Jumaat, 15 Mac 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Aku Seorang Mama: Berjogging <b>Di</b> Pantai <b>Paka</b>,Dungun

Posted: 30 Dec 2012 05:47 PM PST

Selepas kenduri kita terus menuju ke Paka, Dungun coz abah ada hal. lgpun keesokan ada kenduri di Felda Kerteh, so x payah pegi mari. So kita just sewa hotel budget jer...
Mlm tu adik dah ajak mama jogging kat pantai coz ptg tu just main pasir jer, yealah xkan nk berjogging dgn baju kurung kot...nnt ape lak kata org sekeliling. Lagipun ptg ramai org ambil angin kat pantai tu...
Seperti yg dijanjikan, 3 dara pingitan telah kuar berjogging di pantai yg indah. Mama terpaksa drive coz abah n 2 hero sedap berselimut almaklum luar sana hujan renyai2 & sesekali lebat..
Adik...Mulakan pagi dgn xtvt yg sihat...
Jam tangan nie hok mama baru beli tp dia x berapa suka, dia suka yg lama, tp terpaksa pakai coz hok lama, baru jer habis bateri.
Cincin tu lak, asalnya cincin tunang mama, along lak berkenan, so bg jer kat dia, x payah mama beli hok lain, itu tanda cincin ikatan kami berdua...
Along x jogging, muka dia mcm penat...rupanya nak demam...balik hotel terus duk dalam selimut...

Adik geram nak main air, tapi ombak beso & hujan nak turun... so tgk dari jauh jer...lgpun abah x join, kalu ada apa2 sape yg susah...

Terpaksa cari tempat berteduh...hujan dah mula turun dgn lebatnya...


Dah beso puteri sulong mama...manis jer cincin tu...
Tunggu hujan reda...adik x sabo nk sambung jogging, tempat kami berteduh tu kalu ptg2 ramai org makan seafood celup tepung...
Hasil snap dr along...buih di pantai...



Tengah diskuss nak buat xcersis apalak...



Mama ambil camera, along ambil hp mama...

Along dah kepenatan ikut kami...pegi mari. Mmg kat pantai tu hanya kami bertiga...aman...



Gunung-ganang dikejauhan...

Langit disebelah sana kelihatan kebiruan...

Berdua...nie mama testing jer...

Adik kena kepit dek kami berdua...

Adik ajok jln jer...dah penat...

Mama nak jogging gak...lari...


Bahagian kanan...agak gelap...
Bahagian kiri agak cerah...cuaca x menentu...
Along dah penat...nak rest kat kete jer...


Adik dah start merengek coz geli kena pasir nk kena jln ke kete...selipar dlm kete tek pung

Lepas jogging terus balik hotel...mandi n bersiap ke kenduri di Kerteh lak...

DURIAN CREPE <b>DI</b> AREA KUALA TERENGGANU & <b>PAKA</b>, DUNGUN

Posted: 20 Nov 2012 09:42 PM PST

.

Ok FENOMENA DURIAN CREPE.

Lepas dulu korang menFENOMENAkan macaroon, red velvet, pavlova, sekarang menfenomenakan durian krip pulak hahaha.

So durian crepe ni aritu aku first time makan masa balik rumah mertua.

1353027524178

.

Kakak ipar aku la order, padahal dia tak la suka sangat durian. Tapi katanya ada kawan-kawan dia order, makan, terus jadi suka durian.

Ohhh magic tuh hahahaha lagi magic untuk aku yang dah memang gile durian ni. Magic yang sangat magic bila suatu pagi.. gi dapur (kat rumah mak mertua lah), orang lain tak makan pagi pun lagi.. aku bukak peti.. mata bersinar-sinar tengok ada banyak lagi Durian crepe dalam peti ais.. dan tangan laju-laju ambik seketul dan makan laju-laju.

Pastu duk hayun buai anak dengan muka tak bersalah. Tak lama, kakak ipar gi dapur, cakap.. WOHHH KUATNYA BAU DURIAN. kah kah.

Tak lama Gabanz plak gi dapur n cakap.. SAPE MAKAN DURIAN NI KUAT SANGAT BAU PAGI-PAGI NI?? (padahal dia dah tau aku yang makan, dia saje kuatkan suara nak bagi mak dengar. sakit betul hati I HAHAHAHAHA.).

Gabanz jeles sebab pagi tu dia takleh nak makan coz kena makan ubat sakit mata. Hahah rasakan.

So saya dengan muka inesen mengaku.. SAYE MAKAN.

So saya telah membuat magic di pagi hari.. menSEMERBAKkan dapur mak mertua dengan bau durian. Mencik. Padahal I MAKAN SATU JEEEEEEEEEE.

Yang second time makan, aku beli semalam. Order isnin malam.. dah lewat jugak la order. So semalam aku gi ambik kat Paka.

Rela tuuuuuuuuuuuuu.. tapi takla jauh sangat. Pegi balik 40 minit haha.

Rasa memang best so tak nyesal order. Gabanz pun jelessssssss kerana beliau sekarang di KL.. sape suruh gi keja KL hahahaha tetibe.

So next week dia balik, aku repeat order lah. Khas untuk suami terchenta. dan untuk DIRI SENDIRI haha.

===============================

1353027524178

Ok so haritu aku ada la letak kat instagram gambo durian crepe ni.

Pastu letak kat FB plak. Then ramai tanya n nak order dengan aku. Pastu ada inbox kat FB n email jugak.. tanya n nak order. Stress mak nak jawab hahahaha.

ADIK-ADIK.. KAKAK-KAKAK.. SAYA TAK AMBIK ORDER DURIAN CREPE NI.

Bukan saja tak ambik order, buat pun tak pernah.

Walaupun next month saya akan launch online bakery saya.. tapi saya tak jual durian crepe ni. Hehe.

Oleh itu.. meh aku promotekan durian crepe dari penjual-penjual durian crepe yang best ni.. yang aku dah pernah try n makan.

Ada 2 orang, satu di area KUALA TERENGGANU, TERENGGANU satu di area PAKA, DUNGUN.

——————————–

1. DURIAN CREPE BY AKMA

1353449831428

Area: Kuala Terengganu, Terengganu

Harga: RM10 untuk 1 pack (6 biji)

Size : kecik sikit dari size business card.

Review: Kulit lembut, best. Filling, durian banyak, whipped cream pun meriah. Dua-dua balance, best gile. (kalo tak, takla pagi-pagi aku dah gi bukak peti ngap seketul haha).

Servis: So far tak pernah lagi berurusan direct dengan dia untuk part order ni coz kakak ipar aku yang order n deal dengan dia kan? Tapi rasanya setakat ni kakak ipar sangat ok je. So, bagi aku, servisnya mesti lah ok dan terbaek kan?  Dahle sedap.. nym nyum. Aku cuma deal dengan dia tadi kat sms.. masa nak mintak izin publishkan phone number dia kat sini untuk promote. Dia layan aku dengan baik dan ramah je.

Contact number: 019 254 6538

Facebook: AMKA FFIRA MUSTAFA

—————————————————

2. DURIAN CREPE BY MIMAS MELATI

1353449495248

Area: Paka, Dungun.

Harga: RM10 untuk 1 pack (3 biji) **harga berbeza untuk inti Durian Musang King, RM12.

Size : Lebih kurang size business card.

Review: Kulit lembut, best sama macam Akma punya. Filling, durian banyak.. terasa duriannya , whipped cream pun. Tak terasa kurang pape pun, memang best. (semalam beli 4 paket, hari ni BAKAL HABIS hahaha.)

Servis: Mas memang ramah dan baik. So semua dilayan dengan baik.. humble pun ya. Pendek kata aku takde langsung rasa tak senang sepanjang deal dengan dia. SAYA SUKAAAAA.

Contact number: 017 900 2775

Facebook: MIMAS MELATI

==============================

Ok settle promote.

Kenapa saya promote?

Kerana saya dah cuba kedua-duanya. Walaupun ada kawan-kawan suruh buat n jual sama bila dah bukak online bakery bulan depan.. aku rasa aku takde kepakaran dan kesabaran untuk buat Durian Crepe ni.

So biarlah aku beli dari buat dan jual, dari aku cakap orang boleh order dengan aku tapi bila buat, tak jadi hahahahaha pengsan macam tu kan? Tak dapat bayangkan aku ambik order, pastu buat kadang jadi kadang tak jadi, last-last ntah-ntah aku order dengan diorang untuk ganti kat customer yang dah order dengan aku hahahaha tak sanggup nak imagine kalo macam tu.

So biarlah aku buat apa yang aku reti dan mahir je.

Prinsip saya, support each other. Kalau benda tu memang kita dah try n bagus plak.. apa salahnya kita promote, kan?

So selamat maju jaya untuk AKMA N MAS.

Ok nak sambung makan DURIAN KERIP hahaha.

..

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


HONEY SOFT ICE CREAM: Majlis Perkahwinan <b>Di Besut</b>

Posted: 11 Mar 2013 09:34 PM PDT













frusttt sangat bila staff lain terbuang separuh gambar mempelai ini. apapun terima kasih kepada kedua mempelai dan keluarga. banyak yang sempat kami rakamkan dalam majlis ini. tapi orang lain terdelete. pasangan pengantin ni memang baik n sporting. terima kasih kerana sudi di dera oleh kami.
www.tips-fb.com

Murid Tahun Enam Lemas <b>Di Besut</b> | Terengganu Today

Posted: 19 Jan 2013 12:20 AM PST

Keriangan seorang murid tahun enam mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Besut dekat Kampung Tok Raja, Jertih, berakhir tragedi apabila dia lemas di sini, petang kelmarin.

Mangsa Muhmmad Faris Irfan Fauzi, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Raja lemas kira-kira jam 5.30 petang selepas keluar dari rumah neneknya di kampung sama jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa yang tidak pandai berenang mandi bersama beberapa kawannya.

Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa pada mulanya dikatakan mandi di tempat air cetek tetapi secara tiba-tiba terjerlus ke pasir dalam menyebabkan dia lemas.

"Selepas mendapat laporan, pasukan pencari dan penyelamat dibantu penduduk kampung telah melakukan usaha mencari bermula jam 5.40 petang," katanya.

Mayat mangsa dijumpai pasukan penyelamat JPAM dan penduduk kampung jam 5.50 petang, kira-kira 50 meter dari tempat dia mula-mula lemas.

Menurutnya, mayat mangsa yang beralamat di Kampung Gong Jaga, Alor Lintah, Jertih dihantar ke bilik mayat Hospital Besut untuk bedah siasat dan punca kematian akibat lemas. Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Sementara itu ibu mangsa, Hasnah Mat Zin yang juga guru di sekolah anaknya hampir pengsan apabila melihat mayat anaknya di pekarangan bilik mayat semalam.

Dia ditenangkan saudara manakala bapa mangsa, pesara Pejabat Tabung Haji, Fauzi Mat berada dalam keadaan uzur.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Alor Lintas, Razali Embong berkata, mangsa merupakan jemaah yang rajin datang solat Maghrib dan Isyak di masjid di kampung itu.

"Sekarang saya tidak dapat lagi bertemu dengannya sedangkan sebelum ini hampir setiap malam termasuk Subuh dia datang bersolat jemaah di masjid ini termasuk bersama keluarganya. Malahan sekurang-kurangnya dua kali dia bersalam dan cium tangan saya di masjid," katanya sedih.

Razali berkata, arwah rajin solat jemaah di masjid dan kali terakhir dia bertemu mangsa Rabu lalu ketika solat Isyak malah dia sempat bergurau dengan mangsa.

-sinar harian

T E G A N U K I TA: Kerajaan tubuh Internasional Imtiaz <b>di Besut</b>

Posted: 14 Mar 2013 12:34 AM PDT

Oleh; Esah Abdullah

Terengganu akan mewujudkan Internasional Imtiaz School (IIS) bertempat di Bukit Keluang, Besut tidak lama lagi dalam usaha menyebarluaskan produk pendidikan negeri di mata dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato' Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, sekolah itu juga diwujudkan atas permintaan ibu bapa yang berpendapatan tinggi dari dalam dan luar negeri.


"Kita ada menerima permohonan dari dalam dan luar negara termasuk Brunei Darul Salam yang tertarik dengan sistem pembelajaran di Imtiaz dan menyatakan minat menghantar anak mereka," katanya kepada pemberita di majlis Apresiasi Anjung Ilmu Kecemerlangan UPSR dan PMR 2012 dan Pelancaran Pakej Pentaksiran dan Pecutan Prestasi Pembelajaran Melalui Modular (5P2M) di Dewan Besar Wisma Darul Iman.

Katanya, lima buah sekolah Imtiaz yang ada hanya mampu menampung 400 pelajar setiap tahun sedangkan permohonan yang diterima daripada ibu bapa melebih 2,000.

"Kira-kira 40 peratus daripada permohonan kemasukan ke Imtiaz yang terpaksa ditolak pada setiap tahun melibatkan ibu bapa pelajar yang berpendaptan melebihi RM5,000 sebulan," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan fakta tersebut kerajaan negeri berpendapat penubuhan IIS akan memberi peluang kepada ibu bapa berkenaan untuk menempatkan anak mereka di Imtiaz.

Tambahnya, IIS akan menggunakan konsep sekolah swasta di mana ibu bapa akan dikenakan bayaran bagi setiap kemasukan anak-anak mereka di sini namun kadar yang akan dikenakan belum diputuskan.

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Taman-Eko Burung Walit <b>di Jerangau</b>

Posted: 16 Oct 2010 05:41 PM PDT

Oleh : AIDA ABD RAHMAN


Sebuah syarikat Bumiputera akan membangunkan kawasan di Cermin Kiri, Jerangau, Dungun sebagai Taman-Eco Burung Walit.

Industri burung walit yang semakin popular di seluruh dunia mendorong sebuah syarikat Bumiputera merancang membangunkan kawasan Cermin Kiri, di Jerangau, Dungun sebagai Taman-Eko Burung Walit.


Syarikat itu berhasrat membina antara 20 dan 25 unit rumah burung walit serta kilang dalam taman- eko itu nanti.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu, Dr Azizol Mohd Sharom, berkata jabatannya menerima pelbagai permohonan daripada pihak swasta untuk melabur dalam industri burung walit di Terengganu.

Dianggarkan kira-kira 800 pengusaha burung walit di Terengganu sehingga hari ini, tetapi separuh daripada mereka dikatakan tidak aktif.

Mengenai makmal itu, Dr Azizol berkata ia dibina untuk menjadi contoh kepada mereka yang baru hendak menceburkan diri dalam bidang berkenaan.

Sementara itu, JPV bakal memperkenalkan model rumah burung walit yang lebih kecil dan lebih murah berbanding rumah burung yang biasa dibina di sini.

Rumah contoh itu dibina di Pusat Veterinar Jerangau, Dungun dengan kos kira-kira RM28,000 seunit.
Dr Azizol menyasarkan industri sarang burung walit di kalangan Bumiputera di Terengganu akan meningkat kepada 10 peratus menjelang 2015 berbanding lebih 4 peratus sekarang.

Beliau berkata pihaknya mengenal pasti beberapa daerah di Terengganu berpotensi untuk mengusahakan ternakan itu termasuk di Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.

Daripada kajian yang dijalankan, katanya kebanyakan burung walit dari Indonesia berhijrah ke Terengganu setelah berlaku kebakaran hutan di negara berkenaan.

Dr Azizol berkata nilai industri burung walit di dunia sekarang mencecah RM60 bilion dan Malaysia menduduki tempat ketiga dalam industri itu selepas Indonesia dan Thailand.

TEGANUKITA

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Hajat Kuswadinata Bercuti <b>Di Pulau Kapas</b> Tidak Kesampaian

Posted: 17 Feb 2013 12:51 AM PST

kuswadinata

KUALA LUMPUR: Percutian bersama keluarga ke Pulau Kapas, Terengganu adalah hajat terakhir Kuswadinata, namun ia tidak kesampaian apabila pelakon veteran itu meninggal dunia pada petang Sabtu.

Isteri Allahyarham, Kamariah Mohd Said, 57, berkata Kuswadinata sering menyuarakan hajatnya itu semasa beliau terlantar di hospital sejak tahun lepas.

"Beliau sering berkata ingin ke sana selepas pulih daripada penyakitnya, namun hajatnya tidak kesampaian," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini malam ini.

Kamariah berkata Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun kerap menasihati beliau agar tidak meninggalkan solat serta menjaga anak-anak.

Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang pada 5.07 petang susulan beberapa penyakit yang dihadapi termasuk kanser usus dan buah pinggang.

"Apa yang lebih menyedihkan, beberapa hari yang lepas, Allahyarham memberitahu saya 'Saya akan merindui kamu', dan saya tidak menyangka ada maksud di sebalik kata-kata itu," kata Kamariah, ibu kepada empat anak berumur antara 23 dan 27 tahun hasil perkongsian hidup bersama Kuswadinata.

Antara rakan artis yang menziarahi jenazah ialah Rosyam Nor, Aznah Hamid dan Datuk Aziz Singah.

Sementara itu, seorang pelakon yang juga anak saudara Allahyarham, Heryanto Hassan, 42, menyifatkan arwah sebagai mentornya dalam dunia lakonan.

"Allahyarham banyak mengajar saya dalam dunia lakonan, dan antara insan yang membawa saya lebih ke depan dalam industri lakonan," katanya.

Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo, yang turut menziarahi memberitahu Bernama, pihaknya akan membantu menguruskan jenazah Allahyarham.

"Saya sebagai ketua di sini rasa bertanggungjawab untuk membantu memandangkan Allahyarham juga merupakan seorang anggota qariah masjid berhampiran," katanya.

Allahyarham, yang meninggalkan dua isteri, sembilan anak, 14 cucu dan seorang cicit, akan dikebumikan esok.

Dilahirkan di Singapura, Kuswadinata memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris.

Antara filem lakonannya ialah Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana dan Gerak Khas 3- BERNAMA



teganuku: Hajat Kuswadinata Bercuti <b>Di Pulau Kapas</b> Bersama <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2013 11:42 AM PST


Percutian bersama keluarga ke Pulau Kapas, Terengganu adalah hajat terakhir Kuswadinata, namun ia tidak kesampaian apabila pelakon veteran itu meninggal dunia semalam.
 
Isteri Allahyarham, Kamariah Mohd Said, 57, berkata Kuswadinata sering menyuarakan hajatnya itu semasa beliau terlantar di hospital sejak tahun lepas.

"Beliau sering berkata ingin ke sana selepas pulih daripada penyakitnya, namun hajatnya tidak kesampaian," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya malam semalam.

Kamariah berkata Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun kerap menasihati beliau agar tidak meninggalkan solat serta menjaga anak-anak.

Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang pada 5.07 petang susulan beberapa penyakit yang dihadapi termasuk kanser usus dan buah pinggang.

Antara rakan artis yang menziarahi jenazah ialah Rosyam Nor, Aznah Hamid dan Aziz Singah.

Allahyarham, yang meninggalkan dua isteri, sembilan anak, 14 cucu dan seorang cicit, akan dikebumikan semalam.

 Dilahirkan di Singapura, Kuswadinata memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris.

Antara filem lakonannya ialah Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana dan Gerak Khas 3.

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


PAS DUN <b>BATU RAKIT</b>: Video: PATI <b>di</b> Sabah Mafia?

Posted: 10 Mar 2013 12:11 AM PST

Rujukan bertulis : Di sini

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


teganuku: Banjir <b>Di Terengganu</b>, Kelantan Semakin Buruk

Posted: 26 Feb 2013 06:06 PM PST


Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 758 orang daripada 243 keluarga berbanding sembilan daripada tiga keluarga kelmarin.

Selain Terengganu, Kelantan turut dilanda gelombang ketiga banjir apabila 456 mangsa daripada 103 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan semalam selain menyaksikan dua remaja mati lemas selepas bot yang mereka naiki terbalik di sebuah kolam terbiar di Machang.

Di Kuala Terengganu, banjir menyebabkan empat sekolah di Setiu, empat di Hulu Terengganu dan sebuah di Besut ditutup.

Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara memaklumkan, sehingga pukul 6.30 petang, 15 pusat pemindahan telah dibuka. Di Besut, 160 mangsa daripada 55 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan, 132 mangsa di lima pusat pemindahan di Setiu, 339 mangsa dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Dungun dan 127 mangsa di Hulu Terengganu.

Pengarah Pelajaran negeri, Zakaria Hussin memberitahu, empat sekolah di Setiu terpaksa ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Buluh, SK Kampung Besut, SK Kampung Las dan SK Kampung Bukit. "Di Hulu Terengganu, sekolah yang ditutup ialah SK Padang Setebu, SK Bukit Tadok, SK Sungai Berua dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jenderis sementara di Besut sekolah terlibat ialah SK Kampung La," katanya.

Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan 1,036 orang dipindahkan ke 19 buah pusat pemindahan di tujuh jajahan yang terjejas banjir.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah terbanyak yang dipindahkan itu adalah di Kuala Krai membabitkan 456 orang diikuti Pasir Mas (247), Pasir Puteh (125), Tanah Merah (111), Bachok (61), Kota Baharu (24) dan Machang (12). Kesemua mereka itu membabitkan 263 keluarga.

Sungai Golok di Rantau Panjang terus mencatatkan kenaikan paras air yang melebihi bahaya 9 meter iaitu pada 8.30 pagi ini sungai itu mencatatkan bacaan 10.26 meter. Satu lagi sungai yang berada melebihi paras bahaya ialah Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah yang kini pada bacaan 17.10 meter (bahaya 16 meter).

Setakat ini banjir di Kelantan yang bermula semalam meragut dua nyawa pelajar berusia 13 dan 15 tahun di Machang.

Tiada jalan utama yang dilaporkan ditutup kepada lalu lintas melainkan beberapa jalan kampung berikutan limpahan air sungai. Cuaca di Kelantan kini mendung dengan sesekali hujan renyai.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


billboard pas <b>di kuala terengganu</b> dan marang <b>...</b> - The Flying Kick

Posted: 14 Feb 2013 02:33 AM PST


Beberapa kejadian khianat telah dikesan dilakukan terhadap poster-poster dan billboard PAS, terutama sekali yang membabitkan muka Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Para penyokong PAS serta-merta menuding jari ke arah UMNO dan Barisan Nasional. Kononnya UMNO dan Barisan Nasional sedang ketakutan terhadap kekuatan dan pengaruh serta ketokohan Abdul Hadi Awang menyebabkan UMNO telah mengerahkan para pekerja dan simpatisan mereka melakukan kerja-kerja pengkhianatan tersebut.

Namun pihak berkuasa sedang melakukan siasatan secara terperinci membabitkan insiden-insiden tersebut. Daripada hasil tinjauan mendapati, kejadian-kejadian tersebut telah dilakukan oleh orang yang sama atau lebih tepat lagi dalam satu pasukan. Sebabnya, ia telah melibatkan 5 kejadian pada 13 Februari 2013 di dalam kawasan Parlimen Marang sahaja.

Kejadian pula dilaporkan berlaku antara jam 2:00 pagi sehingga jam 5:00 pagi.

Dan menariknya, sehingga ke hari ini tiada suspek yang ditahan, ditangkap mahupun yang ditunjukkan oleh PAS sekalipun Lujnah Keselamatan PAS yang membuat aduan mengaku mereka sering dan sentiasa membuat rondaan di tempat-tempat kejadian berkenaan.

Lebih menarik lagi ialah, daripada 5 kejadian khianat, hanya 3 sahaja yang mempunyai laporan polis di IPD Marang dan dua laporan dibuat di IPD Kuala Terengganu.


5 kejadian khianat tersebut berlaku membabitkan billboard di hadapan Masjid Rhu Muda, Marang. Laporan telah dibuat di Balai Polis Marang. Kejadian kedua berlaku di Markas PAS Pengadang Baru, Kuala Terengganu di mana gambar Presiden PAS dan ADUN Wakaf Mempelam telah disimbah cat merah. Kejadian ketiga pula berlaku di Markas UPU, Banggol Tok Ku, Serada, Kuala Terengganu. Dalam kejadian tersebut, banner Presiden PAS telah dikoyakkan. Manakala markas pula telah dilontar cat merah. Selain itu, banner Manifesto juga telah dikoyakkan.

Kejadian keempat berlaku di Simpang Jalan, Kedai Buluh Kuala Terengganu membabitkan simbahan cat merah ke gambar Presiden PAS yang turut memaparkan Manifesto PAS Terengganu. Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat untuk kes berkenaan. Manakala kejadian kelima pula berlaku membabitkan logo PAS yang dibuat daripada tayar di Kampung Pengkalan Star Kuala Terengganu yang disembur dengan cat berwarna hitam dan berlambang salib... TERUSKAN BACAAN DI SEL13.COM

Azie Kitchen: Makan Makan Makan <b>di Kuala Terengganu</b> Part 2

Posted: 12 Feb 2013 01:06 AM PST







Kenapa KT menjadi pilihan percutian? Hmmm pertama kerana saya teringin sangat hendak makan keropok lekor. Berbulan bulan mencari di sana sini orang yang ke KT untuk dikirim keropok lekor, masih belum ditemui. Jadi jalan akhirnya ialah datang sendiri. Kedua, Terengganu adalah  negeri yang paling kurang saya kunjungi kecuali mempunyai urusan dan tugas rasmi. Jadi saya memilih untuk ke sini walaupun anak anak juga menanya soalan yang sama iaitu kenapa KT. Haaa itulah citer nya. 

Hari kedua, saya pagi pagi lagi mengejutkan hubby untuk keluar mencari nasi dagang Bukit Besar yang sedap dan terkenal. Lepas pusing beberapa kali, akhirnya berjaya menemui tempatnya. Hanya tempatnya kerana hari tu gerai seolah ditutup. Akhirnya saya ke gerai nasi dagang di kawasan Cendering. Tempat yang selalu saya kunjungi walaupun setiap kali ke sana saya memberi komen yang ianya tak sedap. Seperti biasa, kali ini pun saya tercari cari jawapan kenapa terlalu ramai sanggup beratur, adakah kerana ianya memang sedap pada selera orang KT atau kerana melihat orang yang ramai. Maaf, saya mungkin silap. Tapi saya tak mahu lagi mengunjungi kedai ini di masa depan. Cukup cukup sudah, cukup di sini sahaja. Nasinya lembik dan tidak seperti nasi dagang yang biasa saya makan. Lauknya juga tak sedap dan tak berasa rempahnya serta terlalu kecil saiznya yang dicubit jer. Apakah orang di sini banyak makan nasi sehingga ikan begitu sedikit? Entahlah. Rasanya ikan tongkol bukan ikan yang dalam kategori ikan mahal tapi kenapa lah begitu sedikitnya. Saya memang jenis makan nasi dengan lauk yang banyak. Ini hanya pendapat peribadi saya yang memang cerewet bab makan sehingga sanggup datang semata mata kerana mencari nasi dagang.


Keluar dari kedai tersebut dengan hati yang sangat tak berpuashati, saya mengajak hubby mencari keropok lekor di Tok Bing. Semasa dalam perjalanan ke sana, sahabat kami  Dato Wan Nazari bertanya lokasi kami. Seperti biasa Dato Wan akan datang menemui kami di mana sahaja kami berada jika kami berada di KT. Begitulah istimewa sekali layanan Dato Wan kepada sahabat sahabat yang mengunjungi Terengganu.






Dato Wan datang menemui kami di kedai keropok lekor. Wah hebat, siap kena mengambil nombor giliran gitu. Baguslah adil namanya, yang dulu didahulukan tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Haa selepas bersembang, kami mengambil keropok lekor dan terus balik. Aduhaai rezeki sebab Dato Wan memang pemurah. Dia membayar semua keropok lekor kesukaan saya yang dibeli untuk dibawa balik.

Sebelum balik ke hotel, kami ke Pasar Payang konon untuk mencari satar. Selepas diberitahu kawasan Jalan Marang, kami terus ke sana untuk mencari Satar Ikan untuk Nana. Singgah di dua kedai, saya membeli banyak satar. Terus balik ke hotel, selepas tidur seketika sementara menunggu solat zohor. Selepas itu kami ke  Noor Arfa batik, tetapi saya tidak membeli apa apa kerana merasakan ianya overpriced dek namanya yang memang sinonim dengan batik. Dari situ, kami ke Kompleks Warisan berhadapan Pasar Payang. Selepas meninjau beberapa kedai kami membuat keputusan  untuk beredar, kerana saya memang tak tahan panas. Lagi pulak, saya tidak berkenan dengan design yang ada.
Dari sana, kami sekali lagi ke Warong Norazila kerana banyak kedai lain masih belum berniaga sedangkan anak anak sudah lapar. Tetapi di Warong Norazila pun, masih banyak gerai yang belum memulakan perniagaan. Hajat hati nak makan ikan bakar di situ, terpaksa dilupakan. Jadi orderlah juga nasi dagang dan nasi minyak yang saya rasa tidak sedap itu. Saya tidak makan apa apa, hanya melihat anak anak makan sahaja. Sebelum balik, singgah di gerai yang dikatakan Dato Wan berhampiran Hotel Permai. Hmm memang sedap keropok lekornya yang besar dan memang terasa keropoknya banyak ikan. Keropok yang sudah digoreng juga tidak mengecut seperti kebanyakan keropok lekor zaman sekarang. Zaman saya di sekolah rendah dulu, keropok lekor yang dibeli dari rakan sekelas Muhaini Ibrahim memang banyak ikan dan cantik bulat serta tidak mengecut. Balik ke bilik, masing masing lepak sebelum tidur.
Bangun dari tidur dan selepas bersolat maghrib, kami keluar lagi. Kali ini mencari makan di kawasan pasaraya Giant pula di mana terdapat Restoran Matahari yang terdapat steamboat dan lain lain masakan laut. Pelbagai makanan laut dihidangkan untuk steamboat yang berperisa tomyam dan juga sup biasa. 








Dato Wan Nazari datang setelah kami selesai makan. Selepas bersembang sembang, kami mula berangkat balik ke hotel dan Dato Wan Nazari mengajak kami untuk minum minum di coffee house sambil menikmati persembahan live band. Best sangat apabila mereka menyanyikan lagu permintaan saya iaitu Penawar Rindu. Yeaah. Klik di SINI untuk sambungan catatan perjalanan ke KT. 






13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


cico harahap bertatu? berparti liar <b>di pulau</b> <b>...</b> - ammboi dot com

Posted: 05 Feb 2013 06:00 PM PST

Cico Harahap Bertatu? Berparti Liar di Pulau Perhentian? | Lama sudah tak dengar berita mengenai Cico Harahap. Cico merupakan anak kepada kepada penyanyi legenda tanahair kita, Uji Rashid dan pernah tampil dalam filem Puteri Impian bersama Amy Mastura suatu ketika dahulu.

Menurut sumber Malaysia Digest, Cico Harahap sudah lama menyepi dari industri seni dan khabarnya sejak dia mendekatkan diri dengan kelas-kelas agama, kini beliau sudah mempunyai kehidupan bahagia bersama anak-anak dan isterinya.

 Cico-Harahap-Berparti-Liar-Ada-Tattoo

Bagaimanapun pendedahan beberapa keping gambar ini mungkin suatu yang mengejutkan. Tidak sangka pula Cico boleh berubah sejauh itu. Namun ianya tidak dapat disahkan samada lelaki dalam gambar tersebut adalah benar-benar Cico atau orang lain yang mirip dengannya. Gambar berkenaan menunjukkan seorang lelaki mirip wajah Cico, sedang bersuka ria bersama teman-teman di pulau perhentian baru-baru ini. Tambah mengejutkan Cico dilihat tanpa segan silu memperlihatkan tatu yang ada di sebelah kanan bahunya sambil memegang tin minuman keras.

Cico-Harahap-Berparti-Liar-Ada-Tattoo-Pulau-Perhentian

Susah nak kata, sama-sama kita nantikan penjelasan dari Cico sendiri. Mungkin beliau ada jawapannya.

(Sumber info : malaysia digest | gambar : rotikaya.com)

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

CARIAN BERKAITAN

  • cico harahap (85)
  • cico harahap tattoo (56)
  • cico tatu (20)
  • cico harahap terkini (15)
  • cico harahap bertatu (13)

Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Jari Manis : Travel list: Kenangan <b>di Pulau Perhentian</b>

Posted: 04 Feb 2013 12:24 AM PST

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua!!!!
Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua follower dan semua pembaca yang sudi singgah kat blog aku...aku sangat menghargai kalian. Pertambahan bilangan pembaca memberi suntikan semangat untuk aku terus menulis dan berkongsi pengalaman percutian aku ke tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia dan juga Luar Negara.
Seperti semua sedia maklum, tujuan utama aku buat blog bukan untuk berkongsi pengalaman, memberi panduan, sebagai rujukan destinasi pilihan sekiranya ingin bercuti ke sana dan juga sebagai rujukan aku sendiri jika aku nak repeat lagi tempat yang pernah aku pergi seperti Hong Kong dan Macau. Kepada kawan-kawan yang belum pernah ke sana..aku cadangkan..masukkan dalam list travel korang..memang berbaloi....Boleh rujuk entri aku berkaitan Hong kong dan Macau yer..
Oh ya...hari ini aku ingin berkongsi pengalaman aku bercuti ke Pulau Perhentian Kecil pulak..sebelum ni Pulau Langkawi kan...siapa yang tak tahu Pulau Perhentian kat mana...eheheh..jangan buat-buat tak tahu yer. Perhentian Island terletak di negeri Terengganu..
Pulau Perhentian terdiri daripada Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar yang terletak sekitar 21 km dari Kuala Besut di pantai timur Semenanjung Malaysia dan boleh ke sanan dengan menaiki bot laju atau bot biasa dari jeti Kuala Besut, atau dengan chartered boat dari Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah. Setiap pelancong akan dikenakan RM5 sebagai caj pemuliharaan/levi taman laut.
**Untuk makluman bahawa tiada perkhidmatan ATM atau bank-bank di Kuala Besut atau di Pulau Perhentian. Visa dan Mastercard hanya diterima pada beberapa resort. ATMS terdekat adalah di Jerteh**
Kuala Besut terletak 50 km ke arah selatan kota bharu dan 110km di utara Kuala Terengganu. Terdapat pelbagai cara untuk ke Jeti Kuala Besut, Terengganu antara :
Getting there by AirPlane :
1. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmaan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu setiap hari seperti Air Asia, MAS dan Fireply (Subang Airport).
2. Bagi pelancong yang menggunakan perkhidmatan kapal terbang dan mendarat di Lapangan Terbang Sultam Mahmud Kuala Terengganu.
3. Dapatkan teksi atau bas ke Jeti Kuala Besut Kuala Terengganu
4. Dapatkan tiket di Kaunter Tiket jeti dengan menaiki bot laju
- Speedboat RM70 return and RM40 for one way
- Estimate time : 30 - 45 minit
- Kekerapan bot : 4 -5 kali setiap hari
- Starting time : 07.00 in the morning
Selain daripada menaiki kapal terbang, pelancong boleh juga menggunakan perkhidmatan bas ekspres dan memandu dengan menaiki kenderaan sendiri.
-Best time to visit adalah antara bulan Julai sehingga Ogos
-Monsoon seaasom between November to March severy year
-Tidak sesuai bagi bulan Oktober - February kerana keadaan cuasa hujan.
Penginapan/chalet /resort:
Perlu buat tempahan awal terutama pada musim cuti sekolah dan tempahan boleh dibuat melalui booking.com atau agoda.com
Apa yang seronok sangat kat Pulau Perhentian ni eh..iyolah kepada yang minat yang berjemur/ berjalan-jalan di tepi pantai dan pasir pantai yang bersih..ini tempatnya. Korang boleh :
- Menikmati kebiruan air laut
- Release tension.memenangkan jiwa
Argghh..malas nak citer panjang..jom ikut aku ke Pulau Perhentian..percutian aku pada tahun 2010 3H2M dengan menaiki kapal terbang dan tiker fligt RM45 all in dan aku bawak budget RM500 sahaja. Percutian aku bukan sahaja ke PP tetapi pada masa yang sama aku juga ke Kota Bharu dan Tasik Kenyir. Agak basi kerana percutian aku pada 2 tahun lepas tetapi aku tetap nak kongsi dengan rakan pembaca..hihihih.

Aku bersama 'my travel partner' bermalam 1 hari disini dan kami melakukan aktiviti snorkeling dan menikmati keindahan pulau ciptaan Allah s.w.t. ini. Aku malas nak story mory panjang and let's picture talk..katanya..eheeh

Kami ke sini sebenarnya untuk aktiviti snorkeling dan hajat kami tercapai..memang best..siapa yang tidak pandai berenang pun boleh janji perlu pandai kawal pernafasan.
Itu sahaja kisah percutian aku di Pulau Perhentian Kecil dan kepada rakan pembaca yang belum pernah ke sana, aku ingin syorkan di sini..ini adalah destinasi pulau yang perlu di kunjungi kerana tempatnya menarik air laut yang biru, boleh snorkeling melibat terumbu karang yang cantik, memberi makan ikan dan pelbagai aktiviti menarik yang lain. MEME berbaloi :-)
C u alls on next entry...babai..

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Kejohanan Merentas Desa MSSDHT <b>di</b> SMK <b>Ajil</b> - sekolah <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2013 12:00 AM PST

Pada 7 Februari 2013 telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa MSSDHT  di SMK Ajil. Kejohanan ini wakil SMK Tun Indera iaitu :
1) Rahmat bin Maksuh telah memenangi  tempat ke  3 (L18)
2) Nor Fatihah bt Ismail memenangi tempat  ke 2 (P15)
3) Siti Nabilah bt Mahari memenangi tempat ke 3 (P15)
4) Norsazwani bt Mustafa memenangi tempat ke 8 (P15)
Tahniah kpd pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah 
- Laporan drp Wartawan Lokasi

UMNO Online - Bandar Baharu <b>Ajil</b> Bakal Hidupkan Semula <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 04:31 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Bandar Baharu Ajil Bakal Hidupkan Semula Ekonomi Di Ajil

HULU TERENGGANU, 17 Okt – Bandar Baharu Ajil yang sedang dalam pembinaan dijangka mampu 'menghidupkan' semula aktiviti ekonomi di pekan itu yang dikatakan suram sejak Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mula beroperasi akhir tahun lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil Datuk Rosol Wahid berkata ada peniaga mengadu perniagaan mereka merosot hingga 40 peratus apabila jalan alternatif Jerangau-Jabor tidak lagi menjadi pilihan utama pengguna yang lebih selesa menggunakan LPT.

"Bandar Baharu Ajil yang menelan belanja RM4 juta akan menjadi pusat sehenti yang menempatkan 70 lot kedai dua tingkat, medan selera, stesen bas dan teksi dijangka siap awal 2014," katanya kepada selepas menyampaikan sumbangan Tabung Amanah Masyarakat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Kampung Landas di sini hari ini.

Bandar Baharu Ajil itu kelak dijangka mampu menarik pelabur ke pekan ini, katanya.

Mengenai penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Ara, Rosol yang juga Timbalan Ketua UMNO Hulu Selangor berkata ia adalah penempatan tersusun yang mampu menampung 100 keluarga.

Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud  berkata Ketengah memperuntukkan sebanyak RM800,000 kepada 3,416 penduduk wilayah itu yang layak menerima bantuan pada tahun ini.

"Tahun ini menyaksikan peningkatan sumbangan ke dalam tabung berkenaan sebanyak RM100,000 berbanding RM700,000 yang kita serahkan kepada orang miskin pada tahun lalu.

"Sumbangan ini adalah hasil keuntungan anak-anak syarikat Ketengah dengan sumbangan terbesar adalah dari syarikat perladangan milik kami," katanya.

Pada majlis itu, seramai 81 penduduk miskin menerima RM300 setiap orang manakala 245 anak yatim dan pelajar miskin pula menerima RM100 atau RM200 seorang.

Berita Bertarikh Pada 17 October 2012 7:31 PM

ads