"Kelopak, Jantung, Kelopak, Jantung, Kelopak, Jantung.. Kelopak, Kelopak, Kelopak, Jantung, Jantung, Jantung... Kelopak! Kelopak! Jantung, Kelopak! Kelopak! Jantung, Kelopak! Kelopak! Jantung.. KELOPAK!"
Haa.. pandai2 lah lagukan supaya bunyi kompang ye..
Sudah lama betul aku menantikan saat2 aku boleh menjejakkan kaki ke Ajil atas sebab2 yang sangat munasabah - Majlis perkahwinan Abe Gmie!
Abe Gmie ni adalah rakan sekerja aku dan sememang nya dah lama aku menantikan saat2 seorang gadis terpikat kepada Abe Gmie. Akhirnya, pada tanggal cuti sekolah yang lalu.. termeterai lah ikatan sah antara Abe Gmie dan Diyana.
Bila aku dengar berita yang Abe Gmie nak menikah, aku automatik jadi teruja! Pernah tahun lepas, aku dan cik puan kpp nak cuba kenen2 kan Abe Gmie dengan seorang kawan cik puan kpp.. namun, langkah Abe Gmie lebih pantas. Abe Gmie menggunakan kaedah FACEBOOK!
Ye.. Abe Gmie "mengorat" isterinya melalui FACEBOOK.. woooohooooo!
***
The day before majlis, aku dan cik puan kpp dah sediakan apa yang patut. Itenari dan Peta perjalanan pun aku dah sediakan berdasarkan panduan jangka masa sampai ke sesuatu tempat. Sebab peta terlalu besar.. aku copy google maps dan save dalam laptop. Dengan laptop2 sekali aku angkut. Hotel pun aku dah booking. Dan, macam biasa, tugasan cik puan kpp adalah mengemas baju dan segala mak-nenek kelengkapan yang perlu
"OK Yang, plan nya macam gini", aku tulis atas kertas sambil explain sikit2. Lagipun, cik puan kpp bukan nya nak dengar sangat pun.
5:00 pagi : Bertolak daripada rumah
6:30 pagi : Berhenti di BHP selepas tol Gombak
8:30 pagi : Rehat di R&R Temerloh
10:00 pagi : Rehat dan tukar baju di R&R Gambang
10:30 pagi : Masuk jalan Jabor-Al Muktafi Billah (selepas tol Jabor)
1:00 tengahari : Sampai Ajil - Rumah Abe Gmie
2:30 petang : Bertolak ke BGRC (Bukit Gambang Resort City)
5:30 petang : Check-in Hotel dan rehat
Esok paginya selepas sarapan : Water Park
Macam gitu lah lebih kurang..
Amazingly, perjalanan kami was almost an identical one.. to the one yang aku tuliskan atas kertas. Cuma, ada adjustment here and there especially untuk tempat2 persinggahan tersebut. The timing almost perfect! Kagum pula aku.
Problem aku cuma satu, hari nak bertolak tu lah aku kena cirit-birit! Aduh, memang terseksa jiwa raga den!
Perjalanan yang sangat panjang tu memang memenatkan. Hendak2 pula kena ikut jalan "lama" dimana kiri kanan nya penuh dengan kepala sawit. Di tambah pula dengan isu jalan yang berlubang2. Sekejap gedegup sana, gedegup sini. Memang tak tenteram. Ditambah lagi, bila nak memotong... tiba2 depan ada lubang. Memang haru!
Skill memandu di jalan lama sangat penting. Skill yang paling diperlukan ialah kebolehan mengagak distance kereta daripada arah bertentangan dan judgment untuk memotong. Kena sentiasa alert sebab ada kala nya orang yang cuba memotong tu tak celus dan mereka akan mula menghimpit kenderaan disebelah untuk masuk semula ke dalam lane. So, kena sentiasa memandang cermin dan gunakan guts feeling dalam sebarang tindakan. Agak2 tak confident untuk memotong, jangan... diulangi JANGAN memotong! Silap2 haribulan.. na'uzubillah..
OK, sepanjang perjalanan alhamdulillah tidak ada saat2 yang mencemaskan dan akhirnya kami berjaya sampai ke Ajil dengan selamat.
Dah sampai, aku terus parking. Terserempak dengan beberapa orang rakan2 ofis yang on the way balik dah. Aku pun menuju ke khemah orang kahwin. Abe Gmie sedang sibuk melayan tetamu2 yang hadir.. kebanyakkan nya datang daripada jauh - ada rakan sekerja, ada ex-U dan ramai lagi lah. Aku suspek, semua orang sama teruja nya dengan aku atas perkahwinan Abe Gmie ini! Memang telah lama dinantikan.
Makanan ala buffet. Memang simple sahaja. Semuanya berasaskan daging lembu. Sup tulang, Gulai kawah daging, Labu masak lemak air, Ikan masin, Sambal belacan, Air sirap (air wajib orang kahwin) dan Nasi Putih. Memang sangat simple. Tapi, rasanya sangat compliment each other. Provided that, kena ambil semua lauk dan mesti ambil ikan masin serta sambal belacan tu. Memang best!
Cuma, tak boleh la aku nak melantak banyak sangat disebabkan oleh problem perut yang aku sebutkan tadi. Sekejap2 cik puan kpp akan jeling2 manja.. suruh aku stop dan beringat2kan perut yang mengelodak itu.
Lepas berborak2 dengan kawan2 lain yang ada.. aku gi bergambar dengan pengantin dalam rumah. Pengantin perempuan memang dok dalam rumah aje. Aku tak tau lah samada adat di Ajil macam gitu ke, atau pengantin perempuan malu nak mingle2 dengan kawan2 Abe Gmie. Kata cik puan kpp.. "Mungkin adat kat sini macam itu agaknya. Pengantin perempuan dok dalam rumah je". Entahlah.. wallah hu'alam..
Orang nya lawa.. pandai Abe Gmie memilih di Facebook ye!! hehe..
Oleh itu, aku ucapkan..
SELAMAT PENGANTIN BARU ABE GMIE & DIYANA
Jam 2:00 petang, aku pun mengorak langkah untuk ke BGRC...