Jumaat, 10 Mei 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Kemaskini - HOT NEWS Di DALAM ! BN 5-0 <b>di Marang</b> TIDAK <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2013 10:33 AM PDT


Artikel ini saya tulis selepas membaca kenyataan penuh yakin dari calon BN Datuk Yahya Khatib Mohamad yang juga bakal pencabar kerusi Parlimen Marang menentang Haji Hadi -

"Kami semua akan bersatu menentang Abdul Hadi. Kami bukan sahaja mahu memastikan kemenangan di kerusi masing-masing tetapi juga berusaha mengetepikan pengaruh Abdul Hadi,"
SINAR.


Target BN 5-0 di Marang sebenarnya TIDAK MUSTAHIL malah dari pengamatan saya ianya tidaklah sesukar sebagaimana persepsi yang digambarkan. Maksud saya, Marang sebagai kubu 'kuat' Hadi... mungkin ramai yang beranggapan BN 5-0 di Marang sebagai slogan penyedap hati saja. 

Biar saya tulis disini - HADI TIDAK KUAT MANA PUN DI MARANG. 

Tak percaya ? Saya jarang buat kenyataan direct sebegitu kalau tidak ada bukti yang menyokong. Cuba perhatikan keputusan PRU12 bagi kawasan Marang dibawah -
Majoriti cuma 2747 saja.  Cuba perhatikan pula keputusan2 4 DUN di Marang -
Saya buat analisis secara mudah tapi logik supaya anda tak perlu nak pecah kepala membuat pengiraan tambahan.

Majoriti Parlimen Marang 2747 dan majoriti DUN Ru Rendang pula 2686.  Kedua2nya dimenangi oleh Hadi, Jadi tidak salah kalau saya rumuskan, keputusan di Ru Rendang adalah yang paling kritikal kerana kemungkinan besar majoriti yang dimenangi Hadi di peringkat Parlimen Marang datang dari kawasannya sendiri, Ru Rendang.

Secara mudah, jika majoriti Pas di Ru Rendang dapat dikurangkan dengan besar, besar kemungkinan majoriti Pas di peringkat Parlimen juga akan berkurangan dengan angka yang sama. Atau dengan kata lain - jika Pas tewas di Ru Rendang, Pas juga akan tewas di Parlimen Marang kerana keseluruhan majoriti Marang yang datang dari Ru Rendang akan terhapus !

Tidak mustahil kan ? 

Jika benar Hadi begitu kuat dan kebal di Ru Rendang, bagaimana mungkin calon BN mampu dapat 41% dari jumlah yang mengundi. Disebalik persepsi kekebalan Hadi di Ru Rendang, beliau cuma mampu meraih 59% sokongan saja. Lebih sedikit jer dari setengah !

Tidak susah kan ?

Cuba ambilkira FAKTA ini pula - Pas telah TIDAK BERLAKU ADIL sepanjang kempen Pilihanraya 2008 dari segi - MENGHALANG proses demokrasi berlangsung dengan pelbagai halangan yang mengHADkan kempen secara terbuka dipihak BN. KLiK .

Bendera tidak dibenarkan, ceramah dihalang, ancaman pulau memulau malah ketahap menghalang pengundi yang disyaki penyokong BN dari keluar mengundi ! Dan disebalik segala KEZALIMAN itu, Hadi cuma mampu raih 59% undi saja ! ? ?

Masih anggap Hadi kuat / kebal di Ru Rendang @ Marang ?

Bayangkan kalau Hadi @ Pas sanggup bertanding secara ADIL kali ini ..... tidak lagi secara PENGECUT sebagaimana PRU12 dulu dengan segala halangan seperti yang saya sebut diatas, TIDAK MUSTAHIL Pas akan tewas di Ru Rendang dan seterusnya menafikan Pas kerusi Parlimen Marang !

MASALAHNYA, tanda-tanda semakin jelas yang Pas akan ulangi juga sikap PENGECUTnya di Ru Rendang untuk PRU13 ini. KLiK. Tadi siang keadaan masih sama - TIDAK ADA satu pun bendera BN sepanjang jalan besar 3 km di DUN Ru Rendang.

Walaupun perkara ini telah LAMA berlaku, berulang setiap kali Pilihanraya ... saya cuba bersangka baik terhadap hadi. Mungkin Hadi TIDAK TAHU wujudnya segala KEZALIMAN menafikan hak demokrasi kepada BN di kampungnya sendiri, mungkin juga Hadi TIDAK PERASAN yang tidak ada bendera, banner atau sebarang kempen terbuka oleh BN dikampungnya sendiri SETIAP KALI Pilihanraya berlangsung.

Jadi saya amatlah berharap sekiranya ada pihak media terutamanya wartawan media perdana yang dapat menanyakan perkara ini kepada Hadi secepat mungkin. Biar keluar dari mulut Hadi sendiri yang beliau @ Pas TIDAK menghalang sebarang bentuk kempen terbuka oleh BN di Ru Rendang, dan juga peringatan / nasihat dari Hadi kepada orang Pas supaya tidak menganggu proses demokrasi sepanjang kempen hingga ke hari mengundi.

MUNGKIN saja jika Pas bertanding secara ADIL, Pas akan TEWAS ?

Patutlah orang Pas sendiri cuba menghantar mesej tersirat kepada Hadi melalui KERANDA dibawah....

Sekali lagi saya ulang, analisis ini dibuat secara mudah tapi logik dengan menggunakan fakta yang tampak paling relevan mampu memberi kesan besar pada keputusan undi disamping konsep Ceteris Paribus.

Kepada orang Pas terutamanya Hadi kalau baca, Ceteris Paribus itu bukan nama syaitan, ok. Ia membawa maksud faktor2 lain tidak berubah. Kerana saya juga akui terdapat banyak lagi faktor yang mampu memberi kesan kepada pola pengundian.

Anda sudah percaya yang BN 5-0 diMarang tidak lagi mustahil ?

Makanya saya tekankan betapa pentingnya kita pastikan KEADILAN proses demokrasi di Marang terutamanya di DUN Ru Rendang sepanjang kempen PRU13 kali ini. Telur Hadi sudah dihujung tanduk !

TERKINI 2:00 AM - Ada sumber dalaman PAS beritahu yang Mustafa Ali jadi calon di Ru Rendang ! Jika benar, apakah MUSTAHIL BN menang 5-0 di Marang ? ? 

YES ! YES ! I LIKE .....

PPS - Oya satu lagi fakta - Bilangan pengundi berdaftar di DUN Ru Rendang kali ini ialah 22701 .... hampir 4000 pengundi baru. Jika ianya melibatkan pengundi muda, peluang BN LEBIH CERAH ! Graf Ketaksuban Akut semakin menurun dengan pengundi muda. Semakin terbuka minda pengundi,semakin cerah peluang BN.

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Buletin Online: PAS Terus Bertanding <b>di</b> Bukit Besi, <b>Seberang Takir</b> <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2013 03:54 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/hadi-pas.jpgMesyuarat Harian PAS Pusat hari ini memutuskan agar PAS terus bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertindih dengan PKR di  Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera pada Pilihan Raya Umum ke 13.

Perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang hari ini, keputusan mesyuarat itu akan disampaikan kepada pemimpin tertinggi PKR petang ini.

"Ketiga-tiga kerusi tersebut adalah milik PAS dan saya akan mengarahkan jentera bekerja untuk memenangkan calon PAS," kata beliau.

Menurut beliau, mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat juga mencadangkan agar PKR bertanding di DUN Sungai Acheh (Pulau  Pinang), DUN Pandi (Johor) serta Parlimen Labuan (Sabah).

"Bagi kerusi DUN Kota Damansara (Selangor) kita akan hantar wakil untuk berunding dengan PKR," katanya dala sidang media di pejabat Agung PAS Jalan raja Laut, Kuala Lumpur.

Sementara itu, PKR Terengganu hari ini mengumumkan calonnya yang bertanding di DUN Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir menarik diri bagi  memberi laluan kepada calon PAS.

Mereka ialah Mohd. Shamsul Mat Amin (Bukit Besi), Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (Kota Putera) dan Ahmad Nazri Mohd. Yusof  (Seberang Takir).

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail di pejabatnya di sini hari ini., dipetik Utusan Online

Dalam perkembangan lain, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata pihaknya tidak akan melayan mana-mana calon yang disahkan bertanding  menarik diri selepas tempoh penamaan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ia berdasarkan pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan  Pilihan Raya) 2012 yang tidak membenarkan mana-mana calon yang telah secara rasmi diumumkan oleh pegawai pengurus di pusat  penamaan calon menarik diri.

"Kalau calon itu memutuskan untuk menarik diri, itu menjadi hak peribadi mereka, bagaimanapun mengikut undang-undang, SPR tetap  akan mencetak kertas undi yang mempunyai nama dan logo calon itu," katanya hari ini.

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


#Berita: Seorang Maut Kemalangan <b>Di Besut</b> | MalaysiaLeaks.com

Posted: 07 May 2013 08:12 PM PDT

Maaf, akses anda ke MalaysiaLeaks.com telah disekat oleh Firewall kami

Antara sebab kenapa anda disekat adalah:

1. Anda disyaki sebagai Spammer 2. Anda disyaki cuba untuk melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan masalah pada website kami

Sebagai langkah keselamatan didalam usaha untuk memastikan website kami dapat berjalan dengan lancar, Sistem Firewall kami terpaksa menyekat anda.

Jika anda merasakan yang anda telah disalah anggap, sila cuba memasuki website kami sekali lagi melalui LINK INI

atau anda boleh menghubungi kami melalui Facebook kami melalui LINK INI

Harap anda memahami.

Regards,

Team MalaysiaLeaks

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Neelofa, Fahrin Ahmad Skuba <b>di Pulau Redang</b>!

Posted: 07 May 2013 10:00 PM PDT

Pada: Rabu, 8 Mei 2013 Baru-baru ini pelakon cantik dan seksi, Neelofa dan beberapa rakan artis seperti Fahrin Ahmad dan Remy Ishak turut berada di Pulau Redang untuk membuat aktiviti skuba. Ini bukanlah cuti-cuti biasa diantara mereka namun untuk sebuah babak dalam filem Pilot Cafe. Beberapa keping gambar dan sebuah video telah dimuatnaik oleh Neelofa ke dalam laman sosialnya.




Tag : , , , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Fatin Liyana: Trip To Terengganu : <b>Pulau Perhentian</b> Part I

Posted: 06 May 2013 10:59 AM PDT

Hi seperti yang dijanjikan aku akan update tentang percutian backpack aku ke Pulau Perhentian, Terengganu. Kenapa Pulau Perhentian? Sebab kebiruan air laut dia sama macam Maldives!! Walaupun aku tak pernah pergi Maldives tapi bila aku google, sama okay kebiruan air dorang. Tanjat boboi tau. Acane boleh sameee ni. Oleh sebab itu aku telah TERsetuju untuk ikut. Ter sangat, teehee..
So, pergilah aku ke Pulau Perhentian menaiki bas ekspress bersama 9 girlfriends. Sebenarnya aku ada rahsia nak bagitau hihi..malu iteww nak cakap. Sebenarnya itew tak pernah naik bas ekspress hikhik. Jadi memang jakun bila dapat naik bas ekspress, nak nak yang 2 tingkat. Siap book seat atas, belakang sekali, tepi tingkap. Syok bai! Walaupun gegaran berada di tahap 8 skala ritcher, namun kerusi dia empuk macam kerusi urut Ogawa. Kami bertolak pukul 10 malam dari Hentian Putra, KL dan tiba di stesen bas Kuala Besut pada pukul 6 pagi keesokan harinya.

Klasik sungguh pekan Kuala Besut !
Ececece backpacker bawak handbag. Pink lagi tau. Tak matching langsung hahaha. Sebenarnya beg pink tu waterproof...alah buat letak camera ngan nasi dagang. Laukku cukup masin hee Dekat jeti Kuala Besut, ada kedai yang jual local dishes seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Minyak, Nasi Lauk, Laksam. Sedap gile! SILA BELI SEBAB DEKAT PULAU TAKDA MAKANAN OK. APATAH LAGI ATM. Fuuhhh. Harga tiket boat yang kitorang bayar adalah rm70 seorang untuk dua hala (pergi dan balik). Dengar cerita boleh dapat harga rm50 sebenarnya. Perjalanan dalam 30 minit.
Biru tak? Kan dah kata macam Maldives!
Pulau Perhentian ada dua. Perhentian besar dan perhentian kecil. Kitorang pergi yang kecil sebab itu kawasan backpackers, so chaletnya lebih murah. Dari jeti kitorang naik boat ada bumbung macam kat atas ni. Lepas tu nak dekat-dekat sampai perhentian kecil, dia stop kan boat tu halfway. Kitorang macam
' Ey brader, asal stop tengah jalan ni. Adakah kitorang kena berene (ecewah kecek kelate gitu)'
' Boat kena stop kat sini, nanti taxi (bot kecil) datang amek korang '
Nak meng-OMG kan cerita, tetiba hujan. Wahhhh hujan bukan main-main uolls, hujan yang deras dentam dentum. Boat kitorang tu dah mula terumbang ambing. Pastu datang la bot kecil yang tidak berbumbung untuk pick up kitorang. Hello, hujan kot?? Takkan nak naik boat tak terbumbung ni?Habislah bagasi weolls basah!
Kalau aku ni seseorang yang berpengaruh dan mempunyai kuasa besar pasti brader tu tunggu sehingga hujan berenti, namun apakan daya. Nak taknak kitorang pindah naik boat kecil tu dalam hujan. Tragis habis weyh, dok pindah beg dari bot besar ke bot kecil. DALAM HUJAN. Tiba-tiba aku touching teringatkan fisherman and his friends. Err? Lepas tu dalam hujan tu jugak si brader ni rammed kan bot kecik dia macam jantan gila untuk sampai ke darat. Habis pecik pecik air masin tau. TAPI, ia tak semudah yang disangka. Bila dah sampai perhentian kecil, brader tu stop atas air, bukan atas pasir.
' Ha, dah sampai. mu turun sini. Sorang rm5 '
Huwa...turun dari boat, air paras tulang keting...dahla memang basah kena hujan, bot pulak stop atas air..nasib baiklah aku bawak bagpack, senang nak pikul. Member aku bawak beg tarik yang ada roda tu. Hahahahaha memang lawak gila. Lepas tu, bila dah sampai darat, kitorang taktau mana chalet kitorang..berdirilah dalam hujan dengan bag basah masing-masing. Takleh jadi, kitorang pon mula mengorak langkah. Lari, berteduh, lari, berteduh. Macam bangang 10 orang ni berlari-lari anak dalam pasir jerlus :')
Kitorang check in di Rock Garden Chalet, Long Beach. Baik kitorang dah jumpa chalet, hujan pon berenti. Alhamdulillah. Tapi hazab kedua menanti.
' Bilik penuh, ada dua bilik je tinggal  '
Huwa lagi sekali. 10 orang cramp dalam 2 bilik. Bilik tu saiz dia muat untuk 2 orang je. Memang backpackers habis. Harga satu bilik adalah RM50 (kipas, seaview). Sebab duduk ber5 jadi sorang bayar rm10 jelah semalam. Wahahahaha murah gila !
Sebab congested sangat bilik tu, kitorang terus pergi mandi laut. LUAS. Baru puas hati aku!
 Lepas tu ternampak signboard ni. Kat sini tak banyak sangat aktiviti kecuali snorkeling, island hopping dan scuba diving. Yang bestnya, kita boleh snorkel dengan turtle dan jaws! Tapi yang paling best sekali  adalah harganya sangatlah murah. Kalau tak silap RM35 sorang (snorkeling di 4 tempat + free visit to fisherman village)

Kitorang tak bawak duit pon masa mandi laut tu sebab ingat nak mandi-mandi je. Sekali semua beriya-iya nak pergi snorkel lepas terpengaruh dengan ajakan si brader tu.

' Boleh tak kitorang snorkel dulu then bayar kemudian, please please...tak bawak duit ni please, petang nanti kitorang bayar '

Hahahah memang muka tak malu. Tapi brader tu leks je, dia bagi kot. So dapatlah kitorang snorkeling dengan turtle dan jaws. Penat gila aku berenang kejar turtle ! Turtle tu besar macam datuk Kame. Engkau tahu tak komik dragon ball, kan ada datuk Kame yang gatal tu. Aku rasa sama besar cengkerang datuk Kame dengan turtle tu. Tapi yang paling best snorkel dengan jaws. Takut gileeeeee weyh. Aku bayangkan  besar gile jaws tu rupanya kecik je hehe..baby jaws :)


Lepas tu dah exhausted, aku rasa adalah 3jam setengah kitorang snorkeling. Brader tu tak habis-habis, ha cantik sini, turunlah tengok. Naik boat turun boat aku pon dah pening. Bahu aku ni sakit gila, asyik disuruhnya aku berenang kejar ikan itulah inilah. Tensen tau hahaha. Dah la laparrrr... duit takde pulak tu..makanan pon takde. Dah sampai pit stop ke 4 untuk snorkel, kitorang taknak turun sebab penat. Brader tu dok presure-presure suruh turun hahaha memang lawak. Kitorang dok mengomel la cakap lapar tak boleh berenang la.

' Nak makan ke? Kita pergi ke fisherman village..ada jual makanan situ '
' Tapi takde duit..(buat muka kesian), boleh pinjam duit tak..'

Kau bayangkan, bongok gila. Dah la tak bayar duit snorkel, pastu pegi pinjam duit boatman tu sampai RM50 untuk beli makanan hahahahah. Lepas tu siap janji, kononnya beli makanan sekejap je.

'Kitorang pergi kejap je, brader tunggu kat bot. Japgi kitorang datang'

Jangan lupa makan di fisherman village ye..satu-satunya tempat yang ada jual makanan murah di perhentian kecil. Tapi not assesible by walking, kena naik boat.

Bajet 10minit sekali satu jam lepak kat fisherman village tu makan goreng pisang, kopok lekor, siap tapau beli nasi untuk makan malam kang. Yelah, dekat long beach area kitorang duduk tu mana ada jual makanan. Adalah kedai tapi limited dan mahal hihi. Yang kelakarnya, lepas dah beli beli nasi lauk tu, boleh pulak tak cukup duit...kitorang ada rm50 je tapi lepas dah kira-kira kena bayar rm53 kot..terpaksa tebalkan muka mintak diskaun dan mintak halal kopok lekor tu haha...

Apapon, kesian brader tu sebab sampai terbaring-baring tunggu kitorang. Bertuah betol bebudak ni. Brader tu pon satu, dia dok layankan je kitorang ni. Bila dah tamat semuanya, kitorang pon mengucapkan terima kasih kepada brader tu dan naik ke bilik untuk bersihkan diri. Lepas tu boleh pulak tertidur. Janji nak bayar duit petang kan. Petangla sangat. Esok pagi baru bayar hahahahha.

Konklusinya orang pulau memang baik....hehe... Nantikan sambungan part II ok!

Thanks for reading this entry!

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau kapas</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2013 03:34 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau kapas</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2013 03:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Top 5 Destinasi Percutian <b>Di Pulau</b>-<b>Pulau</b> Malaysia

Posted: 19 Feb 2013 09:18 PM PST

Percutian di pulau memang menenangkan jiwa, Ditambah dengan panorama indah air laut yang biru kehijauan dan pasir pantai yang memutih cukup mengasyikkan.

Ia sekali gus bagaikan terapi minda yang penuh dengan pelbagai permasalahan dan juga kekangan kerja yang tidak pernah habis walaupun tahun 2012 baru saja bermula.

Dengan pelbagai masalah, kerja dan keserabutan kepala dalam apa juga hal sepanjang tahun lalu, memulakan tahun baru dengan percutian yang mengasyikkan dan santai adalah langkah yang bijak.

Justeru, percutian di pulau yang indah adalah destinasi yang menepati tujuan untuk bersantai.

Negara kita cukup terkenal dengan pulau yang cukup indah dan eksotik. Sebut saja apa yang diinginkan saat bercuti.

Pantai yang putih bersih, air laut biru kehijauan yang tenang, keindahan dasar laut yang memukau serta pemandangan yang mempesona, semuanya ada di pulau di negara kita.

pulau-sipadan

Pulau Sipadan

Pulau Sipadan terkenal dengan keindahan lautnya yang menjadi faktor penarik melambai ramai pelancong ke sini.

Pulau Sipadan adalah sebuah pulau lautan berhampiran Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah. Ia satu-satunya pulau di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air.

Ia dilabelkan antara lima lokasi menyelam terbaik di dunia yang menjanjikan keunikan dasar laut memukau dan sukar digambarkan dengan kata-kata.

Sipadan tidak hanya dikenali destinasi menyelam tetapi diiktiraf kawasan santuari burung seawal 1933.

Aktiviti selam skuba nadi kawasan perairan ini dan Sipadan adalah syurga hidupan laut.

Pemandangan dasar laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan serta birai, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk pelbagai karang menanti untuk disaksikan penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan tercantik di dunia.

jeti pulau kapas2

Pulau Kapas

Terletak di daerah Marang iaitu lebih kurang 18 kilometer dari Kuala Terengganu dan enam kilometer dari Jeti Marang, Pulau Kapas antara pulau peranginan paling dekat dengan tanah besar Terengganu.

Namanya berasal daripada pokok kapas. Pulau Kapas menjadi antara pilihan 'backpackers' dari Eropah dan pelancong tempatan.

Dipenuhi pasir pantai putih dan air laut yang jernih, Pulau Kapas masih mengekalkan keindahan samudera dengan hidupan laut yang cantik dan mempesona.

Suasana pulau ini pula sangat santai, sekali gus memberikan keselesaan kepada pelawat untuk berehat.

Kedudukannya yang agak terpencil, jauh dari kesibukan tanah besar juga menjadikannya pilihan mereka yang inginkan suasana tenang.

Tidak ketinggalan bagi peminat hidupan laut, Pulau Kapas adalah tempat yang boleh diterokai dasar lautnya dengan melakukan aktiviti seperti selam skuba.

Pelbagai jenis batu karang, ikan, penyu dan hidupan laut lain yang menarik menjadikannya destinasi wajib bagi penyelam skuba.

pulau_redang_0911

Pulau Redang, Terengganu

Berbekalkan keindahan lautan dan kedamaian yang dirasai, Pulau Redang sememangnya lokasi percutian pantai yang mempesonakan.

Pulau Redang antara sembilan pulau yang membentuk Taman Laut Pulau Redang di Terengganu.

Pulau Redang menjadi pilihan kerana kecantikan airnya yang berwarna biru kehijauan serta pasirnya yang putih bersih terutama di kawasan Pantai Panjang (Long Beach).

Selain itu, ia juga antara pulau di Terengganu yang menjadi penempatan baling banyak penyu mendarat.

Perairan dekat pantainya menjadi kawasan kedua diwartakan sebagai Taman Laut selepas Pulau Payar di Kedah.

Pulau ini juga antara tapak selam paling popular terutama di kawasan karamnya kapal Perang Dunia Kedua. Di sini anda sudah boleh melihat dengan jelas bermacam-macam jenis ikan dan batu karang.

Selain sebagai pusat percutian yang menawarkan pelbagai keunikan dan menyenangkan minda serta fikiran, Pulau Redang juga adalah pusat pembelajaran yang terbaik terutama kanak-kanak yang cukup meminati hidupan dasar laut.

Di sini, terumbu karang yang menjadi habitat kepada lebih 55 spesies karangan laut dan lebih 100 spesies ikan dapat dilihat dengan jelas.

62_swimming_-_pulau_perhentian_kecil

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Terletak 21 kilometer dari pinggir pantai Terengganu, pulau ini terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.

Perairan di sekitar pulau ini ditaburi terumbu karang serta menawarkan pemandangan bawah laut yang hebat dan menyeronokkan. Pulau ini juga sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.

Selain melihat keindahan dasar laut Pulau Perhentian yang cantik itu, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain antaranya meluncur papan air, belayar, berkenu, memancing air laut dalam, snorkel atau mungkin hanya bersantai di tepi pantai saat matahari terbenam.

Apa yang menariknya, dengan perkampungan yang kecil dan resort yang lebih berkonsep ringkas, anda pasti akan berasa lebih tenang dan selamat.

Bagaimanapun, pulau perhentian hanya boleh dikunjungi selama enam bulan setahun manakala bulan lain ditutup ketika Monsun Timur Laut.

pulau pangkor 2011 016

Pulau Pangkor

Berkeluasan 2,200 hektar dengan jumlah penduduknya kira-kira 25,000 orang, Pulau Pangkor juga antara daya penarik pelancong dari dalam dan luar negara.
Berbeza dengan pulau lain, Pulau Pangkor bukan saja menjanjikan keindahan dan keunikan dasar laut yang sememangnya tidak dapat dinafikan lagi tetapi ia juga kaya dengan budaya serta aktiviti masyarakatnya.

Di sini, aktiviti yang boleh dilakukan termasuk jet ski, kayak, bola tampar, snorkel dan banyak lagi. Bagi yang sukakan cabaran, berbasikal mengeliling pulau juga mungkin salah satu aktiviti yang menyeronokkan.

Menarik mengenai Pulau Pangkor, selain menawarkan pelbagai aktiviti laut, pengunjung juga boleh mengembara di seluruh pulau kerana Pulau Pangkor juga adalah pulau yang mempunyai banyak perkampungan.

Salah satu perkampungan yang pasti membuatkan anda teruja ialah Perkampungan Nelayan Acheh. Anda dapat melihat nelayan menurunkan hasil tangkapan sekitar jam 11 pagi.

Selain itu, pengunjung juga dapat melihat proses penghasilan makanan laut segar yang diusahakan secara komersial di Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam.

Pelbagai hasil laut bermutu tinggi boleh diperoleh di situ, antaranya ikan bilis, sotong kering, udang, ikan dan makanan ringan yang turut diproses daripada hasil laut dengan harga berpatutan.

Pulau lain yang boleh dikunjungi

  • Pulau Tioman, Pahang
  • Pulau Mataking, Sabah
  • Pulau Kapalai, Sabah
  • Pulau Langkawi
  • Pulau Sibu, Johor
  • Pulau Rawa, Johor
  • Pulau Pemanggil, Johor

Ini cerita saya: Antara 5 <b>pulau</b> di Perairan Terengganu

Posted: 05 Feb 2013 01:35 AM PST

* Entry sempena 2013, Tahun Melawat Terengganu.

1. Pulau Perhentian

Pulau ini terletak di luar pantai Besut mempunyai 2 pulau utama iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Saya kira pulau Perhentian adalah antara destinasi popular untuk pelancong tempatan atau asing terutamanya divers
Pada tahun 2003 pulau-pulau ini telah diwartakan sebagai Taman Laut Negara. Jadi kawasan yang kurang daripada 20 batu nortika dari pantai adalah merupakan kawasan larangan untuk apa-apa aktiviti perikanan termasuk mengambil atau memusnahkan batu karang di sekitarnya kecuali untuk aktiviti yang melibatkan penyelidikan. 
Pada saya, salah satu keistimewaan pulau ini adalah airnya. Hijau kebiruan! Sangat cantik! Saya pernah berkampung di pulau ini hampir 2 minggu. Ambil sampel air, ikan dan hidupan laut. Sempat jugak ambil lesen diving pun di sini. Menyelam di kawasan tiga segi antara pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Masa tu, pulau Perhentian belum lagi diwartakan sebagai taman laut. Jadi tidak ada peraturan yang dikeluarkan. Masa tu kami berkampung di Pulau Perhentian Kecil. Di balik bukit, banyak didirikan resort/chalet persendirian. Selamba je tengok mat dan minah salleh bervogel atas batu. Sekali tengok dah macam rupa dugong pun ada. Sekarang ni tak tahulah macamana rupanya. Haa... kalau nak tahu, kenalah datang ke sini. Ye dok? 
Terdapat 2 laluan bagi sesiapa yang ingin datang ke sini iaitu laluan utama di jeti Kuala Besut - kira-kira 2 jam perjalanan menaiki bot atau dari jeti Pulau Kambing, Kuala Terengganu - kira-kira 3 jam perjalanan menaiki bot. 

2. Pulau Kapas
Pulau Kapas terletak kira-kira 6km atau 20 minit menaiki bot dari jeti Marang. Pulau ini antara pulau yang terhampir dengan daratan, dengan kemudahan bot yang disediakan di jeti Marang menyebabkan ia menjadi pulau yang selalu dikunjungi pelancong. Nak buat day trip pun boleh. 
Tapi yang menyedihkan ialah disebabkan pengunjung yang terlalu ramai dan tiada penguatkuasaan undang-undang yang khusus (tak ada taman laut di sini), banyak batu karang dan hidupan laut yang telah mati. Sayang... 
Kalau 10 tahun lepas saya ke sini, kalau snokelling tu boleh jumpa macam-macam hidupan laut, tapi rasanya sekarang kalau snorkelling tu apapun tak nampak. Airpun keruh, tak sejernih dulu. Tapi, kalau kita tracking, jalan ke belakang pulau yang mengadap laut lepas, dan cuba snorkelling di sini hidupan laut di sini sangat cantik! Tapi awas! Hati-hati bila snorkelling/diving di laut lepas sebab arus sangat kuat. Kami pernah tracking di sini. Siap angkut semua alat-alat untuk snorkelling. Memang berbaloi dapat snorkelling di sini. Paling tak boleh lupa, bila terpijak landak laut. Sakit yang amat! 

* Berhampiran Pulau Kapas ada Pulau Gemia - port menarik untuk candat sotong!

3. Pulau Redang

Terletak kira-kira 45km di luar pantai Kuala Terengganu, Pulau Redang merupakan pulau terbesar dari semua pulau-pulau yang terdapat di perairan Terengganu. Selain Pulau Redang, terdapat pulau-pulau lain di sekitarnya seperti Pulau Lima, Pulau Lang Tengah, Pulau Pinang etc. 
Memandangkan Pulau Redang diwartakan sebagai taman laut, kawasan sekitar taman laut memang selalu dipenuhi pengunjung terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti sekolah. Ia mempunyai pantai landai dan berpasir putih serta perairan yang membiru dipenuhi hidupan laut. 
Walaupun hanya snokelling di kawasan jeti, kita sudah dapat melihat pelbagai spesis batu karang dan ikan-ikan karang di sekitar itu. Di sini juga terdapat bangkai kapal yang karam, dan kalau sesiapa yang berpeluang diving di sini, pemandangan di dasar memang superb! Kawasan sekitar taman laut disediakan beberapa kemudahan seperti tandas, surau serta tapak untuk perkhemahan. 

Walaupun sudah beberapa kali datang ke sini, saya tak pernah rasa jemu untuk ke sini lagi. Paling saya tak boleh lupa masa berkhemah di sini bila malamnya khemah kami dilanda ribut. Habis terbang semua khemah. Tapi tetap boleh tidur lena walaupun basah. Memang kenanganlah!

* Waktu terbaik untuk ke Pulau Redang ialah bulan April - Oktober. Kebanyakan resort akan ditutup semasa musim tengkujuh iaitu dari bulan November-Mac.

4. Pulau Tenggol

Pulau syurga kepada divers! Pulau ini terletak di daerah Dungun kira-kira 50km dari bandar Kuala Terengganu. Pulau ini sangat popular di kalangan penyelam kerana kebanyak pelancong yang datang ke sini adalah untuk membuat selaman di dasar laut. 
Pulau ini menyediakan hampir 20 tempat menyelam yang cantik antaranya Teluk Air Tawar - melihat penyu dan Batu Tokong Laut - tempat  menarik melihat kumpulan ikan selar dan beberapa jenis batu karang. 

Untuk ke sini, kita perlu menyewa bot laju dengan kos RM600-650/hari di jeti Kuala Dungun. Rasanya pulau berbanding Pulau Kapas, Redang dan Perhentian, pulau ini masih terpelihara kerana pengunjung yang datang ke sini kebanyakannya terdiri daripada penyelam. Tapi jangan bimbang... beberapa chalet ada di sini yang menyediakan kemudahan dengan pakej pada harga tertentu. Eh, kalau rasa nak buat day trip pun boleh tau! 

5. Pulau Bidong

Pulau ini terletak 45km di luar pantai Terengganu. Dulu pulau ini merupakan tempat kem pelarian Vietnam. Macam-macam peristiwa berlaku ketika itu, kerana banyak nyawa yang terkorban untuk sampai ke pulau itu. Misteri ok pulau ni. 
Itu kisah dulu... Sekarang pulau ini telah dibangunkan dan merupakan salah satu warisan negeri dan telah diwartakan di bawah UMT untuk dijadikan pusat penyelidikan. 
Salah satu tarikan pulau ini ialah Galeri Dasar Laut yang telah dibina dengan kerjasama oleh Kerajaan Terengganu dan Yayasan Coral Malaysia. Replika tempat-tempat menarik/bersejarah di Malaysia dijadikan tukun tiruan untuk menarik hidupan laut hidup di sini. Saya kira ini salah satu usaha yang patut dipuji untuk mengekalkan keaslian pulau ini!

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


PAS DUN <b>BATU RAKIT</b>: Video: PATI <b>di</b> Sabah Mafia?

Posted: 10 Mar 2013 12:11 AM PST

Rujukan bertulis : Di sini

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Istilah koreksional <b>di</b> Pekan <b>Ajil</b> , Terengganu - Dari suara hati <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2013 09:18 PM PDT

Salam

Sabar itu subur,

Tak sabar masuk , kubur.  (accident).  My late grand fathers taught me this in Kelantan 40 – 50 years ago.  How true it was.  Jika kita bersabar , kita akan selamat dan jika kita tidak bersabar (mengambil sedikit oxygen dan bertenang seketika jua) maka banyaklah bala yang akan kita tempuhi tanpa disedari.  Anak anak kehilangan kasih sayang bila ibu bapa mereka tidak sabar lantas bercerai berai.

Hari ini saya ingin sangat menulis pasal istilah 'sabar' , 'bersabar' , korek, koreksional dan lain-lain.  Dalam Bahasa Inggeris , sabar ialah 'patient' dan bersabar is ' ..we  must be a little bit patient, my dear'.  Kesabaran is ' practice patience whenever you can'.

Mengapa kita harus bersabar? Banyak sebab sebenarnya .. 

Pertama, bila kita bersabar ..kita tidak cepat bergaduh antara kaum melayu, cina dan india di Negara ini.

Kedua, bila kita bersabar, kita akan memperolehi banyak faedah seperti keharmonian, kebahagiaan, ketenteraman dan keamanan.  Lagipun cable kita '.. a bit expensive you know?'

Ketiga, bila isteri sudah melahirkan anak ..orang orang tua meminta  sang suami bersabar sedikit dengan sang isteri kita itu yang banyak tercedera urat sarafnya sewaktu proses bersalin.  BIla kita berpantang … satu hari nanti selepas 100 atau 1000 hari itu ..kita akan dapati isteri kita  sudah pulih seperti sedia kala.  Kuat untuk berlari ke sana sini pula.  Untungnya kita juga.

Contoh bila kesabaran diperlukan.  Di atas lebuh raya .. kita harus bersabar dalam menunggu giliran satu per satu biar kenderaan di hadapan bergerak dahulu dari queue ini.  Tidak sopan jika kita memotong queue ini .. lagi pun kita tiba di sini agak lewat sedikit dari orang lain itu.

Contoh kesabaran ialah dalam keadaan kita berumah tangga.  Sang suami jangan cepat memarahi isteri kerana lambat menyediakan makanan kerana mereka berdua baru sahaja sampai ke rumah selepas keluar dari Queue di lebuh raya Shah Alam tadi.  Lagipun , sang isteri itu pengurus syarikat IBM sedangkan sang suami itu sekadar pemandu jentolak jer.  Bersabarlah sedikit.  Jangan cepat marah marah tau?

Guru guru pun sama juga. Jangan cepat marah marah kepada murid-murid anda kerana ..  mereka masuk lewat sedikit ke dalam kelas cikgu tadi.  Bersabarlah sedikit.  Cakap elok-elok sedikit kepada mereka maklumlah salah seorang dari murid-murid tersebut anak kepada KPP Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia.  Silap silap cikgu akan dipindahkan ke Sarawak esok.  BUkankah itu satu yang malang kepada cikgu sendiri.

Ustaz ustaz pun kena banyak bersabar.  Dalam sekolah ini , sepatutnya kaum ustaz/ ustazah lah yg paling tinggi kesabarannya dibandingkan dengan guru guru matematik tambahan,  music dan sukan.  Maklumlah .  ustaz/ ustazah dah lama tahu ayat ayat Quraan berkenaan dengan kepentingan kesabaran.  Jangan tahu banyak , tetapi amalan kesabaran itu tiada.  Malu sangat kita tau?

Pihak kerajaan pun kena bersabar juga.  Jangan cepat panic 'membawa' masuk pendatang pendatang asing seperti di Sabah itu.  JIka kita memberi kad pengenalan kepada PATI/ PADI dengan membabi buta dengan  maksud 'udang disebalik batu besar'  ..  lama kelamaan bilangan mereka semakin banyak dan mungkin satu hari .. mereka sudah berani melawan pihak polis dan tentera.  BIla perkara ini berlaku ..terjadilah tragedy di Lahad Datu itu.  Tidak semena mena .. anggota polis walaupun umurnya setahun jagung  sudah pun terkorban angkara ..  itulah.  Silap siapa hah?  Sekarang pun ramai orang Bangladesh, Pakistan, Ronghya Burma Myanmar membanjiri Negara ini dari semua pintu masuk.  Tengok dari arah kanan macam Jali Kelantan jer, tengok dari arah kiri .. nampak macam Mat Bond gak..  aghhh ..betul betul macam melayu jer tetapi percakapan mereka macam itek serati jer ..  aghh tak kesahlah asalkan mereka ada 10 potong jari jemari .. boleh guna untuk mencelup dakwat khas untuk maksud mengundi ..allright punya ..  Mula mula kita kasihan kepada nasib mereka .  Lama kelamaan oleh sebab nama nama mereka mirip kepada nama orang melayu Malaysia .. adalah pihak tertentu akan menggunakan orang Asing ini untuk maksud '.. sebagai pengundi hantu dalam Pilihan Raya Umum ke 13 ini..'.  Kita rakyat Malaysia .. bukan semua yang bodoh sepanjang masa. SEkali tipu ok ..tetapi tak kan lah kita ditipu berkali kali pulak.  Payah tu?   Dulu bolehlah  kita diperbodohkan ..tetapi la ni .. dah ramai dah anak anak kita yg pandai dgn ilmu teknologi I.T. yang pulang ke kampong dengan berbagai bagai cerita ..  betapa 'cerdik' SPR dalam proses membersihkan senarai nama pengundi hantu untuk maksud PRU 13 ini di Selangor , Pulau Pinang dan Perak sana.  Lama lama bocor juga rahsia kita ..memanipulasikan nama nama orang asing sebagai penentu kemenangan parti kerajaan.  Bersabarlah.  Dulu 56 tahun kita dah memerintah .. bila time tiba .. kerajaan kita berpindah kepada pihak pembangkang ..so what/  berilah laluan secara gentleman ..  bukankah Negara ini sebuah Negara demokrasi?  He..he..  bila time kita jadi pembangkang ..  bersabarlah.  Sabar subur , tak sabar masuk kubur.  Berperang sesama melayu ..bukankah ini satu yang paling bodoh?

Kita melayu terkenal dgn sifat sopan santun mulia,   gaya bahasa , body language .. dan macam macam lagi.  Sang binatang di Malaysia pun tahu ..rakyat Malaysia terkenal dengan sifat budi bahasa dan kesabaran jika dibandingkan dengan pak pak arab dari Timur Tengah.  Dengan berkat ketinggian sifat kesopanan ini ..melayu selalu mengalah dan menyerahkan berjuta hektar tanah kepunyaan melayu kepada bangsa lain.  Syabas .. sifat sopan ini cukup menguntungkan kita melayu.  Keep up the charitable values itu !  TEngok kes tanah melayu KTM di Singapura.  Asyik sopan dan memberi sahaja kita melayu kat orang lain.

Tetapi sayangnya ..  sifat itu .. adalah sifat melayu dahulu kala .. mungkin 200 – 500 tahun yang dahulu.  Sekarang kita melayu tak sabar mana pun.  Cuba tengok ..  cara kita memandu kenderaan di atas jalan raya kampong, Bandar dan lebuh raya.  Kebanyakan kita sangat 'lorak' atau rushing  macam badak sumbu ..  tak sabar mana pun..  tidak memberi laluan kpd orang lain .. dan kadang kadang kita kurang ajar .. tidak mengucapkan terimak kasih pun jika ada orang memberi laluan kpd kita … kita sombong bodoh .. tidak mahu berterima kasih jika ada orang lain membantu kita pada ketika waktu kenderaan kita tiba tiba mampus dalam queue di lebuh raya itu.  Bersabar dan manis muka bila mengucapkan terima kasih kpd mereka yg penat menolak kereta buruk/ kereta tuan dah lama tak servis  punya itu.

Waktu keputusan peperiksaan SPM / PMR/ STPM diumumkan .. kita pun tak banyak bersabar.  Saban tahun kita menjulang mereka yang Berjaya dengan 9 A PLUS sahaja ..sedangkan Negara ini membangun bukan dengan usaha orang orang pandai sahaja ..bahkan tidak salah kita menjulang anak anak kita yang Berjaya mendapat 1A atau 2A dari sekolah elit seperti TKC, STF, MRSM, STAR, MCKK,KISAS .. 

Walaupun banyak tenaga, wang ringgit dan masa  sudah kita curahkan kpd anak anak yang ramai bersekolah elit berprestasi tinggi ini .. result mereka .. memalukan juga kerana .. budak kampong anak anak pemandu lori JKR, Felda dan jentolak  pun mampu dapat 9 A Plus dari sekolah biasa.  So bila bercakap tentang keputusan sekolah elit .. mengapa pihak TV3 tidak menjenguk sekolah yang serba dhaif tetapi result pelajar mereka cukup membanggakan seperti Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan Kota Bharu, Kelantan.  Result ini cukup mengembirakan arwah  Dato' Baharum, Tok Kenali dan hulubalang-hulubalang zaman melayu silam dahulu kala itu.

Peniaga peniaga melayu pun kena banyak bersabar juga.  Cuba usahakan supaya dapat berniaga secara kompetitif dengan bangsa lain .. dengan cara berniaga dalam kedai batu 2 – 3 tingkat di Taman Universiti seluruh Negara.  Jangan berpuas hati jer dengan berniaga goreng pisang panas di bawah pokok kayu rendang sahaja ..kerana ..imej melayu tercemar dari pagi ke malam .. melihat betapa majunya ..orang melayu pro kerajaan berniaga kecil kecilan dibawah khemah ala tentera melayu zaman jepun 1945 sedangkan di depan mata mereka berderet-deret  kedai batu serba moden disewa oleh mamak mamak india dan bangsa-bangsa lain. Bersabarlah sedikit ..cuba sewa kedai batu itu dan setelah menyewa kedai itu ..berniagalah goreng pisang nangka, karipap, lompat tikam, ubi kayu rebus, laksa, laksam … sepanjang malam.  Jangan kita berputih mata .. negeri ini melayu punya tapi semua kedai ..  bangsa asing yang terkehadapan. Malulah sedikit .. saya dan tuan hamba ini.  Poster BN besar besaran gambar calon anak melayu bakal PM nanti tetapi ramai orang melayu kita berniaga bawah pokok pisang, pokok kayu  jer..  he..he… di sepanjang jalan raya utama seluruh Negara bermula dari Perlis ke Johor dan seterusnya ke Kelantan sana.

Orang DBP pun kena bersabar juga.  Jangan asyik tukar ejaan BI kepada BM dengan kadar cepat jer.  Contoh istilah koreksional di Terengganu.  BUkankah kita ada istilah '..baikpulih'.  Pusat Baikpulih Akhlak/ Perangai  lebih sedap dari Pusat Koreksional Terengganu itu.  Perkataan korek ini ..  rasa rasa lucah / bodoh jer.    Apa gunanya kita ada Hari Bahasa , Jiwa Bangsa ..sedangkan papan koreksional di Terengganu itu terpampang gagah memalukan kita semua.   Buatlah sesuatu wahai Pengarah DBP.  Jangan galakkan pengunaan istilah seperti transformasi sedangkan kita ada istilah 'ubahsuai/ pindah bentuk ' dalam BM sejati /  perkataan 'format' sedangkan kita dah ada pun istilah 'bentuk' ; dalam BM kita.  Begitu juga banyak lagi istilah B Inggeris .. kita ambik bulat bulat dan terus ubah dengan menambah 'i' dan macam macam ..pendek kata nampak tak pandailah orang orang DBP kita ini.  Maaf kata gitu pagi pagi ini.  Cuba tengok orang Indonesia .. mereka tetap kekal dlm pengistilahan Bahasa Indonesia lagi dan lagi ..  seperti 'machet' untuk 'traffic jammmm  ' dan setetusnya.  Jati diri mereka jauh kehadapan berbanding dengan kita semua DBP.  Aduhai DBP kito.  

Saya mohon maaf ..jika ada yg terkasar bahasa.  Maklumlah ..  saya bukan A Samad Said Sasterawan Negara yg ulung.  Saya tetap sayalah.  Jika saya tahu sedikit , saya pun menulis dengan kadar sampoi je.  Pokoknya .. saya telah menyumbangkan sesuatu kepada diri saya dan pembaca budiman sekalian.    

Renungkanlah adik kakok saya sekalian ..  kita melayu ..mengapa nak bergaduh , kafir mengafir antara satu sama lain .. Mufti Perak serang TG Nik Aziz Nik Mat.  Apakah rasional kita berbuat begitu … sedangkan ramai lagi anak anak muda melayu sudah meninggalkan solat 5 waktu, orang perempuan melayu tidak menutup aurat di Majlis Anugerah Muzik Muzik ,  hidup seharian tanpa iman dan tak endah lagi isu halal dan haram dalam pergaulan antara jantan dan betino.. sepatutnya Tok Tok Mufti .. turun ke dataran bawah seperti jalan jalan raya dan buat dakwah secara terang terangan ajak anak-anak muda ini kembali kpd ajaran agama yg haq.  Memang penat kerja dakwah ini .. tetapi kita diminta bersabar mengajak benda yg hak ini dan terus bersabar.  (Rujuk Surah Wal Asri).  Tak cukup .. org yg ada ilmu agama yg tinggi mantap tetapi dok pusing atas kerusi sedak jah sambil sambil goyang kakinya membaca akhbar parti kerajaan atau parti pembangkang dan tunggu jap lagi nak serang pihak lawan.

Sesiapa yang kalah … PRU 13 itu .. make way please.  Be a true gentleman plz.  Jangan memburuk keadaan bila dah kalah..  tengok PRU12 2008 dahulu .. 5 buah negeri dah tumbang kat pembangkang. Tun Abdulah Badawi made way ..he was a true gentleman.  A true man is a man that can take defeat honestly ..  your time is up man.  If he can rule , others can too ?  Why.. the same country , the same rules. The same democratic rules as stipulated in the Perlembagaan , the same SPR's big man  remain, the same intelligent police force  and the same obedient soldiers with the help of the most expensive submarines .. where are they now?  Did any one happen to  see how  our submarines performed their true worth in that Lahad Datu battle?  My friends saw the enemies died with their  poorly made kayu guns only.  Can we read Al-Fatihah now Pak Mufti?    

Sabar subur, tak sabar masuk kubur.

Penting tak  sifat bersabar ini ..tuan hamba?

Anda bagaimana?

Wallahu aklam bis sawabbb.      

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


ULAS.BUKU: Sebongkah Batu <b>di Kuala Berang</b> (2011), Faisal Tehrani

Posted: 19 Mar 2013 09:25 PM PDT


ISBN-13: 978-967-5783-55-5 
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd

Novel ini, Sebongkah Batu di Kuala Berang (SBdKB) dibeli ketika kemeriahan pengharamannya sewaktu dulu. Walaupun berstatus 'haram', SBdKB tetap boleh dibeli dengan mudah, di sana sini. Lagi diharamkan, lagi membuka minat orang untuk bertanya dan mendapatkannya. Beli di sini.
Kenapa diharamkan? Ada yang berkata kerana unsur Syiah yang diselit secara halus, dikaburkan pada mazhab Jafari. Beberapa istilah Arab juga dimasukkan dan kita yang tiada kajian mendalam tentang bahagian  itu kuranglah faham, mana satu Syiah dan mana satu bukan. Perbincangan mengenai hal-hal ini bolehlah dibaca, antara lain, di sini, di sini.
Sesuai pula dengan rumah penerbitan PTS yang terkenal dalam mempelopori teknik surah Yusuf, FT menjadikan dialog mempunyai peranan yang sangat besar dalam menggerakkan plot novel ini. FT berjaya menghasilkan wacana berguna melalui perbualan watak-wataknya, sesi temuramah, ucapan pembukaan majlis, atau ulasan filem (bab kedua terakhir). Paling menarik, FT tidak seperti penulis lain yang cenderung berkhutbah melalui karya mereka, menyampaikan ideanya secara santai dan tidak memaksa. Bayangkan sejarah ringkas Wali Songo disampaikan ketika dua wataknya Sofea dan Syarifah sedang berbual dalam perjalanan pulang ke asrama mereka!
Jika dulu ada orang memperkenalkan Islam hadhari, maka di sini FT memperkenalkan istilah Islam tsaqafi kepada masyarakat umum. Islam tsaqafi menurut FT dalam novel ini adalah pendekatan yang digunakan oleh Wali Songo dalam usaha mereka menyampaikan dakwah di Nusantara, khususnya di daerah-daerah yang kini berada dalam negara Indonesia. Masyarakat di sana pada waktu itu meminati hiburan dan kebudayaan, dan dengan itu, Wali Songo mengubah pendekatan mereka dengan cara menyelitkan dakwah mereka melalui hiburan, seperti permainan wayang kulit.
Kini, selepas ratusan tahun hiburan wayang kulit digantikan dengan cereka bergambar atau filem. Filem menjadi senjata utama rekaan Barat dalam menyampaikan dakyah dan kebudayaan mereka. Untuk mengisi kekosongan nilai nurani Islamik yang tiada dalam filem Barat, Muslim mesti mengenengahkan filem mereka sendiri yang sarat dengan pengetahuan, dakwah Islamik yang bertujuan untuk membimbing penonton ke jalan yang benar.
Untuk buku cuma setebal 180 ms, FT memang bercita-cita tinggi untuk memandaikan masyarakatnya yang kian alpa dalam hiburan filem ciptaan Barat, menerima asakan budaya kuning hingga lupa jati diri dan lupa bagaimana Islam itu adalah cara hidup yang syumul. Beberapa bacaan yang digunakan FT disenaraikan di sini. Benar, buku ini boleh mencambahkan minat kita untuk mengkaji persoalan yang ditimbulkan dalam novel ini.

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


Kerajaan UMNO/BN Gadai tanah warisan 15.0 hektar <b>di Kerteh</b> <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2013 12:00 AM PST

NukeSentinel(tm)
You have attempted to access this site with an invalid User Agent.

If you think this is a mistake you can contact the site webmaster at pemuda(at)dppkk(dot)org.

Be SURE to include the following information in any email!
User Agent: none
Remote Address: 107.23.207.126
Client IP: none
Forwarded For: none

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


YDP MPK DiCabar Letak Jawatan, Bertanding <b>di Chukai</b>

Posted: 08 Apr 2013 12:37 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/MPK%20cabut%20benderab.jpgKEMAMAN - Sudah lebih daripada dua kali pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) mengarahkan para penguatkuasaya membuang bendera Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang dipasang diatas jambatan Geliga, dekat sini.

Dalam kejadian semalam, Ahad 7 April, Ketua Urusan Ulamak Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, Ustaz Ali Mohammad [Gambar berkopiah] sendiri telah turun, merayu bagi pihak PAS supaya bendera-bendera tersebut tidak diapa-apakan.

Namun, pihak pegatkuasa MPK tidak mempedulikan rayuan tersebut, bahkan terus mengambil tindakan.

Menurut Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat, pihaknya dimaklumkan 'kerja kotor' mencabut dan membuang bendera PAS tersebut telah diarahkan sendiri oleh Yang DiPertua MPK, Tuan Haji Mustafar Khalid.

"pihak (penguatkuasa) MPK maklum, kata mereka YDP Kemaman Mustafar Khalid suruh (cabut bendera) dan makluman dari para pegawai MPK, YDP suruh buang sebab YDP dah 'gila' nak jadi calon 'Dulu, Kini dan Selamanya' (Umno),"ujarnya ketika dihubungi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/MPK%20cabut%20bendera1.jpgHaji Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, tidak berada di dalam kawasan ketika kejadian berlaku semalam kerana beliau menghadiri program Dailog Manifesto PAS Terengganu yang di adakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar Kuala Lumpur.

Menurutnya, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak ada halangan kepada parti-parti politik yang bertanding untuk memasang lambang masing-masing diluar waktu kempen, namun menasihati pihak berkuasa tempatan supaya menggunakan budi bicara secara adil dan saksama.

"Pengarah SPR Terengganu dah kata, tak larang nak pasang bendera luar kempen tapi pihak PBT mesti adil, kalau bendera dacing boleh dipasang mengapa bendera PAS tidak boleh, kalau di tempat lain yang lebih hebat macam jamabatan Sultan Mahmud penuh dengan bendera dacing mengapa bendera PAS di Jambatan geliga nak di kacau,

"sepatutnya Mustafar (YDP MPK) arah cabut bendera Umno kerana bendera 'keris telanjang' tu tak bertanding dalam PRU, nampak sangat Mustafar berat sebelah!,"jelas Hanafiah.

Justeru beliau mencabar supaya Mustafar meletakkan jawatan dan menjelaskan kedudukannya dengan masuk menyertai parti politik serta mencabar YDP MPK itu bertanding di DUN Chukai.

"kalau dah nak ke Umno sangat, letak jawatan.......... isi borang Umno.........masuk Umno dan saya cabar Mustafar bertanding di DUN Chukai,"tegas Hanafiah.

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di kuala besut</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Apr 2013 01:07 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

majlis perkahwinan, faiz & zahirah, pasir puteh, kelantan + <b>kuala besut</b>

Posted: 11 Mar 2013 06:19 AM PDT

http://farm9.staticflickr.com/8385/8547721109_2d5a48cd1e_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8525/8548299202_21dbea3c23_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8105/8548268924_b74ee48fdc_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8096/8547182199_799b4e77fb.jpghttp://farm9.staticflickr.com/8225/8548284782_93533c3427.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8384/8547109809_59f0c61723_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8373/8548213008_46854b3c99_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8228/8547112043_56ac178ac2_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8239/8547121551_17cbff9584_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8520/8548217426_d4e9aec0b8_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8370/8547123813_b8298ca975_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8089/8547131217_5a28b92b75.jpghttp://farm9.staticflickr.com/8526/8547139931_4727a2a337.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8233/8548235574_5ea9077999_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8525/8547143205_0dc0038e09_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8235/8547146133_dd2352ba3a_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8226/8547151731_9336bf41d9_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8389/8548256724_386e521863_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8523/8548261406_c2286d1c08_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8507/8548293306_03718cb526_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8109/8547195331_2d2c4be47d_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8387/8548280118_7df0787c2f_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8099/8547172123_ac826ce512_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8248/8547209799_211d5369fa_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8104/8548310906_7ed1471077_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8231/8548313458_007b741b27_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8112/8548318174_b4cc1c0ff4_z.jpg

http://farm9.staticflickr.com/8383/8547227967_840ce971d7.jpghttp://farm9.staticflickr.com/8110/8547223047_53bbb4f4ef.jpg

.

Lain-lain gambar menarik, sila rujuk galeri
http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets atau di http://www.facebook.com/fazrien
.

Mac antara bulan yang tersibuk di dalam kalendar saya. Client pertama untuk bulan ini adalah pasangan Faiz & Zahirah. Lokasi majlis bertempat di Pasir Puteh, Kelantan dan Kuala Besut untuk lokasi majlis sambut menantu. Kiranya 3 hari kami (dengan 2 orang assistant) berkelana dan bermalam di Kuala Besut. Sambil-sambil makan angin… hehe. Banyak juga melantak makanan seafood sepanjang perjalanan. Maklumlah buang stress dengan tugasan bulan Februari yang agak banyak juga.

Apapun, saksikan serba sedikit gambar di majlis akad + resepsi + resepsi pihak lelaki. Gambar outdoor akan diupload di post seterusnya. Tunggu!!

.

Best regards,

AYIEN

FAZRIEN PICTURES (TR0080056-W)
017 944 1344

Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com Blog : http://www.fazrien.com/blog
Gallery / Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Facebook : www.facebook.com/fazrien

My LuvLy Family: Ikan bakar <b>Kuala Besut</b> 24.3.2013

Posted: 04 Apr 2013 12:27 AM PDT

2 minggu lepas, kakak saya yang sulong balik ke Kampung... Ayah saya sakit...
Saya pula memang dah niat dalam hati nak belanja family saya makan Ikan bakar sempena gaji pertama saya...
Kami pilih Lokasi di Kuala Besut, Zul Ikan Bakar!!!!!
gambar ikan bakar xsempat pula nak ambil memandangkan kami teramat lapar kot!!!!
Mak & ayah saya tak dapat join disebabkan keadaan ayah yang tak mengizinkan...
ni gambar-gambar kami malam tersebut..kakak saya kak lin tak ada coz dia pregnant tak dapat balik kampung....hehehehhe

 Asyifa berlatarbelakang ibunya!!!!
Rizqi & Asyifa yang tak reti duduk diam...atas meja lak tu...

 Rizqi, ayah su, Chik Su & Chik Gee
 Rizqi & ayah pilih ikan
 kakak, kak Chik & abg Iman

Tun_Telanai: SAIFUDDIN <b>DI KUALA BESUT</b> PADA 17.11.2012

Posted: 22 Nov 2012 10:19 PM PST

DOA SEMOGA ALLAH GAGALKAN PENIPUAN UMNO DALAM PRU-13

Ya Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang menjadikan langit dan bumi serta menggerakkan awan. Kami hamba Mu yang lemah dan daeef sujud memohon kepada Mu. Sesungguhnya UMNO dan Barisan Nasional akan menipu dan berbohong dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Ya Allah Ya tuhan kami, pohon kami semoga Kau menurunkan Bala Tentera Malaikat Mu dan mengagalkan segenap penipuan mereka ini, Ya Allah. Pastikan setiap penipuan mereka itu memakan diri mereka sendiri.

Ya Allah, ko turunkan Bala Mu pada setiap yang bertanggungjawab di atas penipuan2 ini samada mereka duduk di dalam Jabatan Pendaftaran Negara, Kementrian Pertahanan, Kementrian Dalam Negeri, Imigresen, SPR dan mana-mana lagi. Turunkan bala ke atas mereka sekiranya mereka terus menerus mahu menipu, Ya Allah.

ads