Jumaat, 11 Januari 2013

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


Asal Usul Hantu Tentera Jepun | My Blog

Posted: 05 Jan 2013 06:46 PM PST

January 6, 2013 admin Berita InformasiBerita Pelik

Asal Usul Hantu Tentera Jepun

Bertemu lagi kita di dalam membicarakan tentang sejarah bangsa Malaysia yang makin lama makin dirasakan pupus oleh saya kerana kejahilan anak muda kita yang tidak mahu mempelajari sejarah negara dan gagalnya orang orang lama kita mengajar teladan yang baik yang diterima hasil daripada susah payah di "sabun" dan di "lempang" mukanya oleh "si katik" tentera Jepun.

Dalam mempersoalkan kisah yang berlaku hampir 70 tahun yang lampau, saya pada kali ini ingin mengimbas kembali beberapa kisah yang saya dapat dari arwah datuk saya dan juga beberapa kisah dari kawan kawan saya yang mengkaji tentang imperialis jepun ini.

Banyak persoalan timbul dari kisah kisah ini, tetapi apa yang saya ingin highlight pada kali ini ialah resort -resort terakhir para pelancong timur yang tidak diundang ini dan dimanakah lokasi lokasi sebenar resort terakhir mereka ini.

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi kisah kisah ini dengan tuan tuan pembaca setia blog Military of Malaysia agar sejarah bangsa tidak hilang dan beberapa perkara mistik yang patut dikaji kesahihannya.

Penulisan saya ini bercampur antara sejarah dan alam mistik. Saya pasti ada beberapa fakta disni yang tuan tuan pernah merasai, mendengar dan juga melalui pengalaman tersebut.

Di dalam pencarian saya mengenai emas emas di semenanjung, tidak dapat lari dari soalan " Bro.. hang tau tak pasal emas yamashita?' Kat mana boleh jumpa? Betul ke ada emas ni? Kenapa tak pernah jumpa walau disebut sebut? Siapa yang jaga?

Saya merujuk kepada beberapa artikel Tn Hj. Shah Paskal berkenaan "penjaga penjaga setia" yang disebut sebut dan ada askar askar kita dan orang awam berjumpa secara tak sengaja dengan mereka ini.

1. Semasa tentera jepun mendarat di pertama kali di Pantai Kuala Pak Amat jam 4.ooam 8 Disember 1941, berkekuatan 3 batalion tentera jepun menjejak kaki mereka di pantai tersebut yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Nakamura. Dianggarkan seramai 5600 askar jepun berjaya dalam misi tersebut walau ditentang hebat dari tentera British bangsa India dari pasukan 3/17 th Dogras (Dogra Regiment).

2. Pasukan kedua mendarat diketuai oleh Mejar Kausi dan pasukan ketiga diketuai oleh Mejar Jeneral Hiroshi Takumi dan Kolonel Yashio Nasu agak lewat sikit kerana diserang oleh kapal terbang British Australia jenis Hudson dari pasukan No. 1 Squadron RAAF (Royal Australian Air Force) dari airport Kota Baharu Pengkalan Chepa dan jenis Vickers Vildebeeste yang tiba dari base Gong Kedak dan Base Lalangluas di Machang.

3. Ok, sekarang ni persoalan saya ialah, betapa ramai askar jepun mendarat..dan terbunuh, pernah atau tidak tuan tuan pembaca blog MOM ini mengetahui di mana lokasi mereka di simpan atau di istirehatkan di resort-resort (bunker) yang mereka bina? Silap silap ada yang kecut perut atau seram bila dah tahu di mana mereka 'berehat' setelah perang.

4. Ok itu klue nya… persoalan seterusnya ialah.. pernah atau tidak rakan rakan blog ni yang terserempak dengan hantu Jepun? Kenapa hantu hantu ini sering kali dikatkan dengan kawasan atau tapak tentera Jepun tinggal? Mungkin ada yang kata saya ni mengarutlah,, bohong lah, tipu lah, mana ada hantu jepun…

5. Tapi kalau saya bagitau bahawa orang jepun juga amat percaya akan kuasa roh / mistik ? Tak faham? Boleh rujuk artikel sejenis batu yang di simpan di bawah reservoir di negara selatan oleh Tn. Hj Admin kita…

6. Ok saya jelaskan. , tentera jepun sememangnya amat kuat pegangan kerohanian mereka. Mereka percaya bahawa mereka pasti akan hidup kembali dan akan berada semula di tempat mereka terbunuh. Sebab itu mereka sanggup hara kiri… (Agama Shinto)

7. Oleh itu, mayat mayat askar mereka yang jumlah yang ramai itu sebenarnya tiada dikuburkan. Sebenarnya mereka itu di bakar bersama dengan tanah tanah liat dan dijadikan batu bata untuk membina bangunan dan juga markas mereka. Campuran batu bata ini boleh di lihat hampir setiap monumen atau bangunan yang diduduki oleh Jepun.

8. Kenapa? Mereka percaya bahawa roh roh askar ini akan sentiasa bersama menjaga bangunan itu dan tidak keterlaluan jika saya bagitahu mereka juga penjaga emas yamashita.

9. Itu sebab jika ada tapak tapak sekolah lama yang didirikan bangunan baru seperti asrama pelajar, sering kali diganggu oleh askar yang sedang kawad lah, ronda lah,, bawa rantai lah, takde kepala lah… sehinggakan orang kampung juga membicarakannya dengan mengatakan itu kawasan Jepun, kubur Jepun, kem Jepun dan sebagainya.

10. Hospital tempat saya bertugas dahulu juga sentiasa diganggu oleh tentera yang tak balik kampung ni. Itu resort mereka. Saya ada juga terbaca dari artikel MOM ni yang mengatakan batu satu bangunan yang mempunyai darah dan tulang. Saya lupa artikel yang mana. Tapi itu menjawap persoalan artikel tersebut bagaimana darah dan tulang di dalam batu bata bangunan tersebut.

11. Apabila membicarakan tentang emas yamashita pula, semasa jepun menjajah kita, semua harta emas ini dilebur dan dibawa balik ke Jepun. Itu sebab jepun punya duit, nilainya amat kuat kuasa beli dia fasal stok emas yang dirampas. Tetapi bagaimana pula dengan emas yang gagal dibawa balik kerana perang tamat?

12. Mereka menggali tergesa gesa dan menanam semua emas tersebut di lokasi yang mereka duduk tetapi ia di "jaga" oleh penjaga penjaga setia ini. Bagi orang biasa. Mengarutlah cerita ni… tapi bagi "goldhunter" di negara kita ni, perkara biasa .

13. Cuba tuan tuan fikir, soal nampak hantu Jepun, di mana mana di bicarakan orang. Ada yang pernah jumpa dan ada yang pernah dirasuk dan sebagainya. Di mana lokasi kejadian tu? Tentulah di kawasan mereka duduk dan kem-kem mereka. Tapi di mana? Pecahkanlah batu bangunan tu, ambil dan lihat kemungkinan ada tulang yang bercampur dengan batu bata itu. Itulah penjaga setia mereka.

Artikel ini adalah artikel yang dicampur dari arwah datuk datuk saya, dan para pengkaji sejarah Jepun.
Terpulang untuk mempercayai atau tidak tetapi kalau sebut hantu Jepun semua orang tahu.

Mana kubur? Itu bangunan Jepun laa… ada berani tidur dalam bangunan dia malam malam?

Siang hari pun berkawad di Memorial Perang Jepun di Batu Maung, Pulau Pinang, apa lagi pada waktu malam (pengalaman saya itu). Lintang pukang kami cabut lari gara gara mencari emas Yamashita.

sumber military of malaysia ehsan Faisal 9W2WBT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asal Usul Hantu Tentera Jepun

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


teganuku: 3 Sekolah <b>Di Hulu Terengganu</b> Belum Dibuka - Ahmad <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2013 03:41 PM PST

Sebanyak 27 daripada 30 buah sekolah yang tidak dapat memulakan hari pertama sesi persekolahan 2013 kelmarin ekoran banjir di negeri ini mula dibuka semula semalam.

Tiga buah sekolah lagi iaitu Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan dan SK Bukit Tadok di Hulu Terengganu belum boleh dibuka kerana sekolah berkenaan masih digenangi air.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman memberitahu, cuaca yang semakin baik membolehkan sebahagian besar sekolah yang terbabit banjir dibenarkan dibuka semalam.

"Cuaca hari ini (semalam) dilihat semakin baik dan saya harap semua sekolah berkenaan dapat dibuka semula esok (hari ini)," katanya ketika membuat lawatan di SK Wakaf Mempelam dekat Kuala Terengganu semalam.

Kelmarin, 30 buah sekolah melibatkan 12,000 pelajar di Terengganu tidak dapat memulakan penggal baharu persekolahan ekoran banjir gelombang kedua yang melanda negeri itu.

Menurut Razif, ibu bapa boleh menghubungi sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sekolah anak-anak mereka.

Sementara itu, Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara memaklumkan sehingga pukul 9 malam tadi hanya 41 mangsa masih ditempatkan di dua pusat pemindahan.

Daripada jumlah itu, 20 mangsa ditempatkan di Dewan Sivik, Batu 24, Hulu Terengganu manakala 21 mangsa lagi ditempatkan di pusat pemindahan di Setiu

Kosmo!

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Mulan Maseirra: Part IV Holiday Masjid Kristal

Posted: 03 Jan 2013 08:40 PM PST

Assalamualaikum wbt....

Subhanallah... Cantik betul Rumah Allah nie... Terpegun sekejap... Masjid Kristal, Terengganu...

Sedikit sejarah pembinaan masjid ini:

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelanconganTaman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membacaal-Quran elektronik.

nota kaki : walaupun kita kagum dengan seni bina masjid-masjid yang indah, tapi harus diingat salah satu tanda kiamat adalah menghiasi masjid dengan berlebihan.... (tazkirah pada tengahari ini)


Tanda-tanda Kecil,
Tanda tanda ini sudah banyak terjadi, diantaranya Wafatnya Nabi Muhammad Shallallaahu �alaihi wa sallam, munculnya banyak fitnah, fitnah dari timur (iraq), munculnya firqah Khawarij, munculnya orang yg mengaku sebagai Nabi, hilangnya amanah, diangkatnya Ilmu dan Merajalelanya kebodohan, Banyaknya Perzinaan, Banyaknya orang bermain Musik, Banyaknya orang minum Khamr, merebaknya perjudian, masjid masjid di hias, banyaknya bangunan bangunan tinggi, Budak melahirkan Tuannya, Pembunuhan, Banyaknya orang yang belajar dari Ahlul Bid�ah, Wanita yang berpakaian tapi Telanjang. ( lengkapnya lihat di Kitab Asyraathus Saa�ah hal 57 - 235 oleh Dr. Yusuf bin �Abdillah Al-Wabil )

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Terengganu My Heritage: Berbakti <b>di Pulau Bidong</b>

Posted: 24 Jun 2012 02:00 AM PDT

Berbakti di Pulau Bidong
Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail
bminggu@bharian.com.my
2011/10/23


MENYEDARI pentingnya usaha pemeliharaan dan pemuliharaan dasar laut, Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia (Coral Malaysia) menganjurkan Hari Pemuliharaan Alam Sedunia 2011 di Pulau Bidong, Terengganu pada 15 hingga 18 September lalu.
Program memulihkan khazanah alam ini yang masuk tahun keempat, dijayakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kerajaan Terengganu, disertai 80 sukarelawan termasuk penyelam skuba dengan aktiviti utama menjurus kepada usaha membersihkan dasar laut dan pantai.
Turut diadakan pada program yang diserikan dengan kehadiran Duta Coral Malaysia, Fauziah Latiff ini adalah dialog bersama peserta. Kemuncak acara adalah majlis menandatangani plak akujanji memelihara perairan Pulau Bidong yang kemudian ditempatkan di Galeri Dasar Laut yang dibina Coral Malaysia pada 2006.

Perairan Pulau Bidong juga menempatkan tukun tiruan khas untuk penyelam skuba yang sentiasa mencari kelainan apabila meneroka dasar lautan. Sekitarnya, ada kira-kira 21 lokasi selam skuba, setiap satu dengan keunikan tersendiri, antaranya Tukun Bidong, Tugu Bidong, Pasir Tenggara, Teluk Belanga.

Ada juga Galeri Dasar Laut yang unik kerana turut menempatkan replika warisan negeri, antaranya batu bersurat, tepak sirih, tengkolok, keris dan perahu payang.

Pulau ini pernah menjadi tempat perlindungan hampir 250,000 pelarian Vietnam selama 16 tahun bermula Mei 1975 sebelum ditutup pada 1991. Mengambil kira aspek sejarahnya, pulau berkeluasan kira-kira 203 hektar ini turut dijadikan khazanah negeri dan sebarang pembangunan tidak dibenarkan kecuali sebuah pusat penyelidikan UMT.
Ikuti catatan penulis yang berpeluang menyertai program selama tiga hari ini.

Rabu

9 malam
Peserta yang memilih berkonvoi ke destinasi berkumpul di Galeri CM, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur untuk mendengar taklimat mengenai konvoi dan apa yang perlu dilakukan sepanjang perjalanan dan sebaik tiba di Jeti Marang, Terengganu, keesokannya.

Khamis

10 pagi
Peserta yang terdiri daripada penuntut dan pensyarah UMT, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari kampus Gombak dan Pahang, ahli Anak Laut, Skuba Ted serta wakil media dan kakitangan Kementerian Pelancongan Terengganu, Tourism Malaysia Terengganu dan wakil Kerajaan Terengganu berkumpul di Jeti Marang untuk bertolak ke Pulau Bidong yang terletak 30 batu nautika dari pantai dan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai dengan menaiki bot.

11 pagi
Peserta diberikan taklimat oleh Presiden Coral Malaysia, Jamhariah Jaafar dan Pegawai Sains Kanan UMT, Baharin Mustapa serta Dekan Fakulti Agro Teknologi dan Sains Makanan UMT, Prof Sayed Mohd Zin S Hassan berhubung program dan objektif Hari Pemuliharaan Alam Sedunia 2011. Sebaik tiba di destinasi, majlis suai kenal diadakan diikuti makan tengah hari sambil menikmati pemandangan sekitar pulau yang masih cantik terpelihara.

3.30 petang
Syawal masih belum berakhir ketika program ini dilangsungkan, jadi suasana hari raya masih dirasai. Peserta bergotong royong membuat persediaan meneruskan kemeriahan Aidilfitri di Pulau Bidong dengan menu istimewa, antaranya kambing panggang, sate, lemang dan ketupat.

8 malam
Makan malam dan sambutan hari raya di Pulau Bidong dalam suasana unik berlatar belakangkan keindahan pantai dan kedinginan angin malam memberikan peserta semangat walaupun penat memandu dan menguruskan aktiviti sepanjang hari.

10 malam
Peserta diberikan taklimat mengenai program yang akan dilalui keesokannya, termasuk meletak tukun tiruan di lokasi sekitar perairan pulau Bidong.

Jumaat

9 pagi
Selepas bersarapan, sekumpulan peserta memulakan aktiviti selam untuk meletakkan barangan di Galeri Dasar Laut dan sebahagian lagi membersihkan jeti serta pantai, diikuti jamuan tengah hari. Sampah seperti tin minuman dan plastik yang dikumpul kemudian ditanam untuk memastikan ia tidak mencemarkan laut.

8 malam
Majlis makan malam diadakan serentak persembahan rakaman video projek menurunkan tukun tiruan. Peserta turut diberikan taklimat mengenai majlis menandatangani plak ikrar Akujanji Memelihara Pulau Bidong di dasar laut yang akan disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis pertama seumpamanya pernah diadakan di negara ini.

Sabtu

10 pagi
Majlis menandatangani plak akujanji disempurnakan pada kedalaman 13.5 meter oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said sambil disaksikan lebih 60 ahli Coral Malaysia. Turut serta pada majlis bersejarah itu, Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Aziz Deraman; Jamhariah; Fauziah dan wakil MBR, Zulhairi Md Zin. Acara ini adalah yang keenam dicatat dalam MBR menjadikan Coral Malaysia persatuan pencinta laut paling banyak mencipta rekod dalam MBR. Selepas majlis selesai kira-kira jam 11.30 pagi, semua penyelam meraikan hari raya di dasar laut, menyelam sambil mengenakan pakaian raya.

8 malam
Majlis makan malam diadakan serentak penyampaian sijil penghargaan kepada peserta program.

Ahad

9 pagi
Selepas bersarapan, semua penyelam tidak melepaskan peluang meneroka keindahan dasar perairan Pulau Bidong. Mereka yang tidak memiliki lesen skuba pula menyertai aktiviti snorkling yang tidak kurang hebatnya.

3 petang
Selepas tiga hari menjalankan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan dasar laut di Pulau Bidong serta menikmati keindahan ciptaan Ilahi, semua peserta berkumpul untuk berlepas ke Jeti Marang dan seterusnya pulang ke destinasi masing-masing

 sumber: berita harian

* Blogger pun belum sampai lagi ke Pulau Bidong ini untuk melihat sendiri sejarah peninggalan pelarian Vietnam serta keindahan bawah lautnya yang dikatakan amat indah bagaikan syurga di bawah laut.

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Kerajaan <b>Negeri Terengganu</b> - Jan 2013

Posted: 10 Jan 2013 11:45 PM PST

JAWATAN:
1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
2. PEMANDU KENDERAAN

IKLAN JAWATAN KOSONG & BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://spn.terengganu.gov.my/eSUPERNET/Iklan/viewer.php

Tarikh Tutup : 14 Jan 2013

ads