Ahad, 26 Februari 2012

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: Kes Simbah Asid <b>Di Marang</b>: Janda 24 Thn <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 12:00 AM PST

Marang: "Saya kesal kalau benar saya yang menjadi punca mereka bergaduh," kata janda berusia 24 tahun yang enggan dikenali dari Kampung Serating, Merchang, di sini, yang terkilan kerana dikatakan penyebab kejadian simbah asid di kampung terbabit, pagi Ahad lalu.

Bagi mengelak prasangka buruk terhadapnya, ibu kepada dua anak itu menjelaskan salah seorang suspek dan mangsa adalah bekas teman lelakinya dari kampung sama.

Menurutnya, mereka bersengketa apabila mengetahui seorang daripada mangsa iaitu Sharul Zaman Salim, 38, cuba melamarnya beberapa minggu lalu.

"Memang dia (Sharul Zaman) melamar saya minggu lalu, tetapi saya menolak kerana beranggapan mereka hanya sebagai kawan saja.

"Kejadian itu juga menyebabkan penduduk kampung memandang serong kepada saya selain tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja sebagai pembantu kedai makan dan sangat terkilan seandainya betul kejadian itu ada kaitan dengan saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, susulan tangkapan terhadap dua lelaki berusia 39 dan 32 tahun yang dipercayai terbabit mencederakan dua mangsa dalam kejadian di Kampung Padang, Merchang, di sini, Ahad lalu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 26 tahun bagi membantu siasatan.

"Lelaki terbabit seorang buruh binaan dari Kampung Padang, Merchang ditahan di premis mencuci kereta di kampung berkenaan kira-kira jam 4.30 petang semalam (kelmarin) dan penahanan terhadap lelaki terbabit dipercayai dapat membantu siasatan yang kini hampir selesai," katanya. -HM

Mangsa simbah asid dibedah esok

MOHD. FAZIL terlantar di wad mangsa kebakaran HSNZ, Kuala Terengganu semalam dan dijangka dibedah esok.

KUALA TERENGGANU - Dua lelaki yang menjadi mangsa kes simbah asid ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang, Marang dekat sini Ahad lalu dijadual menjalani pembedahan menampal kulit baharu esok.

Mohd. Fazil Idrus, 18, dan Shahrulzaman Salim, 38, kini dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Bapa Mohd. Fazil, Idrus Mat Nor, 54, berkata, anaknya itu bakal dibedah bagi membolehkan kulit paha lapisan pertamanya diambil untuk ditampal pada bahagian muka, tangan dan kaki yang melecur teruk.

"Kami harap pembedahan itu berjaya, sedih juga rasa apabila Mohd. Fazil masih enggan bercakap sejak ditimpa musibah itu," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Idrus juga belum tergamak membenarkan Mohd. Fazil melihat cermin bagi mengelakkan anaknya itu terkejut.

"Saya tidak tahu bagaimana dia mahu hadapi semua ini kerana hampir separuh daripada mukanya telah melecur," tambahnya.

Kosmo! kelmarin melaporkan mengenai nasib malang dua sahabat itu yang cedera parah selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang. -kosmo

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Ladang ISHARP <b>Di Setiu</b> Bakal Jadi Pengeluar Udang Terbesar <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2012 03:38 PM PST

SETIU, 13 Feb (Bernama) — Terengganu bakal menjadi pengeluar udang terbesar negara apabila ladang akuakultur udang bersepadu (iSHARP) di Kampung Nyatuh di sini, beroperasi sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, dalam tempoh percubaan ini, ladang yang mempunyai keluasan 1,000 hektar itu telah mengeluarkan hasil sehingga 6.0 tan metrik, iaitu lebih 1.0 tan metrik daripada sasaran awal.

"Kejayaan itu akan menutup mulut pembangkang yang selalu mengutuk projek berkenaan selama ini."

"iSHARP apabila beroperasi sepenuhnya mampu menyediakan antara 700 dan 1,000 peluang pekerjaan, terutama kepada anak-anak tempatan," katanya kepada pemberita ketika melawat ladang itu di Kampung Nyatuh di sini Isnin.

Yang turut hadir pada lawatan itu Ketua Pegawai Eksekutif iSHARP Abu Bakar Ibrahim.

Ahmad berkata ladang iSHARP dibangunkan oleh Blue Archipelago Berhad khusus untuk menternak udang secara teratur dan terkawal.

Katanya kewujudannya ladang udang itu antara lain bagi menggalak perkongsian pihak swasta, kerajaan Terengganu dan kerajaan Malaysia bagi merangsang gugusan akualkultur udang secara moden.

"Ia juga bagi menghasilkan pengeluaran udang bermutu tinggi dan diperakui secara konsisten sesuai untuk pasaran premium serta memajukan jenama udang Malaysia di pasaran antarabangsa," katanya.

Beliau berkata, kerajaan Terengganu meluluskan pembangunan iSHARP sebagai salah satu projek berimpak tinggi negara.

Pada fasa pertama ini, katanya 216 kolam ternakan beroprasi sepenuhnya pada tahun ini dengan kapasiti pengeluaran 2,100 tan metrik udang setahun.

Fasa kedua pada tahun hadapan bakal mempunyai 400 kolam ternakan udang yang mampu mengeluarkan 3,920 tan metrik udang setahun.

"Apabila siap sepenuhnya, hasil pengeluaran iSHARP dijangka mencecah nilai pasaran RM78 juta setahun dan udang ini akan dieksport ke luar negara," katanya.

Dengan kemampuan kapasiti 15 tan metrik sehari, Ahmad berkata kilang pemprosesan udang yang akan dibangunkan pada 2013 berupaya menembusi pasaran premium seperti Eropah, Jepun, Amerika Syarikat dan juga Timur Tengah.

Katanya, pusat pembenihan udang yang akan siap di bangunan itu, mampu mengeluarkan satu bilion benih udang setahun, cukup untuk menampung keperluan iSHARP dan juga penternak kecil di Pantai Timur.

Beliau berkata, fasa pertama dan kedua mampu mewujudkan tidak kurang 700 pekerjaan separuh mahir, terlatih dan pengurusan yang mana keutamaan diberi kepada rakyat negeri itu.

"Pada masa ini, 48 kolam telah mengeluarkan hasil udang dan seramai 108 pekerja telah memulakan tugas di iSHARP iaitu 85 peratus daripada mereka adalah anak Terengganu," katanya.

Katanya pekerjaan yang diwujudkan itu mampu menjana pendapatan RM12 juta setahun dan secara langsung mampu meningkatkan kegiatan ekonomi penduduk setempat.

– BERNAMA

Advertisement

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Kalau tak nak, buang! | Info Gallery

Posted: 25 Feb 2012 08:15 PM PST

SAYANG... Wan Shahira memangku bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan pintu rumah keluarganya
SAYANG... Wan Shahira memangku bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan pintu rumah keluarganya

KUALA TERENGGANU: "Ambillah budak ini, kalau tak nak jaga buang je, budak ini baik, tak menangis," kata seorang wanita warga emas kepada Wan Shahira Wan Nazri, 23, ketika meninggalkan bayi lelaki dipercayai baru berusia seminggu di pintu depan rumah keluarga angkatnya di Kampung Beladau Kepong, di sini, petang kelmarin.

Menurutnya, selepas berkata demikian, wanita berusia lingkungan 70-an itu meletakkan bayi malang yang dianggarkan seberat tiga kilogram dan masih bertali pusat itu di atas pengalas kaki di depan pintu sebelum bergegas meninggalkan rumah dalam kejadian jam 6 petang.

"Saya kemudian terus mengambil bayi yang lengkap berpakaian dan berstoking itu ke bilik tidur sebelum memberitahu ayah angkat yang pulang ke rumah selepas Maghrib," katanya ketika ditemui di rumah keluarga angkatnya, malam kelmarin.

Wan Shahira berkata, kejadian berlaku ketika dia menidurkan adik bongsunya berusia tiga bulan di ruang tamu manakala ibu bapa angkat, Rashid Sulong, 56, dan Rokiah Mohamad, 36, tiada di rumah kerana berniaga di kedai makan yang diusahakan mereka di Kampung Sungai Rengas, tiga kilometer dari rumah.

"Pada mulanya, saya mencadangkan kepada wanita terbabit supaya menyerahkan bayi itu kepada ibu angkat yang berada di kedai makan di Kampung Sungai Rengas selepas dia mendakwa mengenali ibu yang mesra dengan panggilan Mak De.

"Wanita itu juga mendakwa tinggal di Jerangau, Hulu Terengganu, di tempat di mana ibu angkat saya berasal.

"Dia datang ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis Ford Laser lama berwarna merah dipandu seorang lelaki yang kelihatan berusia hampir sebaya dengan wanita terbabit dan ketika kejadian, lelaki itu hanya menunggu di dalam kereta," katanya.

Sementara itu, Rashid berkata, selepas dimaklumkan Wan Shahira mengenai kejadian terbabit, dia terus ke rumah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Beladau Kepong untuk memaklumkan perkara itu sebelum menghubungi Balai Polis Chabang Tiga, di sini, jam 9 malam.

"Ketika kejadian, saya dan isteri berada di kedai makan yang kami usahakan, manakala Wan Shahira menidurkan adik bongsunya berusia tiga bulan di rumah sementara seorang lagi anak, Fatin Nurshafikah, 9, tidur di bilik dan dua anak lagi keluar bermain.

"Saya tidak pasti siapa warga emas berkenaan walaupun mereka mendakwa berasal dari kampung isteri di Jerangau, Hulu Terengganu," katanya.

Bagi memastikan sejauh mana kebenaran dakwaan itu, Rashid berkata, dia memberitahu kejadian itu kepada isterinya yang kemudian menghubungi saudara-mara di Jerangau, namun dimaklumkan tiada saudara mereka di sana yang bersalin dan menasihati wanita itu membuat laporan polis.

"Saya percaya mereka yang melakukan perbuatan itu mengenali keluarga saya kerana dimaklumkan mereka terus menuju ke rumah ketika menghantar bayi ini," katanya.

Bayi terbabit kemudian dibawa anggota polis ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, dengan ditemani Wan Shahira dan seorang jiran pada jam 11.50 malam sebelum mereka membuat laporan di Pondok Polis HSNZ jam 12.30 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Ishak ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi lelaki terbabit dan berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

kredit : Hmetro.com.my

Info Gallery - "Rumah kata pergi,kubur kata mari",dalam usia lanjut seperti itu pun masih bersikap kejam

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Hartanah Untuk Dijual: Banglo Setingkat <b>di Ajil</b> Hulu Terengganu

Posted: 14 Nov 2011 04:19 PM PST

Lot Bumi  
Lokasi : Kg Bukit Ara
Banglo ini bersaiz lebih 4,000 Kaki Persegi
terletak tidak sampai 5 minit dari susur keluar/masuk 
Keluasan Tanah : 2.25ekar
Lot Ke-3 dari jalan utama
Laman rumah yg luas. Dihiasi dengan landskap yg cantik
Kehidupan yang sangat selesa
Jauh dari sebarang kesibukan
DEPOSIT : 10% X Harga Jualbeli
EARNEST DEPOSIT : 3% X Harga Jualbeli
Baki 7% Semasa menandatangani Surat Perjanjian J/Beli
Urusan guaman & Pinjaman akan disediakan

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Kemiskinan <b>di Kemaman</b> - Monier Mat Din

Posted: 15 Jan 2012 08:00 PM PST

Berbicara mengenai isu Kemiskinan di Malaysia, daerah Baling di Kedah tempat kelahiran saya secara sinonimnya sering dikait rapat dengan masalah ini. Namun, tidak ramai antara kita yang tahu bahawa melalui kajian secara ilmiah, isu kemiskinan ini bukan saja ada di Baling tapi wujud secara melata di seluruh Negara.

Melalui carian di Google, saya dapati pada tahun 1960an lagi kajian mengenai isu ini sudah pun ada dilakukan oleh Prof Diraja Ungku Aziz, di mana beliau telah mengambil masa selama enam tahun utk melakukan penyelidikan tersebut, bermula di Ulu Tiram, Johor pada tahun 1963, sebelum ke Kedah, Perlis, Beserah Pahang, Kemaman Terengganu dan juga di Kelantan.

Antara penemuan beliau yang agak memeranjatkan waktu itu ialah masalah kemiskinan ini telah menyebabkan berlakunya KEBULURAN di Kemaman, Terengganu. Beliau juga mendapati masyarakat di situ menangkap ikan untuk dijual dan hasil jualan tersebut digunakan untuk membeli barang keperluan terutamanya beras.

Kerana itu, apabila seorang sahabat dari Pantai Timur menulis di laman facebook NGO Wargakilang, bertanyakan bilakah pula team wargakilang nak buat program amal bantu org2 miskin di Pantai Timur; ianya terus mengingatkan saya kepada kajian Pak Ungku Aziz ini. Teringin juga nak tengok, kalau pun bukan KEBULURAN tetapi masih wujudkah lagi masalah KEMISKINAN di Kemaman?

Lalu, di weekend yang lalu, selepas habis ja kerja jam 6 petang, kami terus bertolak dari Kedah ke Tganu untuk membuat tinjauan bagi mencari dan mengenal pasti keluarga miskin di sana – sekiranya ada – untuk dibantu setakat yang terdaya. Kami sampai di sebuah homestay di Kuantan sekitar jam 2 pagi.

Pagi-pagi besoknya, melalui seorang rakan , kami dibawa ke perkampungan Nelayan di sana. Masyaallah tak saya sangka, rupa-rupanya kenyataan Pak Ungku berkenaan isu kemiskinan di Kemaman ini bukan setakat benar tapi memang ada wujud hingga ke hari ini.

(Rumah seorang Nelayan yang berbumbung tarpan dan zink paras kepala, anak 8 orang tinggal bersesak-sesak, di musim tengkujuh tidak dapat turun ke laut, cari pendapatan tambahan dengan menangkap ketam; waktu kami ke sana, cuma dapat 2 ekor ketam kecik – bukan setakat nak jual nak makan sekeluarga pun tak cukup!)

Memetik kata-kata dari mulut sahabat kami, anak jati Kemaman, kerja kilang di Kemaman, dia cakap:

"Saya ini orang asal Kemaman, bila NGO Wargakilang minta saya tolong survey/cari tengok keluarga miskin di Kemaman ini, bila saya pergi cari – baru saya tahu rupa-rupanya di sini memang ramai orang miskin. Saya tak tahu pun sebelum ini, kalau saya tak pergi cari ini memang saya tak tahu - sungguh!"

Rata-rata keluarga Nelayan yang kami kunjungi itu bekerja di kapal orang (bukan kapal sendiri), anak-anak kecik masih bersekolah, isteri tidak bekerja. Sudah hampir 2 bulan tidak turun ke laut kerana musim Tengkujuh dan musim Ombak Besar yang melanda kawasan berkenaan sejak bulan Nov lagi. Seperti kajian Pak Ungku tadi, tanpa hasil laut, tiadalah beras di dapur.

Di waktu-waktu sebegini, BERAS yang selalu kita lihat bertimbun2 di ECONSAVE/K-4/GIANT/TESCO dan sebagainya itu adalah bernilai EMAS buat mereka. Di waktu-waktu sebegini, SARDIN TIN dan MILO adalah makanan mewah dan minuman lazat buat anak-anak mereka.

Di musim-musim hujan sebegini, BISKUT KERING dan KOPI-O adalah juadah istimewa untuk sekeluarga. NESCAFE dan BISKUT/COOKIES berjenama pula adalah sesuatu yang di luar mimpi mereka.

Namun begitu, sedihnya ada pihak cuba menangguk di air keroh di atas kesusahan hidup yang menimpa mereka ini. Entah apa tujuan, kerana politik barangkali, ada berbagai pihak sering datang kononnya nak buat bancian nak bagi bantuan minta maklumat itu ini daripada mereka.

Mungkin kerana itu agaknya, sahabat kami tadi tak pasal-pasal kena sergah waktu beliau datang buat tinjauan sebelum kedatangan kami ini. Sorang pakcik tu cakap, kalau setakat nak datang ambik nama tak payahlah, sebelum ini pun dah berpuluh dan orang yang datang tapi apa pun tak ada.

(Nasib baik Pakcik tu tak ada di rumah waktu saya pi interview isterinya ini, kalau tidak dengan saya sekali kena sergah)

Bila dengar sahabat saya bagitau macam tu , saya kata kesian kat depa, sudahlah hidup dalam kesempitan bertarung hidup menunggu musim tengkujuh yang masih berpanjangan, tiba-tiba ada pula pihak-pihak yang mempermainkan mereka begitu saja.

Saya kata, tak apalah - mungkin kami orang yang ke-21 mai melawat dan tanya macam-macam minta maklumat kat depa, tapi insyaallah kami tak akan hampakan harapan mereka; saya bagi tahu sendiri kpd keluarga-keluarga ini, pada tarikh 22 Jan 2012 lebih kurang jam 11 pagi jangan pi mana-mana, insyaallah ada insan-insan yang prihatin yang akan turun mai, bawa mai bantuan kat depai, insyaallah.

Seterusnya sahabat kami ini membawa kami ke beberapa buah lagi kawasan perkampungan Nelayan di Kemaman; tidak kami sangka di celah-celah kemiskinan yang menghimpit kaum Nelayan ini ada juga ramai golongan Ibu Tunggal yang memerlukan bantuan.

Rata-rata yang kami kunjungi, walau pun mendapat sedikit bantuan daripada JKM tetapi tidak cukup untuk menampung hidup terutamanya perbelanjaan anak-anak kecik yang masih bersekolah.

Salah seorang yang kami ziarah ialah Puan Zalipah Bt Seman, 37 tahun, seorang Ibu Tunggal yang membesarkan 7 orang anaknya dengan hasil menjahit.

(Pn Zalipah bersama anak-anaknya: Zulaikha, Nurul Huda, Mohd Amin, Aishah, Atikah, Mohd Ikhwan dan Najwa)

Bayangkan TUJUH orang anak, yang sulung tingkatan 4 dan yang bongsu berusia 3 tahun; bulan December hasil menjahit cuma dapat RM500 belum ditolak modal, dan bulan sebelum itu RM350 juga belum tolak modal. Bagaimanakah agaknya 8 beranak ini boleh survive dengan pendapatan bulanan yang jauh di bawah paras kemiskinan tegar ini?

Mungkin kerana itu, dua orang anak pompuannya yang di tingkatan 4 dan tingkatan 2 tidak ada pilihan, tetapi terpaksa mengorbankan masa mengulangkaji pelajaran untuk membantu ibunya menjual Burger di hadapan rumah. Menurut Puan Zalipah, hasil jualan burger yang tak seberapa itu (berapa ramai sangatkan org Kemaman yang makan Burger) sedikit sebanyak dapatlah membantu menampung perbelanjaan sekolah anak-anaknya.

Secara jujur , dalam banyak-banyak rumah dan keluarga yang kami kunjungi itu, di rumah Puan Zalipah inilah air mata saya hampir gugur. Tersentuh sungguh apabila melihat ketujuh-tujuh orang anaknya ini begitu tertib dan bersopan sekali, tidak nampak sangat wajah duka dan gelisah di wajah mereka; seakan dan seolahnya mereka sudah pun berjaya ditarbiah oleh si Ibu untuk menerima suratan takdir hidup mereka seadanya.

Dalam perjalanan keluar dari kawasan rumah mereka, anak-anak kecil ini melambai-lambai kami hingga hilang kami dari pandangan mata; sayu sungguh seolah-olah menanti janji kami untuk datang ke sana lagi pada tarikh yang dijanjikan. Insyaallah kami tak akan hampakan harapan mereka ini.

Tanpa saya sedari, keinginan saya untuk melihat apakah masih valid kajian Pak Ungku Aziz berkenaan isu kemiskinan di Kemaman ini, rupa-rupanya menemukan kami dengan kisah yang lebih tragis daripada itu; kisah ketabahan keluarga nelayan mengharungi musim tengkujuh yang berpanjangan dan juga kisah keperitan hidup beberapa orang Ibu Tunggal membesarkan anak-anak kecil mereka seorang diri.

Lantas isu utamanya di sini bukan lagi berkisar wujud ka tak wujud masalah kemiskinan di bumi Kemaman, tetapi persoalannya sekarang, sebagai anggota masyarakat apa yang kita semua mampu lakukan untuk mengurangkan bebanan mereka ini?

Kerana itu, kami di NGO Wargakilang dengan kerjasama beberapa orang sahabat bekas pelajar lama SMC (Sek Men Chukai, Kemaman) telah memutuskan dengan seberapa kederat yang kami ada, insyaallah pada hari Ahad 22 Jan ini kami akan melawat mereka lagi untuk memberi sumbangan.

Ada sahabat tanya: "Monier, berapa target sumbangan barangan untuk setiap keluarga?". Saya reply balik, saya kata: "Berapa pun tak pa, beras sekampit pun ok kalau itu yang kita mampu sedia".

Meringkaskan cerita, semua sekali ada 25 keluarga miskin/ibu tunggal yang akan dikunjungi nanti; kepada rakan-rakan pekerja kilang di Pantai Timur dan juga mereka-mereka yang ingin turut serta, bolehlah bawa sumbangan barangan masing2, bawa sendiri bagi sendiri, berkumpul di tempat letak kereta Masjid Geliga, Chukai Kemaman pada jam 9 pagi 22/1/2012 nanti.

Moga kerja buat kita yang tak seberapa ini akan dikira sebagai usaha amal yang berkekalan dan diberi pahala ganjaran yang berlipat kali ganda di SANA nanti, insyaallah.

moniermatdin@yahoo.com
16.Jan.2012
http://www.moniermatdin.blogspot.com

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Dari Jerantut ke Dungun | DefarhanoVII Blog

Posted: 25 Feb 2012 06:18 AM PST

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Karnival Monsun bermula esok <b>di Kemasik</b> <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 09:29 PM PDT

Oleh FAUZI MOHD

Karnival Monsun di semua tujuh daerah di Terengganu bakal bermula esok sebagai usaha untuk menarik minat ramai orang terhadap Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun 2011.

Penganjur acara, T-Best Events Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan berkata, karnival itu bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada rakyat di seluruh negeri mengenai kejohanan berprestij berkenaan yang masuk edisi keenam tahun ini.


Menurutnya, karnival itu bermula di Kemasik, Kemaman pada 30 September hingga 1 Oktober, Pantai Teluk Lipat, Dungun (14 hingga 15 Oktober), Muara Sungai Marang, Marang (21 hingga 22 Oktober) dan Pantai Bukit Keluang, Besut (28 hingga 29 Oktober).

Seterusnya kata kenyataan itu, karnival diteruskan ke Pantai Rhu Sepuluh, Setiu (4 hingga 5 November), Kuala Berang Waterfront, Hulu Terengganu (11 hingga 12 November) dan berakhir di Ri-Yaz Heritage Marina Resort, Pulau Duyung pada 22 hingga 27 November serentak dengan kejohanan Piala Monsun.

"Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti sukan rakyat, bola sepak pantai tiga sebelah, Muay Thai, pertandingan mewarna kanak-kanak, permainan tradisional, pertandingan membina kapal layar dan karaoke 'Monsun Fest Idol 2011'.

"Aktiviti baru tahun ini pameran dan klinik pelayaran serta demontrasi kayak yang terbuka kepada semua peringkat umur dan dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional dan terlatih," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tambahnya, di samping menghidupkan kemeriahan Piala Monsun dengan pelbagai aktiviti, ia juga platform strategik bagi memperkenalkan industri kecil penduduk tempatan kepada para pengunjung dan berharap tiada sesiapa yang tertinggal daripada merasai kemeriahan itu.

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


100 Tahun Memertabatkan Islam <b>di Negeri Terengganu</b>

Posted: 02 Jan 2012 11:17 AM PST

'Hairan bin Ajaib' apabila  pemimpin Umno, khususnya pemimpin Umno negeri Terengganu tidak mahu melaksanakan undang-undang Islam.

Samada pemimpin-pemimpin Umno jahil atau sengaja mahu menolak undang-undang Islam, kerana sesungguhnya undang-undang Islam telah wujud dan dilaksanakan di negeri Terengganu sejak tahun 1303 Masehi/ 702 Hijrah.

Dan sedarlah kita semua bahawa, apa pun diberikan nama undang-undang itu, samada undang-undang Batu Bersurat atau Undang-undang Itqan al-Muluk Bi Ta'Dil as-Suluk, atau Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas, semuanya adalah berdasarkan undang-undang Islam yang mesti kita, sebagai orang-orang Islam menerima dan melaksanakannya.


Tuduhan Hudud PAS bukan Hudud Islam, yang digunakan oleh Umno serta konco-konconya tidak benar samasekali, kerana sejarah telah membuktikan, hukuman Hudud yang serupa pernah tercatat diatas Batu Bersurat dan pada Itqan al-Muluk Bi Ta'Dil as-Suluk.

Negeri Terengganu Paling Awal Laksanakan Undang-undang Islam

Negeri Terengganu ialah diantara negeri yang terawal menerima dan melaksanakannya undang-undang Islam berdasarkan Batu bersurat telah dijumpai pada tahun di Hulu Terengganu.

Batu Bersurat ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.

Tarikh tepat bagi penulisan batu bersurat ini tidak dapat ditentukan dengan tepat.

Namun, teks pada batu bersurat ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua"

Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303

Undang-undang Islam Batu Bersurat

Ianya sebagai satu bukti undang-undang Islam telah dilaksanakan di Terengganu.

Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran

Pada batu bersurat tersebut jelas menyatakan antaranya hukuman zina, seratus rotan bagi bujang dan rejam bagi yang dah berkahwin (22 Februari 1303)

Batu tersebut menggariskan beberapa hukum-hukum syariat yang diguna pakai. Tiga butiran undang-undang telah hilang bersama bahagian Batu yang tidak dapat dikesan. Peraturan yang keempat ialah berkaitan hutang-piutang. Peraturan kelima dan keenam tidak dapat dipastikan kerana sebahagian hurufnya telah hilang.  Cuma ia dapat dipastikan masih berkaitan muamalat.

Peraturan yang jelas terpelihara dan dapat dibaca dengan baik ialah berkaitan zina, seperti berikut[16]:

"Orang berbuat bala cara laki laki perempuan setitah Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu Seratus ratun jika merdeka beristeri Atawa perempuan bersuami ditanam hingga ka Pinggang di hambalang dengan batu dimatikan.

Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Pertama tarikh yang terpahat pada batu bersurat tersebut iaitu 1303M. Tarikh ini adalah mendahului pengislaman Sultan Melaka iaitu sekitar 1404M selama seratus tahun. Ini bermakna dalam konteks sejarah tanah Melayu, sistem pemerintahan Islam telah lama berdiri di Kuala Berang jauh sebelum berdirinya sebuah kerajaan beragama Islam di Melaka. Tarikh ini sebenarnya tidak begitu menonjol kerana pada waktu yang sama berdiri sebuah Kerajaan beragama Islam di Samudera Pasai dengan Islamnya raja Meurah Silu

Ia juga membuktikan undang-undang Islam telah diistiharkan sebagai Undang-undang negeri.

>>>Baca lagi dari sumber>>>

Komen:

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Himpunan Tolak Umno; Himpunan Akhir Warga <b>Chukai</b> Sebelum <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2012 03:37 PM PST

KEMAMAN – PAS Chukai merancang mengadakan satu himpunan besar-besaran, lanjutan dari program mega berprestij, Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU).


Penolong Setiausaha PAS Terengganu , Haji Hanafiah Mat@Ramly berkata tiga siri program PGU yang bermula di Chukai pada Januari tahun lalu telah berjaya menghimpunkan lebih 100,000 rakyat Terengganu.

"Ia bermula dengan program PAS Ganti Umno (PGU) yang di lancarkan di Kemaman (15 Januari) tahun lepas telah menghasilkan satu gelombang,

"seluruh rakyat  pelbagai lapisan memberikan sokongan terbuka kepada perjuangan PAS,"ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, selepas itu program PGU telah diadakan di kawasan Besut pada 18 dan 19 Mac dan berjaya melepasi sasaran menghimpunkan 30,000 rakyat.

Beliau berkata, program PGU kali ketiga pada 14 dan 15 Oktober di Pantai Pandak Chendering, dalam kawasan Kuala Terengganu merupakan kemuncak himpunan apabila lebih 50,000 orang berkunjung.

[Gambar - Hj Hanafiah (depan, 4 dari kiri) bersama program 'Gateh Pemuda' sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 PAS Peringkat Kawasan Kemaman pada Jumaat 27 Januari]

Oleh itu, kata belia, pelbagai pihak termasuk agensi risikan kerajaan Umno/BN melaporkan kebangkitan rakyat melalui program PGU akan menumbangkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Justeru, beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai merancang untuk mengadakan satu himpunan besar-besaran menjelang PRU-13.

"hasil kejayaan itu (PGU), (laporan) agensi risikan kerajaan (Umno/BN) melihat, gelombang inilah akan menjatuhkan Umno dalam pilihan raya ke-13,

"mengambil kesempatan (manfaat) dari gelombang yang sedang berlaku (marak), PAS DUN Chukai sekali lagi akan menghimpunkan warga DUN Chukai khasnya, dan warga Kemaman umumnya,

"bagi menyatakan, inilah masanya untuk kita berhimpun untuk menolak Umno dan Barisan Nasional,"jelasnya.

Menurutnya, PAS Chukai merancang mengadakan 'Himpunan Tolak Umno' (HTU) itu pada awal bulan Mac, saat-saat akhir menjelang PRU-13.

Katanya, HTU akan diadakan di lokasi  yang sama di mana program PGU kali Pertama di adakan iaitu di dataran Tok Guru, Kampung Geliga.

Oleh yang demikian, dengan persekitaran dan suasana politik masa kini, beliau yakin semua pihak mahukan PAS mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu.

"saya yakin dan percaya, (berdasarkan) situasi dan persekitaran (politik) pada hari ini, kawan-kawan dari parti-parti Pakatan Rakyat, kawan-kawan dari NGO dan orang-orang yang tidak berparti,

"akan memberikan kerjasama, bukan sahaja kepada Himpunan Tolak Umno, malah akan menolak Umno dan memberikan peluang PAS Terengganu memerintah buat kali ketiga,"tegasnya.

Komen:

ads