Ahad, 11 Mac 2012

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Negara kaya pantai cantik | n9kini.net

Posted: 31 Jan 2012 02:17 AM PST

MEMPESONA…warna air lautnya yang biru kehijauan membuatkan Pulau Perhentian cukup terkenal.

MENIKMATI keenakan air kelapa muda saat bersantai di tepian pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa cukup menyenangkan.

Ditambah dengan panorama indah air laut yang biru kehijauan dan pasir pantai yang memutih cukup mengasyikkan.

Ia sekali gus bagaikan terapi minda yang penuh dengan pelbagai permasalahan dan juga kekangan kerja yang tidak pernah habis walaupun tahun 2012 baru saja bermula.

Dengan pelbagai masalah, kerja dan keserabutan kepala dalam apa juga hal sepanjang tahun lalu, memulakan tahun baru dengan percutian yang mengasyikkan dan santai adalah langkah yang bijak.

Justeru, percutian di pulau yang indah adalah destinasi yang menepati tujuan untuk bersantai.

Negara kita cukup terkenal dengan pulau yang cukup indah dan eksotik. Sebut saja apa yang diinginkan saat bercuti.

Pantai yang putih bersih, air laut biru kehijauan yang tenang, keindahan dasar laut yang memukau serta pemandangan yang mempesona, semuanya ada di pulau di negara kita.

Pulau Sipadan

Pulau Sipadan terkenal dengan keindahan lautnya yang menjadi faktor penarik melambai ramai pelancong ke sini.

Pulau Sipadan adalah sebuah pulau lautan berhampiran Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah. Ia satu-satunya pulau di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air.

Ia dilabelkan antara lima lokasi menyelam terbaik di dunia yang menjanjikan keunikan dasar laut memukau dan sukar digambarkan dengan kata-kata.

Sipadan tidak hanya dikenali destinasi menyelam tetapi diiktiraf kawasan santuari burung seawal 1933.

Aktiviti selam skuba nadi kawasan perairan ini dan Sipadan adalah syurga hidupan laut.

Pemandangan dasar laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan serta birai, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk pelbagai karang menanti untuk disaksikan penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan tercantik di dunia.

Pulau Kapas

Terletak di daerah Marang iaitu lebih kurang 18 kilometer dari Kuala Terengganu dan enam kilometer dari Jeti Marang, Pulau Kapas antara pulau peranginan paling dekat dengan tanah besar Terengganu.

Namanya berasal daripada pokok kapas. Pulau Kapas menjadi antara pilihan 'backpackers' dari Eropah dan pelancong tempatan.

Dipenuhi pasir pantai putih dan air laut yang jernih, Pulau Kapas masih mengekalkan keindahan samudera dengan hidupan laut yang cantik dan mempesona.

Suasana pulau ini pula sangat santai, sekali gus memberikan keselesaan kepada pelawat untuk berehat.

Kedudukannya yang agak terpencil, jauh dari kesibukan tanah besar juga menjadikannya pilihan mereka yang inginkan suasana tenang.

Tidak ketinggalan bagi peminat hidupan laut, Pulau Kapas adalah tempat yang boleh diterokai dasar lautnya dengan melakukan aktiviti seperti selam skuba.

Pelbagai jenis batu karang, ikan, penyu dan hidupan laut lain yang menarik menjadikannya destinasi wajib bagi penyelam skuba.

Pulau Redang, Terengganu

Berbekalkan keindahan lautan dan kedamaian yang dirasai, Pulau Redang sememangnya lokasi percutian pantai yang mempesonakan.

Pulau Redang antara sembilan pulau yang membentuk Taman Laut Pulau Redang di Terengganu.

Pulau Redang menjadi pilihan kerana kecantikan airnya yang berwarna biru kehijauan serta pasirnya yang putih bersih terutama di kawasan Pantai Panjang (Long Beach).

Selain itu, ia juga antara pulau di Terengganu yang menjadi penempatan baling banyak penyu mendarat.

Perairan dekat pantainya menjadi kawasan kedua diwartakan sebagai Taman Laut selepas Pulau Payar di Kedah.

Pulau ini juga antara tapak selam paling popular terutama di kawasan karamnya kapal Perang Dunia Kedua. Di sini anda sudah boleh melihat dengan jelas bermacam-macam jenis ikan dan batu karang.

Selain sebagai pusat percutian yang menawarkan pelbagai keunikan dan menyenangkan minda serta fikiran, Pulau Redang juga adalah pusat pembelajaran yang terbaik terutama kanak-kanak yang cukup meminati hidupan dasar laut.

Di sini, terumbu karang yang menjadi habitat kepada lebih 55 spesies karangan laut dan lebih 100 spesies ikan dapat dilihat dengan jelas.

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Terletak 21 kilometer dari pinggir pantai Terengganu, pulau ini terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.

Perairan di sekitar pulau ini ditaburi terumbu karang serta menawarkan pemandangan bawah laut yang hebat dan menyeronokkan. Pulau ini juga sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.

Selain melihat keindahan dasar laut Pulau Perhentian yang cantik itu, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain antaranya meluncur papan air, belayar, berkenu, memancing air laut dalam, snorkel atau mungkin hanya bersantai di tepi pantai saat matahari terbenam.

Apa yang menariknya, dengan perkampungan yang kecil dan resort yang lebih berkonsep ringkas, anda pasti akan berasa lebih tenang dan selamat.

Bagaimanapun, pulau perhentian hanya boleh dikunjungi selama enam bulan setahun manakala bulan lain ditutup ketika Monsun Timur Laut.

Pulau Pangkor

Berkeluasan 2,200 hektar dengan jumlah penduduknya kira-kira 25,000 orang, Pulau Pangkor juga antara daya penarik pelancong dari dalam dan luar negara.
Berbeza dengan pulau lain, Pulau Pangkor bukan saja menjanjikan keindahan dan keunikan dasar laut yang sememangnya tidak dapat dinafikan lagi tetapi ia juga kaya dengan budaya serta aktiviti masyarakatnya.

Di sini, aktiviti yang boleh dilakukan termasuk jet ski, kayak, bola tampar, snorkel dan banyak lagi. Bagi yang sukakan cabaran, berbasikal mengeliling pulau juga mungkin salah satu aktiviti yang menyeronokkan.

Menarik mengenai Pulau Pangkor, selain menawarkan pelbagai aktiviti laut, pengunjung juga boleh mengembara di seluruh pulau kerana Pulau Pangkor juga adalah pulau yang mempunyai banyak perkampungan.

Salah satu perkampungan yang pasti membuatkan anda teruja ialah Perkampungan Nelayan Acheh. Anda dapat melihat nelayan menurunkan hasil tangkapan sekitar jam 11 pagi.

Selain itu, pengunjung juga dapat melihat proses penghasilan makanan laut segar yang diusahakan secara komersial di Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam.

Pelbagai hasil laut bermutu tinggi boleh diperoleh di situ, antaranya ikan bilis, sotong kering, udang, ikan dan makanan ringan yang turut diproses daripada hasil laut dengan harga berpatutan.

Pulau lain yang boleh dikunjungi

  • Pulau Tioman, Pahang
  • Pulau Mataking, Sabah
  • Pulau Kapalai, Sabah
  • Pulau Langkawi
  • Pulau Sibu, Johor
  • Pulau Rawa, Johor
  • Pulau Pemanggil, Johor

Sumber: myMetro

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


teganuku: Peruntukan Permulaan RM9 Juta Program <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2012 06:31 PM PST

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM9 juta buat permulaan kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) untuk perancangan program pembesaran pembangunan Bandar Ketengah Jaya dekat Dungun.

Ia bertujuan memastikan penduduk luar bandar juga dapat menikmati segala kemudahan dan pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perancangan pembesaran bandar tersebut akan dibangunkan kepada tiga fasa dimana ia membabitkan keluasan tanah 45 hektar dengan kos anggaran RM30 juta keseluruhannya.

"Buat masa ini, fasa pertama pembangunan ini melibatkan sekitar lapan hektar akan dimajukan bermula sekitar tahun depan.

"Ia dijangka akan menempatkan 28 lot rumah kedai dan 224 rumah serta kemudahan infrastruktur supaya penduduk kampung mendapat manfaat daripada usaha kerajaan yang dibina Ketengah tidak lama lagi," katanya.

Di samping itu jelasnya, kawasan itu juga akan dimajukan dengan premis kedai selain memajukan sektor perladangan di kawasan itu.

"Untuk fasa pertama tahun ini, sebanyak RM9 juta diperuntukkan dan jika ada keperluan untuk tahun depan, peruntukan tambahan lebih RM12 juta lagi akan disediakan bagi membangunkan kawasan ini," ujarnya.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Share/Info Hati2 bila lalu jalan <b>Jabor</b>-Bukit Besi Terengganu <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2012 07:37 PM PST


azarulez's Avatar
 

Join Date: Jul 2008

Location: Somewhere in Malaysia

Posts: 1,818

Poster Rank: #1297


salam..nak share info tentang jalan ni. semalam bapa mertua aku balik dari rumah aku kat balok kuantan ke rantau panjang, kelantan. so, dia guna la jalan Jabor-bukit besi ni sebab dekat ikut jalan ni drp jalan pantai..

al-kisahnya bila dia nak sampai dekat dengan bukit besi, time tu hujan lebat..dlm pukul 9 mlm kot.tiba2 ada orang kat tepi jalan lempar minyak greese kat cermin depan kereta bapa mertua aku. memang x nampak la jalan sebab greese dah melekat kat cermin.pastu dah time hujan, mesti la bapa mertua aku pasang wiper..wiper tarik la greese tu, sapu habis 1 cermin depan..xnampak terus jalan depan.

nasib baik dah nak sampai RnR bukit besi, bapa mertua aku bawa kereta slow2 n berhenti kat RnR sebab nak cuci greese yg melekat tu..wiper memang dah berat la sebab ada sisa2 greese lagi. nasib baik aku dah spray water repellent kat cermin depan kereta tu sebelum diorg balik semalam..jadi kurang la greese tu nak melekat.

aku bajet ni kerja geng2 tarik kereta kawasan tu. diorg buat camtu supaya kita eksiden sebab xnampak jalan..makan rezeki HARAM je wat macam tu..kalau org eksiden mati,camne?jadi pembunuh la

sape2 yg dok are bukit besi tu, ade info x pasal ni?dah lama diorg wat keja haram camni ke?kalau kena kat aku,memang makan parang panjang n kayu la diorg ni..parang panjang dalam kereta aku ni xpernah rasa lagi darah org.boleh la kalau geng2 tu nak rasa

so, kepada geng2 CG, hati2 la guna jalan tu..or mana2 jalan pun time malam n hujan. maybe korg blh guna tips ni kot:

1. pakai water repellent utk kurangkan benda tu melekat.
2. kalau ada org lempar greese tu, jalan brenti, maybe geng tarik kereta or perompak..jalan je slow2, pasang signal emergency n kalau perlu pakai wiper sebab hujan, pakai je yg paling slow tu..berhenti kat tempat selamat sikit baru cuci.
3. yg ni aku x syorkan kat ladies..kalau dlm kereta korg tu ade 5 org lelaki yg berani n alat nak pukul org yg cukup, korg berhenti n belasah kaw2 orang gila ni

__________________

watch your mind,it will become your word,
watch your word, it will become your act,
watch your act, it will become habit,
watch your habit, it will become your destiny..

The Following 29 Users Say Thank You to azarulez For This Useful Post:
anief2020 (06-03-2012), are_sun87 (06-03-2012), asby (06-03-2012), Bro_Izantie (06-03-2012), CH4 (06-03-2012), cikgu88 (06-03-2012), CL's (06-03-2012), dapatduit (06-03-2012), d_conan (06-03-2012), eday84 (07-03-2012), haku (06-03-2012), harith_danial (06-03-2012), helmisaman (06-03-2012), Hidier (06-03-2012), horras (06-03-2012), jeebfx (06-03-2012), kizuro (06-03-2012), maranello_84 (07-03-2012), mohdzairilanuar (06-03-2012), mr_x6006 (06-03-2012), Norazwan (06-03-2012), PaRaNoRMaL (06-03-2012), pecot85 (06-03-2012), rebellion (06-03-2012), rizal72 (07-03-2012), rozainijumadi (06-03-2012), sahran4441 (06-03-2012), VertiLo (06-03-2012), zaralove (06-03-2012)

salehudin al-ayubi's Avatar
 

Join Date: Feb 2012

Location: Kuala Lumpur

Posts: 94

Poster Rank: #10059


sampai macam itu sekali?

kejam betul sapa yang buat tu...

__________________

The Best Android 4ever!
I'm Running On CheckROM v5 Galaxy Note!


CL's's Avatar
 

Join Date: Apr 2009

Location: Bawah Langit Allah

Posts: 7,598

Poster Rank: #227


Aku selalu lalu jalan nie kelik klate...
Memang malam bila dah sampai sini...
Bahaya tol...

__________________

UPAH HAJI CUMA RM1400
SIJIL DAN CENDERAHATI DISERTAKAN



helmisaman's Avatar
 

Join Date: Jul 2011

Posts: 1,520

Poster Rank: #1537


good info TT!

__________________

"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents, If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about." - Ong Kim Swee


namasaya's Avatar
 

Join Date: Mar 2011

Posts: 1,772

Poster Rank: #1338



danx's Avatar
 

Join Date: Mar 2010

Posts: 2,566

Poster Rank: #924


Bnagkai punya org..
Mcm ni pun nk buat duit ke?


 

Join Date: Feb 2012

Posts: 76

Poster Rank: #11151


uish..mggu depan aku plan nk lalu jalan ni la..kena berhati hati ni..


azarulez's Avatar
 

Join Date: Jul 2008

Location: Somewhere in Malaysia

Posts: 1,818

Poster Rank: #1297


Quote:

Aku selalu lalu jalan nie kelik klate...
Memang malam bila dah sampai sini...
Bahaya tol...

aku pun slalu ikut jalan ni..setakat ni aku pun xkena lagi kes macam ni.lepas ni kena jaga2 la sesape pun lalu jalan ni..bahaya sebab selekoh2 n bahaya sebab ade org buat keja haram
__________________

watch your mind,it will become your word,
watch your word, it will become your act,
watch your act, it will become habit,
watch your habit, it will become your destiny..


azarulez's Avatar
 

Join Date: Jul 2008

Location: Somewhere in Malaysia

Posts: 1,818

Poster Rank: #1297


cari duit haram punya pasal..
__________________

watch your mind,it will become your word,
watch your word, it will become your act,
watch your act, it will become habit,
watch your habit, it will become your destiny..


feroz3004's Avatar
 

Join Date: Apr 2008

Posts: 2,387

Poster Rank: #1009


bahaya sungguh, mmg perompak le ni.



Currently Active Users Viewing This Thread: 1 (0 members and 1 guests)
 

Posting Rules

You may not post new threads

You may not post replies

You may not post attachments

You may not edit your posts


HTML code is Off

Forum Jump

All times are GMT +8. The time now is 03:47 AM.


Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE

Anwar persoal kos Lebuhraya <b>Jabor</b> RM5 bilion - KeadilanDaily <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2011 03:54 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pembinaan Lebuhraya Jabor di Kemaman, Terengganu yang menelan kos tinggi sehingga melebihi RM2 bilion daripada kos asal.

Anwar berkata, kos asal pembinaan lebuhraya yang termasuk dalam projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) itu hanya bernilai RM3 bilion, tetapi kini  menjadi RM5 bilion.

Menurut beliau, perkara itu tidak sepatut berlaku kerana ia melibatkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan dengan cara yang betul.

"Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Kenapa kejadian ini berlaku? Ini merupakan kelemahan JKR dan kementerian terbabit perlu bertanggungjawab dalam hal ini," katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, projek tersebut yang dibina sejak 2007  dan sepatutnya siap tahun lalu, sehingga kini masih gagal disiapkan.

Ia katanya, belum lagi mengambil kira persoalan tol dan syarikat pemegang konsesi.

"Sehingga sekarang, kita masih belum tahu siapakah yang akan mengendalikan tol dan siapakah yang akan memegang konsesinya," katanya yang juga Ketua Umum KEADILAN.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan projek membina jambatan di atas daratan di Kemaman, Terengganu dengan kos RM174 juta yang melebihi RM70 juta dari harga sebenar.

"Ini merupakan satu projek pelik Umno BN yang membina jambatan di daratan dan dan kosnya pula amat tinggi serta melebihi kos sebenar," katanya, lapor Harakah Daily

Beliau turut membidas sikap para pemimpin Umno yang lebih mementingkan diri daripada memikirkan derita rakyat dengan membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat.

Sehingga kini, katanya, kemiskinan tegar di kalangan rakyat masih belum diatasi, tetapi para pemimpin Umno sanggup membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat tanpa memikirkan derita rakyat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22541

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


UOP Resources (M) Sdn. Bhd: Pesta Komputer Recon <b>di Jerteh</b> <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2012 02:13 AM PST


Kali kedua Pesta Komputer Recon akan diadakan pada 23 Feb - 1 March 2012 di Dewan Sivik Gong Kemuntong, Jerteh, Besut, Terengganu. Dibuka dari jam 10.00 pagi - 10.00 malam, datanglah beramai-ramai... set komputer bermula dari hanya RM 299 termasuk 3 bulan warranty 1 to 1 exchange.

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Giant <b>di Kijal</b> tidak mempunyai tunggakan hutang

Posted: 07 Dec 2011 08:38 PM PST

Oleh: Suriati Ali

Kerajaan negeri menolak dakwaan pembangkang yang menyatakan pengusaha atau pemilik Pasar Raya Giant di Bandar Baru Kijal, Kemaman tidak mampu membayar sewa dan mempunyai tunggakan hutang yang tinggi.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, dakwaan wakil pembangkang YB Mohd Wahid Endut (Wakaf Mempelam-Pas) adalah tidak benar sama sekali dan hanya ingin mengelirukan rakyat.

"Kerajaan negeri menerima bayaran sewa secara bulanan dan apa yang membanggakan pengusaha pasar raya itu sudah membayar sewa bagi bulan November pada 3 haribulan melalui RHB Bank Berhad bernombor 505874.


"Sambutan pelanggan terhadap pasar raya itu semakin menggalakkan sehingga mampu mencatatkan jualan RM500,000 sehari," katanya dalam sidang DUN hari ini.

Katanya, Pasar raya Giant itu merupakan cawangan ketiga di negeri ini setakat ini selepas kewujudan Giant di Padang Hiliran, Kuala Terengganu dan pasar raya TMC di Mesra Mall Kerteh.

"Giant Bandar Baru Kijal merupakan penyewa terbesar di lokasi yang bakal dibangunkan sebagai pusat tekstil itu.

"Pembangunan di tanah seluas kira-kira 160 hektar itu yang membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM100 juta, turut menarik perhatian sebuah gedung tekstil terkenal untuk membuka cawangannya di lokasi ini," katanya.


ads