13 di pulau kapas - Google Blog Search |
:: Let Me Talk ::: <b>Pulau Kapas</b>: Tip Percutian Posted: 23 Jun 2013 05:33 AM PDT Hari ni nak bagi beberapa tip kepada korang yang merancang nak bercuti di pulau. Tak kisah la kalau bukan Pulau Kapas pun coz bercuti kat pulau ni tak sama macam bercuti kat tanah besar atau bukit tinggi. Air mineral, air masak, plain water or what ever you call it sangat penting masa kat pulau. Cuaca kering dan panas akan menyebabkan korang dehydrated. Serius. Minum sebotol memang tak cukup. Tekak kering mengalahkan gurun Sahara terbakar. Untuk itu, aku cadangkan korang tapau air mineral ni banyak-banyak sebelum naik bot. Singgahlah mana-mana kedai kat jeti tu coz untuk pengetahuan korang, air mineral 1.5L ni kalau beli kat pulau harganya RM3.50 sebotol! Hambek ko! Mahal gila! Bukan air je tapi memang semua barang harganya double! Tapi masa pergi Pulau Kapas dulu, aku tak terfikir langsung nak buat stok air mineral ni. Yang ada pun botol kecik, 500 ml. Nasib baik restoran resort kitorang tu sediakan setong air masak. So kerja aku dok refill je la setiap kali time makan. huhu First of all aku nak ingatkan ini bukan entry promote barang atau tips kecantikan untuk kulit gebu mulus bagai. Cuma nak ingatkan korang tentang pentingnya menjaga kulit korang bila berada di pulau. Especially for girls, of course. Sekali lagi diingatkan. Kat pulau panas dan kering, so equal to dehydarted. So penting semua barang-barang ni. As usual, basic care yang korang memang pakai even kat rumah macam facial foam, toner and moisterizer kena la ada. May be korang juga boleh tambah dengan serum for dry skin as prevention, macam aku. Al maklumlah, Malaysia kan musim panas. Memang senang la kulit nak kering. Tambah lagi bilik kitorang berhawa dingin. Lagi la senang nak dehydrated. So, serum ni memang membantu la. Kalau pun dah namanya duduk pulau, mesti la kebanyakannya aktiviti air, kan. So dah tentu-tentu la korang akan berjemur bawah terik matahari berjam-jam coz takkan nak menyelam lepas Isya' kot. So sunblock haruslah tidak dilupakan, Sepanjang aku kat pulau tu, memang hari-harilah tenyeh dengan sunblock. Aku guna produk Sunplay coz aku suka texture dia. Ringan dan cepat serap. Kadang-kadang rasa macam tak pakai sunblock je. Sudahnya, lumur habis berlayers kat muka. Disebabkan sepanjang hari dok berjemur, aku guna yang SPF 130 tu coz dia memang untuk long hours outdoor and water activities. Yang SPF 50 tu untuk daily uses. Actually tak banyak benda pun yang korang boleh buat kat pulau. Habis-habis pun main air je. Kayak. Snokeling. Scuba. Naik bot keliling pulau. Itu je la kot. Dah tu takkan malam-malam pun nak redah main air juga, kan? So gadget-gadget kat atas tu sangat-sangat la membantu menghilangkan kebosanan tatkala tak tau nak buat apa. For those yang kaki novel, boleh je bawa sekali. Tapi aku, tak bawa la. Kang hujan ke, bot terbalik ke (nauzubilllah), tak pasal-pasal lencun novel-novel aku tuh! By the way, bilik kitorang ada TV. So waktu malam kalau malas sangat nak merayap, lepak bilik tengok TV je. Ini satu lagi benda penting yang mesti bawa. Sekarang ni pun memang dah jadi trend bawa charger pergi kerja, kan? So kalau pergi bercuti, lagi la wajib bawa! Aku suka multi purpose charger Sony nih. Bukan je bagi nyawa kat Xperia V aku, tapi boleh guna untuk charge Mp3 and for transferring, data or picture. Yeay, Sony is my bestie now and forever! Cash mesti ada dalam tangan coz kat pulau tak ada ATM. Muahahaha. Banyak mana, bergantung pada korang. Kalau korang dah ambil full package (penginapan, pengangkutan, makan & aktiviti), so tak payah la bawa banyak sangat. Bukan ada apa nak beli pun. Souvenir pun mahal gila! Kan dah bagitau tadi, harga barang-barang kat pulau semuanya double. Tak payah membazir. Nasi gorang kampung pun RM 7 sepinggan! Barang-barang lain? Ko kira la sendiri. Last but not least, Mini in size Nasihat aku apa-apa pun barang yang korang nak bawa, seboleh-boleh cari la yang size kecil. Sekarang ni semua benda ada yang comel-comel. Trial pack for skin care. Telekung for travelling and so on. Kita pergi bercuti ni nak release tension. Jangan sebab nak kurangkan beban kat kepala, korang tambah beban di bahu pulak! Happy holiday!!! |
You are subscribed to email updates from di pulau kapas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |