Jumaat, 15 Mac 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


HONEY SOFT ICE CREAM: Majlis Perkahwinan <b>Di Besut</b>

Posted: 11 Mar 2013 09:34 PM PDT













frusttt sangat bila staff lain terbuang separuh gambar mempelai ini. apapun terima kasih kepada kedua mempelai dan keluarga. banyak yang sempat kami rakamkan dalam majlis ini. tapi orang lain terdelete. pasangan pengantin ni memang baik n sporting. terima kasih kerana sudi di dera oleh kami.
www.tips-fb.com

Murid Tahun Enam Lemas <b>Di Besut</b> | Terengganu Today

Posted: 19 Jan 2013 12:20 AM PST

Keriangan seorang murid tahun enam mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Besut dekat Kampung Tok Raja, Jertih, berakhir tragedi apabila dia lemas di sini, petang kelmarin.

Mangsa Muhmmad Faris Irfan Fauzi, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Raja lemas kira-kira jam 5.30 petang selepas keluar dari rumah neneknya di kampung sama jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa yang tidak pandai berenang mandi bersama beberapa kawannya.

Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa pada mulanya dikatakan mandi di tempat air cetek tetapi secara tiba-tiba terjerlus ke pasir dalam menyebabkan dia lemas.

"Selepas mendapat laporan, pasukan pencari dan penyelamat dibantu penduduk kampung telah melakukan usaha mencari bermula jam 5.40 petang," katanya.

Mayat mangsa dijumpai pasukan penyelamat JPAM dan penduduk kampung jam 5.50 petang, kira-kira 50 meter dari tempat dia mula-mula lemas.

Menurutnya, mayat mangsa yang beralamat di Kampung Gong Jaga, Alor Lintah, Jertih dihantar ke bilik mayat Hospital Besut untuk bedah siasat dan punca kematian akibat lemas. Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Sementara itu ibu mangsa, Hasnah Mat Zin yang juga guru di sekolah anaknya hampir pengsan apabila melihat mayat anaknya di pekarangan bilik mayat semalam.

Dia ditenangkan saudara manakala bapa mangsa, pesara Pejabat Tabung Haji, Fauzi Mat berada dalam keadaan uzur.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Alor Lintas, Razali Embong berkata, mangsa merupakan jemaah yang rajin datang solat Maghrib dan Isyak di masjid di kampung itu.

"Sekarang saya tidak dapat lagi bertemu dengannya sedangkan sebelum ini hampir setiap malam termasuk Subuh dia datang bersolat jemaah di masjid ini termasuk bersama keluarganya. Malahan sekurang-kurangnya dua kali dia bersalam dan cium tangan saya di masjid," katanya sedih.

Razali berkata, arwah rajin solat jemaah di masjid dan kali terakhir dia bertemu mangsa Rabu lalu ketika solat Isyak malah dia sempat bergurau dengan mangsa.

-sinar harian

T E G A N U K I TA: Kerajaan tubuh Internasional Imtiaz <b>di Besut</b>

Posted: 14 Mar 2013 12:34 AM PDT

Oleh; Esah Abdullah

Terengganu akan mewujudkan Internasional Imtiaz School (IIS) bertempat di Bukit Keluang, Besut tidak lama lagi dalam usaha menyebarluaskan produk pendidikan negeri di mata dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato' Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, sekolah itu juga diwujudkan atas permintaan ibu bapa yang berpendapatan tinggi dari dalam dan luar negeri.


"Kita ada menerima permohonan dari dalam dan luar negara termasuk Brunei Darul Salam yang tertarik dengan sistem pembelajaran di Imtiaz dan menyatakan minat menghantar anak mereka," katanya kepada pemberita di majlis Apresiasi Anjung Ilmu Kecemerlangan UPSR dan PMR 2012 dan Pelancaran Pakej Pentaksiran dan Pecutan Prestasi Pembelajaran Melalui Modular (5P2M) di Dewan Besar Wisma Darul Iman.

Katanya, lima buah sekolah Imtiaz yang ada hanya mampu menampung 400 pelajar setiap tahun sedangkan permohonan yang diterima daripada ibu bapa melebih 2,000.

"Kira-kira 40 peratus daripada permohonan kemasukan ke Imtiaz yang terpaksa ditolak pada setiap tahun melibatkan ibu bapa pelajar yang berpendaptan melebihi RM5,000 sebulan," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan fakta tersebut kerajaan negeri berpendapat penubuhan IIS akan memberi peluang kepada ibu bapa berkenaan untuk menempatkan anak mereka di Imtiaz.

Tambahnya, IIS akan menggunakan konsep sekolah swasta di mana ibu bapa akan dikenakan bayaran bagi setiap kemasukan anak-anak mereka di sini namun kadar yang akan dikenakan belum diputuskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads