Selasa, 25 Jun 2013

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Dua rakan maut, seorang parah dalam nahas <b>di Setiu</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2013 06:31 PM PDT

Hasrat tiga rakan untuk memulakan tugas di sebuah pelantar minyak di Kerteh, Kemaman, semalam tidak kesampaian apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan jalan raya.

Kejadian berlaku di Kilometer 86 Jalan Kuala Terengganu- Kampung Raja dekat Kampung Gong Batu, Permaisuri, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.40 malam itu, dua rakan setugas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori.

Mereka yang maut ialah pemandu kereta Perodua Kancil, Mohd Zuhairi Mohd Kedri, 30, dan rakannya yang duduk di kerusi penumpang hadapan, Muhammad Hazizul Haris, 19.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, sepupu Muhammad Hazizul, Faizal Hasif Sarifudin, 20, yang duduk di kerusi penumpang belakang cedera parah di kepala dan beberapa organ dalaman.

Menurut, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian apabila kereta yang dinaiki mereka dari arah Kampung Raja ke Kuala Terengganu melanggar sebuah lori jenis Daihatsu Delta yang datang dari arah bertentangan.

"Lori tersebut dikatakan cuba membuat pusingan U dan memasuki lorong bertentangan menyebabkan Mohd Zuhairi gagal memberhentikan kenderaan. Keadaan jalan juga gelap di kawasan berkenaan.

"Akibat pertembungan itu menyebabkan bahagian depan kereta dinaiki mangsa remuk, manakala lori terbalik," katanya.

Ab Rahman berkata, kedua-dua mangsa yang parah meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat, manakala Faizal dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

"Ketiga-tiga mereka dilaporkan dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah pelantar minyak di Kerteh. Mohd Zuhairi dari Felda Chalok Barat, manakala Muhammad Hazizul dari Kampung Gong Tiong, Keluang, dan sepupunya dari Kampung Keluang, Besut," katanya.

Menurutnya, pemandu lori, Muhammad Jefri Md Isa, 35, dari Kampung Pisang, Kupang, Kedah, hanya mengalami kecederaan ringan.

"Kejadian ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


fyra punye belog: Cerita <b>di</b> PU <b>Gong Kedak</b>

Posted: 25 Jun 2013 07:46 AM PDT

Since kita dah ada rumah berdua sendiri di Kuantan, i dengan hubby plan nak bawa balik barang barang kat bilik hubby di Pangkalan Udara Gong Kedak ke rumah sewa kami. Sampai sampai bilik bujang hubby, i terus beristighfar. Macam kapal karam wa cakap luuu (silap tak snap gambar). By the time dah pukul 1 pagi lebih, i pun tak larat nak terus kemas (walau dalam hati meronta ronta nak kemas), hubby pun suruh tidur dulu kemas esok je.

Bangun pagi, tanpa mandi terlebih dulu i start kemas. Mula mula kepala jammed kot nak kemas mana dulu. Meja, almari baju, toilet lagi, lantai dah sah sah berselerak. Pagi tu juga hubby dah kena keluar kerja sebab dia Duty Officer on that day (pergi handover tugas je pastu boleh balik semula)

Masa hubby ada, satu satu i tanya dia baju mana yang nak bawa balik, mana yang nak tinggal, mana yang nak bawa pergi Sabah, mana yang nak buang. Dan masa kemas kemas tu i jumpa satu box. I buka.

I jumpa balik surat surat dan kad kad yang i beri pada dia since mula mula bercinta dulu. Masa dia di Kolej Tentera Udara lagi. Masa tu beliau di Kedah, i di KL, so semua ni i pos (since pertengahan 2009). Semua ni pun i bawa balik, i nak simpan baik baik.


Masa tu i sweet sangat. I bagi satu balang kaca, i taruk 70 biji bintang. I suruh dia buka satu bintang sehari. Tapi sekarang bila i tanya balik betul ke masa tu dia buka satu bijik sehari, dia jawab, sehari 3-4 biji (cehhh) Tak menyabor betul. Hehe. Ye, dalam bintang tu i tulis kata kata cinta. Tapi balang tu dah pecah. Dia siap simpan serpihan kaca tu yang tak tahan tu. Time tu jugak kaca kaca tu i buang. Terluka jari kang camne? 



I cuba kemas pantas pantas. Dengan harapan, hubby balik tu bilik dah berseri seri. Terbersin bersin i sebab habuk. Mana yang nak bawa ke Kuantan, i taruk setempat. At last, masa balik Kuantan, bonet dengan seat belakang full house! Lega i tengok bilik hubby dah kemas dan teratur. Malam hubby bawa i makan sate kat Jerteh. Sedap dan murah, lima puluh sen je secucuk.
Ni lah pegawai bertugas tu. Kena pakai benda alah ni kat lengan. Duty officer bertugas 24jam. Boleh keluar keluar tapi takleh la gi jauh jauh. Sekitar bandar je boleh la.
Yang di bawah ni i beri masa birthday dia ke 26 (last year). Pun i pos juga! Alah, tempah kat Central Market je. Benda ni pun i bawa balik Kuantan (risau pecah lagi)
Sampai Kuantan, kita habiskan masa bersama sebelum kena berpisah sementara. part menjauh hurmm tak best. Tak best tak best pun i relakan jua.
Pekena aiskrim Mekdi kat Teluk Cempedak

I dont think i could ever love anyone as much as i love my husband.

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


<b>Hulu Terengganu</b> lebih maju selepas LPT 2 siap | Terengganu Today

Posted: 15 Jun 2013 08:46 PM PDT

Lebuh Raya Pantai Timur

Lebuh Raya Pantai Timur

Kerajaan sedang merancang beberapa program pembangunan bagi daerah Hulu Terengganu sebaik siapnya Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) menghubungkan Kuantan ke Kuala Terengganu, tahun depan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata jika lebuh raya itu siap mengikut jadual, projek-projek tertangguh seperti pusat penjaja buah-buahan di Kampung Gaung akan dibangunkan dengan segera.

"Kita yakin dengan siapnya lebuh raya itu, orang ramai terutamanya pelancong ke Tasik Kenyir akan tertumpu kepada Hulu Terengganu kerana ia berada di laluan lebuh raya berkenaan.

"Kita juga akan lihat balik pusat pendidikan yang tertangguh seperti politeknik di sini yang terbengkalai. Begitu juga Pekan Ajil di mana kita akan susun semula rangkaian perniagaan di situ dengan lebih sempurna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas majlis penyampaian sumbangan pakaian Hari Raya kepada anak-anak yatim tahun tiga hingga enam sekolah-sekolah rendah daerah Hulu Terengganu anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (Perkaya) di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 99 orang anak yatim dari 42 buah sekolah rendah di daerah itu telah menerima sumbangan tersebut. – Bernama

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 01:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Bekas Adun Pas Paka Menipu Duit Peneroka Felda lagi <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 01:56 AM PDT

banne yang di pasang di hadapan bus station ketengah jaya

banne yang di pasang di hadapan bus station ketengah jaya

Ketengah Jaya, Dungun :  Daripada laporan polis yang di buat oleh peneroka felda yang menyatakan bahawa mereka telah tertipu dengan bekas adun Pas pada tahun 1999-2004 iaitu Satiful Bahri Mamat. Isu duit yang telah di bayar oleh peneroka felda untuk mendapatkan tanah berkelompok generasi kedua felda itu tertanya sia-sia dan tidak mendapat jawapan yang sewajarnya dari pemimpin Pas itu.

Demi untuk menuntuk hak peneroka felda Ketengah Jaya itu , ramai yang tampil membantu memasang banner dan poster bagi menyedarkan peneroka Felda bahawa mereka telah tertipu dengan bekas adun Pas itu yang hanya berdolak dalih melarikan isu tanah Felda itu kepada debat. Persoalannya kenapa Bekas adun Pas itu tidak bersemuka dengan peneroka Felda? Kenapa orang yang tiada kaitan dengan isu tanah felda itu di ajak berdebat?

Lebih malang lagi ketakutan pemimpin Pas itu lebih mengejutkan, semua banner yang di pasang di setiap lorang felda Ketengah Jaya itu di cabut oleh pengikut-pengikut nya. Kenapa harus mereka cabut banner itu? Atau pun mereka takut dengan penipuan mereka akan terbongkar satu persatu?

Kami nak bertanya adakah bekas adun Pas Paka itu ambil duit peneroka felda ketengah jaya? ya atau tidak ? Kerana berdasarkan laporan polis yang di buat oleh peneroka felda Ketengah jaya itu menyatakan Satiful Bahri Mamat terlibat dalam penipuan itu.

di lampiran laporan polis yang lepas di sini

DIALOG RAKYAT: Tukang Fitnah Bekas ADUN Paka &#39;Makan Duit <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2013 04:28 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/fitnah%20disebar%20merata-rata.jpgDUNGUN - PAS tidak gentar dan takut menghadapi apa sahaja tuduhan dan siapa sahaja yang membuat tuduhan dalam kes pembahagian tanah Rancangan Tabah Berkelompok (RTB) Generasi Kedua Felda Ketengah Jaya.

Mana-mana pihak adalah dialu-alukan untuk menjalankan siasatan pada bila-bila masa, dan PAS sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Setiausaha PAS Kawasan Dungun, Norul Azhar Ali berkata, kebesaran Allah SWT telah memberi petunjukNya kerana walau pun banyak dokumen lain yang disimpan di pejabat bekas ADUN Paka telah musnah dimakan anai-anai, tetapi dokumen RTB Generasi Kedua Felda Ketengah Jaya terpelihara dengan baik.

"malam ini kita hadir dengan pelbagai bukti bersama kita dan kita tak takut untuk menghadapi semua ini, perkara ini ini sudah berlaku sudah 10 tahun banyak timbunan fail yang dah dimakan anai-anai...........kebesaran Allah nak menunjukkan sebenarnya fail-fail tanah RTB ini tidak terjejas,

"kita mempunyai rekod yang kemasa mengenai apa sahaja (berhubungan RTB) nama penerima rekod bayaran dan perbelanjaan yang terlibat dalam (menguruskan) tanah ini memang tersimpan kemas sehingga hari ini,

"dan kita tidak takut untuk siapa pun siasat apa yang berlaku dalam proses pembahagian tanah di RTB Generai Kedua ini,"jelasnya.

[Gambar - poster dan banner fitnah terhadap Ustaz Satiful Bahri didalang Umno-BN di pamerkan dimerta tempat dalam DUN Paka]

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/IMG_4237.jpgBeliau berkata demikian ketika berucap di atas pentas debat Tanah Generasi Ke-2 Ketengah Jaya; Siapa Tipu Anak Peneroka, yang telah bertukar menjadi majlis penerangan apabila ADUN Paka Mohd Ariffin @ Zakaria Abdullah tidak hadir.

Debat tersebut dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Paka di Dataran Ketengah Jaya pada Isnin malam, 11 Mac adalah bertujuan untuk menjelaskan siapakah sebenanya yang menyekat pembahagian tanah-tanah RTB Generasi Kedua Felda Ketengah Jaya.

Sehubungan itu, Norul Azhar yang juga bekas Pengarah Hal Ehwal Tanah bagi DUN paka semasa PAS memerintah menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka-mereka yang terlibat memfitnah, bekas ADUN Paka Ustaz satiful Bahri Mamat dan bekas Meneteri Besr Terengganu Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, beliau telah berulang alik ke Kuala Lumpur dan berbincang dengan pihak peguam bagi memastikan tuntutan mahkamah semaksima mungkin, akan dibuat kepada mereka yang terlibat, termasuk yang menyebarkan fitnah tersebut.

"sebelum ini pada waktu hampir pilihanraya yanglalu kita ada dengar isu bekas ADUN Paka makan duit ini dimainkan oleh Umno-BN, tapi kita gembira pada kali ini ada report (laporan) polis dibuat dan ada laman blog yang menyiarkan berita fitnah tersebut,

"saya telah beulang alik ke Kuala Lumpur dan berbincang dengan pihak peguam........kita akan pastikan tuntutan mahkama (saman) semaksima mungkin kepada mereka yang terlibat dengan fitnah ini,"tegasnya.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Ke Taman Tamaddun Islam <b>Pulau Wan Man</b> - Kendatipun sekadar <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2013 02:02 AM PDT

Sejak mula dibuka kepada orang ramai pada Februari 2008, aku tidak berkesempatan mengunjunginya. Namun pernah mengunjungi beberapa binaan lain berdekatan yang juga terletak di Pulau Wan Man Kuala Terengganu seperti Masjid Kristal dan Dewan Konvensyen. Keseluruhan projek bernilai RM249.3 bagi menjadikan Pulau Wan Man yang sebelumnya merupakan pulau yang dipenuhi pokok nipah itu telah menimbulkan pelbagai kontraversi sejak ianya mula dibina.

Kontraversi ini meliputi daripada isu pembaziran lantaran perbelanjanaan pembinaan sepatutunya digunakan untuk perkara lain yang lebih utama dan dimanfaati rakyat, perlantikan kontraktor luar, isu penduduk tempatan dipinggirkan dalam sub-kontrak pembinaan dan perasmian Masjid Kristal yang sepatutunya dilakukan oleh Sultan.Namun aku berkesempatan singgah dan masuk ke Taman Tamaddun Islam Pulau Wan Man pada 6 Jun 2013. Tiket masuk untuk dewasa RM20, termasuk baucer RM2 untuk membeli cenderahati di kedai cenderahati dan makanan di gerai makanan di luar Taman. Selain daripada tiket, kami diberikan buku passport dengan cop sebagai bukti lawatan dan tawaran istimewa untuk lawatan kedua dan ketiga. Buku tersebut juga mengandungi keterangan mengenai monumen yang terdapat dalam taman ini.

Taman Tamadun Islam ( TTI ) ini dikatakan merupakan taman tema bercirikan Islam yang pertama dan satu-satunya di dunia dari segi kesenian rekabentuk serta kebudayaan menerusi 21 buah monumen yang dibangunkan. Ianya menonjolkan keunggulan islam dalam pelbagai seni bina khususnya didalam pembuatan masjid.

Semua monumen yang dibangunkan didalam taman tema ini adalah mengikut skala 1:8 daripada saiz asal. Di sesetengah monumen terdapat pameran serta dewan tayangan video bagi memberi maklumat lanjut kepada pengunjung.Terdapat kemudahan seperti trem, basikal dan buggy sedia untuk disewa bagi memudahkan perjalanan dalam di taman ini. Tidak pasti berapa kadar sewaannya. Tapi aku memilih untuk berjalan kaki sahaja.Bermula dengan monumen masjid Masjid Xian dari China yang unik binaannya. Ini binaan yang menempatkan ruang solat atau sekadar menaranya sahaja ?Diikuti dengan monument berbentuk Masjid Negara Malaysia. Aku begitu impress. Macam betul-betul saja kalau ambik gambar dekat.Seterusnya Masjid Kuddus Mina dari Indonesia yang nampak tradisional atau klasik. Terasa macam ada masjid lama di Malaysia seakan-akan binaan ini. Masjid Sultan Omar Syarif dari Brunei mengingatkan aku kepada kunjungan ke sana. Cuma warnanya tidak seputih yang asal dan kubah emasnya tidak berwarna seperti emas berkilau.Apabila sampai ke monumen Taj Mahal dari India, baru aku perasan betapa kurangnya kerja penyelenggaraan dilakukan ke atas monument yang terdapat di sini. Cat yang sudah luntur dan warna keputihan Taj Mahal mulai pudar dan tidak nampak menarik apabila berada pada jarak dekat.Bagiku yang paling menakjubkan ialah Kubah As Sakhra dari Palestina. Daripada jauh sudah kelihatan keunikan kubah kuningnya.Masuk ke dalamnya, terasa macam real atau betul-betul. Corak dinding, tiang, tingkap dan silingnya sungguh menarik. Ini ditambah dengan replika batu tergantung yang terdapat ditengah-tengah binaan di bawah kubah.
Masjid Nabawi dan Masjidil Haram dari Arab Saudi agak mengecewakan sedikit, walaupun marmar binaan seperti real. Banyak bahagian yang sudah rosak serta pecah dan berdasarkan khemah yang dipasang, berkemungkinan juga kerja pembaikpulih sedang dan telah lama dilakukan.Agaknya kalau dibesarkan sedikit skala, boleh pengunjung merasai nak tawaf dan saie. Ruang pameran Masjidil Haram di bahagian bawah juga ditutup Keunikan Masjid Al Hambra dari Spanyol nampak cantik dan jelas digambarkan dari monumen yang dihasilkan.Berikut adalah beberapa monument lain yang menghiasi TTI.
Melihat kepada beberapa bentuk monumen yang juga merujuk kepada binaan sebenar di negara masing-masing, timbul persoalan. Apakah binaan tersebut yang bercirikan senibina Islam ataupun ciri rekabentuk bangsa atau negara berkenaan yang diapplykan kepada bangunan yang dihungkaitkan dengan kegunaan umat Islam khususnya untuk beribadah ?Apa yang perlu dilakukan oleh pengurusan TTI ini menyelenggara dan memastikan monumen dalam keadaan baik, cat tidak lusuh, dinding binaan tidak menggelupas serta warnanya tidak pudar. Apakah sengaja dibiarkan bagi melambangkan begitu juga binaan yang sebenar di negera-negara berkenaan ?Di akhir lawatan kami singgah di kedai cenderahati bagi membeli tanda kenangan berkunjung ke di taman tema dan terus keluar daripada kompleks TTI menuju ke bazaar makanan.

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


[BERGAMBAR] 50000 Berhimpun <b>Di</b> Blackout505 <b>Kuala</b> Ibai <b>...</b>

Posted: 23 May 2013 05:43 PM PDT



Markas PAS Kuala Ibai, Kuala Terengganu,  dibanjiri puluhan ribu rakyat pelbagai bangsa tua dan muda yang berbaju hitam sempena Perhimpunan Black out "505" Peringkat Negeri Terengganu.

Selain DSAI, Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Dato' Hj Husam Musa, Pengerusi PKR Negeri Terengganu merangkap ADUN Bandar,YB Azan Ismail dan ADUN Batu Buruk YB Dr Syed Azman turut hadir. -omakkau

Zubir Embong Dilantik Speaker DUN <b>Terengganu</b> | <b>Terengganu</b> Today

Posted: 15 Jun 2013 07:19 PM PDT

Photo: Cikgu Mohd Zubir Embong telah di angkat sebagai speker dun negeri terengganu hari ini...Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Mohd. Zubir Embong dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu yang baru.

Pengisytiharan pelantikan beliau diumumkan oleh Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu, Azhar Jusoh pada hari pertama Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Azhar mengumumkan perkara itu berdasarkan watikah pelantikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Mohd. Zubir yang merupakan bekas Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu kemudian mengangkat sumpah jawatan tersebut pada sidang hari pertama yang dihadiri kesemua 32 Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Selepas itu disusuli pula upacara mengangkat sumpah oleh kesemua ADUN yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Ia diikuti 16 wakil rakyat BN sebelum kesemua 15 ADUN daripada parti pembangkang turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Ia merupakan persidangan pertama Sidang DUN Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 bulan lalu yang menyaksikan BN mempertahankan pemerintahannya dengan memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN dan empat daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di kuala besut</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2013 01:07 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Dr Azman Ibrahim: Benarkah kadar jenayah <b>di Besut</b> menurun?

Posted: 25 May 2013 09:38 PM PDT

Jurujual diacu golok ketika berkempen di Besut, 24 April 2013. Polis buru 3 suspek tetak mekanik di Besut, 6 Januari 2013. Pembuat kerepok ditahan miliki dadah di Kuala Besut, 21 April 2013. Seorang lelaki ditahan, 5 kes curi kabel di Besut, 16 Mei 2013. Dua samseng kes pukul guru di Masjid Kayu Besut serah diri, 14 Mei 2013. Dua bunuh diri di Besut, 20 Januari 2013. Empat Ah Long ditahan di Jerteh dan Besut,4 April 2013. Pesawah parah ditetak di Besut, 19 Mei 2013. Ugut potong telinga guru di Besut, 22 Mei 2013. Dua lelaki ditembak polis di Besut, 18 Januari 2013. Dua suspek kes lari kenderaan dikenalpasti, 13 Februari 2013. Lelaki, rakan wanita ditahan miliki kereta curi di Felda Selasih, Besut, 18 Januari 2013. Anak penjenayah ketua geng curi, pelajar sebuah sekolah menengah diberkas di Besut, 20 Mei 2013. Suspek samun madu adik dicekup, 23 Mei 2013.
Petikan di atas adalah sebahagian kecil dari tajuk-tajuk yang disiarkan di dada-dada akhbar media perdana berkaitan kes-kes jenayah yang berlaku di sekitar Besut mutaakhir ini. Sememangnya peningkatan kadar jenayah di bumi 'Ulul Albab' ini menjadi buah mulut terutamanya kecurian dan pecah rumah, jenayah kekerasan dan kes-kes narkotik.
Dari getah skrap, buah kelapa sawit, pisang di kebun, tembikai di ladang sehingga kepada kes curi kenderaan dan pecah rumah. Topiknya menjadi bahan perbincangan hangat masyarakat. Seorang pesawah dari Kampung Gerong Apal merungut, "nasib baik tak berlaku lagi kes pencuri 'tolong tuai' padi kita di sawah, kalau kelapa sawit, yang atas pokok pun pencuri kait. Ni jiran sebelah rumah ambo, lembu dia hilang 2 hari lepas, jumpa dalam rok (semak) siap kena ikat kaki, nasib baik tak sempat kena semelih! "
Suatu pagi di kedai kopi Kampung Kuala Kubang, Jabi. Sambil minum pagi, orang kampung rancak bercerita tentang getah skrap dicuri orang, "letih kita toreh, dia 'tolong kutip'! kalu dapat kat aku, siaplah!" rungut seorang penoreh dengan nada kesal berbaur marah. Saya mendengar dengan penuh simpati. Sudahlah harga getah merudum, susu getah tak berapa keluar semasa musim daun getah luruh seperti sekarang, ada sikit-sikit hasil kena curi pula. Seorang teman yang mempunyai kebun sawit seluas kira-kira 3 ekar menyampuk, "dok pelik mana pok getah (getah scrap) kena curi, ambo sawit atas pokok pun ada orang tolong kait!"
Kebetulan semalam (Jumaat) saya menziarahi seorang sahabat, petugas pilihanraya Dun Jabi yang kehilangan keretanya. Kenderaan yang diletakkan di hadapan kedai runcitnya di Kampung Guntung, Tembila, Besut dilarikan pencuri pada awal pagi. Masih belum ditemui sehingga sekarang. Ketika laporan polis dibuat di IPD Besut, anggota yang bertugas memaklumkan bahawa hari ini sahaja, 3 kes laporan curi kenderaan telah diterima. Bayangkan ketika itu waktunya masih diawal pagi Jumaat! Kalau 40 penyamun dalam cerita 'Ali Baba P. Ramlee' ada hari off dan holiday, pencuri sekarang nyata lebih hebat. Hari Jumaat tetap beroperasi seperti biasa!
Saya menziarahi seorang ibu yang mengaku dia adalah ahli Umno dan pengundi tegar BN dari Kampung Gong Dasar, Jabi, di mana anaknya pernah keluar masuk lokap angkara pil kuda menangis hiba mengenangkan perihal anak yang dibelai dengan penuh kasih sayang akhirnya terjebak dengan gejala negatif ini. "Doktor tolonglah fikir sesuatu, Pas kena buat sesuatu untuk anak-anak muda di sini, demo main pil kuda terang-terang depan mata, macam dok takut ko sapo-sapo. Kalu tak dok orang nak tolong baiki, dok tahulah nak jadi lagu mana" Keluhnya dengan penuh kesedihan.
Orang kampung tak pandai dengan statistik dan data. Saya juga adalah orang kampung, membesar sebagai anak kampung, berjiwa kampung, merasai penat jerih orang kampong. Mungkin tak salah kalau saya berfikiran sealiran dengan mereka. Data dan statistik PDRM menunjukkan kononnya kadar jenayah di Besut menurun, tapi realiti pada pandangan serta apa yang sedang menjadi igauan masyarakat adalah berbeza.
Dengan didahului permohonan maaf kepada Tuan OCPD Besut dan rakan-rakan anggota PDRM yang saya kenali dari IPD Besut, Balai Polis Jerteh serta Jabi yang telah banyak memberikan kerjasama menjayakan pelbagai program Parti Islam Semalaysia khususnya di Dun Jabi, dengan penuh hormat saya berpandangan, sekadar angka yang dibentangkan tak akan mampu untuk memberikan keyakinan dan rasa tenteram masyarakat kerana manusia akan menilai berdasarkan situasi yang ada di sekeliling mereka.
Saya juga tidak ingin mengulas panjang tentang maklumat serta bukti bahawa berleluasanya budaya samseng di sekitar Bandar Jerteh sehingga ramai peniaga-peniaga kecil yang pro pembangkang menjadi mangsa dan tidak diizinkan berniaga lagi. Apakah ini suatu tindakan melepaskan geram pasca PRU 13? Yang pastinya, kita meyakini bahawa kedaulatan undang-undang masih wujud di sini dan Jerteh bukanlah sebuah pekan cowboy dengan makna siapa yang kuat dia berkuasa! Apatah lagi antara bangunan yang paling besar dan tersergam di Jerteh adalah Bangunan Umno Besut. Tersergam pula papan tanda 'Besut Bumi Ulul Albab'. Arkitek Ulul Albab pun sudah dilantik menjadi menteri penuh. Tolonglah kawal perlakuan anak-anak buah Dato' Seri supaya Ulul Albab tidak disindir dengan gelaran 'Ahmad Albab!'
*Penulis adalah AJK Badan Perhubungan Pas Terengganu, Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi.

ads