengambil anda dari Kuala Terengganu untuk ke jeti Kuala Besut.
Berdasarkan review daripada rakan-rakan terdekat,dan pengalaman sebelum-sebelum ni, pza memilih untuk menggunakan khidmat pakej. Bagi percutian yang sebelum-sebelum ni, pza guna pakej terus daripada resort. Sebaliknya,kali ni pza gunakan khidmat agensi perlancongan Perhentian Setia. Korang boleh tengok fb dia kat sini.
Perhentian Setia Ahaaa, korang tawu tak, benda pertama yang pza tanya bila survey2 ni yang pertama, sudah semestinya harga lah kan.....berapa harga untuk pakej yang mereka tawarkan. Perkara kedua pulak, "ADA CAMERA UNDERWATER TAK?" hihihi... maklumlah, masa kat Pulau Kapas hari tu,tak de punnn..yelaa, teringin jugak ulang kenagan kat Redang dulu2.. jawapannya positif.. "ADA" Hah!! memang la terus book jawabnye kan...hahahaha!! Masa ni dah terbayang2 nak ambil gambar dengan ikan-ikan nemo tuhh...weee~~
Kami ambil pakej 2h1m je,sebab Terengganu cuti jumaat dan sabtu, kalau masa pergi Redang dulu memang la ambil pakej 3h2m,tapi kena ponteng kelas sehari,serik lah ponteng2,susah wehhh... Ok, harga pakej untuk 2h1m adalah RM 200 SEORANG termasuk harga tambang bot, satu malam penginapan, 3 kali makan, 3-4 snorkling point. Harga tertakluk pada perubahan semasa ye, harga weekend adalah lebih mahal dari harga hari biasa. Kalau cuti sekolah pulak, harga lain. Baik korang telefon dulu dan tanya betul2 apa perkhidmatan yang akan dia bagi berdasarkan bajet masing-masing.
Oklah, jom tengok gambar-gambar sepanjang perjalanan kami..
Sampai di jeti, jam 8.30 pagi, bot akan bergerak jam 9.00 pagi, lepas buat full payment,kami terus bergerak ke jeti dan naik bot. Oh ya, terlupa pulak, korang juga akan dikenakan cas RM5.00 sebagai bayaran untuk melawat Taman Laut. Pulau Perhentian kan merupakan salah satu Taman Laut di dunia...
Berdasarkan pemerhatian pza, kebanyakkan bot-bot untuk ke Pulau Perhentian ni biasanya bot laju biasa je, berbeza dengan bot untuk ke Redang dan Kapas. Ada tu memang la,tapi mungkin untuk pakej yang mahal sikit kot. Perjalanan ke Pulau Perhentian mengambil masa dalam 25-35 minit bergantung kepada keadaan laut.
Dah sampai punnnn Perhentiannn, memandangkan bajet kurang, kami bermalam di Perhentian Besar, murah sikit, untuk mereka yang sukakan ketenangan, boleh la stay sini. Bagi mereka yang sukakan night life, dan ada bajet lebih, boleh stay Perhentian Kecil. kat sana malam-malam ada macam-macam aktiviti. Kami tinggal dekat Flora Bay Resort. Untuk keterangan lanjut, korang boleh tengok website ni..
Flora Bay Resort Kami check in lebih kurang jam 11.00, dan sesi snorkling bermula selepas Zohor, wahhh,tengah hari tegak tu kannn...jadi, jangan lupa pakai la sunblock ye... Stail makan, macam biasa buffet dan bleh makan sebanyak mana yang anda mahu, tapi nanti kalau dah kenyang,macam mana nak snorkling kan..hihi..
Ok semua, dah sedia!! hahahaha! memandangkan pemandu bot tu sporting, boleh la posing-posing kejap amek gambar....
Sebenarnya, tak boleh pegang penyu tu, tapi sebab chomell sangat, habis badan penyu tu semua pza pegang, berat taw penyu ni sebenarnya, budak yang kat sebelah tu sangat la terer, dia boleh terjun dan panggil penyu tu untuk datang dekat kami,dan berenang seiring je, masa ni rasa macam jadik ikan duyung pulak~~~
Hah! lupa pulak gambar underwater kan, camera tu guide yang pegang dan dia akan snap gambar kita,bila balik nanti, kita akan dibekalkan dengan cd yang ada gambar2 tu..
Seronok kan?? memang sangat seronok!! dapat merasa sendiri ikan berenang2 dengan kita, dapat tengok coral-coral yang amat cantik...menikmati keindahan ciptaan Allah... Dalam pukul 5.30, bot pun hantar kami balik ke resort, apa lagi, sambung la aktiviti berenang-renang kat tepi pantai pulak sambil jalan-jalan.
Untuk aktiviti malam, kami buat la aktiviti sendiri. Hahahahah!! Suasana malam kat sini sangat tenang,aman, damai je rasa..sejukkk! Bagi makan malam, kami tak ambil pakej bbq, sebab nanti kena masak lagi,perut pun dah lapar, jadi kami makan buffet biasa je. Bagi mereka yang nak join bbq,peralatan semua ada disediakan, maklumkan di kaunter dan mereka akan uruskan semuanya.
Sampai tertidur atas pasir taw malam tu disebabkan angin yang membuai. Sedar2 terus lari masuk bilik. hahahah! Kalau datang secara berkumpulan, malam-malam ni aktiviti bebas, jadi boleh la nak main gitar ke apa ke..tv pun ada jugak. tapi.....line MAXIS SANGAT MENYEDIHKAN. Sila sediakan line yang lain bagi memudahkan anda untuk terus berhubung.
Hari kedua, kami hanya memenuhkan aktiviti dengan berjalan di sekeliling pulau dan menikmati keindahan ikan di dalam laut. Sambung snorkling la, apa lagi...
Perkhidmatan teksi air juga ada disediakan mengikut kadar yang telah ditetapkan. Jika korang tak ikut pakej, boleh la sewa peralatan untuk snorkling kat sini.
Kami check out dalam pukul 12 tengah hari macam tu, sementara tunggu bot datang ambil, jom snap gambar lagi, berangan-berangan kejap ala-ala ombak rindu ke..kannnnn~~~
Setelah panjang berjela pza bercerita,habis jugak kau!! jadik, camne? nak pergi pulau tak? korang dah boleh mula tempah dari sekarang kerana pulau akan dibuka kembali seawal bulan MAC nanti. Untuk yang nak berbulan madu ke,semua ada. Sekian sahaja rewiew Pulau Perhentian daripada gadiskaca. Jumpa lagi!