Isnin, 30 April 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


CERAMAH PGU <b>DI</b> N-26 DUN <b>RANTAU ABANG</b> - PEMUDA PAS <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2012 06:10 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]PEMUDA PAS DUN RANTAU ABANG ... CERAMAH PGU DI N-26 DUN RANTAU ABANG ... Pemuda PAS Rantau Abang: DUNGUN, TERENGGANU, Malaysia: Solatku,Ibadatku, Hidupku,Matiku Kerana ALLAH TAALA ...

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Fasha Sandha Berbulan Madu <b>di Pulau Redang</b> Bersama Jejai <b>...</b>

Posted: 29 Apr 2012 06:10 PM PDT

gambar fasha sandha berbulan madu di pulau redangFasha Sandha akan berbulan madu di dalam Malaysia sahaja iaitu di Pulau Redang, Terengganu bersama suami tercinta, Jejai.

Sebenarnya memang dah dalam perancangan awal untuk Fasha dan Jejai ber'honey moon di dalam Malaysia sahaja berbanding dengan kebanyakkan artis lain akan berbulan madu di luar negara.

Pasangan yang baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan pada 27 April lalu akan mejadikan negeri Perlis untuk majlis perkahwinan resepsi Fasha Sandha dan Jejai pada hujung bulan Mei ini.

Jejai memang sporting dan faham mengenai karier Fasha Sandha yang akan meneruskan dunia lakonannya dan mendapat restu dari suaminya, malah Jejai memberi sokongan kepada isterinya. Oh sweeettt!

Tapi, sebelum menerima tawaran berlakon, Fasha harus merujuk dahulu kepada Jejai sama ada menerima tawaran tersebut atau tidak.

Psssttt… Menurut sumber, Fasha sudah bersedia menjadi seorang kepada bayi Fasha Sandha dan Jejai nanti. Hehehe… Family Planning… Tak sabar nak tengok gambar anak Fasha Sandha dan Jejai nanti…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kucingarong

Hi! I suka menulis mengenai hiburan yang berlaku di dalam atau di luar negara. Setiap artikel yang I tulis, mempunyai sumber dan bukannya gosip yang takde bukti yang sahih okay! Daaa...

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Fasha Sandha Jejai Berbulan Madu <b>Di Pulau Redang</b>

Posted: 29 Apr 2012 11:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pasangan pengantin baru, aktres Fasha Sandha dan suaminya Rizal Ashram (Jejai) lebih senang untuk bercuti di dalam negara iaitu di Pulau Redang, Terengganu sahaja bagi meraikan bulan madu mereka.

Aktres berusia 28 tahun itu, berkata keputusan itu diambil berdasarkan keindahan panorama kawasan itu yang tidak pernah dikunjunginya sebelum ini.

"Kami akan bercuti di dalam Malaysia sahaja untuk meraikan bulan madu. Saya mahu ke Pulau Redang kerana ia sebuah pulau yang sangat cantik.

"Secara kebetulan, saya tidak pernah sampai ke pulau itu sebelum ini. Jadi, tiada masalah untuk bercuti dalam negara sahaja," katanya yang merancang untuk pergi berbulan madu pada awal Mei ini.

Ditanya mengenai perjalanan karier lakonannya selepas bergelar isteri, Fasha berkata, dia akan meneruskan kerjaya seperti biasa kerana tiada halangan daripada suaminya.

"Jejai tiada halangan untuk saya terus berlakon selepas ini. Malah, saya tidak akan membataskan kerjaya lakonan cuma saya akan tahu sendiri tanggungjawab dan batas-batas seorang isteri.

"Setiap tawaran lakonan yang saya terima akan kami bincangkan bersama terlebih dahulu," katanya yang bersedia untuk bergelar ibu pada bila-bila masa sahaja.

Pasangan kontroversi ini dinikahkan oleh bapa kandung Fasha, Hassan Umbichi Moideen pada malam Jumaat lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga, teman-teman rapat dan wakil media.

Majlis resepsi perkahwinan mereka dijangka berlangsung pada hujung Mei ini di Perlis. - mStar Online

Fasha Sandha Berbulan Madu <b>Di Pulau Redang</b>

Posted: 29 Apr 2012 09:19 PM PDT

KUALA LUMPUR – Pasangan pengantin baru, aktres Fasha Sandha dan suaminya Rizal Ashram (Jejai) lebih senang untuk bercuti di dalam negara iaitu di Pulau Redang, Terengganu sahaja bagi meraikan bulan madu mereka.

Aktres berusia 28 tahun itu, berkata keputusan itu diambil berdasarkan keindahan panorama kawasan itu yang tidak pernah dikunjunginya sebelum ini.

"Kami akan bercuti di dalam Malaysia sahaja untuk meraikan bulan madu. Saya mahu ke Pulau Redang kerana ia sebuah pulau yang sangat cantik.

"Secara kebetulan, saya tidak pernah sampai ke pulau itu sebelum ini. Jadi, tiada masalah untuk bercuti dalam negara sahaja," katanya yang merancang untuk pergi berbulan madu pada awal Mei ini.

Ditanya mengenai perjalanan karier lakonannya selepas bergelar isteri, Fasha berkata, dia akan meneruskan kerjaya seperti biasa kerana tiada halangan daripada suaminya.

"Jejai tiada halangan untuk saya terus berlakon selepas ini. Malah, saya tidak akan membataskan kerjaya lakonan cuma saya akan tahu sendiri tanggungjawab dan batas-batas seorang isteri.

"Setiap tawaran lakonan yang saya terima akan kami bincangkan bersama terlebih dahulu," katanya yang bersedia untuk bergelar ibu pada bila-bila masa sahaja.

Pasangan kontroversi ini dinikahkan oleh bapa kandung Fasha, Hassan Umbichi Moideen pada malam Jumaat lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga, teman-teman rapat dan wakil media.

Majlis resepsi perkahwinan mereka dijangka berlangsung pada hujung Mei ini di Perlis.(MStar)

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Buat Laporan Jumpa Bayi Rupanya Bayi Sendiri

Posted: 29 Feb 2012 08:15 AM PST


Tolonggg..rupanya jangan terkejut dengan kebodohan Pak Pandir. Setelah hampir 100 tahun cerita Pak Pandir menjadi pengajaran. Kini kisah yang lebih kurang serupa terjadi. Mungkin Pak Pandir lebih sengal sebab tak perasan mayat bayi sendiri jatuh dari tikar semasa nak ke tanah pengebumian. Wanita ini? tidak perasan wajah anak sendiri.

Beberapa hari lepas..seorang wanita buat laporan polis jumpa bayi di depan rumah nya.. seperti dalam berita ini.



'Kalau tak nak, buang!

SAYANG... Wan Shahira memangku bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan pintu rumah keluarganya.

KUALA TERENGGANU: "Ambillah budak ini, kalau tak nak jaga buang je, budak ini baik, tak menangis," kata seorang wanita warga emas kepada Wan Shahira Wan Nazri, 23, ketika meninggalkan bayi lelaki dipercayai baru berusia seminggu di pintu depan rumah keluarga angkatnya di Kampung Beladau Kepong, di sini, petang kelmarin.

Menurutnya, selepas berkata demikian, wanita berusia lingkungan 70-an itu meletakkan bayi malang yang dianggarkan seberat tiga kilogram dan masih bertali pusat itu di atas pengalas kaki di depan pintu sebelum bergegas meninggalkan rumah dalam kejadian jam 6 petang.

"Saya kemudian terus mengambil bayi yang lengkap berpakaian dan berstoking itu ke bilik tidur sebelum memberitahu ayah angkat yang pulang ke rumah selepas Maghrib," katanya ketika ditemui di rumah keluarga angkatnya, malam kelmarin.

Wan Shahira berkata, kejadian berlaku ketika dia menidurkan adik bongsunya berusia tiga bulan di ruang tamu manakala ibu bapa angkat, Rashid Sulong, 56, dan Rokiah Mohamad, 36, tiada di rumah kerana berniaga di kedai makan yang diusahakan mereka di Kampung Sungai Rengas, tiga kilometer dari rumah.

"Pada mulanya, saya mencadangkan kepada wanita terbabit supaya menyerahkan bayi itu kepada ibu angkat yang berada di kedai makan di Kampung Sungai Rengas selepas dia mendakwa mengenali ibu yang mesra dengan panggilan Mak De.

"Wanita itu juga mendakwa tinggal di Jerangau, Hulu Terengganu, di tempat di mana ibu angkat saya berasal.

"Dia datang ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis Ford Laser lama berwarna merah dipandu seorang lelaki yang kelihatan berusia hampir sebaya dengan wanita terbabit dan ketika kejadian, lelaki itu hanya menunggu di dalam kereta," katanya.

Sementara itu, Rashid berkata, selepas dimaklumkan Wan Shahira mengenai kejadian terbabit, dia terus ke rumah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Beladau Kepong untuk memaklumkan perkara itu sebelum menghubungi Balai Polis Chabang Tiga, di sini, jam 9 malam.

"Ketika kejadian, saya dan isteri berada di kedai makan yang kami usahakan, manakala Wan Shahira menidurkan adik bongsunya berusia tiga bulan di rumah sementara seorang lagi anak, Fatin Nurshafikah, 9, tidur di bilik dan dua anak lagi keluar bermain.

"Saya tidak pasti siapa warga emas berkenaan walaupun mereka mendakwa berasal dari kampung isteri di Jerangau, Hulu Terengganu," katanya.

Bagi memastikan sejauh mana kebenaran dakwaan itu, Rashid berkata, dia memberitahu kejadian itu kepada isterinya yang kemudian menghubungi saudara-mara di Jerangau, namun dimaklumkan tiada saudara mereka di sana yang bersalin dan menasihati wanita itu membuat laporan polis.

"Saya percaya mereka yang melakukan perbuatan itu mengenali keluarga saya kerana dimaklumkan mereka terus menuju ke rumah ketika menghantar bayi ini," katanya.

Bayi terbabit kemudian dibawa anggota polis ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, dengan ditemani Wan Shahira dan seorang jiran pada jam 11.50 malam sebelum mereka membuat laporan di Pondok Polis HSNZ jam 12.30 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Ishak ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi lelaki terbabit dan berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. -hm 26/2

 Apa yang terjadi selepas polis membuat siasatan ialah
Tanda tanya bayi siapa yang ditinggalkan atas alas kaki di depan pintu sebuah rumah di Kampung Beladau, Kepong dekat sini pada Jumaat lalu terungkai apabila bayi itu sebenarnya anak kepada wanita yang membuat laporan polis mendakwa menemui bayi itu.

GADIS yang direman pada Jumaat lalu menunjukkan alas kaki tempat seorang bayi ditemui di Kampung Beladau, Kepong, Kuala Terengganu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, K. Manoharan berkata, tembelang pekerja sebuah kedai makan berusia 23 tahun itu terbongkar selepas polis menemui beberapa bukti mengaitkan kelahiran bayi berkenaan di salah sebuah bilik di rumah yang didiami wanita terbabit.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan lanjut mendapati wanita itu baru melahirkan bayi berkenaan secara bersendirian sebelum suspek membuat laporan polis pada Jumaat lalu mendakwa bayi itu diserahkan oleh seorang warga emas.

"Siasatan mendapati sebaik bersalin, wanita itu terus menyerahkan bayinya kepada seorang kakak angkatnya untuk dijaga beberapa hari.

"Selepas itu, kakak angkat wanita terbabit memulangkan semula bayi itu kepada si ibu," kata Manoharan ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam. 



13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Tiga Termasuk Seorang Pelancong Lemas <b>Di Pulau Perhentian</b>

Posted: 28 Mar 2012 07:04 PM PDT

Tiga termasuk seorang pelancong asing lemas ketika sedang mandi sambil bermain ombak besar di perairan Pulau Perhentian Besar dekat kawasan Long Beach semalam.

Dua daripada mayat mangsa yang merupakan pelancong tempatan kemudian ditemui oleh pasukan penyelamat sekitar pukul 3 petang, sementara warga asing tersebut belum ditemui.


Identiti ketiga-tiga mangsa belum diketahui.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar yang mengesahkan kejadian tersebut berkata ketiga-tiga mangsa dipercayai lemas ketika sedang bermain dengan ombak bersama beberapa rakan lain di kawasan berkenaan pada kira-kira pukul 1 petang.

"Mengikut laporan daripada penduduk kampung yang saya terima, sebelum kejadian terdapat kira-kira 10 lelaki termasuk tiga mangsa lemas berkenaan bermain dengan ombak laut setinggi kira-kira dua meter di situ.

 "Ketika sedang asyik bermain, salah seorang daripada pelancong tempatan itu lemas dibawa ombak sebelum dituruti oleh seorang lagi rakan tempatannya beberapa minit kemudian," katanya.

Menurutnya, apabila melihat kedua-dua pelancong tempatan itu lemas, seorang pelancong asing yang berada dalam kumpulan lelaki itu cuba membantu tetapi beliau juga gagal menyelamatkan diri dan tenggelam dibawa ombak.

Katanya sehingga pukul 4 petang tadi, dua mayat pelancong tempatan telah ditemui berdekatan kawasan kejadian sementara mayat pelancong asing itu masih tidak ditemui setakat jam 8 malam semlam.

Dua mayat itu telah dihantar ke Hospital Daerah Besut kira-kira pukul 7.20 petang untuk bedah siasat. Sementara itu,

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Perhentian, Zainuddin Mohamad, 43, berkata penduduk tempatan telah melarang kumpulan lelaki berkenaan daripada bermain dengan ombak ketika kejadian.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan itu tidak mengendahkan larangan itu. -

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Maharum Bugis Syah (MBS): Koleksi Baru <b>di</b> MBS Mini Royal Library

Posted: 30 Apr 2012 01:43 AM PDT


30.04.2012, Isnin - Inilah dia koleksi terbaru untuk Maharum Bugis Syah Mini Library di Rawang Residence Syah.  Syah beli buku-buku ini semalam sempena KL International Book Fair 2012 yang berlangsung di Putra World Trade Center bermula 27.04.2012 hingga 06.05.2012.  Bertambahlah koleksi Diraja Syah tetapi tak semuanya Syah baca serentak dan akan dibuka bila ada keperluan sahaja.
Diantara koleksi terbaru Syah adalah seperti berikut :-
  1. The Residency Years - Tunku Abdul Rahman Putra
  2. Raja Muhammad Alias - Arkitek Malaysia
  3. Sejarah Kerajaan Melayu Petani
  4. The Ottoman Sultan
  5. Umpama Sebuah Bahtera - Kajian Naskah Melayu Sejarah Kesultanan Negeri Perak
  6. Orang Biasa Diraja - Hayt dan Zaman Imam Perang Jabor
  7. Malaysia Dari Segi Sejarah
Ada tujuh buah koleksi terbaru di mini library Syah.  Satu lagi buku bertajuk Biografi Muhammad bin Abdullah yang Syah beli di Masjid Negara selepas solat Jumaat lepas tiada dalam gambar.  Cd bewarna kuning tu Syah dapat percuma daripada Arkib Negara semalam bertajuk Sebutir Permata Diatas Tahta yang mengandungi beberapa slide didalamnya mengenai Sultan Perak.  Bukunya ada dijual tetapi harganya agak mahal.


Koleksi Syah ini boleh dibaca oleh para kenalan Syah tetapi tidak boleh dipinjam kerana dari pengalaman sebelum ini Syah ada meminjamkan buku-buku koleksi mini royal library Syah kepada rakan-rakan tetapi tidak dipulangkan.  Akhirnya ketetapan telah dibuat buku-buku ini tidak boleh dikeluarkan dari MBS Mini Royal Library, Rawang Residence untuk dipinjam oleh sesiapun kecuali datang sendiri untuk membacanya/mengambil maklumat yang diperlukan sahaja.  Ada diantara koleksi Syah ini sukar untuk didapati lagi diluar sana, sebab itu Syah harus menjaganya supaya tidak hilang.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


teganuku: Sultan Mizan Menyelam <b>Di Pulau Bidong</b> Bersama Coral <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2012 02:50 PM PDT

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Bidong Underwater & Land Challenge anjuran Coral Malaysia, kerajaan negeri Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Bidong di Kuala Terengganu, semalam.

Baginda turut menyelam selama sejam bersama Duta Coral Malaysia iaitu artis terkenal tanahair, Fauziah Latiff dan Presiden Coral Malaysia, Jamhariah Jaafar untuk menikmati keindahan terumbu karang di perairan Pulau Bidong.

Program selama empat hari yang bermula semalam  turut disertai oleh 70 penyelam skuba profesional yang turut mengambil gambar untuk pertandingan merakam keindahan dasar laut anjuran Coral Malaysia.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Abdul Rahin Mohd Said serta Timbalan Naib Canselor UMT Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr Yahaya Ibrahim.

Shafie Nor: Sultan Mizan menyelam <b>di Pulau Bidong</b>

Posted: 19 Apr 2012 06:59 AM PDT

SETIU, KHAMIS, 19 April, 2012: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Bidong Underwater & Land Challenge anjuran Coral Malaysia, kerajaan negeri Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Bidong di sini, hari ini. 
Baginda turut menyelam selama sejam bersama Duta Coral Malaysia iaitu artis terkenal tanahair, Fauziah Latiff dan Presiden Coral Malaysia, Jamhariah Jaafar untuk menikmati keindahan terumbu karang di perairan Pulau Bidong.
Program selama empat hari yang bermula hari ini turut disertai oleh 70 penyelam skuba profesional yang turut mengambil gambar untuk pertandingan merakam keindahan dasar laut anjuran Coral Malaysia.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Abdul Rahin Mohd Said serta Timbalan Naib Canselor UMT Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr Yahaya Ibrahim. 
Fauziah ketika, ditemui pemberita berkata program ini adalah yang pertama kali diadakan di Pulau Bidong sempena Hari Bumi 2012. 
Sebelum ini Coral Malaysia mengadakan aktiviti selaman di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tenggol. - BERNAMA

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Thinking of Book: Apa salah Sebongkah Batu <b>di Kuala Berang</b>?

Posted: 20 Feb 2012 04:56 AM PST

Beberapa minggu lalu, usai membaca novel Sebongkah Batu di Kuala Berang oleh penulis yang saya hormati, Tuan Faisal Tehrani.

Pada hemat saya yang daif ini, tiada apa yang salah atau karut. Wacana kedatangan Islam ke Nusantara secara narasi khutbah tidak pula memesongkan akidah saya. Sebutan nama Ali bin Abi Talib dan kaum keluarga Rasulullah tidak pula menunjukkan elemen Syiah melampau.

Tidak pula penulis mengkafirkan para sahabat Rasulullah. Wacana untuk difikirkan dan ditelaah. Salahkah?

Pesan saya untuk diri sendiri dan teman-teman pembaca budiman, fikirkan sebuah wawasan kecil dan olah menjadi resepi. Kemudian hirup sup itu saban waktu bagi menjana sebuah pemikiran serta membentuk wawasan besar untuk kebaikan bersama.

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)." (Surah al-Muddaththir, ayat 1 – 2)

Berkaitan: Budaya hedonis dicemuh dalam Advencer Si Peniup Ney
Jarum Zionis melalui liberalisme dalam Tuhan Manusia
Detektif Indigo – bukan siri penyiasatan era 80-an dan 90-an

Faisal Tehrani, ini untuk saudara!

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Mengantuk petanda ajal ~ Kemalangan Jalan Raya

Posted: 29 Apr 2012 01:19 PM PDT

Inalillahi wainailaihi rojiun 

BUKIT LAT - "Petang itu, makcik rasa tak sedap hati, jantung berdebar-debar, mata pula asyik mengantuk, tak sangka ia petanda anak mak cik terbabit dalam kemalangan sehingga menemui ajal."

Demikian kata Ramlah Hamzah, 60, ibu kepada Halimaton Saa'diah Mohamad@Ariffin, 29, kerani syarikat swasta yang menemui ajal selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya, dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 5.40 petang di Kilometer 8 Jalan Dungun-Bukit Besi dekat Bukit Lat itu dipercayai berlaku ketika Halimaton Saa'diah yang bekerja di sebuah syarikat di Dungun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Besi.

Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala selepas motosikal yang dinaikinya dipercayai merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dikatakan berhenti di bahu jalan.

Menurut Ramlah, sebelum kejadian, anak gadisnya yang masih bujang itu keluar dari rumahnya di Bukit Besi kira-kira jam 8 pagi lalu menuju ke tempat kerjanya di bandar Dungun.

Ramlah berkata, sebelum pergi kerja, anak ketujuh daripada lapan beradik itu keliha-tan gembira kerana dapat memakai baju kurung baru yang siap ditempah sebelumnya.

"Ketika hendak keluar rumah, dia sempat beritahu makcik, sebaik pulang dari kerja, dia akan ambil dua pasang lagi baju kurung yang sudah siap ditempah di kedai jahit, manakala sepasang sudah dipakainya.

"Tak sangka dia tidak sempat memakai dua lagi baju baru, rupanya dia lebih dahulu menemui ajal," kata Ramlah yang masih hiba dengan pemergian anak perempuannya itu.

Ramlah berkata, pemergian anaknya itu amat dirasainya kerana arwah sebelum ini banyak membantu meringankan beban hariannya.

Katanya, setiap kali mendapat gaji, arwah yang berulang-alik ke tempat kerja dengan motosikal sejauh lebih 60 kilometer setiap hari akan menghulurkannya wang untuk belanja harian selain turut membeli keperluan lain.

"Mak cik tak sangka dia pergi terlalu cepat. Kini, dia sudah tiada, makcik hilang tempat bergantung," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Jenazah mangsa kemudiannya dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang ke rumahnya di Bukit Besi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes berkenaan masih dalam siasatan.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/mengantuk-petanda-ajal-anak-1.43982

ads