Jumaat, 21 Disember 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


pusat santuari penyu <b>rantau abang</b>,terengganu - blues anak kedah....

Posted: 11 Nov 2012 05:54 AM PST


Pusat Santuari Penyu ini terletak di Rantau Abang, Dungun. Di Pusat Santuari Penyu, pelancong boleh melihat dan mempelajari lebih lanjut mengenai haiwan ini dan mengetahui tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur. Majlis Penasihat Santuari Penyu Negeri Terengganu bertanggungjawab bagi segala bentuk perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan penyu di Negeri Terengganu Darul Iman.


Mengikut statistik, Pusat Penerangan Penyu telah dikunjungi seramai 8,116 orang pada tahun 2008. Manakala pada tahun lepas seramai 9,979 pelancong melawat pusat penerangan itu iaitu 8,959 pelawat tempatan dan 1,020 pelawat luar negara.


Menurut Jabatan Perikanan Malaysia, jumlah pendaratan Penyu Belimbing di Pantai Rantau Abang semakin menurun dari tahun ke tahun di mana pada tahun 2003, sebanyak 14 pendaratan dilakukan manakala pada 2004 (5), 2005 (1), 2006 (5) dan tiada pendaratan pada 2007.

Namun sehingga Jun 2008, terdapat dua pendaratan dilakukan Penyu Belimbing di pantai tersebut. Manakala bagi Penyu Agar pula, jumlah pendaratan pada 2003 adalah 1,479, 2004 (2,118), 2005 (1,037), 2006 (2,371) dan 2007 (2,047).

Jumlah pendaratan Penyu Karah juga semakin berkurangan iaitu 2003 (6), 2004 (9), 2005 (8), 2006 (4) dan 2007 (18), manakala tiada langsung pendaratan Penyu Lipas dari tahun 2003 hingga 2007. Melihat kepada rekod jabatan itu mengenai jumlah pendaratan penyu di negeri itu sahaja sudah mampu mencetuskan perasaan resah bahawa haiwan itu sedang mengalami ancaman kepupusan yang kritikal.


Bagaimana Untuk Ke Rantau Abang....

Sekiranya anda ingin ke Rantau Abang dari Kuala Terengganu, anda boleh menaiki bas ke Dungun dari Hentian Bas MBKT. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dari Bandar Kuala Terengganu. Sekiranya anda dari Bandar Dungun, anda boleh menaiki bas ke Kuala Terengganu dari Hentian Bas di Dungun. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Bandar Dungun.

Anda juga boleh datang ke Rantau Abang dengan teksi. Sila rujuk senarai Perhentian Teksi di Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Kuala Terengganu ke Rantau Abang ialah 62km.

Dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan. Cari arah perjalanan ke Kuala Terengganu atau Kemaman. Selepas tiba di Kemaman, cari arah papan tanda untuk ke Dungun. Jarak perjalanan di antara Kuala Lumpur dan Rantau Abang ialah lebih kurang 420 km.

Sekiranya anda dari Pulau Pinang, anda boleh menggunakan Lebuhraya Timur-Barat menghala ke Kota Bharu. Dari Kota Bharu, anda perlu mencari arah perjalanan ke Besut dan seterusnya ke Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Pulau Pinang ke Rantau Abang ialah lebih kurang 892km.

Dari Johor, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Plaza Tol Yong Peng. Dari Yong Peng, ambil lebuh raya ke Labis dan Segamat. Dari Segamat, anda boleh menuju ke Kuantan, Kemaman dan seterusnya Dungun.


Info Penyu

Pengenalan

Penyu telah wujud sejak lebih 100 juta tahun yang lalu yang dipercayai sezaman dengan zaman dinasour. Ianya adalah haiwan vertebrata dalam kelas reptilia di bawah Order Chelonia yang tergolong bersama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik, bernafas melalui paru-paru, suhu badan yang sama dengan suhu persekitaran, bertelur dan adalah haiwan marin.

Walaupun ia boleh menyelam dan berada dalam air untuk sekian lama, tetapi ia mestilah timbul kepermukaan air untuk bernafas. Penyu merupakan spesies yang hidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50 tahun untuk matang mengikut spesies. Kini ke empat-empat spesies penyu ini sedang terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan.


Kitaran Hidup

Penyu pada amnya mempunyai satu kitaran hayat yang sama. Penyu Betina akan mengawan dengan Penyu Jantan di laut sebelum naik bertelur ke pantai. Penyu Betina akan mendarat di pantai pada waktu malam untuk bertelur. Tempoh masa bertelur adalah berbeza mengikut jenis penyu, kebiasaanya adalah 1–3 jam. Selepas musim bertelur, penyu itu akan berhijrah ke kawasan makan asalnya yang jauh. Seekor Penyu Betina boleh bertelur di antara 4-6 kali di sepanjang musim bertelur. Biasanya selang masa di antara satu masa peneluran dengan yang lain ialah 8–15 hari bergantung kepada jenis penyu. Kemudian selepas 2-8 tahun, penyu-penyu tadi akan berhijrah semula untuk bertelur di pantai yang sama tempat ia bertelur. Kebanyakan Penyu Betina tidak bertelur dua tahun berturut-turut. Telur yang dihasil akan ditinggalkan dan tidak dijaga.


Tempoh pengeraman dan jantina anak-anak penyu adalah dipengaruhi oleh suhu pasir di mana suhu yang panas (30°C ke atas) akan menghasilkan anak Penyu Betina dan suhu sejuk (26–278°C) menghasilkan anak Penyu Jantan. Telur penyu akan menetas dalam tempoh 2 bulan dan bergantung kepada jenis penyu dan suhu pengeraman. Anak-anak penyu yang menetas akan keluar dari sarang pada waktu malam dan terus menuju ke laut mengikut cahaya bulan. Pada peringkat ini, anak-anak penyu dikatakan mengalami proses "imprinting" yang membolehkan anak penyu tersebut kembali semula ke pantai tempat kelahirannya apabila dewasa kelak.


Ada ahli saintis meramalkan sebanyak 1,000 hingga 10,000 telur diperlukan untuk mendapatkan seekor Penyu Betina atau seekor Penyu Jantan dewasa yang berjaya mencapai ke peringkat dewasa dalam masa 20 hingga 50 tahun.

Jenis-Jenis Penyu

Penyu Belimbing

Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin pupus. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya (cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600 kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400 m hingga 1,200 m.


Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60–120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia, tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga di Paka dan di Pahang. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembut dengan ukuran garis pusat 5–6.5 sm.

Penyu Agar

Penyu Agar juga dikenali sebagai "penyu hijau" mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135–270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April–September dan menghasilkan 100–140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembut dengan ukuran garis pusat lebih kurang 5.0 sm.

Penyu Karah / Sisik

Penyu ini juga dikenali sebagai Penyu Sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat, bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70–90 sm dengan berat badannya di antara 35–75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan Terumbu Karang.

Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan Terumbu Karang. Musim bertelurnya adalah Mac–Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembut dan berukuran garis pusat lebih kurang 5.0 sm.

Penyu Lipas

Penyu Lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0–6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35–50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang, obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac–Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih, berkulit lembut dan bergaris pusat lebih kurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


UOP Resources (M) Sdn. Bhd: PESTA KOMPUTER RECOn <b>di Paka</b> <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2012 04:53 AM PST

kali pertama PESTA KOMPUTER RECON diadakan di Paka, Dungun, Terengganu bertempat di Pusat Servis kami cawangan Paka, SIJ MEDIA ENTERPRISE, Jalan Santong (Jalan S.M.K.Paka). Bermula 24 Disember 2012 - 5 Januari 2013. Dibuka dari jam 10.00 Pagi - 10.00 Malam. Datanglah beramai-ramai, pelbagai jenis komputer bermula dari harga hanya RM299/set dengan warranty 3 bulan.

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Kembara Oren Selamatkan Felda <b>di Besut</b> dihalang - Rakyat Marhaen

Posted: 07 Dec 2012 05:12 PM PST


KUALA LUMPUR: Kembara Oren Selamatkan Felda dihalang masuk sewaktu sampai di Felda Selasih, Jabi, Besut Terengganu, semalam.
Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman meskipun pihaknya mendapat kerjasama baik daripada polis; namun Umno dipercayai telah memperalatkan penduduk yang 90 peratus adalah remaja berusia sekitar 13 hingga 16 tahun.

Berikut ialah coretan beliau yang dipetik daripada blog Gaya Peneroka http://gayapeneroka.blogspot.com.

Kembara Oren Selamatkan Felda di halang masuk sewaktu sampai di Felda Selasih, Jabi. Meskipun kami mendapat kerjasama baik daripada pihak polis; namun Umno telah memperalatkan penduduk yg 90% adalah remaja berusia sekitar 13-16 tahun.

Tidak berapa kelihatan peneroka Felda dan anak muda. Saya tidak tau apa yang di'upah' kepada bebudak itu yg tidak tahu hujung pangkal isu di felda. Bila kita sebut ' undur Isa Samad', bebudak ini jerit, hidup Isa Samad, kami sayang Isa Samad....alahai kesiannya!

Budak2 sekolah pegang bendera Umno dan BN dan terpekik terlolong tak tentu pasal. Umno kehilangan sokongan, terpaksalah guna budak sekolah...

Budak2 sekolah maki hamun depan Pengerusi JKK dan polis yg turut disertai OCPD Besut. Umno berjaya tarbiyyah bebudak bawah umur jadi samseng dan berakhlak buruk.
Akhirnya, saya baca doa dan konvoi berundur utk meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir, Felda Tenang.

Saya dan pimpinan ANAK serta anggota kembara bersalaman dengan pegawai2 polis. Mereka sempat ucap tahniah dan menghargai kesabaran anggota kembara.

Biarlah masyarakat menilai perangai hodoh pemimpin Umno....

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


Bermain Layang-Layang <b>di</b> Pantai <b>Batu Rakit</b> | Jendela Hidup

Posted: 20 Dec 2012 04:00 PM PST

Kisah ni dah lama...time balik bercuti Awal Muharram hari tu..cuaca panas betul ketika tu, berjanji dengan anak-anak nak bawak mereka main layang-layang di tepi pantai..mula-mula tu kena la pekena Ikan Celup Tepung dan ABC dulu...dah redup baru turun ke tepi laut untuk bermain layang-layang.

Pada hari yang dijanjikan tu, saya , suami , anak-anak dan seorang anak kepada sepupu saya memang bersemangat gila nak main layang-layang...sebelah pagi dah pergi ke situ tapi mana ada angin..balik dulu tunggu petang.

Bila dah masuk petang kena la tunggu jam 6 petang pulak sebab time tu baru la cuaca betul-betul redup. Budak-budak ni bila kita cakap tunggu petang, setiap jam mereka ni bertanya, dah petang ke belum ni? Ishh tak menyompet nyompet..





13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


jamuan akhir tahun sk. <b>ajil di</b> anjung bistro - sekolah kebangsaan <b>...</b>

Posted: 31 Oct 2012 10:22 PM PDT

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENAFIAN
Sekolah Kebangsaan Ajil tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan maklumat dan
aplikasi dalam laman ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekolah Kebangsaan Ajil
21800, Ajil, Hulu Terengganu
Tel: 09-6861154 Fax: 09-6861159
Email : tba5053@yahoo.com

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Kem &#39;unleash your power&#39; <b>di Kemaman</b>

Posted: 17 Dec 2012 08:04 PM PST

Oleh: Noraini Jusoh

Pusat Empower Kemaman akan mengadakan kem 'Unleash Your Power' di Dewan Teater, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman, selama dua hari bermula 20 Disember ini.

Peyelaras Program Empower Kemaman, Nurelaini Zakaria berkata, kem yang kali ketiga dianjurkan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar lepasan UPSR pada tahun ini dalam membuat persediaan untuk melangkah ke sekolah menengah pada tahun hadapan.


"Program kali ini akan melibatkan 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar UPSR tahun 2012 di sekitar Kemaman.

"Terdapat enam buah sekolah yang akan mengambil bahagian, antaranya SK Kampung Baru Kerteh, SK Jabor, SK Kijal, SK Chukai, SK Ayer Puteh dan SJK (C) Kuala Kemaman," ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.

Katanya, majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, YB. Ir Rosli Othman.

Difahamkan, Program Empower Kemaman terbahagi kepada dua bahagian iaitu berasaskan latihan kemahiran akademik untuk pelajar sekolah dan latihan kemahiran keusahawanan untuk masyarakat setempat.

Merupakan salah satu program di bawah Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) program-program di bawah kelolaan Pusat Empower Kemaman sedang rancak dijalankan dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari semua pihak.

 

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Errah Najwa: Char Kuey Teow Sedap <b>di</b> Bandar <b>Chukai</b>, Kemaman

Posted: 08 Dec 2012 11:28 PM PST

Assalamualaikum

Kedai ni tak tahu lah dah berapa lama menapak dekat Chukai ni. Aku dah perasan lama dah cuma keinginan aku nak pergi sini tak pernah ada. Aku susah sikit kalau dah suka kedai tu, kedai tu jelah aku makan. Nak tukar tu tunggu aku jumpa kedai yang lagi sedap.

Balik tempoh hari, i dan family pergi pekena Char Kuey Teow. Plan awal nak makan steamboat, pergi-pergi kedai tutup. Lepas tu gerak lagi ke bandar nak pergi kedai nyamuk (Warung Nasi Lemak Mak Ani or Bawah Lembah namanya) yang femes amos di Chukai ni tapi malang sekali kedainya pun tutup jugak. Asal semua kedai aku nak pergi makan ni tutup haaa. Dahlah aku mengidam giler kat Mee Sup dia yang sedap pedas amat tu.
Entah camana jalan lagi depan singgahlah kedai Char Kuey Teow ni, dekat simpang nak masuk Mak Chili sederet dengan Klinik Wan Maihan kalau tak silap.

Sejak sebulan belakangan ni, aku buang tebiat hari-hari mau pekena sirap ais. No more Milo ais, Neslo Ais, Teh Ais dalam kamus hidup aku sejak sebulan ni. Tak tau kenapa maybe sirap dapat hilangkan dahaga kot. Aku ni hari-hari kuat minum air, so salah satu air yang tak muak ialah Sirap Ais. Nikmat yer nak nak time tu tengah haus amat.
Ok, berbalik pada menu utama. Dah nama kedai ni, Restoran Char Kuey Teow ko jangan mimpi lah nak order nasi goreng lauk tomyam ke apa-apa lah. Yang ada only Char Kuey Teow. That's it.! Tuh abang-abang ni nak siapkan order kami.
Char Kuey Teow ni kan buat satu-satu. So, nak siap nya tunggu turn lah yer. Mari kita isi masa senggang dengan berpoyo-poyo depan camera handphone cikaro.
Ini Char Kuey Teow Kerang sahaja-sahaja. Memula sampai ingat yang aku lah ni. Aku nak pegang dah sudu tu, sekali pelayan dia cakap maaf silap. Rupanya meja lain. Diambilnya balik. Tapi sempat jugak aku snap sekeping even blur. 
Sampai jugak akhirnya. Memang sedap. Sampai sekarang aku boleh rasa kesedapannya. Lagi pulak tengok gambar ni, bekeroncong perut aku. Udang dia tok sah cakap lah, banyak ok. Kerang dia plak besar-besar. Tak kedekut bahan-bahan cuma aku tak tahu lah pulak harganya berapa. Lupa nak tanya abah.
Mau lagi...............!!!!!!!!!!Balik kampung nanti pasti terjah lagi.
Abah. Radix dan segala mak nenek 3 in 1 dan seumpama dengannya tak boleh dipisahkan. Padahal dekat rumah dah berlambak pergi kedai pun itu jugak yang dipesan. Najwa pulak pesen tak makan makanan yang pelik. Pelik hape pun aku tak tau. 
Lagi sekali. Bila aku nak makan niha.
Adik bujang gue yang masih di bawah umur. Haha, baru 18 nih. Kerja pun dah good, gaji pun ada good cuma mood bergambar dia ni bila nak good nih. Dia pantang betul aku snap gambar dia time makan.
Budak Najwa yang tahu makan Nasi Ayam je kerjanya. Manala nak makan kuey teow segala ni. Jadi, terpaksalah order burger ayam 2. Lagi satu untuk adik i lagi sorang. Kalau kuat makan itulah orangnya. Cehh, sedap je aku mengata orang, diri sendiri tak sedar.

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


Enam Temui Ajal <b>Di Kijal</b> | Kita Bertemu Kerana Ilmu

Posted: 10 Oct 2012 08:03 AM PDT


Awal pagi tadi, penulis menerima perkhabaran bahawa jiran sekampung penulis terlibat di dalam nahas jalan raya di Kilometer 129.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan sekitar Kampung Meraga Beris, Kijal, Kemaman. Enam daripada mereka telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua orang lagi dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.


Menurut ahli keluarga mangsa, mereka dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu (ada kata baru nak pergi) ketika nahas berlaku pada pukul 4.30 pagi. Antara mangsa yang terkorban ialah seorang ibu, Noran Ali, 39, (penumpang hadapan), dan tiga anaknya, Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, (penumpang hadapan), Nur Syardiena Afzan Narizan, 9, dan Nursyazleen Narizan, 12.

Dua lagi mangsa lain ialah Khairudi Omar, 31, iaitu pemandu kereta, dan Wan Aspisar Wan Abdul Kadir, 43. Kesemua mereka tinggal di Kampung Gong Pauh kecuali Wan Aspisar dari Kampung Bukit Mentok.


Dua lagi mangsa yang cedera parah, Nursakinah Narizan, 17, dan Nursyafura Narizan, 13, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan lanjut. Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Nahas berlaku apabila Perodua Viva (ada juga cakap Myvi) yang dnaiki oleh 8 orang terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan bas ekspres. Pemandu bas ekspres berkenaan bersama 23 penumpang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuantan tidak cedera.



KEMAMAN - Apabila Norizan Othman, 49, pulang ke rumah di Kampung Gong Pauh pukul 10 malam tadi selepas berniaga kuih di Kerteh, kira-kira 20 kilometer dari sini, isteri dan lima anak perempuannya tiada di rumah kerana telah berlepas ke Kuala Terengganu untuk mengunjungi anak perempuan sulung mereka.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 6 pagi tadi, Norizan menerima perkhabaran sedih bahawa isterinya, Noran Ali, 39, bersama tiga anak mereka -- Nursyazleen, 12, Nur Syardiena, 9, Nurkhairatul, 4, dan dua saudara angkat terkorban dalam nahas jalan raya apabila kereta yang mereka naiki bertembung sebuah bas ekspres di Kilometer 129 Jalan Kuantan-Terengganu dekat Meraga Beris pada 4.30 pagi.

Dua saudara angkat yang turut terkorban ialah Wan Aspisar Wan Abd Kadir, 43, dan Khairudi Omar, 31, pemandu kereta.

Dua lagi anaknya, Nursakinah, 17, dan Nursyafura, 13, yang cedera parah kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang bas terbabit tidak cedera.

"Kali terakhir saya menelefon isteri saya pukul 7 malam semalam, masa itu isteri saya masih dalam rumah lagi dan meminta maaf atas apa-apa kesalahannya serta anak kerana hendak berjalan jauh ke Kuala Terengganu.

"Memang menjadi adat kami sebelum keluar ke mana-mana, isteri dan anak salam cium tangan saya minta maaf," katanya kepada pemberita di Hospital Kemaman hari ini.

Norizan juga berkata beliau tidak menyangka itulah ungkapan maaf terakhir daripada isteri dan anak-anaknya.

Beliau berkata isterinya memaklumkan bahawa mereka mahu ke rumah Nur Syamira, 21, di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu untuk berjumpa dua cucu yang berusia empat dan satu tahun.

Sementara itu, Nur Syamira berkata ibunya ada menghubungi beliau petang semalam, namun tidak pula memaklumkan akan ke rumahnya.

"Ibu memang biasa buat kejutan untuk kami sekeluarga. Kadang-kadang dia datang tanpa bagitahu, tapi sebelum kejadian, memang dia tidak maklumkan akan datang ke rumah," katanya. - Bernama

Petikan Sinar Harian


Penulis ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Norizan. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

©Eriyza : Pihak berkuasa membina divider baru di laluan Meraga Beris, Kijal yang menyebabkan jalan yang tidak elok menjadi semakin sempit. Apa wajarnya pembahagi jalan itu dibuat jika ia mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya??

Via : Sinar Harian | AntaraPos

ads