Rabu, 18 Disember 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Wanita bisu parah dipukul penyamun <b>di Besut</b> | Terengganu Today

Posted: 16 Dec 2013 05:10 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Keadaan Mariam selepas dipukul suspek dalam kejadian di Felda Tenang pagi semalam. Seorang wanita bisu parah dipercayai dipukul penjenayah dalam cubaan.

Pengedar Shaklee <b>Di Besut</b> - Vitamin Mama Giant - Blogger

Posted: 24 Nov 2013 06:45 AM PST

Alhamdulillah, cuti sekolah datang kembali! Dan selama sebulan jugalah saya akan berada di BESUT. Maka secara tak langsung, saya merupakan salah sorang wakil pengedar Shaklee yang berada di Besut, Terengganu skg ini (untuk tempoh 23/11/2013 - 22/12/2013). Jadi warga Besut dan kawasan sekitar bolehla mendapatkan produk Shaklee secara COD, bolehla kontek saya ya...Bagi kawasan lain di seluruh negara pulak, barang anda saya boleh pos terus kpd anda!
Selamat BerSHAKLEE Semua!!!!

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


<b>Pulau Redang</b> Destinasi Pelancongan Impian - Sekolah4u Dot Com

Posted: 13 Nov 2013 02:31 PM PST

Pulau Redang merupakan salah satu pulau yang paling popular bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia. Terkenal dengan kebiruan airnya, kelembutan dan kehalusan pasir dan juga merupakan salah satu destinasi kesukaan bagi penyelam skuba. Pulau ini terbahagi kepada empat bahagian utama sebagai destinasi pelancongan iaitu Teluk Kalong, Teluk Bakau, Pasir Panjang dan Teluk Dalam. Setiap teluk mempunyai kawasan pantai dan chalet ata u resort. Lokasi paling menjadi tumpuan adalah di Pasir Panjang di mana
terletaknya banyak chalet dan resort sepanjang pantai tersebut. Tidak seperti di Pulau Perhentian, ke semua operator chalet dan resort di sini menggunakan kaedah pakej dan setiap pakej bergantung kepada jenis bilik serta perkhidmatan yang di tawarkan.

2013-10-11_163403

DSC_0814
Terengganu

berjayaredang_location_map2

Hotel dan Resort

Laguna Redang, Redang Kalong, Redang Reef , Ayu Mayang, Redang Holiday, Redang Beach & Sari Pacif ica Resort adalah merupakan antara operator yang menjalankan operasi di Pasir Panjang. Jika anda inginkan suasana yang lebih 'privacy' atau sunyi anda boleh memilih untuk menginap di Redang Mutiara yang terletak di Teluk Kalong atau jika anda mempunyai baget apa salahnya menginap di Berjaya Redang yang terletak diTeluk Dalam, yang pasti biarkan percutian anda itu berbaloi dengan apa yang anda dapat dan belanjakan.

DSC_0504 2013-10-11_163337 DSC_0085

Pengangkutan

Kebanyakan operator akan menggunakan jeti Merang sebagai transit untuk anda ke pulau. Jika anda datang ke Terengganu menggunakan bas kebiasaanya pihak operator akan menyediakan pengangkutan bagi perjalanan daripada Kuala Terengganu ke jeti Merang. Kos pengangkutan biasanya akan di kenakan caj secara berasingan daripada harga pakej, Jika anda menggunakan kenderaan sendiri, anda boleh terus memandu ke Jeti Merang, kebanyakan pelancong yang saya juga yang tidak biasa ke Terenggganu mereka selalunya bertukar antara Jeti Merang dan Jeti Marang. Jeti Merang terletak didalam daerah Setiu manakala Jeti Marang terletak didalam daerah Marang yang menjadi transit bagi mereka yang ingin ke Pulau Kapas dan Gemia. Sekiranya pula anda datang melalui penerbangan, anda boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan teksi lapangan terbang atau berurusan dengan pihak operator chalet yang anda tempat bagi
tujuan menjemput anda.

DSC_0085 2013-10-11_163316 2013-10-11_163250

Tarikan di Pulau Redang

Antara kelebihan di sini ialah kejernihan airnya. Oleh itu percutian di Redang berdasarkan pakej jadi kebiasaannya anda akan di bawa untuk snorkeling pada petang hari pertama, dan pada hari kedua anda akan di bawa untuk snorkeling lagi sebanyak dua kali dan salah satunya adalah di Taman Laut Pulau Redang yang terletak di Pulau Pinang.Saya akan ceritakan perihal Taman Laut ini dalam artikel yang lain. Anda boleh memilih untuk tidak pergi snorkeling jika sekiranya anda mahu bersantai-santai sambil menikmati keindahan Pulau Redang atau bermain volleyball yang biasanya di sediakan oleh kebanyakan operator chalet. Bagi yang berkulit sensitif pastikan anda membawa bekalan 'sun block' bagi mengelakkan kulit anda bertukar warna.

Pulau Redang_Map

DSC_0496 2013-10-11_163504 2013-10-11_163620

Oleh kerana keadaan pantai di Pulau Redang yang mengadap ke arah timur jadi pada setiap pagi ketika berada di sana anda akan berpeluang melihat matahari terbit. Saya nasihatkan anda tidak melepaskan peluang untuk melihat keindahan ciptaan Ilahi ini. Selewatnya anda perlu berada di pantai sekitar jam 6.45 pagi dan bersedia dengan kamera anda. Carilah tempat yang sesuai bersama rakan-rakan anda dan rakamlah gambar sebagai salah satu kenangan terindah anda di Pulau Redang.

178964_425167564184693_1578250846_n

Bagi mereka yang berminat dengan selam skuba, banyak operator selaman yang boleh anda pilih di sini dan kebanyakan chalet dan resort mempunyai kemudahan ini. Lokasi seperti Mak Cantik, Pulau Paku Besar, Cina Terjun, Tanjung Tokong, Pulau Lima, Pulau Kerengga, Pulau Ekor Tebu dan sebagainya sudah tentu akan menjanjikan pelbagai keindahan dasar laut untuk anda. Bagi mereka yang tidak mempunyai lisen menyelam anda masih dapat lagi melakukan aktiviti ini yang mana ianya di panggil sebagai 'discovery scuba', anda akan di ajar teknik asas menyelam dan di bawa menyelam pada kedalaman tertentu yang akan di temani oleh 'dive master'. Jika anda berani apa salahnya mencuba dan menikmati keindahan dasar laut Pulau Redang. Sudah tentu percutian anda akan lebih bermakna.

Bagi kumpulan untuk sekolah dan juga institusi yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, di Pulau Redang terdapat sebuah pusat kokurikulum yang boleh berfungsi sebagai tempat penginapan, juga mempunyai kemudahan beraktiviti dengan para jurulatih berlesen dan berpengalaman. Kosnya tentu jauh berbeza murahnya jika dibandingkan dengan pakej swasta.

Larangan

Oleh kerana pulau ini diwartakan sebagai salah satu taman laut di Malaysia, larangan umum seperti tidak boleh membawa pulang batu karang, mengganggu hidupan air dan sebagainya mestilah dipatuhi.

Rujukan Visit Terengganu

Ikutilah Tips Percutian Di Pulau Redang

Lihat   JADUAL TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013

Credit to : Outdoor2u

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


SUEperb MaMa: Tempat-tempat Menarik <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 03 Dec 2013 11:18 PM PST


Ayah kena buli ngan kakak daina... kul 1 pm nk tengok pantai... muahaha. panas terik weiiii..

Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat pembaca blog SUEperb MaMa.

kali ni sue nk kongsi percutian pendek di kuala Terengganu...

cuti... keje... enjoyyyyyy!!!

ingatkan bertolak ke Kuala Terengganu pagi sabtu... rupa2nya pukul 12 mlm ahad tu baru bertolak... adusssss... asben siapkan keje dari pukul 8am - 10pm.. sampai umah kul 12 terus bertolak ke Terengganu... huhuhu... gilalah penat...

syoknya start musafir waktu  malam ni... anak2 tido dlm kete.. Alhamdulillah.. aman sentosa.. hahaha

celik2 mata dah dpt mainan..
sogokkan di pagi ahad spy xmeragam time ayah nk jumpa client...
Tenangnya angin sepoi2 kat sini..
Alhamdulillah... Indahnya Ciptaan Tuhan..
oleh krn semua muka seposen jea..
drive thru jea.. mkn kat wakaf di masjid..
mcd nya depan masjid tu jea... hahaha..
mandikan anak2 kat masjid..
pastu asben sambung keje...
pukul 3 baru check in hotel...
 kakak dah pengsang... penat mengamuk di kaki lima UMT tu...
ikuti citer seterusnya utk tengok amukkan kedua yea... :)
wahhhh... memang best lah hotel ni...
perghhh... pd sue memang mahal ler...
8thn thn keje outstation... xpernah dpt hotel mcm ni... hahaha
paling mahal dpt pun RM125.. kui3..
sekali asben bawak masuk hotel yg sgt selesa ni...
uiiiiii... Alhamdulillah Ya Allah...
 fuhhh.. toilet yg selesa..
 bilik mandi dan toilet yg berasingan...
 pemandangan swimming pool dr bilik kami...
kami teruskan misi kedua..
Alhamdulillah... dpt jugak merasa goreng2 kat ICT ni...
dah 3 kali plan nk dtg ICT... asyik tak bukak jea kedai...
pastu Tanya salah sorang pembaca blog SUEperbMaMa yg berada di Terengganu.. Hainany!!!..
Hainany bgth.. ICT ni bukak pukul 3...
uhhukkk3... patut lah kitorng dtg selalu tutup...
sbb dtg kul 12pm.. huhuhuhu
kali ni dtg kul 4 pulak...
beratur nk dptkan sepinggan ikan, sotong dan udang...
mula2 sampai... mesti order ABC jagung dulu...
cantik ais cream dok tercotek kan?
mcm ni lah ngupernya bila dah dpt ICT
Ikan Celup Tepung tu... huhuhu
sampai cair ais cream... :(
asben ambik sotong sekor..
sbb sue xleh mkn seafood lg..
ikan 2 ekor dan udang 5 ekor...
nk merasa makanan freshhh...
pastu gunting sendiri... hahaha
rasa seafood kat sini memang fresh...
sbb stok nya sentiasa abis...
InsyaAllah kita takkan terkena ngan seafood busuk lah...
kalu kita pegi ke kedai yg xramai customer...
 tp owner terpaksa beli stok dgn kuantiti yg byk utk dptkan harga murah..
pastu simpan dlm peti ais...
hilang rasa fresh... sedangkan kita ke Terengganu utk merasa makanan seafood yg fresh...
baru lah nikmat berada ditepi pantai...
...............................................
salah satu pemandangan kat Hotel Tabung Haji ni...
dpt tengok dgn jelas Stadium roboh..
Nasik lemak pilihan asben sue
 ini pulak pilihan kakak daina..
 tak sempurna turun ganu kalu tak mkn nasi dagang weiiii...
haaaa... ini pilihan sue.. :)
cofffeeeeeee... I loikeeee...
siap mkn... kuar jln2 tengok pantai...
daina akan tunjuk riaksi yg sgt teruja bila melihat kejadian Tuhan yg indah ni...

 "mama tengok ni...rambut kakak ni.."
"Kakak... Allah jadikan pantai... ini salah satu bukti kekuasaanNYA.."
 siap layan kerenah kakak kat pantai...
kami pun main kolam pulak...
siap sediakan peralatan utk kanak2..

lepak kat lobi.. tunggu ayahnya siap jumpa client...
 adussss... daina dah bosan...
 hadoiiii... kakak guling2 atas lantai pulak...
nak marah pun bknnya dia faham...
nak ayah... nak ayah...nak ayah dukung...
itu jea yg kuar kat mulutnya..
sampai lah tertido dlm keadaan sujud ni..
malu betul anak melalak kat khalayak ramai nih...
 dukung si hanna yg tengah tido..
alih2.. sue biarkan jea... pasrah... hahaha
 sudahi musafir kami dgn selawat... :)
abaikan suara sue yg xberapa merdu tu... wakakaka...
ini shj cara utk sue galakkan anak2 berzikir...
Salam sejahtera dr SUEperb MaMa...

Gambar Van Terbakar <b>Di Kuala Terengganu</b>, Bapa Dan Anak Nyaris <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2013 07:59 PM PST

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas dan anak perempuannya nyaris maut apabila van mereka tiba-tiba terbakar di atas Jambatan Sultan Mahmud di sini petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika Yahya Awang, 62, dari Pulau Duyong sedang dalam perjalanan ke rumah abangnya di Losong.

Yahya tidak menyedari perkara itu sehingga diberitahu pengguna jalan raya lain yang terlihat api di bawah vannya.

"Terkejut dimaklumkan perkara itu, saya lantas memberhentikan van saya di tepi jalan dan turun sebelum melihat api yang marak di bahagian letak kaki van saya.

"Saya segera menyuruh anak perempuan keluar dari van untukmenyelamatkan diri, bimbang akan berlaku letupan," katanya di tempat kejadian. - Bernama




Gambar Van Terbakar Di Kuala Terengganu, Bapa Dan Anak Nyaris Maut 10 out of 10 based on 10 ratings. 10 user reviews.

Ramalan Cuaca <b>di Kuala Terengganu</b> ( 10/12/2013 - 16 <b>...</b> - Papa Mifz

Posted: 10 Dec 2013 09:01 AM PST

As salam semuo…

Keputusan telah dibuat , Insya-Allah rancangan untuk menghadiri majlis perkahwinan adik ipar di sebelah pihak lelaki di Kuala Terengganu akan diteruskan…

cats crop2 Ramalan Cuaca di Kuala Terengganu ( 10/12/2013   16/12/2013 )

PM sekeluarga akan berada di Kuala Terengganu pada 14/12/2013 sehingga 16/12/2013…jika dilihat pada ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia , pada hari tersebut cuaca diramal hujan sepanjang hari…

Berdoa dan berharap biarlah hanya hujan , jangan banjir sudahlah…apapun itu semua ramalan sahaja , semoga cuaca pada hari berkenaan baik-baik sahaja dan majlis perkahwinan berjalan dengan lancar…

Harap perjalanan pergi dan balik nanti pun berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan…

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau kapas</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Dec 2013 03:33 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau kapas</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Nov 2013 03:27 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau kapas</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Nov 2013 03:31 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Worlds Around Me: Cuti-Cuti Malaysia - <b>Pulau Kapas</b>, Terengganu

Posted: 19 Sep 2013 12:17 AM PDT

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...
Rasa rugi juga bila tidak ke mana-mana pada hari cuti umum yang bersambung dengan cuti hujung minggu. Hujung bulan lepas, cuti hari Merdeka yang jatuh pada hari sabtu dan menyebabkan hari ahadnya cuti, aku tidak ke mana-mana. Aku kena buat kek untuk jamuan hari raya yang diadakan di surau berhampiran rumah pada hari sabtu tersebut. Rancangan kononnya hendak ke Pulau Kapas (Pulau Kapas sahaja pun!) terpaksa ditunda.

Alkisahnya, kampung aku dengan Jeti Pulau Kapas di Marang hanyalah berjarak (sekejap, aku tengok google map.. hehe).. 14km lebih kurang dan mengambil masa sekitar 15 minit sahaja dengan kereta. Manakala dari jeti tersebut ke Pulau Kapas menaiki bot laju, hanya mengambil masa sekitar 10 minit sahaja. Maknanya untuk sampai ke Pulau Kapas, masa yang diperlukan tidak sampai setengah jam pun! Punya la dekat kan, tapi yang agak memalukan kaum, ini baru pertama kali aku ke sana. T____T (nangis!)


Aku hanya pergi berdua dengan Aisya, pergi hari Jumaat lepas dan balik keesokan harinya. Cukup semalam sahaja, kalau lebih-lebih, rentung jadinya. Kami tinggal di Makcik Gemuk Beach Resort, di chalet yang berharga RM80 semalam dengan kemudahan tandas di dalam, tv, katil besi besar dengan tilam spring dan cadar yang sangat nipis akibat lusuh, 2 biji bantal  dan selimut juga nipis dan lusuh mujur tidak berbau, meja buruk yang hampir roboh, sehelai sejadah, kipas berdiri dan lingkaran ubat nyamuk Fumakila (tanpa mancis). Tidak ada tuala disediakan. Pada pandangan saya, chalet yang ada penghawa dingin juga (RM120 semalaman) lebih kurang sama sahaja saiznya, dan kemudahannya juga barangkali. Sumber elektrik di pulau tersebut adalah menggunakan solar, dan sepanjang kami di sana dua kali elektrik padam. Sekali siang dan sekali malam.

Kaunter Makcik Gemuk Beach Resort adalah yang pertama dalam barisan unit kedai dari tepi jalan masuk ke tempat parkir kereta di Jeti Marang. Maka memang dia mendapat lebih perhatian, tambahan pula hanya dia yang aku rasa sering didengar-dengar disebut. Sebenarnya ada banyak resort lain di Pulau Kapas, dan aku tidak langsung tahu tentang itu.

Mungkin, putih pasir di Pulau Kapas tidak seputih pasir di Pulau Perhentian, atau Redang. Halus pasir di Pulau Kapas, juga tidak sehalus pasir di Pulau Perhentian atau Redang. Tetapi damainya tetap ada di situ, laut indah yang mengelilinginya tetap laut yang sama, biru, jernih dan penuh misteri, Laut China Selatan.

YunAc Diariess...: <b>Pulau Kapas</b>

Posted: 30 Oct 2013 12:40 AM PDT

Percutian Ke Pulau Kapas, Kuala Terengganu

Kali ini kami bercuti di Pulau Kapas, Kuala Terengganu. Kami bertolak 10.30 pagi pada  25 April 2013 (Khamis).  Kami sampai Jeti P.Kapas dalam pukul 7.00 ptg. Lebih kurang 8jam atau 9jam jugak untuk sampai ke Jeti Pulau Kapas. Tujuan kami ke sana adalah untuk melakukan aktiviti candat sotong. Aktiviti candat sotong ni bukan sepanjang tahun je ada. Ianya ikut musim jugak dan di lakukan pada waktu malam kerana sotong suka pada cahaya. Masa kami pergi memang tepat sangat pada musim sotong tengah banyak. Sebelum jauh saya cerita tentang Pulau Kapas, lebih baik saya tunjuk budget kami ke sana.
Budget Pulau Kapas (pergi & balik)( 7 orang)
1. Petrol( Kereta Proton Saga FLX 1.3)              =    RM 150
    Petrol( Kereta Perodua Myvi 1.3)                   =    RM 150
 
2. Tol   ( Kereta Proton Saga FLX 1.3)               =    RM 100
    Tol  ( Kereta Perodua Myvi 1.3)                     =    RM 100
3. Pakej Dengan Makcik Gemuk
    - Aktiviti candat sotong(utk 7 org) dan              
       transfer bot laju pergi & balik daripada
       Pulau Kapas - Jeti - Pulau Kapas                  =  RM 650
 
    - 2 bilik chalet aircond tanpa breakfast
        (3 hari 2 malam)
        (makcik gemuk resort)
        (RM 90 satu malam)                                  =   RM 360
 
4. Snorkeling (RM 25 * 7)                                 =   RM 175
 
5. Makan (RM50 seorang)                                 =   RM 350

                                                       JUMLAH    =   RM 2,035.00

Kami sampai di Jeti Pulau Kapas dalam pukul 7.00 petang dan kami memilih untuk terus pergi candat sotong.

Kami check in ke makcik gemuk resort dalam pukul 2.00 pagi setelah penat mencandat sotong. Petua sebelum mencandat sotong. Sila sediakan ubat pil mabuk laut kerana di tengah laut confirm mabuk lauk tak kira la terror ke tak pasti pening kepala.
 Betapa clearnya air laut sehingga boleh di lihat dengan mata kasar walaupun tidak memakai google. Tetapi kalau pergi ke Pulau Kapas pastikan bawa makanan sendiri kerana makanan di sini sangat mahal. Tambahan suasana di malam hari di Pulau Kapas memang sunyi. So agak bosan la kalau datang berdua. Kalau yang nk honeymoon tu ok la.

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Oct 2013 03:13 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2013 03:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

My family memories: 1D1N at <b>Batu Rakit</b> Terengganu

Posted: 09 Jun 2013 08:33 PM PDT

Assalamualaikum semua..

Hari ni ahkak dah kerja & anak2 dah mula bersekolah setelah cuti 2 minggu, cukup la tu kan.. dok rumah pun lagi pening kepala mak abah dibuatnya. Walaupun dah besar2 tapi sebenarnya dah besarlah lagi susah kita nak menjaganya. nak suruh buat kerja-kerja rumah skit, mesti nak kena mentioned nama, klau idak tak bergerak la kerja yang disuruh tu, itu ler perangai anak2 perempuan ku semua. Setiap hari nak disuruh..huhuhuhu....okeylah ahkak nak citer pasal percutian ahkak selama 4 hari, itu pun dah last  minit, minggu terakhir persekolahan. Bukan x nak ambil cuti minggu pertama cuti sekolah, tapi sebenarnya percutian kali ni bak kata orang sambil menyelam minum air. Ahkak ke Kuala Terengganu cuti kali ini. Itu pun ada kenduri kahwain anak sepupu side my hubby. Nak sangat menghadiri kenduri kali ni sebab weols pun dah lama tak ke Terengganu tapi yang sebenarnya weols suka perkampongan kat sana, dulu pernah pergi, itu pun dah 5 tahun dulu, teringat-ingat masa pergi dulu, weols kesejukan tidur malam dengan angin ribut tepi pantai.. best sgt2 weols rasa masa tu. Tu yang cakap ngan En. hubby, jom la kita g sana, boleh kite jalan2 sekali. Kunjungan weols ke sana bukanlah weols sefamily jer, tapi disertai dengan 2 SIL family beserta MIL ahkak sekali.

Kat sana weols duduk di Batu Rakit View, terletak dekat sangat dengan rumah sepupu yang buat kerja kawin tu. Best sangat2 chalet kat sini. Nanti ahkak uplioad gambar yer..Ok jom intai-intai

pemandangan waktu pagi di Batu Rakit View
Pantai yang cantik untuk mandi manda
Chalet yg weols booking, boleh 3 family muat
Check-out sudah, terus g rumah kenduri pulak, tu yang memasing berbaju Muslimah..hehehe

majlis jamuan kesyukuran kemenangan barisan <b>...</b> - <b>BATU RAKIT</b> KINI

Posted: 18 Jun 2013 11:36 AM PDT

MAJLIS JAMUAN KESYUKURAN KEMENANGAN BARISAN NASIONAL DUN BATU RAKIT 
BATU RAKIT- Selama dua hari iaitu pada 14 dan 15hb June2013, Majlis Jamuan Kesyukuran bagi meraikan kemenangan Barisan Nasional Dun Batu Rakit telah diadakan disetiap Pusat Daerah Mengundi (PDM). Sebanyak tujuh PDM telah mengadakan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman. Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada setiap para pertugas jentera PRU ke 13 PDM.

 Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Mengabang Lekar pada 14/6/2013 di Markas Jentera PRU  Cawangan RAKR Mengabang Lekar

  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Batu Rakit pada 14/6/2013 di Dataran Bestari,Padang Polis
  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Maras pada 15/6/2013 di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras
  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Padang Kemunting pada 15/6/2013 di Markas Jentera PRU Cawangan Tanjung Kedepan
  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Bukit Chempaka pada 15/6/2013 di Perkarangan Masjid Lama Kampung Bukit Chempaka
 Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Bukit Wan pada 15/6/2013 di Balai Raya Kampung Bukit Nenasi

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di kemasik</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Dec 2013 11:11 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di kemasik</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Nov 2013 11:17 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Keyboard Hitam: pantai <b>kemasik</b>, Terangganu 2013

Posted: 03 Nov 2013 06:24 AM PST

lama x masuk blog al maklum tulis nila rasa nak tulis jer..modd+kesempatan yang sememangnya sukar nak bergabung. Tiba2 rasa nak share gambar yg kami sekeluarga sempat rakamkan dalam perjalanan pulang ke Kelantan, sempat kami singgah di pantai kemasik, Terangganu.

Satu kawasan rehat yg cukup cantik dan mendamaikan hati yang memandang =)

hahahaha..si yusuf veri berkopiah
budak bandar yang jarang2 nampak pantai, apa lagi BERLARI dan menjerit jer la dek kerana terlalu gembira
Berlari dan terus berlari....
Susahnya berphoto shoot dgn si Yusuf, mmg x boleh fokus sebab nak berlari jer...dduduk tue pun kena paksa =) pe2 je la yusuf.
Kawasan ni mmg slalu sangat tgk orang bergambar. Bagi kami sekeluarga, ianya satu kemestian apabila kami memiliki masa dan keadaan yang mengizinkan. Hope to be here again in the future.

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: TMT Merdekaraya Dive 2013 <b>di Pulau Bidong</b>

Posted: 26 Aug 2013 09:06 PM PDT

Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra

Kerajaan negeri menerusi Sekretariat Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 akan menganjurkan
program `TMT Merdekaraya Dive 2013' di Pulau Bidong, pada 30 Ogos hingga 1 September ini.

 Program julung kali dengan kerjasama Yayasan Coral Malaysia dilaksanakan sempena ulang tahun Kemerdekaan Malaysia ke-56 pada 31 Ogos ini dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Sekretariat TMT 2013, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani, berkata peserta program bakal menaik dan mengibarkan Jalur Gemilang serta merakam sambutan hari raya di daratan dan dasar laut Pulau Bidong.


"Program bertujuan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56 dengan menghargai dan memulihara khazanah laut dan darat negara.

"Pada masa yang sama acara itu akan mempromosikan TMT menerusi program konservasi, sekali gus dapat membersih kawasan pantai dan jeti Pulau Bidong yang tidak berpenghuni sejak sekian lama," katanya.

Encik Ahmad Fathil berkata, program ini juga dapat memerkukuh dan mempromosi nilai serta semangat konservasi di kalangan rakyat terutama golongan muda. Menurutnya, kesinambungan dari acara itu pihaknya juga mahu menyediakan forum untuk membincang dan mencambah minda bagi tujuan pembangunan pelancongan di pulau bersejarah itu.

Katanya, peserta dan media dari luar Terengganu dijangka akan bertolak dari Kuala Lumpur sejak 30 Ogos dan sebaik tiba keesokannya, mereka akan berkumpul di Jeti Merang, Setiu sebelum berlepas ke Pulau Bidong, kira-kira jam 11 pagi.

"Kesemua media dan peserta akan mengikuti aktiviti yang disediakan urusetia sebaik sampai di pulau itu seperti dialog, kerja membersih darat dan dasar laut, program mengibar Jalur Gemilang dan bendera TMT serta jamuan merdekaraya.

"Sementera majlis perasmian penutup dijangka akan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Haji Bazlan Abd Rahman yang mewaikili Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, sebelum program tamat kira-kira lima jam kemudian dan semua peserta kembali ke jeti Merang," katanya


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2013 09:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

teganuku: Kemudahan Asas <b>Di Pulau Bidong</b> Mampu Tarik <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2013 12:40 PM PDT


Pulau Bidong, yang terkenal sebagai tempat perlindungan kira-kira 250,000 pelarian Vietnam pada 1975, perlu terus dipulihara dengan pembinaan beberapa kemudahan asas bagi keselesaan pengunjung.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu Mohd Sabri Zakaria berkata walaupun Pulau Bidong bukan seperti pulau peranginan lain di Terengganu, kemudahan asas seperti tandas, pondok rehat dan laluan pejalan perlu dibina kerana ia masih dilawati generasi pelarian Vietnam berkenaan.

"Malah ada juga pelancong tempatan yang datang ke sini untuk menikmati keindahan semula jadi di Pulau Bidong yang masih terpelihara daripada sebarang pencemaran.

"Bagi warga Vietnam pula, kunjungan ke pulau ini bertujuan menziarahi pusara nenek moyang mereka yang menghembuskan nafas terakhir di sini dan mengembalikan nostalgia suka duka kehidupan mereka di pulau bersejarah itu," katanya kepada pemberita pada gotong royong pembersihan kawasan peninggalan pelarian Vietnam di pulau berkenaan, kelmarin.

Mohd Sabri berkata pihaknya akan memberi sokongan kepada kerajaan negeri Terengganu bagi memastikan pembinaan kemudahan asas di Pulau Bidong berjalan lancar.

Seramai 23 sukarelawan berbangsa Vietnam, yang kini warganegara Australia dan Amerika Syarikat, tiba di Pulau Bidong sejak 6 April lepas bagi membersih sekitar kawasan pulau berkenaan. Sukarelawan 'Archieve Of Viatnamese Boat People' itu dibantu 20 sukarelawan tempatan memotong rumput, mengecat semula perkuburan lama Kristian dan Buddha serta membina laluan pejalan kaki di sekitar kawasan perkuburan yang berbukit.

Kira-Kira 250,000 pelarian Vietnam berlindung di beberapa pulau sekitar Asia Tenggara sebelum diterima negara ketiga termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis, New Zealand, Sweden, Finland, Denmark dan Norway.

Daripada jumlah itu, kira-kira 9,000 pelarian kembali ke Vietnam dengan bantuan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Pelarian (UNHCR). Selepas Pulau Bidong ditutup pada Oktober 1991, kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk tidak membenar sebarang pembangunan resort atau hotel bagi memelihara tinggalan sejarah berharga di pulau itu.

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Polis Cari 5 Lelaki Samun dan Rogol Dua Wanita <b>di Dungun</b> – Titik <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2013 09:19 PM PST

[HM] Kuala Terengganu: Samun dan rogol. Itu kejadian malang menimpa dua wanita apabila bukan saja disamun malah dilarikan sebelum dirogol dalam kejadian di sebuah inap desa di Jalan Kenanga, Dungun, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika kedua-dua mangsa berusia 20-an bersama tiga rakan lelaki berusia 20-an dalam perjalanan pulang ke rumah.

Beliau berkata, sebaik tiba di kawasan Bukit Chantak, Dungun, kereta Proton Satria dinaiki mereka dihimpit dua kereta Honda dengan nombor pendaftaran WWW1861 dan sebuah lagi yang tidak dapat dikesan nombor pendaftarannya sebelum suspek mengarahkan mangsa memberhentikan kenderaan dengan memperkenalkan diri sebagai polis.

"Suspek kemudian mengarahkan mangsa mengikuti arahan mereka dengan seorang daripada mereka memandu kereta mangsa sebelum merampas lima telefon bimbit milik mangsa lalu beredar meninggalkan lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di Kampung Durian Mentagau, Dungun kira-kira jam 4.15 pagi, suspek yang memandu kereta Proton Satria milik mangsa melanggar pula sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun bersama abang dan kakak iparnya.

"Sebaik melanggar kenderaan itu, suspek turut melarikan wanita di dalam Perodua Kancil itu sebelum meninggalkan wanita itu kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian kedua. "Namun, suspek sempat menyamun sebuah telefon bimbit milik mangsa," katanya. dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.

Manoharan berkata, suspek sekali lagi memberhentikan kenderaan dan meninggalkan tiga lelaki bersama Proton Satria kira-kira empat kilometer dari lokasi mereka meninggalkan seorang wanita sebelum itu dan beredar bersama dua mangsa wanita yang dilarikan dalam kejadian pertama.

Katanya, kedua-dua wanita itu kemudiannya dirogol suspek utama berusia 31 tahun di sebuah inap desa sebelum mereka dirogol oleh dua lagi suspek yang tiba di inap desa beberapa jam kemudian.

"Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam), dua mangsa berjaya melarikan diri ketika suspek berada di kawasan Kampung Durian Mentagau dipercayai untuk menukar nombor pendaftaran kereta bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Susulan maklumat daripada dua mangsa masing-masing bekerja sebagai pelayan dan pekerja di sebuah kedai telefon bimbit, gerakan mengesan kesemua suspek dijalankan sekali gus membawa kepada penahanan dua suspek termasuk suspek utama dan seorang warga Indonesia berusia 30-an di sebuah rumah di Kampung Gong Pasir, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi (semalam).

"Hasil siasatan awal mendapati dua suspek yang ditahan ini turut merogol kedua-dua mangsa. Siasatan mendapati suspek utama turut mempunyai rekod jenayah membabitkan samun bersenjata sebelum ini," katanya sambil memaklumkan polis turut menemui sebuah kereta Honda dengan nombor pendaftaran WWW1861 di rumah berkenaan.

Manoharan berkata, kumpulan itu dikesan mula bertapak di Dungun dan Kemaman dengan menyasarkan lelaki dan wanita sebelum mangsa disamun dan dirogol. Katanya, selepas kejadian pertama dan kedua, suspek turut mengulangi jenayah sama apabila cuba melanggar sebuah kereta Honda Civic dinaiki pasangan suami isteri yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu. di lampu isyarat Bukit Teruna, Kijal kira-kira jam 1.55 pagi semalam.

"Namun, mangsa yang curiga dengan keadaan itu tidak memberhentikan keretanya sebelum melarikan diri," katanya.

Menurut Manoharan, pihaknya kini sedang memburu lima lagi suspek dengan identiti empat daripadanya sudah pun dikenal pasti. dan percaya pihaknya dapat menahan kesemua suspek dalam masa terdekat. Sehubungan itu, katanya, polis mengesan tiga lelaki dikenali sebagai Wan Zazaliala Wan Hussin atau Zaza, 32, (bekas polis) dari Kampung Baru Pasir Akar, Jertih, Besut; Mohd Nuzul Mohamad atau Nuzul, 27, dari Kampung Baru Kiri, Kemasik, Kemaman dan Nazlie Ali atau Naza, 26, Kampung Padang Merchang, Kuala Terengganu. – 3/12/13

 

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di wakaf tapai</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2013 09:28 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di wakaf tapai</b> - Google Blog Search

Posted: 28 May 2013 09:15 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di wakaf tapai</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2013 09:41 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di wakaf tapai</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Apr 2013 09:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di wakaf tapai</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Mar 2013 09:17 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di wakaf tapai</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jan 2013 09:28 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Homestay Kuala Berang, Ajil, <b>Wakaf Tapai</b>, Marang

Posted: 22 Jan 2013 05:13 AM PST

HOMESTAY   WAKAF TAPAI / BUKIT PAYUNG , MARANG / AJIL / KUALA BERANG
(TAMAN TAPAI INDAH).

Hubungi  013-9953389 / 01119983281 ( mohd Azwan) atau  013-9255701  (Cik Som)

Untuk penginapan murah dan selesa di Terengganu - sekitar Ajil , Wakaf Tapai dan Bukit Payung
RM 110.00 untuk malam ke- 2 hingga  malam ke -5

RM 90.00   malam ke- 6 dan ke atas.

- 2 buah bilik kelamin (double bed) dan  1   bilik single.
- ada air-cond, televisyen, cerek elektrik, rice cooker, peti ais dll


1. 1KM - IKBN,  AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT (WAKAF TAPAI)

2. 8KM - KUALA BERANG
3. 16 KM - AIR TERJUN SEKAYU, PULAU KAPAS
4. 23 KM - KUALA TERENGGANU, TASIK KENYIR
5. 6 KM ke Kolej Islam Sains Terengganu (KIST) 

6. 8 KM ke Politeknik Hulu Terengganu 
7. 18 KM ke MRSM Kuala Berang
8. 18 KM Ke Sek. Men. Sains Hulu Terengganu
9.  Taman ini terletak di tengah pekan Wakaf Tapai- ada pasar malam, pasar tani, pasar raya Xiri, kedai runcit, kedai makan, sekolah rendah dan menengah


                       Plastik tilam tak sempat bukak lagi dah snap gambar. Plastik akan dibuka kemudian ye....

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di wakaf tapai</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jan 2013 09:52 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

homestay <b>di wakaf tapai</b> dan ajil - Homestay wakaf Tapai dan Ajil

Posted: 15 Dec 2012 08:35 AM PST

[unable to retrieve full-text content]homestay di wakaf tapai dan ajil. HOMESTAY TAMAN TAPAI INDAH ( WAKAF TAPAI DAN AJIL). Untuk penginapan murah dan selesa di Terengganu - sekitar Ajil dan Wakaf Tapai. RM 120.00 untuk 1 malam. RM 110.00 ...

Bila Si Ayam Berkokok: FRAM <b>Wakaf Tapai</b> Terengganu

Posted: 15 Dec 2012 09:44 AM PST

dalam masa 4 jam perjalanan dari USM
aku berkelana ke negeri orang
huhu pergi ke Akademi Bomba dan Penyelamat
disebabkan jadual kiteorang yang berubah
jadi first2 kiteorang pergi ke lab dulu belajar buat analisis
tapi cam da tau je sebab da penah belajar sebelum ni
kiteorang semua pergi kat JBPM yang betul2 kat sebelah pasar payang tu
masa sampai situ berbulu mata tgk durian berlambak gilaaa!
D24 Musang king semua ada
tapi disebabkan kiteorang nak praktikal 
bajet cam hampa la tak dpat pergi
tapi last2 dapat gak jejak kaki ke sana
siap Dr Fahmi belanja makan durian lagi uollsss
da puas berdurian dan cari hadiah utk dia
gerak terus ke Wakaf Tapai
mmg rushing giler sebab since jadual dah berubah
kiteorang tak dapat di sambut dgn sebetulnya
tapi takpe kiteorang sume steady jek
dari dengar lecture, sampai lah ke siasat tempat kebakaran
tup tup dah 4 hari kat sana
mmg penat dan gembira tu semua ada
malas nak cerita, sebab byk sangat perasaan nye
huhu yang penting aku da rasa pergi bomba
ini menandakan aku da nak abes tahun tiga

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di wakaf tapai</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2013 09:40 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di wakaf tapai</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jan 2013 09:52 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

homestay <b>di wakaf tapai</b> dan ajil - Homestay wakaf Tapai dan Ajil

Posted: 15 Dec 2012 08:35 AM PST

[unable to retrieve full-text content]homestay di wakaf tapai dan ajil. HOMESTAY TAMAN TAPAI INDAH ( WAKAF TAPAI DAN AJIL). Untuk penginapan murah dan selesa di Terengganu - sekitar Ajil dan Wakaf Tapai. RM 120.00 untuk 1 malam. RM 110.00 ...

Bila Si Ayam Berkokok: FRAM <b>Wakaf Tapai</b> Terengganu

Posted: 15 Dec 2012 09:44 AM PST

dalam masa 4 jam perjalanan dari USM
aku berkelana ke negeri orang
huhu pergi ke Akademi Bomba dan Penyelamat
disebabkan jadual kiteorang yang berubah
jadi first2 kiteorang pergi ke lab dulu belajar buat analisis
tapi cam da tau je sebab da penah belajar sebelum ni
kiteorang semua pergi kat JBPM yang betul2 kat sebelah pasar payang tu
masa sampai situ berbulu mata tgk durian berlambak gilaaa!
D24 Musang king semua ada
tapi disebabkan kiteorang nak praktikal 
bajet cam hampa la tak dpat pergi
tapi last2 dapat gak jejak kaki ke sana
siap Dr Fahmi belanja makan durian lagi uollsss
da puas berdurian dan cari hadiah utk dia
gerak terus ke Wakaf Tapai
mmg rushing giler sebab since jadual dah berubah
kiteorang tak dapat di sambut dgn sebetulnya
tapi takpe kiteorang sume steady jek
dari dengar lecture, sampai lah ke siasat tempat kebakaran
tup tup dah 4 hari kat sana
mmg penat dan gembira tu semua ada
malas nak cerita, sebab byk sangat perasaan nye
huhu yang penting aku da rasa pergi bomba
ini menandakan aku da nak abes tahun tiga

Anak tak kenang jasa, sanggup pukul OKU dengan kerusi | The <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2013 01:22 AM PDT


OKU kena pukul oleh anakMARANG  -  Seperti dirasuk, seorang anak berusia 20an, sanggup membelasah bapa sendiri dengan kerusi tanpa belas kasihan di hadapan ibunya.

Kejadian berlaku selepas kedua orang tuanya itu tidak memberi wang seperti dimintanya.

Akibat kejadian itu, Sulong Yaacob, 72, menerima 12 jahitan pada dua jari tangan kanan, selain lebam di bawah mata dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Wakaf Tapai, di sini kelmarin.

Sebelum kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang juga OKU kerana tangan kirinya cacat, bertengkar dengan anak lelakinya apabila si anak mendesak sambil memarahi isterinya, Fatimah Yusof ketika meminta wang.

Bagaimanapun, isteri mangsa, seorang tukang sapu di sebuah pusat kemahiran di Wakaf Tapai itu gagal memenuhi permintaan anak lelakinya, walaupun wang diminta hanya beberapa ringgit sahaja tidak mempunyai wang.

Sulong yang tinggal di Lubuk Bayas, Pengkalan Berangan berkata, anak lelakinya itu kemudiannya naik berang, dan secara tiba-tiba mengangkat kerusi kayu lalu mencederakannya sebelum keluar dari rumah serta menyembunyikan diri di kampung itu.

"Macam mana isteri pak cik nak beri dia pitih (wang), mana kami nak dapatkan pitih setiap hari, nak guna untuk tujuan salah pula. Pak cik lama dah tak kerja, isteri pula hanya tukang sapu.

"Gaji isteri hanya RM400 sebulan. Pak cik pula hanya dapat bantuan bulanan JKM sebanyak RM200 sebulan. Jumlah RM600 itu hanya cukup buat beli barang dapur saja," katanya.

Lebih menyedihkan warga emas itu, anak lelakinya kerap bertindak kasar terhadap dia dan isterinya, menyebabkan isterinya tidak tahan dan mengambil keputusan membuat laporan polis agar kejadian itu tidak berulang.

"Hanya dia yang berperangai seperti itu. Pak cik rasa, dia sanggup pukul bapa sendiri kerana terdesak mendapatkan barang salah," katanya yang telah berkahwin sebanyak 11 kali, dan mempunyai 10 anak.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi Sinar Harian semalam, mengesahkan menerima laporan itu dan berkata, suspek kini sedang diburu. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.  -  SH


ads